The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 30, 2008

december is coming

gatal-gatal hidunglah. dari dua hari lepas lagi. sampai skrg pun gatal-gatal lagi. haihhhh...sangat iritating lah. [sy tetap bersyukur ada hidung ok]. tapi sekarang hidung sy gatal. gatallll...sangat gatal. nikmat sungguh bila bersin. aduh. sila bersin lagi. malam ini belum bersin lagi. sudah selesema. :(

esok sudah masuk bulan Disember. maknanya hari cuti kian berkurangan. perkara yg xakan berkurangan ialah makan. sy xada penimbang berat lah di rumah. jd belum ada bukti sy sudah makin gemok. PEACE!!

jumaat lepas menunggu org Maori pulang di epot. [org Maori ialah pakngah adam = angah sy] magis. dia memang macam org Maori sudah. malam semalam buat kek pelangi. [sy cuma jd technician dgn memasang mixer, oven, panaskan oven, pegang mixer kejap & angkat kek keluar dr oven - sebab : mahu tengok sehati berdansa] even though kek itu macam kepam sikit [sebab along letak pewarna agak sikit], tapi tetap appealing. sodap. resipi : 200g gula caster, 210 g tepung gandum, 5 biji telur, 1 buku butter, 1 sudu teh esen vanila, baking powder sikit. tengok. sy sudah hafal. sonang bai tu. ini untuk 1 adunan. kami buat 2. [pirana banyak dekat sini]

sedang menunggu angah

adam berkenalan dengan pakngah

sy macam terasa rajin petang-petang. rajin standard sy cuma lah. sebab sudah 2 hari sy merumput di luar. petang tadi encik angah & munir main petanque yg masih bersinar-sinar. tengok. dia memang macam org Maori. [tiada gambar sy sebab attire xfollow dress code ok]




ihhhhh.. hidung masih gatal. mahu jadi pedih pulak dah. encik resdung ni, sangat xbestlah. siapa-siapa tahu cara-cara nak relief gatal-gatal ni? sila bagitahu sy. selain guna asap-asap. sy lemaslah dgn asap tu. pedih. macam mahu mati asap masuk mata & hidung.

bye bye November. 31 days to go.

wink wink ~.^

Friday, November 28, 2008

hectic yesterday

semalam pergi bayar yuran. sebelum pergi bayar yuran, encik itu pergi tabung haji. [uh uh,,1st time lah masuk dalam tabung haji giant dekat dgn jalan ampang tu]. em,,masa kecik-kecik dulu macam gayat tengok tabung haji yg besar itu. sebab dekat rumah ada tabung macam tu. sekali bila pegi KL tengok ada tabung yg giant tu,,rasa macam magis. [em em,,maklumlah. sy budak kampung..] ada urusan dekat tabung haji. cewah. emm,,x,,belum lagi. encik itu belum mahu pergi haji lagi lah. cuma dia memang simpan duit dekat tabung haji. good. kan? sy xgood macam itu lah.

bayar yuran dekat fac, bawak cash sekepuk.. sy selamat dan tidak dirompak ok. PEACE!! malas mahu bayar online. sebab pernah 2x sy bayar online ada problem. cimbclicks xkawan sy kot. bila sudah bayar dekat encik MSFAHMI [merujuk nama dekat resit semalam] sistem down pulak. gebon betul. xpasal kena datang balik semula petang. ces. tahu x sy sudah ada program lain lah? cis cis...cis.

pergi ofis kolej, hantar surat penting. pergi rah, hantar kasut fida. [darling, sudah ambik kasut?] lalu perut lapar, pergilah makan. ingat mahu makan grand2. tp terasa macam afer this cuma once in a blue moon dapat makan dekat kedai daun. jadi makan-makan di kedai daun lah. best tahu. sy memang renduuu sangat kedai daun dgn akak cun yg suka pakai tudung senget2 itu. walaupun dia suka caj mahal drpd org lain. xpelah. mahal-mahal pun, jauh lg murah drpd secret recipe. sangat meng-indulge myself dekat kedai itu. at first, pakcik itu letak nasi sy sikit. cis. tp sy xmalu2 pun. makan banyak jugak. [sy mintak,,,"pakcik, tambah lagi sikit. sy lapar ni"] lauk macam biasa. ayam goreng rempah, sayur brokoli & sambal belacan. air limau ais. sodap.

lalu pergi solat zuhur dekat msjd kg baru. gona mish everything lah dekat situ. karpet dia dah tukar baru. best. lembut. then, petang tunggu ofis bukak, mahu bayar yuran. lepas bayar yuran, pergi uia, pergi alamanda [history: pergi alamanda dalam ~30 minit. encik itu mahu beli kasut futsal & socks. sy pergi watson mahu beli barang lain. tips untuk jimat masa: pecahkan kepada kumpulan masing-masing. xpayah pergi 1 tempat sama-sama. heh] then, solat asar kat RnR kejap. keluar surau, hujan lebat. lari-lari comel pergi kereta, basah. padan muka.

lalu pulang agak lambat. sangat rasa xbest sebab balik pukul 7.20 pm. itu pun xlengah-lengah tahu. masa memang xberjalan lah. masa berlari..

wink wink ~.^

Wednesday, November 26, 2008

26th November

hari ini 26th November. hari ni meaningful bagi sy. it was 4 years ago. tp sebenarnye sy tade ape2 memori pun pada tarikh itu. tp it was 26th November lah. dia yang cakap. ingat mahu pergi fac. kan sy memang suka reserve yuran sy untuk bayar masa cuti. sebab mahu menyelam sambil minum air pada 26th November. tp xjadi. esoklah baru pergi. memang mesti pergi. plus sebab terbawak kasut fida balik rumah. [err,,siapa yg gebonlah? sape suruh anda letak kasut tu dalam kotak kasut aku. huh. xpe. at least, kasut itu akan menjadi sebab utk kite bersua muka. lgpun sabun breeze aku yg full lagi 1 botol tu lupe mahu bwk blk. eheh.. kedekut2. xbleh tinggal sana. ;p]

hari ini 26th November. meaningful bagi encik afif. dia konvo hari ni. emm..dah naik stage dah kot. mesti dia tgh gebon. n mesti dia rasa dia lelaki paling kacak hari ini. emm..hopefully hari ini anda fotogenik lah. [em em.. Carl's Jr maybe tade kaitan dgn 26th November ok. eheh]

hari ini 26th November. jadinya semalam 25th November lah. em.. sy main scrabble sorang2 sebab tade geng mahu layan sy main scrabble. kalau main dengan budak-budak skolah 3 org dekat rumah ni, aduh, mesti mereka kalah. yelah. mahu main pun kena lah sekufu. 4 rounds sy main scrabble sorang2. best lah. tp petang main dgn kaklong ina. yey. ada jugak org mahu main dgn sy. sy mahu main saidina jugak. tp main saidina xboleh layan sorg2. emm..cepatlah balik semua org. main sama-sama..

hari ini 26th November. lagi 2 hari 28th November. angah balik. [mesti dia tengah countdown.hoho] bagitahu atok, atok cakap, "baliiiikkk cucu atok". bagitahu makwan, makwan cakap, "iyoko angah nak balik?". bagitahu maktik, maktik cakap, "uih,,,surprise surprise". bagitahu jamila, jamila cakap, "akak ade sliper princess baru. akak nak pakai pegi epot. akak nak bawak angah balik. die pegi turun dekat bawah tangge tu dgn kawan die. nnt kite pegi jmpt angah dekat tangge tu."............ok. jadinya, weekend ni cukup korum. semua akan ada dekat rumah. adam pun. heee..best best.

hari ini 26th November. sudah. sila lipat baju & kemas bilik.

wink wink ~.^

Monday, November 24, 2008

tag bosan

1. Sudah pukul berapa sekarang?

5.51 pm


2.Apa mood sekarang?

bosan


3.Rasa hendak buat apa sekarang?

create new post. tp tade ape mau tulis


4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?


masuk dalam cerita fairytale. macam cerita 10th kingdom tu.


5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?


PGL the musical. tp mmg xbolehlah..

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?


ayah & mak xblk lg dr ospital
along, bang it, adam tgh main dukung2 ngan ringsling baru kot
angah tgh study sambil countdown nak blk rumah
munir tgk digimon
naima & nabila tgh buat sepah

7. Apakah waktu makan sekarang?

takpun. td baru ratah gulai telur + pegaga dekat rumah atok. cam best pulak

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?


ttteeeettttt

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?

kua ngan kawan. cis

10. Macam mana cuaca sekarang?


cloudy

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?


beli rumah mewah, full furnished, kereta BMW, buat kenduri kawen mewah2. [berangan memang bestlah]

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?

xtahu

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?

penat, tag ni pun bosan. sape buat tag ni? kurang kreatif org itu. [huh..tp dia layan jgk]

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?

6.01

15. Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?

nobody. tag ni bosan

---------------------------------------------------------------------------------------------

ni tag Is yg sudah berkurun lamanya. akhirnya sy buat jugak. sy memang tade keje. sekian, terima kasih.

wink wink ~.^

Saturday, November 22, 2008

cuti & makan-makan

assalamualaikum. sy tengah kenyang. bukan luar biasa pun kalau sy makan banyak, kan? kisah hidup sy memang banyak pasal makan. alhamdulillah. rezeki..

hari ini sy main game dari tengahari. emm,,semalam pagi-pagi lagi [bgn awal smlm, dlm 8.40 dah online] sy main game kat ym. encik undang ajak lawan. sy perlu tulis dekat blog ni sbb sy menang. PEACE!! [emm,,ada unsur eksyen kat situ] hari ni main game jd bibik. bestlah. tapi lama-lama macam bosan jugak. nasib baik petang ayah propose pergi pasar malam. uhhh..sudah lama xpergi pasar malam tahu.

pasar malam sudah pindah dekat belakang taman umah kak diyana. uh,,sy baru tahu lah. tadi dekat pasar malam beli yong tau fu & burger akak gemuk. [akak itu boleh jd patient sy lah] sy mahu beli jagung. tapi sy xjumpa akak jagung sebab sy xbiasa lagi dgn pasar dekat tempat itu lah. [agak keciwa sebab sy sangat sangap mahu makan jagung akak jagung itu].

lepas pergi pasar malam, kami membeli belah stok makanan untuk 4 pirana yg sedang bercuti. kami sedang membesar. jadi kami memerlukan makanan yg banyak. dalam 2 hari ini kami sudah habiskan 3 bungkus roti gardenia yang size jumbo plus 3 tin tuna. em,,hari ini kami beli 2 kotak air soya, 1 botol air peel fresh guava, yogurt flavour fruits of the forest & 1 tub eskem fevret sy, tropicana.

bila sampai rumah, makan burger. em em,,sedap. [tapi Carl's Jr lg hebat ok] burger itu sangat rich. [along mesti terliur..;p] telur sangat banyak. mayonis nak dekat 3 sudu makan. huihh..sodap. yong taufu, xsedap. sebab ada macam rasa plastik. belle cakap macam rasa petroleum. naima cakap rasa minyak tanah. munir cakap rasa minyak hitam. bagaimanakah mahu makan? ces..rugi..ada lagi dekat dapur tu. banyak lagi. kamu mahu?

emm...macam bosan sikitlah cuti. xtahu mahu buat apa. tp ok je. sy memang suka duduk diam-diam dekat rumah. belum ada tentatif program. bila mahu bersuka ria ni? uh uh.. duit menjadi batasan lah. cari duit rasa malas. sy memang suka duduk bersenang lenang sambil makan depan tv. insyaAllah, sampai masanya nanti sy akan jadi wanita yg berwawasan. jangan risau ok. sekarang sy mahu merasai nikmat ala-ala mem-baby-kan diri di rumah.

sy mahu makan eskem fevret. mahu? belilah sendiri. rm 5.99 je 1 tub. mampu kan?
[p/s: angah, sana ada eskem camni x? sorilah kalau terliur...eheh ;p]

wink wink ~.^

Thursday, November 20, 2008

weirdos tag

Is tagged me. again.

"You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them."

[well, sgt perlu berfikir and need to dig dig and digger deep deep and deeper to find 7 weird things about myself. because, i m not a weirdos ok.]

1. sy makan sangat banyak even sy tahu kalau makan banyak nnt boleh dapat diabetes mellitus. [uh,,nauzubillah...] especially makanan berkarbohidrat dan lemak. sy xtahulah. mungkin perut sy ini memang besarlah..perut stokin. [emm..pelikkah?]

2. hasil daripada makan banyak, sy agak debab [emm..tu nak bg nmpk comel je. sebenarnya sy gemuk]. jadi, perkara peliknya ialah, orang tetap kata sy kurus. PEACE!! [except org-org yang jeles dgn sy, dia mesti kata sy gemuk :P]

3. kalau makan dekat atas lantai yg xde meja, sy perlukan tin. atau any benda yg boleh up kan pinggan sy. macam belum pandai menyuap kalau pinggan jauh sangat. nak pegang pinggan rasa macam xbest.

4. sudah habis kisah makan, cerita lain pulak. kaki kanan sy saiz 5. kaki kiri macam saiz 4 1/2. kalau mahu beli kasut cap hidung yang tutup belakang, sangat tidak boleh. kalau pakai saiz 5, belah kiri macam mahu tertanggal. kalau pakai saiz 4, kaki kanan macam xbernafas. kedai xjual saiz 4 1/2 lah. if ada saiz 4 1/2 maybe it would be nice for me. [ke xpelik pun?]

5. walaupun selalu ke kedai sukan, dan mencuba untuk minat sukan, sy masih belum minat. sy cuma minat tengok kasut sukan. mana tahu boleh dapat lagi sepasang kasut sukan cap adidas pulak kan. eheh.. sy pernah ada rekod tengok XXX main bola dan tertidur. [alasan: penat kot masa tu]

6. tahi lalat yang sy ada [yg dekat tangan, kaki & kepala] sekarang makin pudar. macam nak padam je. dulu dia kale hitam. sekarang dah kale brown. tahi lalat yg dekat tangan kiri macam buat pakai marker pen. [kalau macam xpelik pun, sy rasa pelik ok]

7. sy keturunan atromen.

sekian sahaja tag pelik itu. jadi, sy mahu tag: 1:kaklong ina 2:miki 3:afifsan 4:syera 5: udeq 6-7: xtahu

additional post: emm,,sedihlah team Malaysia kalah TARA. wuwuwu... mungkin sebab ida nerina & tania sudah banyak sgt luck sebelum ni. then, there is no more miracle for them. so, xada rezeki nampaknya.. [tapi best sebab tish & geoff yang angkuh dan bongkak itu xmenang. huh!]

sekianlah dulu, selamat malam.

wink wink ~.^

Wednesday, November 19, 2008

i m done here. eh?

this semester was so long for me. everyday i had to wake up early in the morning with force-jealousy feeling. [sbb setiap hari pun tgk aida & fida tidur dgn sgt nikmat waktu sejuk-sejuk. org lain tidur, sy kena mandi. ihhhhh..sejjjjuk tahu] emm,,1st day pergi HUKM, in heavy rain, terpaksa berjalan dlm hujan untuk pergi faculty sbb nak naik bus. hasilnya: kain lencun. 1 pin tudung tercicir. kasut jadi sampan, socks basah plus kale kasut melekat dekat socks. [hm,,tragis sikitlah. tp xgebon ok]

while having clinical training at HUKM, mcm setiap hari pun rasa mahu mc. tp sy xpernah mc pun. sbb sy sihat je. alhamdulillah. [em em,,islami 2x mc. xaci lah..uh!!] cabaran buat 5 case write-ups finally ditempuh dgn xtahulah jayanya ke x. [asal siap,sudah]. clinical years mmg kurang bestlah. so tiring plus i was exposed to so many bacterias & viruses. [i was so worry tahu, sbb sy belum ambik any vaccines]

to my coursemates, congrats ourselves. finally we are done with clinical I. rasa macam xmahu continue clinical II. huh..kita sudah berjauhan. [cuma biha,xpayahlah rindu dekat ko. same je kat seremban. heh ;p] hmm..bilalah boleh naik kereta udeq lagi. mengomel dgn aiza,aisya,im. em,,dgn islami, scandal sikitlah. sbb a lot of things we went through together. [paling best semalam..ttteeeettt,sila jgn post gambar aku smlm kat blog anda] u are my darling lah. :D

finally, i have to leave rah. [a bit sad plus excited tapi sbb mahu cuti]. bye bye my like-goldilock's bed [big red riding hood will not sleep with u tonight :(], my dusty desk [oh desk, i m so sorry cos i had just realize that you are so comfortable jgklah.. sorry sbb dah saat-saat nak berpisah br sy sedar..uh uh :(] and of course all my housemates : fida, aida, eni, nyna, jaja. mintak maaf sgt sebab sy xpernah pergi pasar sem ni. bkn sy xmahu. sy tiada peluang. 1 je kenangan membeli brg dekat UO dgn nyna masa nak buat openhouse. indahlah. walaupun i was showered with hujan asid kotaraya KL. uhhh.... and of course, a bunch of thanks sebab masak makanan yg sgt appealing lah. [i know, i really need to polish up my kitchen skills. uh uh]

i post this while waiting ayah to fetch me up. tiba-tiba rasa sedihlah. damn. bye everyone.

love,
ida

wink wink ~.^ [ni wink sedih ok.]

Monday, November 17, 2008

my views

good evening everyone. officialy, sy sudah habis semester 7. PEACE!!. insan terpilih mmg habis xm awal. [ehem ehem,,;p]

uh uh..tangan macam kelu nak menaiplah. sebab perasaan macam sedang keliru identiti. kan dah bagitahu ada program lepas xm. hari tu belum mahu expose di sini. sebab dah cakap, nnt takut xjadi. hari ini, topik perbualan 25 minit sebelum masuk dewan xm ialah program esok. maka, keputusannya, 3 org menarik diri drpd program esok. cis.. kawan-kawan sy yg 3 org itu memang memberi harapan palsu.. [em,,memang tak pussy cat dolls lah mereka itu. huh]. maka, program esok will be altered. ok. tp tetap ada program dengan 2 darlings. islami & biha. esok hari yang dinanti. semoga hari esok indah.

I need to live my life with my own way. and I want to make my life being joyful and having a blessed soul. :) [sebenarnya dalam keadaan agak tension dengan ttteeeeettt!!]. oh, tidaklah. sebenarnya sy diarahkan untuk duduk diam-diam malam ini. sebab kawan-kawan serumah mahu study. jadi sy dalam usaha menghormatilah ni. [hey anda semua kawan-kawan serumah, tengok ni, malam ni sy menjadi saidamunira yg berwawasan. mandi awal. plus tak semengong malam semalam. heh ;p]

malam ini multitasking lah. update blog plus dengar walkman plus sms plus nyanyi sikit-sikit [nak nyanyi kuat-kuat nnt ada org jeles pulak. uh uh..]
plus makan buah pear. em,,tengok-tengok alam sekeliling sikit. nanti sudah mahu balik rumah..

ini view daripada tingkap bilik sy

ini view daripada balcony dekat dgn meja study

[eh, tiba-tiba ada lagu starlight lah. oh..jiwa...]. best tahu duduk rah ini. sem depan duduk rumah je. em..best jugaklah. tp dekat rumah kawan-kawan sekalian jauhlah :'(. [uh uh.. sesi touching pulak]. emm,, sebelum suasana jadi lebih touching, I wish everyone in my life has a blissfull day tomorrow and days after and thereafter. ok kan?. selamat-selamat lah semua.

wink wink ~.^

Sunday, November 16, 2008

drift king - ku

selamat sejahtera semua. uh...pagi ini mata kelat. sgt lena tidur malam td. tp agak tidak puas hati jugaklah sbb xmimpi drift king lah mlm td [:'( sangat keciwa nih.uh uh]

1 program sudah berjalan lancar malam td. program yg sgt jiwalah. sy pergi tengok teater impak maksima the musical. anda yg rasa mahu tengok, silalah pergi tengok ye. ada masa lagi ni. [sy mmg suka sgt jd promoter] emm..malam tadi terasa sangat best menonton teater itu sebab,,,,sebab sgt jiwa. itu je expression yg paling tepat boleh di-expresskan.

masa tengok teater malam td, sy rasa xmahu kelip mata tahu. rasa mcm rugi kalau xdapat capture semua yang ada atas pentas panggung sari itu. waaa..sangat sedih bila teater itu sudah habis tahu. masa tengok tu bermonolog dalaman jugaklah.."uh,,nak joinlah brader zul huzaimy,,boleh tak??" . uh..sudahlah. siapa suruh anda ambik diet ye...sila ingat status anda.ok.

emm..lepas tengok teater malam td, tiba-tiba rasa semacam je ngan encik zul huzaimy itu. dia sangat hebatlah. pandai menyanyi rupanya. menari pun hebat. xpasal je jd hero yg diminati malam td. sebelum ni asik jd penjahat. persepsi mmg sudah berubahlah dekat drift king atau Dolah Keramat itu. PEACE!!

sy mmg jiwa seni lah. tp bakat xpernah asahlah kan. perlukah diasah later?. [mungkin xperlu. tp terasa mcm mahu]
ttteeeeetttt. sebab kan sy ambik course DIET. [muka jadi kelat]. dush. sila jadi dietitian. sekian, mari tengok barbie dekat tv3.

wink wink ~.^

Friday, November 14, 2008

traumatik kah

selamat sejahtera kawan2. [dan kaklong, along, adam & kaum kerabat semua].
sy mahu tanya anda semua,,pernahkah anda trauma? sy tidak pernah. tp sy menganalogi kan perasaan jwb xm td sbg trauma. disebabkan xm itu macam xberapa signifikan dgn semester yg telah dilalui ini, xm tersebut telah menjadi semacam trauma.

emm...mcm xmahu cerita pasal xm. sbb xm itu tidak best pun. yg plg best ialah makan. balik td sy makan lauk sardin. sardin kaya dengan purin. tidak sesuai utk org gout. anda tahukah? kalau sudah tahu, good.

sy sudah ada several programmes yg telah dirancang bagi menghadapi kesan trauma xm. tp tidak boleh bagitahu anda dahululah. [em,,sebenarnya sbb malu kalau xjadi]. jadi, sila jgn buat kecoh. uh uh.

semalam rumet-rumet sekalian cerita tentang pesanan bonda masing-masing. sy pun ada pesan bonda yg paling severe sy xlupa. "jangan kawen masa belajar" [along, ni xtipu, kan?]. pesanan yang lain-lain xboleh post di sinilah. nnt jd macam kecoh satu dunia. hah hah..

kawan-kawan serumah sekalian sedang belajar. tertanya-tanya jugaklah, kenapakah mereka sgt rajin. [kalau anda rasa sebenarnya xrajin, ketahuilah bahawa sy nmpk anda semua mcm sgt rajinlah]. sy tidak rajin pun. tp serius, i tell u once more time di sini: sy bukan perasan genius,ok. PEACE!!

hidup di kotaraya KL ini sangat kepam. asik dengar bunyi kereta hon hon. enjin motor press-press, & kadang-kadang siren bomba. sangat tidak bestlah. dekat rumah sy selalu dgr bunyi burung. sgt best tahu. aduhai...sebenarnya tiba-tiba terasa homesick sebab xbalik rumah minggu ini sbb hari isnin ada paper lagi!!!! dush. xbest langsunglah...hari esok yang ditunggu-tunggu..cepatlah datang..

macam biasa. new post di-post dalam keadaan belum mandi. trauma sampai xmandi.

[p/s: islami,tag u nntlah akan di-update.ok.]

wink wink ~.^

Wednesday, November 12, 2008

makan makan di carl's jr.



sy baru pulang ke plaza rah yg indah seperti hotel ini. sblm pulang tadi, sy makan2 di Carl's Jr. ini kedai burger ye. halal,ok. sy sgt suka makan di kedai itu. sebab burger dia sgt sedap dan sgt byk lemak tepu mungkin.

anda dah pernah makan burger Carl's Jr.? silalah try kalau belum pernah. mmg xrugi tahu. burger ini sgt juicy. ini mmg tempat makan fevret kami [kami?? = saidamunira & siapakah?] jika ke Mid Valley. hari ini kami ke Mid Valley otw pulang ke rah utk lunch saje. sgt best tahu. [kalau org yg belanja, mmg jd lg sedaplah burger itu]

emmm.. kedai burger ini ada 4 branches saje. dkt mid, ou, sunway pyramid & pavillion. sy mmg sgt suka makan-makan. kalau mahu sy belanja, [emm.. jgn tunggu sy belanjalah. sy xmampu belanja] sy xmahu belanja Carl's Jr. sila beli sendiri,ok. jgn kedekut bab-bab makan ni. rugi. makan itu nikmat. PEACE!! tp, jika ade sape-sape yg mahu belanja sy, silalah. jgn malu-malu,ok. [sgt ditujukan kpd org yg sudah bekerjaya. cth terdekat: daknuee ler. ehem ;p. yg lain-lain, silalah jugak. jgn segan silu. kite boleh makan2 sambil ambik gambar.ok. kamu semua kan gila kamera.]

perut kenyang. hati senang. [alhamdulillahillazi at'amana wa saqana wa ja'alana minal muslimin. amin]

wink wink ~.^

Tuesday, November 11, 2008

tag


* take a recent photo of yourself OR take a picture of yourself RIGHT NOW.

* DONT change your clothes. DONT fix your hair, just take a picture.

* Post that picture with NO editing.

* post this instruction with your picture.

* Tag 10 people to do t
his


i was tagged by someone over the rainbow, iaitu islami. terima kasih ye. :D
hoho..[mari menyanyi : "this is real, this is me"]
sy mmg bersama towel pd ketika ini. sbb sy belum mandi lg.
sesuai utk org bad mood ke islami? emm..org xbad mood pun jd agak gembire.haha.. kerana muka xmandi telah diexposekan.
kepada kawan2 semue, xpayahlah kira jerawat di pipi sy itu.ok.
sy akan mandi lepas ni.

di sini sy mahu tag:
syahirah lalala, happy feet feeda, miki of daici, teacher nuee, adam [p/s BUKAN mama adam,ok], haiza linds, encik alang &..siapakah lagi?
sukahatilah.

wink wink ~.^

Sunday, November 9, 2008

what's the big idea?

mika told me:

"live your life until love is found,
or love's gonna get you down"

can I believe those words?
xmahulah.
i wish love will shower my life.

perkataan omputih agak terhad.
kalau bahasa melayu, love ada 2 makna.
cinta & sayang.

contoh lain lagi; word 'rice'
dalam bahasa kita, rice
sangat banyak maksud.
padi, beras, nasi.

aduyai. mari tidurlah. kurang focus nih.
sebab love makes me down.
[mane adelah. tipu je]
[**p/s:mungkin tiada kaitan dgn mana2 jejaka]

love our language.
cintailah bahasa kita.
bahasa jiwa bangsa.

sy mahu UP kan tenaga sy dgn tidur.
sgt bosan.
keseorangan.
wuuuu..

selamat malam.

wink wink ~.^

Friday, November 7, 2008

gebonkah

selamat sejahtera semua. sy sgt byk kisah. dlm byk-byk kisah hidup sy, sangat byk terkandung elemen gebon. ada sape-sape belum faham perkataan gebon itu? jika xfhm, mungkin akan faham selepas baca kisah si gebon ini.

sebenarnya, sy xnampak gebon pun externally. hanya org-org yg selalu berdamping dgn sy je tahu jika gebon sy itu telah diexternalkan. [huh huh..xmahu mengaku] walaupun gebon itu ada dlm diri sy, sy tetap rasa hidup sy gembira. gebon itu bukan penyebab kedukaan. gebon itu warna hidup.

the story: minggu ini sy start final xm. minggu ini sy ada 2 papers. sy tidak gebon sgt pun. bkn sbb sy perasan genius, memang TAK ah. sy xhebat pun. cuma sy dapat rasa, klu study pun, soalan xm itu mesti kurang ada kena-mengenanya dgn bhn bacaan sy. maka, study biasa2 je sudah. sy xmahu gebon. lepas paper hari rabu, sy keluar tgk high school musical 3 dgn si darling islami. saje2 keluar sbb mesti sgt bosan duduk kat bilik sorang2. kwn2 serumah iaitu siti rafidah [nah fida,, seperti yg dijanjikan aku bold name ko plus kale merah], aida & nyna pergi 'study week' kat hotel [aida,nyna, jgn amik ati i xbold name u]. uh uh uh.. yg ade eni n jaja. tp dorg msg2 duduk di dalam bilik saje. wuwuwu.. sy rs, sy perlukan terapi suka ria pada mlm tersebut plus makan besar. terasa sgt mual setelah jwb xm pada hari itu. pada mlm kejadian, seronok tahu. cuma pada waktu pulang itu kami gebon. [ini xboleh diceritakan. agak malu sbb sy dan islami mmg gebon masa nak balik..teeetttt..biarlah menjadi rahsia sy dan islami]. waktu balik standard je. sebelum 12 ok. awal tu. [ayat coverline,,uh uh]. emm,,seronok tgk hsm3. sebab jiwa. :D malangnya, sy xmampu menari macam mereka. koreografinya sgt dahsyat. peserta-peserta sehati berdansa pun mesti xmampu menari begitu. betul. xtipu. super hebat troy & gabriela menari waltz. [sy mahu bayangkan, siapa yg mampu menari sebegitu dgn sy??..gebon, ada hati nak menari sehebat itu!]

aik,,sy macam xgebon pun. ok, sebenarnya sy gebon masa xm petang td. sbb sy xbawak kalkulator. xtahu pun nak kena mengira-ngira pulak paper itu. encik Dr Fuad itu yg gebon keluarkan soalan sebegitu. nasib baiklah sy ni pandai coverline. sy terus mintak kalkulator budak cina sebelah sy. nasib dia bg pinjam. [eh,,macam xcukup gebon pun].

hmm..sy gebon sbb sy belum basuh baju sejak hari isnin. normally, sy basuh baju setiap hari. seperti yang selalu sy cakap dekat aida, sy basuh baju setiap hari untuk menambah keyakinan diri. bila basuh baju setiap hari, sy rasa waktu sy lebih lapang dan sangat berwawasan. PEACE!!. sebenarnya mahu pulang ke rumah lepas xm petang td, tp memandangkan baju belum dilaundry, sy xboleh pulang, unless pulang dengan gebon sebab terkenangkan baju-baju di dalam bakul itu.

sebenarnya mcm byk nak dikisahkan pada hari ini. tp sebab baju belum dibasuh, fikiran mcm jd lembab. memang sahlah membasuh baju akan menambahkan keyakinan diri. sy mesti basuh baju mlm ini jugak!! esok mahu pulang.

macam xcukup hebatlah kisah gebon ini. [yelah, gebon mane boleh cerita lebih-lebih,, malu tahu]. anyway, sy mahu taukidkan, semua org mesti ada ciri gebon masing-masing. kejadian gebon mmg xdapat dielakkan, since kita mempunyai hormon adrenalin dan noradrenalin. maha kaya tuhan yg menciptakan hidup kita. hidup sy gembira, walaupun mungkin tidak segembira ibu angkasawan negara. banyak suka berbanding duka. sy bahagia walau kadang-kadang sy berduka sendirian.

gebon itu mesti ada.

wink wink ~.^

Tuesday, November 4, 2008

godaan dan bacaan

pada ketika ini, sy sdg kekenyangan. [makan nasi goreng,,sy yg masak,tahu]. setelah kenyang, sy sgt ngantuk. sy dgr lagu mika lolipop sambil menyanyi. emm,, lagu itu mcm gebon sikit. tp syok lah.. cuba dgr lagu itu, mst rasa sgt energetic, mcm nak berjuget2. kalau baca buku, mcm kurang sesuai sbb cuaca skrg tgh mendung, jd, kalau mengantuk, mst sgt tergoda untuk tidur [alasan yg agak kukuh, good]..

godaan sgt berkuasa drpd bacaan. huh.. nih, godaan yg plg besar ielah katil dgn comforter merah itu. godaan yg agak techno, laptop ini. ces.. ish,, sudahlah, nnt gebon kang nak jwb exam.. hmm..

There is only one success--to be able to spend your life in your own way.
Christopher Morley

sudahlah. belajar sekarang!!. ok..kejap lg offline. heh heh..

wink wink ~.^

Sunday, November 2, 2008

sukanya bersuka ria

sy baru pulang dr glory beach resort port dickson. PEACE!!. [mcm xhengat, dah nak xm ni haa... adoyai]
sgt best tahu, sbb xpayah belajar. [sgt macam bagus, tp nak xm nnt dtglah simptom gebon itu]. final xm akan start hari rabu ini. [wah, *lambat* lagi,,,kan?].. rasa sgt xbest sbb xm belum start lg. sy nak cepat-cepat habis xm supaya sy boleh sambung aktiviti suka hati sambil bersuka ria sy. heemmm..

sy pergi PD sbb ada family day. sangat family lah, sbb adam pun ikut. yg tidak hadir cuma angah & munir [hero-hero sekalian]. uh uh.. aktiviti family day itu mcm biasalah, sukaneka & dinner. sy xdapat masuk pun sukaneka itu sbb xwujud sebarang kategori untuk sy. cuma ada aktiviti kanak-kanak & mak bapak saje. sy bukan kanak-kanak,ok. [sy jadi cheer leader dgn adam. PEACE!!]. tp, mcm biasalah, aktiviti dinner itu mmg field sy. semua sudah tahu kan?. good. unfortunately, pd mlm kejadian, ada seorang budak [nama dia budak tudung hijau] telah melihat sy seperti seorang yg awet muda. dia tanya, "emm,,awak form brape eh?". ces. kau memang nak kena dgn aku. xpuas hati sungguh!

mesej :love our environment

kami yg tidak gebon



olo,, adam xpandang.. [bang it yg snap foto ini PEACE!! :D]

betapalah seronoknya.. ni yg rasa nak cepat-cepat habis xm. malas sungguh mahu pulang ke plaza rah walaupun kolej itu seperti hotel. rasa xmahu pulang :'(. sangat tidak mahu.. percutian study leave ini sangat bukan study leave. xsabar mahu bersuka ria lagi.. sy sgt suka duduk di rumah. klu pergi holiday dengan family, super suka.

oklah. mahu pergi rumah atok. mahu ikut? jom.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.