The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 4, 2008

cuci-cuci service

hari ini hari dimulakan dengan.. [best!! lagu secondhand serenade berdering.. tteeeettt..heh. ;p] emm..bangun subuh lah. sebelum bondaku pergi ke pasar bersama ayahanda, dia suruh kami lap tingkap. malas sungguh mahu lap tingkap. tapi sebab angah dah setat lap secara solo, macam terasa sy akan jadi anak derhaka kalau xtolong lap tingkap. kan pesanan bonda tu. jadi, sy lap lah.

sebab ketinggian 152 sentimeter cuma, jadi sy ambil tangga dalam stor. best tahu. sy macam erra fazira versi comot-comot panjat tangga, duduk atas tangga & lap tingkap. sy terasa sy gagah sikit hari ini. PEACE!! bukan setakat lap tingkap, kami lap sliding door juga. dan terasa rajin, lalu gril pintu juga.

menyambung lap tingkap sehingga terkena panahan terik matahari. pukul 12 tghari. xmahu jadi hitam ok, sebab sudah mahu raya haji, jadi berhenti. esok sambung lagilah. mula terasa macam,,"em em..like wow. i've burnt extra calorie today". but, excuse sikit. sy makan 1 keping roti gardenia putih dengan tuna, roti butterscotch gardenia [baru 1st time makan, terasa super sedap, jadi sy makan 2 keping] dan 2 potong roti john. jadi, energy balance = POSITIF. superb. jadi, xpayahlah berimaginasi mahu kurus duduk rumah. [makanan tu semua dimakan di tengah-tengah sesi cuci-cuci itu]

lepas jadi org no. 2 bankrap main saidina hari ini, [attention: angah 1st bankrap. hah hah] petang pergi ikut bondaku membeli barang-barang kenduri. then, balik sambung lagi cuci-cuci service. ingat mahu sambung lap tingkap. tapi hujan. jadi cuci-cuci dalam rumah lah. lap segala pasu-pasu dan perhiasan-perhiasan [alias perangkap habuk]. dan, akhirnya lepas cuci-cuci session itu, i've rewarded myself with another roti dengan tuna. bravo. bravA. bravia. sy memang suka makan.

sy terasa macam teringin lah nak try cuci-cuci service macam hans isaac tu. sebab macam best tahu, lap-lap sambil lumba-lumba & terasa bangga bila cermin itu jadi bling bling. macam terdengar bunyi sinaran cermin itu..."blllliiiiiinggg,,,,," [err..sy tipu aje]

jadi produktif lagi best daripada jadi sedentari. sebab, kalau sedentari pun makan banyak. jadi, kalau makan sambil jadi produktif, boleh makan lagi banyak. uh uh. xdelah. please don't.

wink wink ~.^

2 comments:

nueeunlimited said...

oho..sungguh rajin ank2 en. jo n pn. halimah...Ptt la mghlg dr dnia internet. Igt kn pergi bersukaria.huhu... Bagus2. trs kn usaha murni itu.hehe...

idatazira said...

tq tq..
xbuleh g jalan2..
umah miserable.
dah nak ghayo nih.
heh heh

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.