The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2008

rawaky-tag afif

Syarat dan peraturan:

Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 9 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.

Silalah hasut 9 orang lain untuk melakukan perkara ini.
Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.

Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

* * * * *

tag ini datangnya daripada encik afif.
marilah selesaikan tag ini dengan gembiranya.
sy pecahkan jawapan sy kepada 3 bahagian.

fakta:

1. sedang berfikir2, mahu sambung belajar atau bekerja lepas grad nanti. heemmm.. [anyone, ada pandangan?]

2. sy mahu hilangkan kesan2 noda di muka akibat jerawat. tadi Pn. A sudah tanya kenapa dengan muka sy. jadi, maknanya kecederaan ini adalah serius. wuu. sangat sedihlah. [vitamin E memang boleh hilangkan scar kah? macam sgt slow je efek dia. isk]

3. berkahwin lepas grad nanti belum menjadi cita2 sy. tapi, jodoh memang bukan sy tentukan. sy tahu.

perangai xsenonoh:

4.
sy belum jadi pemandu yg cukup berhemah lah. sy sedang berdoa supaya kenari merah di luar sana tidak mengalami kecederaan fizikal. [amin amin amin] tadi kenari itu melompat kijang di bumper depan taman panchor jaya. bumper tolonglah diwarnakan dengan striking. cis.

5. melipat baju belum menjadi interest sy.

6. belum pandai baca buku. semua buku atau bahan bacaan seakan-akan bedtime stories.

hala tuju:

7. sy mahu terus disayangi. sy selalu terasa disayangi. PEACE!!. sy memang kurang masalah tekanan perasaan bab kasih sayang. [xkisahlah whether sy perasan saje untuk berperasaan begitu]. untuk insan2 yg memang menyayangi sy, terima kasih.


8. suatu hari nanti sy mahu menjadi wanita bekerjaya yg bijak mengurus rumah tangga. xmahu menjadi suri rumah lah. nanti prone jadi obes. xmahulah.

9. hala tuju sy setiap pagi selama 10 minggu ini pada setiap weekdays adalah Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

sy pass tag ini kepada:

1. nyna!!
2. nuee unlimited
3. islami
4. jaja miki
5. fida [oit, encik itu pun tag kamu]
6. syera
7. udeq
8. farini
9. biha

* * * * *

sy ingatkan semalam adalah entri terakhir untuk tahun ini. oh. sy memang rajin update blog.

new year eve. jom main bunga api cap kucing. wee... selamat tahun baru. bye 2008.

wink wink ~.^

2 comments:

Nien@khairina said...

alamak..
tag nii best je..
tp untuk sy yg x bape nk knal diri sndr nii..agak sukar laa..
huhu..

idatazira said...

adoih lah.
camane leh xknl nihhh.
dah 22 tahun dah empunya diri.
hoho

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.