The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 31, 2009

addictive post

i told u, i'm addicted on blogging today. here i come again.

lately, astro is no longer cool. entah cerita apa mahu tengok pun xada. ces. it makes my weekend night a bit dull. so, i turned my twisTouch on.

i need to point out these things:

1. i went out this evening. before going out, i took my watch. [jam tangan itu telah seminggu terpengsan. bateri sudah habis] but then, when i was holding my handbag, car key, handphone and my watch, [clumsy sungguh] accidentally my watch dropped on tiles. wuuu... retak sudah cermin jam sy. sangat sedihlah.

2. i went out as the oldest in the group. sy keluar dengan 3 orang adik sy. [but i'm the one who looked like adik, since i was so messy] xada mood hari ini. dari pergi pasar pagi tadi, pergi kenduri, bawak ke petang, sy memang selebet. tq, xpayah bagitahu, sy tahu sendiri.

3. i bought anchovies, onions, yong tau fu & burger. eat eat eat. then i went to supermarket. i bought some stuffs. but then, adik2ku yg duduk asrama ini pun tolong campakkan barang mereka dalam bakul. oklah. i paid for them. [dengan duit belanja ku... wuhuhuhu]

4. i met kaklong & most surprising, i met muzhaffar too. his car was just beside my car. he gave me his bussiness card. [i'll keep it. tq mosaic. hihi]. but now, i wonder. what's he doing in tampin. bukankah encik mosaic duduk dekat PD?

* * * * *

i just thought about holding a heart. as we knew, Israel is a nation with brain, but without heart.
for me, holding a heart is a way better.

pray for them. it's just our small did in holding their hearts.

i want to hold as many hearts as possible, but i only want to mix-match my heart with his heart. [heheh. rasa mahu jiwang2 pulak. wek]

wink wink ~.^

distracting myself

suddenly, updating my blog becomes an addiction to me. [actually, i was about to start my case writing ups, but i distract myself away from it]. i'm in negative side now, i only think that i'll be in stress and misserable earlier if i start my writing up by this time. for me, i'd prefer to be in a rush to make anything, because that will take me into stressful condition in a short time!

last night, my mom asked me to buy some fishes, quails & vege at market. [wow, that's a problem to me, i duno what fresh fishes look alike, & more problematic, i duno where the market is.]. so, i rogered maktik to go with me to the market this morning. heh... mission accomplished!

it has been 31 days in 2009. is 2009 still new? er.. boleh diskaun lah, kira new lagi. but, talking about new year, it always related to our new resolutions. overall, my resolution is not working at all. [uh uh, saidamunira tidak selalu begitu pun. azam tahun lepas agak berkesan ok] owh. maybe my resolution is too hard to be working on me in a short time. wuwuwu....

to anyone who doesn't know, my resolution is: "lets moisturize skin". menurut encik afif, azam perlulah lebih ilmiah. [em. beliau xrasa azam sy berilmiah. cis]. i did bring a bottle of water to work daily. but maybe i need a bigger tumbler. [tumbler sy berisi 600ml cuma]. so,, to anyone, [take note] bigger orange colour tumbler will be included in my wishlist. ;p. another thing, i never use lotion on my skin since i made my resolution. [itu yg sy derhaka kpd azam sy]. my skin problem is a whole, tahu. i'm dehydrated. my skin is dusty. my lips always crack!

uh uh. sudah menjela2 nampaknya. nantilah sambung lagi. i want to do some laundry. [as long it's not writing up, i'm on] wuhu.

wink wink ~.^

Friday, January 30, 2009

beluMandi

seperti yg encik afif jangka, mesti sy akan buat post gembira sempena hari jumaat. pandai encik afif. heh. mestilah hepi. esok boleh diskaun waktu bangun tidur. PEACE!! :D

masa drive balik tadi, sy telah memotong cik dietitian dekat tol. hee.. cik norza mesti rasa sy pengganas di jalan raya nanti. heh heh.

encik afif beranggapan sy akan dating weekend ini. excuse sikit. xtahu diam2. mana ada dating2. sy kan gadis yg suka duduk di rumah ok. [woho.....]

sy belum mandi lagi. tapi sudah ada orang suruh pergi mandi pun. ok. kejap lagi sy pergi mandi. sejuklah. hujan ni.

blog cik jaja miki telah berpindah ke myeleven. beliau kata "when eleven comes after two". jadi, sy anggap, maksudnya adalah cik jaja miki mahu 11 orang anak kelak. hah hah.

cik aida pula baru buat blog. beliau nampaknya macam ahli motivasi lah. oh. mungkin sebab beliau berhobikan membaca novel. sebab itu ayat2 beliau macam ayat novel.

lagha saidamunira. cepat2 mandi. gebonlah xmandi. busuk. xcomel.

wink wink ~.^

Wednesday, January 28, 2009

no stress here

sy tidak stress. yuran sy officially had turned into negative! wah. sangat excited tu, tidaklah. cuma wondering bilakah masanya mahu claim semula duit itu. saidamunira bukan mata duitan. tapi saidamunira xsuka membazir wang. [erk. adakah?]

em em. hari ini tidak stress of course. kerana sy memang pandai memilih untuk menjadi gembira. caranya adalah: delaying my case write upSSSS. lalu, bacalah komik sincan.

sekarang macam sangat suka dengan taylor swift. the amazing taylor swift telah menjadi penyanyi wanita pertama yg sy sukai. but i'm not obsessed with her ok. cuma suka. official website taylor swift pun sangat jiwa. cuba tengok dekat sini.

em. lagi, hari ini hujan lebat dekat Rasah sehingga Senawang. walaupun begitu, saidamunira memandu dengan gembira dan bersopan. sebab itu sy tidak stress. [hujan lebat woo.. sampai xnampak jalan]

jangan suka layan emosi, nanti cepat stress. [..& jangan suka mengumpat ok. hee]

choose to be happy.

wink wink ~.^

Tuesday, January 27, 2009

hati senang, jiwa?

kata orang dulu2:
"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"

oh, adakah pantun itu memang realiti? sy sedang kenyang perut, bukan setakat kenyang, tapi tegang.
tadi menyambut birthday jamila & ayah. jamila had turn 5 years old, ayah 56. [tapi kan, terasa macam xlah suka hati sangat, sebab terasa energy balance hari ini bernilai positif yg terlalu besar!! warghh]

tadi makan SR's chocolate moist cake, ayam KFC bahagian pelvis, wedges, mashed potatoes, fun fries, samosa, karipap [sama macam checklist high fat foods yg selalu sy tanya dekat patient obese, tahu]. hanya 1 langkah yg agak bijak, iaitu sy xminum carbonated drink tadi. sy cuma minum plain water. PEACE!! jadi, malam ini xpayah makan ok.

sy xlah perasan kurus. sebab sy terasa sy memang tebal. selalu tengok dekat cermin, laterally, boleh dianalogikan sebagai kamus dewan. kalau boleh, sy mahu jadi komik dik cerdas. [tapi xmahu jadi buku tiga lima]

sudahlah. perut sudah kenyang, tapi jiwa xtenang sebab esok kerja. wuwuwu. entah kenapalah, sejak tadika, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, universiti, sy memang xpernahnya suka pergi sekolah. sy cuma excited pada hari pertama sebab pakai semua barang baru.

ish. macam mana hati mahu senang, sudah maghrib, saidamunira masih online. bawak2lah pergi mandi & solat maghrib. astaghfirullah.

wink wink ~.^

Sunday, January 25, 2009

smkAp - 1 dekad

sungguh pun sy telah post 1 entri hari ini, sy mahu juga post lagi 1 entri. sebabnya, sy baru teringat, hari ini dalam sejarah.

kawan2,, 10 tahun yang lalu, kita masuk smkAp lah. sudah 1 dekad!!

macam2 sy dapat dekat smkAp:

1. tteeettt. :D
2. kawan2, haluan kiri & kanan.
3. cikgu2 yg pelbagai. [especially cik Anisah. wahai kawan2, cik Anisah masih ber-sms dengan sy tahu?]- ada ciri2 perasan jadi student kesayangan pulak... woho ;p
4. kenangan dengan kawan2. . .
5. ilmu yg banyak [tapi mostly entah ke mana. astaghfirullah]

10 tahun yg lalu, sy adalah seorang budak yg berumur 12 tahun. sy sangat saspen bersekolah di situ. sebab sekolah itu dekat dengan kelapa sawit. haha.

9 tahun yg lalu, sy sudah form 2. masa form 2, sy rasa batch sy memang something je. kami jadikan kelas kami sebagai istana 2 Ibnu Sina.

8 tahun yg lalu, sy pernah dipanggil oleh cik Anisah ke pejabat beliau. sebab trial PMR sy dapat 8A 1D. D ialah subjek sejarah.

7 tahun yg lalu, masa kelas biologi, buku amali sy dicampak oleh cikgu Rabiah dekat depan kelas, sebab markah report sy dapat 6/10 saje.

6 tahun yg lalu, emm.. masa ni, selalu skodeng encik tteeett dekat bilik media. haha. [tadelah. buat cerita je tu]



sy masih mencuba untuk tidak menjadi eksperimen gagal smkAp.

wink wink ~.^

tentang cik jajamiki & cik idatazira

1 describe 7 things about the person who tagged you..

cik jaja miki

1. her full name is nurul jannah bt ahmad
2. underweight. BMI sangat kurang. at risk of malnutrition. ;p [sila tambah berat anda ok
]
3. she's not single.
4. girlfriend kpd Mr. Daiki @ encik faisal amir.
5. beliau tidur dengan teddybear besar dekat atas katil.
6. suka sangat tengok slamdunk, tapi beliau xmain basketball pun.
7. lappy beliau bernama mikochan.

describe 7 things about yourself..

cik idatazira

1. my fullname is sa'ida munira bt johari
2. BMI sy normal. subjectiveglobal assessment pun well nourished! ;p [BMI rahsialah berapa tapinya]
3. i'm not single juga. hoho.
4. gf kepada siapakah? tteeettt. [bukan secret pun tapi]
5. sy tiada teddybear ok. sy tidur dengan red riding hood.
6. sy suka tengok spongebob squarepants.
7. lappy sy bernama twisTouch.

* * * * *

sy tidak tag siapa2 lah.

adam sudah balik JB. angah pula sudah berlepas malam tadi. jadinya, sy adalah orang tua after my parents di rumah ini.

em em. sy telah diroger oleh maktik utk makan mi. walaupun sy sudah pun makan nasi lemak, sy mahu pergi juga. [xbaik tolak rezeki tahu]

wink wink ~.^

Friday, January 23, 2009

miss independent

sungguh independent hari ini. kan sudah bagitahu, hari ini sy cuti. em. xsangka pulak cuti hari ini sangat memberangsangkan.

sy memang berniat cuti utk pergi ofis kolej. [UKM hutang sy RM500+ ok]. jadi, sy memang mahukan duit sy balik. tapi belum dapat pun. lecehlah sebab xduduk main camp. apa2 hal pun mereka kata "itu awak kena uruskan dekat Bangi". [wei, sy xtahu menahu hal dekat Bangi lah!]

ingatkan mahu drive ke KL. tapi, mengenangkan hari ini start cuti CNY, terbayang highway yg akan jammed menjelang petang. jadi, sy naik kenderaan awam. terasa diri sangat tabahlah sebab uruskan macam2 hal seorang diri. i'm miss independent. miss ok. bukan mrs.

hari yg penuh pengisian, xsangka pergi CIMB jumpa fida & jaja. pergi faculty pulak, jumpa nyna & aida. wah wah. kita semua memang berjodoh hari ini. PEACE!!. :D tengahari lunch dekat kedai daun [kedai makan fevret sy dekat Kg.Baru]. sebab sy miss independent, jadi, sy dating dengan fida.

lepas makan, sy melawat bilik kesayangan sy dekat rah. ewah, aida sudah ambil katil goldilocks sy nampaknya. juga my wardrobe, n my desk. hoho. share ramai2 ok. sy izinkan. huuu. oh, tengahari, sy sempat nap dekat katil sy around 15 minutes. tidur atas katil itu memang boleh sleep well tahu.

lepas bangun tidur, pergi chowkit kejap, beli tudung. otw, terserempak dengan madi pulak. [see, sy berjodoh dengan semua orang hari ini]. fida hasut sy beli tudung ekin. lepas itu, sy pulanglah. tapi kan, masa balik, komuter buat hal. sungguh xsangka, perjalanan dari KL ke rumah sy boleh jadi sampai 4 jam lebih. komuter punya pasal. ditambah dengan pengalaman naik komuter macam duduk dalam sauna. ekon rosak. damn it lah.

malam pulak, ada makan2 dekat rumah sebab esok angah sudah mahu pulang. diet malam ini ialah diet high protein. ada lauk gulai ayam, kari kambing, ikan tenggiri masak asam, sambal sotong, sambal ikan bilis. kalah diet high protein utk patient on hemodialysis tahu.

alhamdulillah. hidup sy masih dikelilingi nikmat. miss independent kena belajar jadi betul2 independent lah.

wink wink ~.^

Thursday, January 22, 2009

sedikit bahagia lagi

sila hayati kata2 ini:
"hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah"

* * * * *

oh, walaupun begitu, sy masih boleh membahagiakan diri. haha. sebab itu sy macam sentiasa bahagia.

pada suatu masa dahulu, kawan2 rasa pelik kalau nampak sy menangis. [tapi sebenarnya kadang2 sy memang kuat nangis].

dahulu kala juga, kawan2 pernah cakap, muka sy selalu macam xada masalah. [terima kasih, sy tahu muka sy memang kurang anggun].

tapi, aida pernah bagitahu, kalau sy ada masalah, mesti sy nampak lain macam. haha. [maknanya, aida memang caring. tq darling:D]

em em. sekarang kan, walaupun sy membahagiakan diri, otak sy macam jammed lah! ceh.

tapi sy bahagia sebab esok sy cuti!!! PEACE!! :D

wink wink ~.^

Tuesday, January 20, 2009

bahagia sungguhlah!

hola everyone.

memang rasanya hidup sekarang bersinar kebahagiaan. heheh. alhamdulillah. PEACE!!

sedang membuat buku log pagi tadi, tiba2 perut terasa lapar, lalu mulut berkata "eh, saya laparlah". lalu terdengar oleh junior sy yg sdg buat catering practical. beberapa minit selepas itu, junior sy datang lalu membawa sebungkus roti yg disapu jem & marjerin, "Ida, ni ada roti. Ida lapar kan?". [see, betapa bahagianya :D]

pada waktu tengahari pula, selepas turun dari wad setelah membuat kerja, turun dengan perut lapar. masuk ke ofis [ofis kami dekat dengan dapur hospital of course], dan tiba2, kawan2 UMT pula menghulur sepinggan nasi siap dengan lauk sambal ikan & kacang panjang goreng. lalu mereka berkata "kitorang dah ambikkan nasi korang, xpayahlah pergi cafe" [see,, bahagia tak?? :D :D]

petang hari pula handle case lagi... sy mesti bersyukur sebab sy sihat. alhamdulillah..

lagi, kebahagiaan masih bersinar2 bila pulang ke rumah.. heheh. lagipun adam ada dekat sini. :D

yg macam kurang bahagia sikit, sebab tiap2 hari kena pakai tudung hitam sebab masih tempoh berkabung sampai 4 Februari.

eh, tapi sy memang bahagia sekarang lah. wee... jangan jeles everyone!

wink wink ~.^

Sunday, January 18, 2009

sunday-list

macam2 mahu dibuat hari ini.

1. mahu tengok spongebob squarepants. sangat mengecewakan sejak channel nickelodeon sudah hilang coverage. [astro memang mengong] jadi hari ini mesti tengok dekat tv3.


2. mahu pakai inai lagi 2x. bagi kuku cun macam orang baru kawen.


3. mahu buat surat utk minta cuti jumaat depan sebab mahu pergi ofis kolej. ini yg sy xrajin mahu buat. dari 2 minggu lepas asyik tangguh2. kalau benda2 rasmi macam ni sy memang slow lah. xsuka


4. mahu mendadu kentang utk buat karipap tipu lagi. kali ni dengan inti kentang + ayam. wuu.. minum petang hari ini kita makan karipap tipu jom. mahu rasa? sedap tahu. :D


5. mahu iron white coat. kedut seribu lepas basuh semalam. baju utk pakai minggu ini sudah siap di iron pun 4 pasang [sebab jumaat plan dapat cuti lah. hoo] hari jumaat lepas lagi. rajin kan saidamunira? wee..


6. mahu siapkan buku log. xsuka betul lah.


7. mahu pergi tampin kot. angah mahu membeli barang2 makanan bekalan utk setahun. heheh. kasihan dia sudah mahu pulang

8. mahu dating [abaikan. cuma perasaan saja tu]


* * * * *


em em. macam xlah banyak sangat pun benda mahu dibuat. sebab namanya pun pemalas, jadi sy xakan jadi terlalu gigih utk start membuat case write-upS. nanti dululah. mahu bersenang lenang dulu. [nanti barulah gebon mahu buat kerja setimbun! - biasalah tu]

jadi, hari ini sy cuma akan duduk di rumah membuat aktiviti freestyler. cis, esok hari isnin dan adalah hari isnin + ada clinic session. wuwuwuwu

jangan mengeluh lah.

wink wink ~.^

Friday, January 16, 2009

farewell

as usual, i am quite excited on Friday. wee. finally it's weekend again. :D so, farewell for this week. 8 weeks left for clinical II. but 8 weeks to go to face special unit II attachment. [janganlah sy dicampak ke hospital yg jauh2 nanti. amin]

disebabkan jaja miki & happyfeet-feeda sudah sound,, sy mesti letak nama mereka dalam post kali ini. [amboi, buat tuduhan sy macam sudah melupakan anda semua. hoho. how can I forget all my sweet memories. kamu semua sweet memories sy, tahu?] i never want to say farewell to you girls. nanti sy mahu pulang ke sana juga. [for this time being, bolehlah buat sepah dekat meja & katil goldilocks sy. heh. silalah.]

sesi ucapan khas
jaja: u seem soOoO happy with Mr. faisal walaupun sgt busy. kahwin asap ok? heheh.
feeda: update lah blog ye darling. nanti sy balik sana, buat karipap eh?
nyna: nyna pun sama. bila mahu update blog?
aida: adakah anda di terengganu?
eni: selamat buat tesis [in case she reads my writing here. hehh]

overall, to all my housemates, good luck for your theses. just put efforts on it. cemerlang punyalah. dont worry. really miss u all. wuuu :D

oh, tajuk entri ini adalah farewell kerana tadi kami buat farewell party. kawan2 UPM yang practical dekat HTJS sudah tamat practical pun. sungguh jelesh dengan mereka lah. em em. sebab namanya farewell PARTY, mestilah kami makan besar. see, memang xpernah farewell kepada topik MAKAN. [lalu menjadikan frequency makan fastfood for this month ialah 5 kali. aduyai. dietitian spesis apa entah!]

after the farewell party, they left.. since then, i feel a little gloomy. haha. next week kawan2 UMT pula mahu farewell kan kami. then, our UKM junior [they attached to HTJS for catering practical] will say farewell to us too. kasihan kami, kan? 10 weeks memang sangat lama lah. sy xsabar2 mahu say farewell to my study. cannotwaitcannotwaitcannotwaitcannotwait

wink wink ~.^

Wednesday, January 14, 2009

blog description

assalamualaikum semua orang.

family:
sy sangat seronok berada di rumah. walaupun bukan waktu cuti, dapat duduk di rumah dengan family memang sangat heaven. [udeq, aku memang layak ambik tempat ko jadi presiden KeMBaR. ;p berciri gila kuasa sikit. haha] adam pun mahu balik minggu hadapan. yey.

friends:
tadi baru mengusha2 blog kawan2 smkApian drpd link dekat blog encik alang. wah. nampaknya ramai yg berblog secara ilmiah. bagus bagus. kagum sy. mereka sangat berwawasan lah.

sy ada kawan yg sedang mencari girlfriend. siapa mahu jadi girlfriend dia? mari angkat tangan. hoho. [em,, maaflah encik A. hehh. terpromosi dekat sini pulak. ;p attention: bukan encik afif, ok.] eh, atau kalau encik afif pun sedang mencari-cari, sy boleh tolong promosikan di sini sekali. hoho.

fun:
hari ini ada kerja sekolah sikit saja. xbanyak macam semalam. yey. boleh bersuka ria malam ini. boleh baca komik sincan lepas siapkan kerja sekolah nanti. weee

food:
sudah 2 hari sy makan free dekat hospital. siapa kata makanan dekat hospital xsedap? sedaplah. lagi sedap daripada makanan dekat kafe hospital tahu. agak appealing, seriously.

fabulous:
yang fabulous, hari ini sudah hari rabu. maknanya hari jumaat semakin hampir. [sambil melompat guling2 ;p]


* * * *

sekian sahaja summary untuk hari ini.

wink wink ~.^

Monday, January 12, 2009

isi perut

oh, sy mahu bagitahu isi perut sy. memandangkan belum sampai 4 hours from my last meal, maka masih isi perut lah. PEACE!!

aauum. harimau baru saja makan daging ayam. makan satay. yey. ini satay sempena pasar malam hari isnin. jadinya, purata kekerapan makan satay untuk bulan ini adalah ~1/7. seminggu sekali. bagus bagus.

1st: makan satay masa celebrate munir.
2nd: angah beli satay sempena pasar malam hari sabtu.
3rd: emak beli satay sempena pasar malam hari isnin.

rajin sungguh makan satay lah. ini semua mungkin sebab angah lagi. sungguh kasihan lah dia. em em. xpe2. beliau pun sudah mahu pulang xlama lagi. so, bagi dia makan puas2 lah.

satay xbagus makan selalu. kalau satay ayam, nanti termakan dengan kulit ayam. [eh eh,, "ter" kah?]. lagi satu, satay itu kan dibakar, lalu menjadi karsinogenik. boleh jadi sebab kanser.

oh, lagi, maktik pula datang petang tadi bawa putu bambu pula. see,, rezeki sempena pasar malam hari isnin lagi.

amboi amboi. isi perut dia penuh memanjang. isi perut kereta xhengat pulak. adoi. minyak kereta sudah habislah. wuu

wink wink ~.^

Sunday, January 11, 2009

weekend

semalam kan hari sabtu. hari sabtu best sebab cuti.

hari jumaat kan sudah beraktiviti lepas kerja. lalu malam sudah penat & xada buat plan langsung pun utk hari sabtu.

pagi sabtu, sy tolong emak buat karipap-main-tipu. [main tipu sebab inti saje inti karipap, kulit pakai kulit popiah. eheh.] angah yg bising2 mahu karipap karipap & karipap. jadi, emak macam kasihan kot, jadi emak buatkan karipap tipu.

sungguh pun pakai kulit popiah, tapi mahu panggil karipap juga. xmahu paggil samosa. sebab xtahu how to fold it into samosa shape lah. he.

emm.. pukul 9 a.m. telah diroger. oh. Bedtime Stories lah. mahu tengok mahu tengok. tapi macam malas pulak mahu keluar.

tiba2, baru teringat ada kerja sekolah perlu dibuat dekat Guardian atau Watson's. jadi, sy perlu keluar lah.

kalau sudah keluar, xkanlah pergi buat kerja sekolah dekat farmasi sahaja kan. [nanti orang kata sangat beretika pulak. heh] jadi, perlulah pergi bersukaria juga.

jadi, sy sudah tengok Bedtime Stories. best. silalah pergi tengok. moreover, dalam cerita itu ada banyak kali "once upon a time". heeee. memang best.

pukul 5+ sudah pulang. pukul 7 tengok sincan. semalam sincan super lucu. tajuk yg last adalah "Mama Saya Ada Peminat". sy ingat tajuk dia sebab kelakar sangatlah.

malam, sy iron 5 pasang baju kurung. rajin betul saidamunira. then, konon mahu tengok Mr. & Mrs. Smith, tapi rupanya terpengsan depan tv pukul 10.30 p.m.. xpelah. sudah tengok pun cerita itu. cerita itu best. [memang penatlah beraktiviti pada siang hari. hoho.]

..dan tidur, maka, sudah hari ahad pun. aduyai. esok hari isnin lah.

nanti bila sudah jadi hari isnin, sila menjadi hari jumaat dengan pantas.

wink wink ~.^

Friday, January 9, 2009

kisah hari ini

mari catatkan kisah hari ini.

bangun pukul 5.52 a.m. [alarm sy memang di set dengan nombor2 di hujungnya bukan '5' atau '0']. memang sakit hati dengar alarm.

lalu pergilah kerja di pagi hari. dan bekerja dengan riang kerana sangat mahu masa berlalu dengan cepat. hari ini kan hari jumaat. sy sangat happy lah. lagipun, sy memang lahir hari jumaat :D

sudah sampai, berjalan di bilik mayat. [tiap2 hari pun sy lalu di bilik mayat. berjalan seorang diri di tengah2 laluan bilik pengurusan jenazah Islam & bukan Islam. eh, xbaik ke lalu dekat tempat macam tu tiap2 hari ha?]

lalu bekerja,, bekerja,, berlari naik tangga sampai tingkat 8 tahu? busuk betul white coat, peluh seminggu. hoh. dan bekerja lagi..
**mahu cerita sikit. tadi pergi NICU (ICU utk babies). ada budak kecik (2 years old) itu paralyse seumur hidup sebab kecuaian bondanya. sangat kasihan. sudah setahun budak itu duduk ICU, sebab kalau balik rumah, dia macam xboleh hidup. nauzubillah..

tengahari, murah rezeki. yey. ada orang belanja KFC. [err.. kena boikot kan? tapi, orang sudah belanja, xmahu membazirlah. kasihan dengan orang yg belanja itu].

sungguhpun telah dapat KFC percuma, sempena hari jumaat, kami kena makan besar. so, sy menjadi driver hari ini, pergi ke A&W. [A&W xmasuk dalam list boikot kan? :D wee]. sy makan chicken sandwich, fries & float. wah. ditambah dengan ayam KFC. otw pulang dr A&W, eksiden sikit. tapi cik kenari merah tidak cedera pun. alhamdulillah... iih. gebonlah.

petang, bekerja lagi dan bekerja. [Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yg baik. amin. xmahulah sakit macam patient dekat CCU itu.. xmahu..]

masa yg dinanti2, sudah pukul 5 p.m. wahh. wah wah. gembira! sy ada program tahu. [tapi lalu lagi di tengah2 bilik pengurusan jenazah Islam & bukan Islam again. baunya? bau mayatlah of course.]

dan program berjalan. tteeeettt. [ini program lepas kerja. kan hari ini hari jumaat :D. heee... tteeeettt]

oh. program itu habis lambat pulak. terlambat lah. heh. pulang ke rumah sudah pukul 8.

ok, sekarang masa sila bergerak dengan slow. xmahu hari Isnin lah.

wink wink ~.^

Thursday, January 8, 2009

jajaSIMPLEtag

tengok, sy sudah update pun. lalu menjawab tag jaja. memang nikmat sebab minggu ini sudah mahu sampai weekend. lagipun, tiada masalah berkaitan hempon beliau lagi. weeee :D :D

ok. mari selesaikan tag cik jaja miki, i.e. housemate yg underweight. [dgn ucapan, "kamu mahu lemak sy jaja?"]

* * * * *


1. do you think you're hot?


hot-babe tentulah tidak. hot-tempered sometimes saje. red hot chilli peppers sy tidak minat.

2. upload favourite pictur
e of you

hah hah. bukanlah favourite sungguh pun. gambar favourite sebenar dalam Spongetop i.e. laptop lama sy. sekarang tengah guna twisTouch, malas mahu bukak Spongetop.


3. why do you like this picture?

kerana ramai yg jelesh. hah hah.

4. when is the la
st time you ate pizza?

31st December 2008. sangat accurate. dekat JJ Seremban 2. memang hot tempered pergi sana lah. mahukan sesuatu yg special. tapi, jadi hangin. [beliau banyak kali kena cakap "sabar boleh taaaakkkkkk???"] kalau perut sy lapar & orang buat kerja terhegeh2, memang sy hot tahu.

5. the last song you
listened to?

oh. lagu kebencian, xsengaja dengar. Rite NA NA NA NA na. akon. malas mahu tukar chanel radio masa drive tadi, sebab sudah mahu sampai rumah pun.

6. what are you doing right now beside this?


thinking of tteeettt.

7. people you tag


1. mohd afif salami bin marzuki [eh, nama kamu ada mohd bukan? kalau spelling error, sorry]
2. mohd fikri bin mohd yunus
3. siti syahirah bt nordin
4. nurul huda bt razalli

8. who is number 1?

encik afif lah. beliau ialah classmate masa form 1 & form 5 dahulu. beliau juga berlagak tan sri, sehinggakan macam xbiasa pulak dengan title sebenar ada 'mohd' atau tidak. uh uh.


9. say something about number 4

coursemate sy, beliau sangat bijak & berkaliber juga workaholic. dahulu beliau belajar dekat Sekolah Tun Fatimah. sangat suka berkaraoke.

10. how about number 3?

ini rumet masa matrik dulu. orang 1st skali yg sy kenal masa masuk matrik. ada bakat jadi datin. i miss her juga :D

11. who is number 2?

encik alang. beliau ialah classmate dari form 1 sehinggalah form 5. [encik, kamu perasan tak yg kita memang xpernah terpisah semasa zaman dahulu, hatta memasuki matrik yg sama?] hee...


* * * * * *

yey. hari ini xada kerja sekolah. PEACE!! boleh berguling2 saja di depan tv.
to farini, happy becoming birthday!! :D may all goods and blessing go your way..

wink wink ~.^ [see,, sy sudah normal kembali]

Tuesday, January 6, 2009

oh, sungguh sukar

i'm talking to TIME. "dear, please run faster. like flash. pleeeeaaaaase!!"

jadi, apakah respon masa kepada sy?.. entah.

wahai minggu ini, tolonglah cepat berlalu. tableh tahan lah camni woooooo... :'( isk isk.

starting this new semester without beliau sungguh menyukarkan lah. adoi.

apadaa. apalah dosa hempon itu pergi disimpan oleh entah siapa.

xmahu wink.

Sunday, January 4, 2009

my interests

masih sedang explore apakah interest sy..

em.. menggali-gali. aha,, food? em, interest kah? mungkinlah. interest terhadap makanan sepatutnya rajin mencuba pelbagai jenis makanan, kan? atau mesti rajin memasak atau invent makanan. semua pun belum dilakukan. kalau tanya pernah makan ini dan itu, mesti sy akan cakap "belum". masakan sy yg paling superb setakat ini adalah ikan masak kicap. invention, tiada. jadi, itu interest kah?

adakah interest sy ialah shopping? wah. mungkin belum berapa pasti. wait and see sampai sy bergaji kelak. sekarang, sy bukanlah rambang mata sangat pun kalau ke shopping mall. [kawan-kawan, betul kan??]. duit menjadi penghalang. duit untuk topup lebih penting. tambahan lagi, zaman sekarang, maxis cekik darah lah.

melayan drama series? mungkinlah. tapi, hanya desperate housewives & Kyle XY yg dilayan dengan jayanya. cerita lain yg dilayan separuh jalan ialah one tree hill, prison break, grey's anatomy, heroes, falcon beach.. menjadi separuh jalan adalah kerana internet di negara ini super terhegeh2. mahu beli dvd memang membazir lah.

korean drama? entah. bila tengok rasa best. tapi, kalau xtengok pun, xada any effects. cerita yg dilayan sehingga khatam hanya full house. itu pun sebab encik itu yg meminjamkan cd beliau, lalu mestilah dihabiskan menonton. lagi, cerita I'm sorry, I love u. itu pun xkhatam. cerita lain? xtengok pun.

reading kah? em. tteeeettt. belum lagi kot.

belajar kah? oh. jawapan sy MEMANG TAK AHH. sy lebih suka bersenang lenang. PEACE!! main saidina, main scrabble, main othello. main card pun ok. tapi encik itu kata, xbaik main card.


ok. I had jump into conclusion. interest sebenar sy dirahsiakan. [sy ini bukanlah orang yg bosan. hee]

em. tiba2 dapat sms yg sgt xbest. uhhhh. :'( wuuuuuwuuuu... hempon beliau kena grounded sempena seminggu orientasi.

wink wink ~.^ [ini wink pura2 muka enjoy. padahal hati sangat jiwa xtenang]

Friday, January 2, 2009

tahniah tahniah!!

silalah jemput baca entri dedikasi sempena tahun baru ini.

tahniah saidamunira, sebab pagi tadi bangun pukul 5.45 a.m.. tahniah lagi kerana bangun pagi terus mandi.

tahniah saidamunira, kerana hari ini sampai paling awal antara 4 orang yg practical dekat Hospital Tuanku Jaafar Seremban. tahniah sebab ayah yg hantarkan pagi ini, bukan sebab sy xreti memandu lah. tapi both parents ada meeting hari ini ok.

tahniah lagi sebab perasan. ingat kamu boleh lepak-lepak sempena orientasi hari ini? maaflah. pukul 11 a.m. sudah naik wad medikal. lalu, dengan bertuahnya saidamunira telah dapat pesakit pun. terus kena bagi kaunseling on the spot pula. tahniah sebab lidah kelu plus gebon. [pesakit tersebut berpangkat adik lelaki, lahir pada tahun 1988, tapi sakit gout]

emm.. x tahniah lah sebab kafetaria tutup. [berkabung kot,, tuanku jaafar kan mangkat hari tu]. eh, tapi, tahniah lah sebab lunch dekat Seremban Parade, makan McD. tahniah tahniah.

tahniah lagi kepada beliau sebab perasan boleh menggoyang kaki pada sesi petang. ambillah kamu, dapat 2 cases petang tadi. geng biha & huimei dapat 1 case saje, baby 3 bulan. tahniah lah jugak kpd mereka. tapi, lebih tahniah kepada geng saida & yenyen sebab perasan lah dapat 1 saje patient pakej lengkap macam biasa.. tapi rupa-rupanya dapat 2 cases ye. lagi 1 biliary obstruction, cachexic. dengan gebonnya, kali kedua sy kena membebel kapada patient dengan xbersedia. tahniah tahniah.

ok. lain kali, jangan ingat hari pertama kamu boleh goyang kaki lah.

tahniah sebab dietitian suruh hafalkan semua product enteral punya nombor ajaib. kalori, CHO, protein, fat. tahniah sebab bekerja sampai pukul 5.20 p.m. hari ini, memang berdedikasi lah dapat clinical training dekat HTJS. [aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrggggghhhhh!!!]

ucapan tahniah terakhir kepada adik sy iaitu encik munir sebab dapat result PMR yg bagus. dapat kenduri sate malam ini. tahniah, makan banyak, macam tiger. aaaaum.

tahniah sebab membaca entri ini. ok, sudah penatlah. mahu tidur.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.