The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 27, 2009

hati senang, jiwa?

kata orang dulu2:
"gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"

oh, adakah pantun itu memang realiti? sy sedang kenyang perut, bukan setakat kenyang, tapi tegang.
tadi menyambut birthday jamila & ayah. jamila had turn 5 years old, ayah 56. [tapi kan, terasa macam xlah suka hati sangat, sebab terasa energy balance hari ini bernilai positif yg terlalu besar!! warghh]

tadi makan SR's chocolate moist cake, ayam KFC bahagian pelvis, wedges, mashed potatoes, fun fries, samosa, karipap [sama macam checklist high fat foods yg selalu sy tanya dekat patient obese, tahu]. hanya 1 langkah yg agak bijak, iaitu sy xminum carbonated drink tadi. sy cuma minum plain water. PEACE!! jadi, malam ini xpayah makan ok.

sy xlah perasan kurus. sebab sy terasa sy memang tebal. selalu tengok dekat cermin, laterally, boleh dianalogikan sebagai kamus dewan. kalau boleh, sy mahu jadi komik dik cerdas. [tapi xmahu jadi buku tiga lima]

sudahlah. perut sudah kenyang, tapi jiwa xtenang sebab esok kerja. wuwuwu. entah kenapalah, sejak tadika, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, universiti, sy memang xpernahnya suka pergi sekolah. sy cuma excited pada hari pertama sebab pakai semua barang baru.

ish. macam mana hati mahu senang, sudah maghrib, saidamunira masih online. bawak2lah pergi mandi & solat maghrib. astaghfirullah.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.