The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 27, 2009

thank you encik afif

sila scroll bwh sikit. tengok sikit dekat third award tersebut.

maka, perlulah update blog lagi. setelah dapat award daripada encik afif, hendaklah show my appreciation kan? [jika tidak, nanti dianalogi sebagai kacang lupakan kulit pula.]

jika encik alang rasa macam mahu menitis air mata, sy rasa seperti mahu mencucuk mata. tapi rasanya xperlulah, sebab ini memang realiti lah. wohoho. jadi cuma perlu mengelip-ngelipkan mata, winking kepada encik afif plus batting my eyelashes kepada anda semua dengan bangga sebab sy dapat 2 awards, kewl & active. PEACE!! [kawan2 jangan jeles ye ;p]

thank you encik afif. memang agak kacak sikit jadinya muka anda bila di-publish dekat page sy, bukan? hoh.

* * * * *

saidamunira sedang sakit kepala. dari pagi bawa ke malam. sebabnya xmahu makan panadol.

mungkin sakit kepala ini bertambah sedap sebab petang tadi menjadi extra gigih memandikan red darling dengan sabun lux. sangat bergaya saidamunira memandikan red darling dengan memakai baju kurung serta berkain songket. sebabnya, sampai rumah tadi, emak & ayah xbalik lagi, pintu rumah kunci. jadi, sy menjadi bosan lalu memandikan red darling. [woho. red darling sudah sangat hensem tahu. bling bling lah]

nak makan panadol lah. macam xcomel lah kepala sakit.

wink wink ~.^

Thursday, February 26, 2009

maju dan up sikit

zaman sudah berubah.

waktu pagi2 lalu smkAp, on the way ke hospital, bermonolog "wah, zaman sudah maju betul!"

sangat perlu bersyukur sebab masa masuk form 1 dulu, faktor menjadi sangat homesick adalah sebab kena bangun pukul 5 pagi.

budak kecil & comel yg belum pun 12 tahun masa itu adalah sangat kasihan. sebab terasa sangat terseksa duduk asrama. ditambah dengan ketakutan terhadap cikgu anisah.

selain itu, dengan kena mandi air sejuk dekat tandas yg xbest juga macam seram. entah kenapa lah, kalau pergi tandas rasa macam ada hantu skodeng.

pukul 7.10 pagi sudah beratur di hall. pernah sekali tertidur sambil berdiri masa assembly. bukankah sangat kasihan sama budak comel itu?

sekarang perlulah merasa heaven. walaupun memang kena bangun awal pagi, sy masih boleh diskaun bangun tidur dengan snooze hempon. jadi boleh bangun pukul 6.03 pagi.

mandi pun sangat wangi dan best. juga xpayah tunggu turn. plus xada hantu skodeng.

pukul 7.10 pagi lalu dekat smkAp sekarang, tengok asrama mesti sudah off light. hahahaha. budak2 sekolah pergi assembly. sy sedang memandu red darling pergi hospital. PEACE!! sy sudah maju lah. ;p

yey.

sudah up sikit. tapi mahu up lagi.

wink wink ~.^

Wednesday, February 25, 2009

thinking of YOU

asyik dengar lagu katy perry, thinking of you.

sebab kan memang sedang thinking of you.

you yg nombor 1 adalah beliau lah.

you yg seterusnya adalah anda yg membaca entry ini lah. seriously, you are in the list. jangan malu2 untuk assume sy memang thinking of you juga.


lagu itu macam berhantu lah.

pergi youtube cari video clip. lepas itu cuba bayangkan.

adalah sangat takut bila orang yg terlalu kita treasure boleh hilang.

kalau berpisah pun enough2 lah boleh jadi sedih.

adalah memang xada seorang pun yg sama dengan orang lain. sila appreciate originality.


em. tapi kalau hilang sampai bila2?

xmahu.



nauzubillah.


betul, i'm thinking of you.

wink wink ~.^

Tuesday, February 24, 2009

tag multiusage kaklong

cik kaklong ina @ nueeunlimited tagged me.

"Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah... (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!"


1. Anak Kunci.
Kegunaan asal: untuk kunci pintu, laci dan apa2 yg berkunci
Kegunaan lain: kebanyakannya sy menggunakan kunci untuk hidupkan red darling lah. kunci kereta xboleh buka laci pun. selain itu, kunci adalah untuk hipotesis mangga dan kunci. heh

2. Penutup Pen.
Kegunaan asal: tutup pen, x nak kasi dakwat kering
Kegunaan lain: boleh tiup2 ke, buat bunyi. [actually xboleh main tutup pen. sy pernah di-scolded by Dr. S sebab menutup pen yg terbuka ketika beliau sedang bercakap, lalu beliau cakap begini "saida, if you want to play with your pen, you can get out from here right now". kira kena halau keluar sebab menutup pen dengan mengeluarkan bunyi "tick". hoh!]

3. Botol Mineral.
Kegunaan asal: tempat simpan air

Kegunaan lain: boleh isi air atau pasir, buat dumbell [ehem. biseps biseps :p]

4. Paper Lama.
Kegunaan asal: leh digunakan utk buat draft paper

Kegunaan lain: alas untuk mengupas bawang, kentang atau memotong sayuran. buat pola untuk menjahit baju

5. Seluar Dalam Lama.
Kegunaan asal: pakai kat dalam bukan di luar

Kegunaan lain: next question please. soalan kurang moral. er.. tapi mungkin boleh buat umpan api, kan? [dush, selekeh soalan ni]

6. Lesung batu
Kegunaan asal: menumbuk belacan, dsb

Kegunaan lain: lebih kepada menumbuk inai. em, buat dumbell pun boleh juga lah. [wohoho. biseps biseps biseps :p :p]

7. Langsir
Kegunaan asal: hiasan rumah/keceriaan rumah

Kegunaan lain: main hide & seek dengan adam afnan. juga boleh menjadi masterpiece apabila dapat berbangga cakap dengan orang "sy yg jahit langsir ni" [bunyi yg sangat bongkak. hoho]

8. Komputer ofis
Kegunaan asal: buat keja rasmi

Kegunaan lain: xada main komputer ofis pun lah. eh, masa dekat HUKM dulu ada guna komputer ofis untuk ambil data patient secara short cut, sebab malas mahu apply bed head ticket dekat unit rekod.

9. Duit Syiling
Kegunaan asal: nak lengkapkan duit kertas

Kegunaan lain:gores prepaid atau gores dan menang. juga boleh buat belajar tajuk matematik bab probability

10. Laman Blog
Kegunaan asal: menulis dan mencari sahabat lama dan baru, tukar2 pendapat
Kegunaan lain: [sebelum tu, tanye sikit, iye ke blog ada kegunaan asal seperti yg tersebut di atas ni?] actually, kegunaan asal blog sy adalah to make my life more enjoyable.


* * * * *

yey. settle sudah tag ini.

sy juga tag orang lain:

1. semua housemates dekat rah. aeda, fyda, miki, nyna
2. hot schoolmates. afif, alang, kathy.

p/s: jaja miki, it's ok je. sy xmarah anda pun lah. sudah ajal mug itu. mungkin sebelum ini sudah mengalami internal fracture, banyak kali dah jatuh tu xpecah2. dari 1st year lagi. hehe.. sudah final year, so mug itu pun bye bye lah. haha

that's all. with that, i thank you.

wink wink ~.^

Monday, February 23, 2009

my siblings

faremaq . belle . bangteh . along . ida . angah


ini adalah barisan anak2 encik johari dan puan halimah. [comel kan, even dari belakang?]

sekarang adalah berperasaan bosan duduk di rumah sebab xdapat main saidina. kalau main saidina, kami sudah fix huruf tertentu untuk setiap orang:

huruf A: along punya. along sudah kawen, jadi xselalu main saidina lagi. along sekarang sudah tidak update blog adam lagi. . heh. nasib baik beliau selalu send video & gambar adam.
along semakin tembam. ;p

huruf B: bangteh punya. walaupun beliau baru form 4, xtahu kenapa kakak beliau ini tetap panggil beliau bangteh. beliau semakin hitam sekarang sebab asyik main hoki. semalam ayah belikan kayu hoki baru dengan shinpads. asik main saje beliau. bola petanque pun beliau angkut balik asrama.

huruf C: angah punya. [stands for "Cengkok"] cengkok adalah terminologi orang kampung macam kami untuk sejenis haiwan seakan monyet kot. haha. oh, barang makanan beliau sekotak masih belum dipos oleh ayah. emak suruh tulis surat masukkan dalam kotak tersebut untuk dipos. oh, rasanya xperlu kot. macam klasik je bagi surat. ym kan ada.

huruf D: belle punya. [stands for "Dabila", tapi nama beliau adalah nabila]. budak ini juga semakin hitam sebab main netball. di samping itu, kadang2 beliau kena marah sebab kawan beliau asik telefon. kalau telefon rumah ringing, konfem adalah kawan beliau. tahun ini beliau upsr.

huruf E: sy punyalah. Eda punya. heh. beliau masih ingat saat2 angah menjadi bankrap disebabkan mendapat keputusan maju 16 petak. hahahaha.

huruf F: naima punya. [stands for Faremaq, nama glamour beliau dalam versi bahasa Filipina]. haha. budak hitam ini sekarang semakin imun duduk di asrama. beliau menumpang populariti sy di sekolah sebab cikgu anisah sudah kenal beliau sebab kakak beliau ini yg juga murid kesayangan cikgu anisah. bukankah sangat bertuah?


hoho. ayah dan emak mesti rasa bahagia bila kami bermain bersama. sebab kami adalah anak2 yg macam nerd sebab tidak keluar rumah selain pergi rumah atok kalau waktu cuti. aktiviti semasa cuti selalunya diisi dengan main saidina dari pagi sampai malam.

kami juga adalah kedekut. sebab kami xakan bagi orang lain main boardgames kami selain cousin kami iaitu nueeunlimited. [anda patut rasa bertuah. heh heh]

uh. mungkin sedang merindui anda semua. agak bosan cuma ada belle di rumah ini. nak main pun xada masa.

wink wink ~.^

Saturday, February 21, 2009

nyna's jiwang-like-tag

hello hello.

kenapa ha rainbow dekat atas sudah xkeluar lagi. dari petang tadi sampai malam ni, bila buka page ini, rainbow xkeluar. wuwu. kalau xada rainbow, macam xceria pulak.

ces. encik afif masih dengan ciri berlagak beliau. beliau kata blog sy xcantek. [eleh. kamu xladies, mana kamu tahu]

sy mahu buat tag nyna. fida belum mahu buat lagi. [see, mungkin beliau memang ada agenda rahsia. same je mcm encik afif. apa entah yg rahsia sangat].


1. How did you meet him/her?
dua orang budak kecil sekelas masa form 1 & form 4. hoh. [actually, masa kecil dan COMEL. hoh hoh :p]


2. Was it love at first sight?

uh. mestilah tidak. love at first sight adalah untuk kaki skodeng. kami tidak.


3. Favorite thing about him/her?

suka meng-escort.


4. Most annoying thing about him/her?

oh. susah mahu bangun tidur.


5. What makes you love him/her so much?

ececeh. rahsialah.


6. Do you want to marry this person?

*blushing blushing*


7. If you are married, how did you know he/she is the one?
macam mana kan nak tahu. em. dapat mimpi kawen dengan dia lah. [eh, bukankah selalunya mimpi adalah bermaksud opposite?]


8. Would you die for this person?
hey. bolehkah? bukankah kita hidup kerana Allah. mati pun sama lah, kan? kan? [eheh. *sila buat tangan macam nasyid ;p]


9. Could you ever cheat on him/her?

sy mahu jadi sweet honesty. [kalau sekali kita tipu, nanti rasa mahu tipu lagi, kan trouble. heh]


10. Can you see yourself with him/her in 10 years?

sy yg pada waktu tersebut berusia 32 tahun, beliau 33 tahun. mungkin masa itu tengah sibuk masak soto, lontong, rendang dan kuah kacang di dapur bersama2, mahu buat openhaus, anda semua dijemput hadir, ok.


* * * * *

jodoh adalah divine intervention. kan?

wink wink ~.^

Friday, February 20, 2009

wala! HAPPY friday

assalamualaikum. oh, hari ini sangat happy. terasa sangat lucky sebab jadi insan terpilih untuk jadi super happy hari ini. :D [jeles x? ;p]

woho. dari pagi sampai petang asyik ketawa. niat yg macam baik sikit telah terpesong dengan mencapah sikit2 lah. haha.

pagi:
niat men-touch up board. selepas board siap, terpesong sampai jadi gila camera. yg best tu sebab dietitian pun join. woho.

semua PEACE!! wuhu wuhu

happy kan? :D

Ms. Koo & Ms. Norza. PEACE!! lagi :D
-dietitian paling best-


em, lepas tu handle cases & follow up kejap. a'ah, sekejap saje. heh.

tengahari:
orang Nestle dtg promote NAN 1 PRO. dapat invitation on 7 March nanti, dekat hotel, kami mahu pergi nanti kot sebab ada free dinner. hah hah. then, kami dapat muffin bifidus. PEACE!! :D


niat mahu makan kimchi telah dibatalkan. Ms. Koo telah bagi harapan palsu. beliau cakap kedai itu halal. ces. [Ms. Koo tipu wuwuwu]. end up dengan makan nasi briyani.

petang:
sebab xada new case, jadi kami join Ms. Koo pergi klinik kesihatan. huimei bagi talk. lepas talk, makan popiah & minum tea. [hoh hoh. rezeki].

lepas minum2, jadi actresses dengan Ms. Koo, pergi berpura2 macam sangat profesional dekat wad psikiatrik. sebenarnya saja mahu pergi tengok wad itu. em. lawatan sambil belajar lah konon. padahal kan, saja jalan2. haha.

sudah balik ofis, bluetooth dengan Ms. Koo. kebetulan ada dietitian dr Hosp Kuala Pilah, beliau tanya Ms. Koo tengah buat apa, Ms. Koo cakap tengah ada discussion dengan student. wahaha. Ms. Koo memang rock.

sebelum balik, makan muffin bifidus dulu. sambil menggila kamera lagi. [Ms Koo yg tolong snap gambar. wee]


* * * * *

actually kan, hari ini rasa macam school rock. dietitian rock. clinical training rock. xstress langsung. [ada x orang lain clinical training dekat hospital spesis macam ni punya happy?] wohoho.

hari ini macam free. hari lain, busuk white coat berlari naik turun wad.

i love Friday. alhamdulillah :D :D

p/s: is & udeq, jeles x? ;p

eheh. panjang sangat pulak. oklah, mari sleeping beauty.

wink wink ~.^

Wednesday, February 18, 2009

1902 list

1. looking into your eyes. looking into your eyes. into mata siapakah? :D wee. happy hari ini.

2. tadi jumpa cikgu rosiah dekat hospital. oh, sy baru tahu sy macam popular. [wek. ;p] cikgu rosiah xpernah ajar kelas sy pun ok. tapi cikgu itu ingat sy sampai sekarang. beliau cakap, sebab ingat tahi lalat dekat pipi kiri sy. [woho. adakah tahi lalat tersebut berelemen comel?-jangan jeles. ;p] terharu sebab dicium2. haha.

3. hari ini sy xmerungut perut lapar lagi waktu petang. [tapi waktu pagi masih hypo, super lapar sampai rasa mahu makan buku. wo]. i had double lunch today. mula2 makan nasi free lauk sambal tauhu & labu masak lemak. second round makan nasi ayam dekat kafe dengan encik tteeettt. wink.

4. sy mahu look into matt dallas's eyes. hohoh. sy tengah jiwa lagu katy perry, thinking of you. tapi, video clip dia macam tteeettt sikit lah.

5. sy rasa, penimbang dekat hospital itu semuanya tipu. sebab sy makan macam raksasa xmakan setahun pun, berat makin turun. tapi % fat makin naik. ceh. sangat mengecewakan lah.

ok. that's all. bye

wink wink ~.^

Monday, February 16, 2009

11 perkara

kan sudah bagitahu. addicted.

1. membawa & membaca komik sincan ke tempat kerja memang sgt bagus. sesampai di hospital, memulakan hari dengan membaca komik sincan memang sgt PEACE!!

2. handle case cerebral palsy with failure to thrive tadi membuatkan sy jadi gebon. menjadi bertambah gebon adalah kerana dehydrated sebab sweating. [alasan sangat membina]. hoh. aircond dekat clinic rosak ye. otak sy menjadi hypoxia tahu.

3. makan free memang nikmat.

4. tidur 10 minit selepas makan adalah ok bagi orang yg telah mengalami kekurangan oksigen selama 4 jam di clinic. port yg sangat strategik membolehkan sy tidur dengan selesa dengan menyambung tiga kerusi sebaris menjadi katil.

5. melewatkan waktu solat beberapa minit adalah disebabkan ingin menyelamatkan diri daripada makcik yg ingin menjual lipstick ada di dalam bilik solat dengan katalog avon beliau.

6. terkedu dengan kes yg banyak seperti kes yg membiak pada waktu petang.

7. wad CCU yg sepatutnya air-conditioned juga xfunction. jadi, hari ini berkeadaan hypoxia times two.

8. mendapat phone call emergency daripada kawan semasa bekerja membuatkan jiwa tidak tenang semasa berkhidmat untuk negara. [sampailah sekarang masih xtahu apakah yg emergency sebab sy angkat phone dengan berkata "eh eh, sorry sangat, call later eh. busylah" - macam berdedikasi, kan?]

9. juga diroger oleh encik tteeett berkali2 setelah jam menunjukkan pukul 5. melihat phone dengan 5 messages adalah WOHO!

10. bekerja dengan kelesuan sehingga jam 5.45 petang membuatkan kaki lenguh sampai malam. [luckily tangan tidak lenguh, jadi boleh update blog]

11. jadi, harus mendapatkan beauty sleep malam ini. pergi tidur sekarang.

good night everyone.

wink wink ~.^

Sunday, February 15, 2009

attention!

sementara menunggu Kyle XY, mari update blog.

dengan senang hati dan girang plus xgebon lagi memikirkan tercampak di mana2 hospital untuk Special Unit II attachment, dengan bangganya sy memaklumkan bahawa sy akan attach dekat HKL. [muah muah sayang kat Dr. Tilly Karu. haha ;p]

rakan2 sekalian di plaza rah, sila ambil perhatian. sy akan pulang ke pangkuan anda semua. hoho. attachment dekat Hospital Seremban ini habis on 13 Mac. on 16 Mac sudah kena start attachment dekat HKL. jadi, sy akan pulang ASAP atau ALAP sebelum 16 Mac. heh.

maka:

1. nanti kemas sikit ye tempat red riding hood tu. [ceh. in case tempat itu huru hara lah. ;p]
2. sila jemput sy di bawah nanti sebab sy xada access card mahu naik lif.
3. lepas itu mahu minta jasa baik pinjam satu access card. [paham2 jela. tteeett]

disebabkan sy telah check out dari sistem kolej, sy akan bayar fee kepada anda semua berbentuk duit dapur. hoh. [don't worry lah, sy kan homesick sentiasa, weekend memang akan pulang juga]

adakah kelihatan seperti excited berciri superb? oh. mungkin sedikitlah. [sy kan rindukan katil sy dan masakan anda semua. uh uh. termasuk anda semua jugalah. :D hu.]

faktor jadi excited:

1. xpayah struggle cari tempat tinggal. PEACE!!
2. boleh bangun lambat sikit nanti. weehu. :D
3. sangat saving sebab cuma perlu berjalan kaki 5 minit, xpayah memandu red darling setiap pagi macam sekarang.

ok. sekian dahulu. itu sahaja pengumuman penting buat masa ini.

wink wink ~.^

Saturday, February 14, 2009

bola sepak lah

mungkin encik alang rasa entri ini macam ada kesinambungan daripada entri beliau.

sy bukan peminat bola sepak. jadi, kalau prestasi bola sepak Malaysia adalah makin jatuh dan jatuh, sy memang xberapa ada nak feeling anything pun. hu.

encik izzat sgt in love dengan bola sepak. [mungkin juga bola sepak adalah cinta pertama beliau]. oh. sy ok je, tapi kadang2 jeles jugak. uh uh.

sy pernah tergamam sebab terperanjat encik izzat bersorak dekat mapley masa tengok bola. dalam hati sy, encik izzat ni sedar tak suara beliau agak berkuasa super. hoh. [lelaki tengok bola memang begitukah?]

sy juga pernah pergi tengok beliau lawan bola sepak dan futsal masa beliau main dengan team NapengFC dekat uia. masa tengok bola tu waktu siang. sy xsedar sampai boleh tertidur. masa tengok futsal pula, waktu malam, hujan renyai2. sy tengok sambil memayungkan diri sendiri. tapi, alangkah xlucky kerana team beliau kalah. wuhu.

angah & ayah layan bola sepak tapi biasa2 saja. sebab selalunya waktu tidur adalah lebih berprioriti.

petang tadi sebenarnya tengok sepak mula liga bola sepak kementerian pelajaran Malaysia. saja tengok adik2 main sekejap, sebab ayah ajak tengok. ayah pengurus pasukan Negeri Sembilan under 14. tadi Negeri Sembilan lawan Johor. yey. Negeri Sembilan kalah. hahaha.

team NS pakai baju biru

bosan & rasa macam tengok bola dekat trendy pump whit yg buruk ini lagi best. ;p

em. sy tahulah sikit pasal David Beckham. ho. LA Galaxy xbagi beliau masuk AC Milan, kan? see. ada knowledge bola sepak sikit. heh.

sy akan terus mencuba minat kepada bola sepak walaupun masih belum terbuka hati mahu in love dengan bola sepak. PEACE!!.

adakah wanita yg minat bola sepak sangat cool di mata lelaki?

wink wink ~.^

Friday, February 13, 2009

two feelings

this morning, i went to HTJS with 2 juniors of mine. today is their last day for catering practical in HTJS. sampai HTJS super lewat kerana lori di depan berkelajuan 30 kmph. then, i learnt to fold 10 ringgit note into a heart shape while having 2 pieces kuih kacang yg dibawa oleh junior. [boleh pulak belajar origami sampai2 tempat kerja. adalah sgt kurang etika kerja]

belajar origami drpd yenyen dengan seplastik kuih kacang

suddenly, dietitian cik norza masuk ke port kami. dengan meng-cover aktiviti origami tersebut, kami telah memberi suapan berbentuk sebiji kuih kacang kepada beliau. actually, she asked Yenyen & I to follow her to Jelebu Hospital for outpatients' referral. [so, menjadi sgt riang kerana boleh berjalan2 hari ini. yippiedaaa. :D]

sgt menggoyang kaki kerana journey to Jelebu took about an hour. [times two, equals to 2 hours melepak dalam kereta cik norza sambil beliau bercerita tentang fiancee beliau] bukankah sgt heaven kerana dpt menggoyang kaki dan berbual kosong. woho!

dekat Hosp Jelebu, we got 8 cases. but 5 patients were absent. menjadikan patients kami berjumlah 3 orang cuma. haha. moreover, dapat minum pagi free di hospital tersebut. em, 1 of our patients there was Dato' Shamsul Bahari. he is a senator. [wah.wah.wah]

then, when we returned to HTJS, we went to JJ to celebrate Huimei's birthday & farewell party for our juniors. sampai dekat HTJS pun boleh sambung celebrate lagi. [sebab perut overloaded, xmuat mahu masuk kek.]


seperti ada satu pari-pari baik hati di belakang birthday girl. woho ;p

owh. petang cover ward. 1 of my patients was adik yg involved dalam accident at Nilai about 2 weeks ago. pity him. brain injury & skull fracture. wu. sgt kasihan dengan adik itu lah.

then, before going back home, we continue our celebration, sambung makan kek. wu. terasa sangat hiperglisemia setelah mkn kek tersebut.

bye bye buddies


* * * * *


uh. it's true that when you are too happy, sadness will follow u.


pulang ke rumah, so sad. Kitty passed away today. Kitty mati dengan sgt comel. Kitty had gone forever. Kitty sudah tiada lagi. [regret pulak tengok Kitty mati. emosi sangat terganggu. :'(]

dem. sy telah menjadi sedikit depress atas kematian Kitty.

it's ok. gembira dan sedih itu kan warna hidup.

wink wink ~.^

Thursday, February 12, 2009

Kitty jangan mati!

sy sedang buat kerja sekolah dengan meng-google. tapi sgt distracted lah selagi xbuat entri. hoh. parah addicted ni.

em. minggu ini entah kenapa tiap2 hari pun update blog. [hey saidamunira, "entah kenapa" adalah tipu. sebab sebenar adalah malas buat case write up bukan?]

sy belum start buat case write up lagi sebab sy sedang perasan masa untuk sy buat case write up sangat panjang lagi. hoho.

kepada semua yg membaca entri ini, tolong doakan encik Kitty. beliau macam mahu mati lah. wuwuwu. seriously. emak sudah bawak Kitty pergi clinic petang semalam. tapi Kitty still belum recover. cuma tidur dekat dapur. mata bertahi, xhensem langsung sudah. mungkin betul pakndak cakap Kitty itu sebaya dengan almarhum Tuanku Jaafar. ajal sudah mahu sampai kot. angkat kepala pun sudah xberkudrat. makan pun xmahu.

sudahlah. mahu sambung kerja sekolah. lagipun tengkuk & leher sy lenguh hari ini lepas kidnap kereta ayah. [individu kurang tinggi macam sy memang kurang sesuai drive kereta yg tinggi. macam xnampak jalan. pandangan berprioriti kepada stereng cuma. huh.]

sy mahu mimpi makan pizza malam ini. Kitty, gambateh. teruskan kehidupan!

wink wink ~.^

Wednesday, February 11, 2009

red darling tidak sihat

jeng jeng jeng. nampaknya bukan cik amy islami seorang yg mengalami kepancitan tayar lah. PEACE!!

semalam kan tayar red darling kempis. balik kerja tadi, masa memandu, red darling macam mereng sebab asyik ke tepi. tekan minyak pun xlaju2. hoh.

sampai rumah, tengok red darling senget sebelah. wuhu wuhu wuhu. flat betul. tapi berjaya sampai rumah! hoho.

sudah tukar guna spare tyre. tapikan, bila sudah pasang, tengok spare tyre pun kurang angin. [ces, penat memusing2 spanar sampai hitam tangan]. lalu bukak lah balik tayar, ayah yg sangat berdedikasi pun bawak tayar pergi isi angin.

ayah xbagi drive red darling esok. so, sy akan kidnap kereta ayah. yippie :D

* * * * *

tadi kan, sibuk mengira cuti dengan dietitian, Ms Koo. heheh. beliau buat statement "munira sangat jahat sebab rajin kira cuti, sama macam sy".

* * * * *

sy mahu tengok the curious case of benjamin button. tapi...

* * * * *

rasa mahu cepat2 grad. ^cannotwaitcannotwaitcannotwait^.

wink wink ~.^

Tuesday, February 10, 2009

gebonisma

sesi di blogsfera lagi sebab malas mahu buat kerja. blogging, sy xberapa nak malas. PEACE!!

sebab hari semalam in the air, jadi, pagi tadi xlalu bangun tidur. makan tetap lalu. drive, lalu lubang. sorry lah red darling. cik driver xsengaja masuk lubang.

arrived di hospital lewat. tapi bukan super lewat. punch card pukul 7.58 am.

mempositifkan diri sesampainya di tempat kerja. [tapi dalam hati bermonolog: dem. i hate. mood tiada] tapi, sy teruskan menjadi gigih sebab weekend yg lalu sy xbuka langsung beg sekolah. which means, kerja sekolah sy xsiap.

today, pagi handle clinic. hoh. tadi 1st time dapat patient superb beremosi. she cried in front of me! wohhhoho. makcik itu menangis sebab sy suruh dia makan banyak sikit. makcik, kenapakah makcik sgt emo? sy sudahlah xada mood hari ini. berjurai2 air mata beliau. [gebonisma saidamunira sekejap. wuu.]

petang berniat menjadi positif dan rajin. mahu follow up patients yg super duper ramai di ward. em em. patient sy telah passed away lagi seorang, menjadikan rekod kematian di tangan sy kepada 2 orang. [hoh! bukan di tangan sy lah. ajal maut di tangan tuhan, bukan?]

balik kerja pergi isi minyak red darling. jumpa cikgu ramli yg ajar add maths tu. hey kawan2, cikgu ramli pakai t-shirt smkAp lah!

sudah balik rumah, didapati tayar red darling telah kempis. lalu pergi stesyen minyak semula, isi angin pula. kan gebon tu, sampai dua kali pergi stesyen minyak.

penat anda baca? penat lagi sy menaip.

wink wink ~.^

Monday, February 9, 2009

in the air

wowi. i'm in the air... :D

long day. dimulakan dengan tidak tidur lepas subuh. [amazing betul, ceh].

* * * * *

[ini tak masuk sesi in the air]:
this morning, makwan telah mengalami hipoglisemia. sy kan cik dietitian palsu, jadi sy telah bagi makwan minum 1 exchange sirap. makwan is diabetic. but recently, she always hypo. i'm worry tahu. kan bahaya hypo.

makwan's intake is too low, and she claimed of losing appetite. wuu. xboleh jadi. luckily, i got my Nutren Diabetes & Glucerna SR sample. so, i asked makwan to try it after makwan recovered from hypo. makwan tried Nutren Diabetes, and she likes it. so, i decided to prescribe makwan with Nutren Diabetes.

* * * * *

taZira_23
sesi perasmian on 9th february 2009


em. i had my special lunch today. :D
happy birthday to encik izzat. [dan juga encik KF & cik muziana]

yep. i'm in the air.. still. hoh!

wink wink ~.^

Sunday, February 8, 2009

emosi ni

sedang emo.

stupid girl, i should have known i should have known..
i'm not a princess, this ain't a fairytale..
[sudah. sampai situ saja. baris seterusnya xberapa sesuai sebab tidak pun melibatkan keadaan begitu]

* * * * *

sedang mencuba untuk bergembira.

mari buat tugasan yg jaja miki bagi.

A : has a smile to die for

B : is a nerd at times

C : can kick ur butt

D : great friend

E : has beautiful eyes

F : wild and crazy

G : HOTT!

H : likes someone

I : best boyfriend or girlfriend

J : gorgeous

K : easy fallin in love with

L : very good kisser

M : can be funny and dumb at times

N : love by many people

O : has one of the best personalities ever

P : popular with all types of people

Q : nice butt

R : gives good hugs

S : very open - minded

T : makes people laugh

U : is loved by everyone

V : not judgmental

W : very romantic

X : never let people tell you what to do

Y : very hot

Z : makes dating fun

so,

S : very open-minded [xadalah very]

A : has a smile to die for [tipu]

I : best boyfriend or girlfriend [xada approval pun tapi]

D : great friend [kawan2, ini tipu tak?]

A : has a smile to die for


M : can be funny and dumb at times [hoh. dumb? adeih]

U : is loved by everyone [tipu lagi]

N : love by many people [lebih dari dua, kira many lah kan]

I : best boyfriend or girlfriend [tteeeettt!! tteeeetttt!! tteeetttt!!]

R : gives good hugs [iye, sebab sy banyak lemak]

A : has a smile to die for


kebanyakannya sangat hiperbola. tapi, sedihlah, sy xada huruf W, huruf Y, huruf Z, dan emm,,, huruf Q. haha.

sekian dulu, sy mahu makan nasik. sudah petang xmakan lagi sebab ingatkan hari ini mahu makan KFC dan secret recipe.

xmahu countdown lagi.

tapi sy boleh wink.

wink wink ~.^

Saturday, February 7, 2009

tengok tv

i told u before, weekend night memang gloomy since astro xada cerita best malam sabtu. mungkin ada, tp saidamunira xberapa nak jiwa.

mari bercerita tentang rancangan tv. recently, xberapa layan tv. sebab malam2 sy kena siapkan 2 log books, outpatient & inpatient. [macam baguslah konon sangat komited kepada kerja]. oh. tentulah tidak. itu adalah sebab terpaksa.

sy sangat suka tengok spongebob. PEACE!! hanya spongebob yg dilayan dekat channel nick. sy juga dulu sangat enjoy watching pocoyo, jojo circus, mickeymouse clubhouse, out of the box, elmo's world, higglytown heroes, my friends tigger & pooh. in short, sy layan PHDC. [perasan comel kot tengok PHDC]

sy suka tengok starworld juga. sangat xaci sebab zaman sy tidak available depan tv pada pukul 10-11 am dan 4-5 pm sekarang ni, KYLE XY season 2 ada dekat starworld setiap isnin hingga jumaat. bukankah itu sangat tidak adil?

lagi, sy sangat suka tengok disney channel original movie. kartun dulu2lah, sangat sy gian mahu tengok. sebab masa sy kecil dulu, sy memang xpernah muak pasang video tape berulang2 kali lepas balik sekolah. tengok cerita lion king, jungle book, little mermaid, cinderella, beauty & the beast, aladdin, etc, etc. kalau mahu sy nyanyikan lagu dalam cerita itu pun boleh. sangat gian sehingga menghafal lagu a whole new world, under the sea, beauty & the beast, can't you feel the love tonight etc, etc.

banyak lagi yg sy suka tengok. tapi nnt jadi panjang sgt pulak entry ni. em em. bola? xlayanlah. mungkin kalau sudah kahwin kena ada tv seorang sebijik.

2 days to go..

wink wink ~.^

Friday, February 6, 2009

adorable gift

balik lambat tadi. pergi jumpa cik farini & encik zulid dekat seremban parade, bersempena mereka sedang cuti2 malaysia. cik farini & encik zulid adalah korean couple berkasut converse. haha.

1st time jumpa cik farini pinky. beliau sangat pink, dari tudung hingga hujung sneakers converse beliau. brooches pun pink la of course. nasib baik seluar xpink. heh ;p. encik zulid nampaknya macam xberapa nak lain pun. maintain macam dulu2 jugak. [encik zulid adalah classmate sy dan juga encik afif & encik alang masa sekolah dulu]. tapi encik izzat xjoin tadi, sebab beliau xbalik rumah lagi.

senyum sampai telinga ni. :D


farini bagi hadiah untuk share dengan encik izzat. sangat adorable lah. tq so much dear. tq juga kpd encik zulid sebab belanja makan.

having friends memang treasure, kan?

3 days to go..

wink wink ~.^

Wednesday, February 4, 2009

a talk

hari ini kali kedua kena bagi talk secara bidan terjun kepada patient on diabetic diet.

macam best pulak duduk sebaris dan se-sofa dengan encik pharmacist & puan physiotherapist. sy pula adalah cik dietitian palsu, sebab belum grad.

hey, best lah. i'm very proud of myself. masa 1st time jadi bidan terjun 2 weeks ago, dietitian ada temankan. tapi, tadi, xada siapa supervise lagi. sy sudah dapat
lesen besar. i can give a talk! i can! heh heh.

tadi, encik pharmacist itu pun boleh lupa nama ubat. [hoho. sy ingat tahu. sy rasa sgt xpatut beliau sebagai pharmacist xingat ubat tersebut adalah Diamicron]. em.. encik pharmacist itu agak2 macam gebon pun iye jugak. beliau pharmacist U41. maybe baru kerja lah kot.

sy rasa ini memang consequence daripada masuk story telling competition masa sekolah rendah dulu. haha.

i love to talk! :D

5 days to go...

wink wink ~.^

Tuesday, February 3, 2009

not personal at all

sedang menghembus-hembus hidung. macam terbau2 lagilah foul smelling patient td. [uhh.. :(]

for others, body weight might be a personal matter. but not me.

according to TANITA Body Composition Analyzer;

last semester:
weight - 44.9 kg
BMI - 19.4 kg/m2
BMR - 1106 kcal
fat % - 21.3
fat mass - 9.6 kg

yesterday:
weight - 43.6 kg
BMI - 19.1 kg/m2
BMR - 1087 kcal
fat % - 22.2
fat mass - 9.7 kg

so;
my weight had reduced! [yey yey!!]
BMI of course la reduce simultaneously kan. [no matter, but i wish to be less than 19! ;p]
BMR (basal metabolic rate or kadar metabolisme asas) sudah turun juga. which means i'll easily get fat again. [actually my body is conserving my energy because i only took very light breakfast now. wuu]
fat % had increase [arrrghhh]. makan lagi fastfood 6 kali sebulan ye.

normal range:
BMI : 18.5-24.9 kg/m2
fat % : 20-30% (female), 10-20% (male)

p/s: angah told me that my fat is too little! [xmahu dengar xmahu dengar]. ish, banyaklah. i want it to be 20%. just nice & lean. i'm already covered with fat now. owh, fat is no no thing ok.

6 days to go...

wink wink ~.^

Sunday, February 1, 2009

missing everyone

time goes by. now it's february.

now i'm waiting for KYLE XY. xtahulah berdaya atau tidak mahu tengok malam ini. [em.. rindu dekat Declan lah. heh heh.]

sedang menunggu ayah pulang juga. ayah went to kedah last friday dengan budak2 bola sepak yg busuk2 itu. ayah texted me at 9 p.m., baru sampai tg. malim. wah. jauh lagi lah.

just now, i looked through frenzy album in my pictures folder. [islami, sebelum aku tau ko rindu aku, aku memang da rindu ko dulu tao. wuu] yes, i do miss my friends.

melihat gambar2 masa open house di rah dulu, buat karipap, the most memorable moment. [fidaaa,, nak buat karipap lagiiii] then, my heart tou
ched when i viewed 2 videos recorded by jaja when they were busy in the kitchen. [yg tengah sibuk2 kat dapur & aida mengacau kuah laksa]. wuuuuu. i miss u really much girls. [noted that i was not in the video. xtahu sy pergi mana. sy memang xpopular. wuhuhu]

rindu tempat makan ni jugak

masa buka puasa di time square, oh. missing nya dengan kawan2 dietitian sekalian. and with 4 other pussycat dolls, at Istana Budaya. i miss them all. especially islami. wowi.. [rasanya paling byk dating dengan dia, sampai kena marah dengan tteeettt]

student dietitians


pussycat dolls gebon

it's february now. i wish to watch PGL the musical. wuwuwu. xada siapa mahu pergi tengok kah? [jom la jom la kawan2]


8 days to go...

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.