The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 30, 2009

mengamuk

haih.

exhausted.

sakit kaki berdiri dalam transport awam. [siapa suruh pakai heels tadi. padan muka.]

bawak twisTouch pulak tu.

bawak beg yg penuh berisi pulak lagi.

kiri kanan berat.

kalau sy wanita mengandung, mesti ada orang bagi seat.

ini tidak.

kahwin pun belum.

isk isk.



balik rumah, mengamuk.

satu tudung telah dikoyakkan oleh kucing. [grrr.]

tengok muka dekat cermin, jerawat sana sini. [akibat contamination transport awam.- alasan]

mahu online guna twisTouch, xboleh pulak. [makin berapi.]

ei ei ei. eiii.



oklah.

maka, sebab twisTouch xboleh guna streamyx dekat rumah ni,

kita akan berpisah.

kita clash, ok?.


em. apahal?




lappy angah sudah rosak. jadi, dengan baik hatinya, sy akan bagi twisTouch kepada angah. [bagi PINJAM saje. balik bulan 11 nanti pulangkan balik]

maka, sy akan menjalinkan hubungan semula dengan Spongetop yg lampi ini.




ok. xmahu mengamuk lagi lah.

mahu bermesra dengan insan tersayang pulak. [huuu.]

actually, sy memang tengah out of mood.

bye.



sepayah mana pun kehidupan kita, ada orang yg lagi payah lah, kan?.

wink wink ~.^

Wednesday, April 29, 2009

in wonderland

assalamualaikum.

sy bukan bosan. tapi blur. mahu tengok movie, nanti ada orang saiko lagi. erk. [?? ;p]

entri ini berkait rapat dengan miki & fida.

ok. mari make over rumah ini di alam fantasi. [a.k.a. berangan jom?]


lokasi: no 16-3 plaza rah, jln raja abdullah, kg baru, KL. [yg best tapi belum sampai tahap superb]


1. buang katil goldilocks tiga biji dalam master bedroom. sy mahu tukar dengan katil king size untuk sy dan beliau. [jadi, feeda & aeda boleh pindah rumah lah. ;p]. bedsheet & comforter yg 100% cotton sponsored by along.

2. tiga bijik wardrobes pun perlu dibuang. kasik clear. especially wardrobe yg dekat depan katil sy ni. [siapa punya wardrobe lah? ;p]. sy mahu letak sony bravia lcd plasma 40 inci. plus dengan home theatre set. tv ini untuk beliau tengok bola kah? emm. xtahu lagi. bakal dipertimbangkan.

3. dekat dengan area wardrobe aeda, sy mahu letak meja solek. sebab situ ada soket. jadi, dekat situ senang sy mahu guna hair dryer. emm. tapi kalau tukar letak meja solek dekat dengan pintu masuk bilik [dekat area katil sy sekarang], jadi dekat soket tersebut boleh letak peti ais mini. senang malam2 kalau haus atau penat, bukak peti ais kejap minum air sejuk ke, makan ais krim baskin robin ke.

4. ok. wardrobe. xpayah letak dalam master bedroom ni. semak sangat lah nanti. wardrobe kami ialah di bilik miki & nyna. [jadi, both of u pun boleh pindah. ;p haha]. area katil nyna jadi tempat baju beliau. area miki jadi tempat baju sy. tapi kan, macam membazirlah. bilik tersebut boleh dijadikan bilik anak2. emm. xbolehlah. jadi, sy guna idea fida. kita simpan baju dalam dinding. ada button khas, bila tekan, wall-wardrobe tersebut akan terbuka. nak lagi hebat, tekan button je, keluar siap2 dah baju yg mahu dipakai. uhhh.

5. eni pun boleh pindah juga. bilik tersebut cadangnya mahu dijadikan wardrobe kasut. em. dilengkapi dengan thirsty hippo. jadi, kasut xakan berkulat.

6. di dapur ada 2-doors fridge yg berwarna merah. dilengkapi dengan lcd screen. isi dalam fridge tersebut adalah macam fridge Oggy dalam Oggy & the Coakcroaches.

7. dapur untuk memasak adalah dapur convection. xpakai api2. bahaya. siap boleh baring2 dekat atas dapur tersebut, macam dalam iklan tv tu.

8. sebab sy kan suka baking, jadi, dekat dapur ada oven. ehem. oven will be sponsored by pasangan bahagia riny & moshitta. [;p hohoho]

9. alat mencuci, macam biasalah. mesin basuh automatik je. emm. tapi xada mesin basuh pinggan lah. sy akan basuh pinggan secara manual. barulah nampak berwawasan.

10. oh. iron & iron board will be sponsored by afif. iron tersebut mestilah yg dilengkapi dengan spray + steam iron. iron board xboleh yg kecil. mesti yg besar ok.

11. tv dekat luar cuma sony bravia lcd plasma 29 inci sajek. dekat luar xboleh lebih2. nanti orang kata menunjuk2 pulak. kecik2 je cukup.

12. mm. meja study dekat hall, belum fikir lagi mahu tukar dengan apa. nanti kita mintak eric leong tolong make over.

13. oklah. rumah tu kira settle lepas panggil eric. sekarang swimming pool. swimming pool pun akan ada button ajaib. bila tekan, automatically akan bertukar jadi ice skating rink.

14. blogger yg belum tersenarai dekat atas, bolehlah fikir barang2 atau perabot yg perlu anda sponsor untuk sy nanti, ok?

15. ohhhh. lupa. kehidupan turut dilengkapi dengan BMW 325i sebijik pun jadilah.



ini cuma berangan kecil-kecilan. emm. xmahu berangan lagilah. sudah penat. haha.

wink wink ~.^

Tuesday, April 28, 2009

swimming lagi

setelah habis xm semalam, sy masih belum pulang ke rumah lagi. ini memang perkara yg mengkagumkan lah. haha.

lepas bangun tidur, terus on twisTouch sambil bersarapan kek adam. [kek baru saja habis]. selain kek, sy minum milo yg ditambah gula & nestum. oh. milo memang minuman yg penting dalam kehidupan sy. sebab, selalunya, dengan imagine minum milo yg sedap itulah yg akan menguatkan semangat bangun tidur. betul. xtipu.

udeq buzz. ajak pergi swimming. yey. swimming lagi.


........................

swimming suit udeq yg sungguh bergaya. wee

sy pinjam twin udeq punya. sy rasa macam teletubbies. teletubbies comel bukan? ;p

uh uh. sy sedang mengalami side effects yg lagi xbest hari ini. kolam renang tersebut baru dicuci tadi sebelum kami berenang. jadinya, mata jadi sangat pedih dan gatal. sampai sekarang. auwhh.

ini pun tengah menaip dengan vision yg kabur2. oh. mataku, sila tabah. adeih. xbleh tahan betul. mungkin akan pulih lepas bangun tidur nanti.



sy lapar. jadi, mahu makanlah. lepas lunch, boleh tidur macam baby. [xpe. baru bakar energy tadi, jadi sy compensate baliklah. hoho]

p/s: housemates semua yg sedang tidur. lepas ni xsaiko dah kan dengan saidamunira?? jadi, marilah pergi swimming kalau mahu. haha.


wink wink ~.^

Monday, April 27, 2009

pink panther

xm sudah pun habis tadi. [seperti biasa lah, insan terpilih memang habis xm awal ye. ehem. ;p]. ini gambar lepas xm tadi dengan tema "Diet the Pink Panther".

depan gate Kolej Tun Syed Nasir I.
[kalau pergi bersiar2 ke taman tasik titiwangsa, bolehlah singgah ke sini untuk minum air. hehe]


sekarang cuma menunggu clinical viva, next week. lepas tu, aktiviti mencari kerja. emmm. gebon gebon.

lepas xm tadi telah pergi swimming dengan udeq. lepas swimming, tidur macam baby. bangun tidur, sakit leher. urgh.


ish. swimming sangat best. tapi, ada side effect yg sangat xbest iaitu rambut jadi macam penyapu.

.
..
...
....
.....


eh. macam tidak ber-mood untuk menaip. mahu layan leher yg sakit kejap.

[winking macam xsesuai dalam keadaan sakit leher. jadi, bye bye.]

Saturday, April 25, 2009

weekend yang panjang sangat lah

adeih. skt perut, tapi sangat tabah mahu update blog juga.

jumaat telah pergi rumah adam. pergi dengan niat mahu tengok adam yg dirindui. sambil mengambil kek birthday. [
murni bukan niat tersebut? ;p] kek hasil tangan mama adam dan adam sendiri. ada cap tangan adam tu dekat pointed area tu. he. sy suka makan kek. semoga sy tidak menjadi obes. amin.

kek bertajuk: Warna-warni Kehidupan Selama 22 Tahun. haha
*
sangat terima kasih along*
anda kakak mithali.
[
abeh tacing nih. ;p]


ini adam. serius beliau sudah besar. ibarat beras seguni. [
hoh. eksyen tunjuk gigi banyak.]

see. adam main facebook. hebat kan?


oh. malam hari jumaat tersebut telah tertekan akibat simcard sudah xboleh guna. sungguh mencabar ye ada handphone tapi xboleh pakai.



ini aktiviti hari sabtu. adam macam mahu ke sekolah. tapi sebenarnya adam mahu ke swimming pool dekat presint 9.

boat baru adam. wush wush.


lepas tu, pergi alamanda. si bulat ini memandu keretapi pulak. beliau serba boleh, tahu? tapi akhirnya kehenseman sedikit tergugat sebab beliau menangis xmahu balik.

bawak duduk dekat kerusi polkadot pun nangis lagi. ish. nasib baik beliau comel.


lepas tu lagi, bang it belanja makan dekat taman warisan pertanian. orang yg belum berkeluarga cuma mengambil gambar orang yg berkeluarga.

ini family comel adam


em. perasaan sungguh gembira dan ceria bersama keluarga. heh heh. thank you :D.



ok. dah. lepas tu lagi lagi, pulang ke rumah adam. tukar baju wangi, pergi sambung aktiviti lain setelah beliau datang menjemput. ehem.


kami pergi naik kereta kuda dekat tasik titiwangsa. [
em. konon macam zaman2 romeo & juliet lah ni]

ada x macam Ji Hoo dengan kudanya? ok. cuma hiperbola.



lepas tu lagi lagi lagi, balik rah. sangat tension dengan simcard yg masih xboleh diguna. [
tiba2, tension bertahap hyper.]

ok. nombor phone lama sedang bercuti. mengong. jadi, sy telah membeli simcard baru.

lepas tu lagi lagi lagi lagi, rasa sedih. sebab rasa macam sangat sayang dengan simcard lama. ada sentimental value di situ. telah memberitahu ayah nombor baru. dan ayah telah jadi orang pertama yg call nombor baru tersebut.

em.. tiba2. homesick gila.



kesimpulannya,

nyawa nombor 1 adalah nyawa sy sendiri.
nyawa nombor 2 adalah keluarga sy.
nyawa nombor 3 adalah ______ [
kamu boleh fill in the blank].
nyawa nombor 4 adalah handphone dengan simcard yg berfungsi.



mahu tahu? sy masih belum mandi. ok ok. mahu pergi mandi lah ni.


bye.

wink wink ~.^

Thursday, April 23, 2009

mata

setelah cik miki menegur:

"awak ngantuk ke?"

sy menjawab:

"xlah. mata sakit. masuk klorin banyak"

yey. maka, entri malam ini diberi tajuk mata.

mata sedang sakit.
ada macam mata gadis putus cinta atau separa bercerai dengan kekasih.
ada macam terkena jangkitan sakit mata.
ada macam mengantuk.
dan, ada macam mata pelajar rajin study, stay up study malam2. [uhh. sangat bergaya lah!]

biji mata sy telah bertukar ke warna merah. sakit. pedih. sebenarnya, biji mata sakit sebab direndam dalam klorin selama 2 jam petang tadi. swimming dengan udeq & aiza. sangat teruja pergi bersenam di kolam renang selepas menjawab paper 3 jam tengahari tadi. oh. [*dengan maksud tersirat: anyone, boleh belikan sy goggle satu?]

ok. sebelum ini, sy xpandai berenang lah. cuma boleh terapung. tapi, sejak rajin ke swimming pool, ditambah dengan menyiasat bagaimana Jan Di berenang, maka, sy sudah boleh berenang. :D. [berbaur berlagak. heh heh.]

em. esok akan bersenam di kolam renang lagi, walaupun mata menjadi mangsa. mata ku, sila tabah, ok?





emmm. rakan2 serumah, jangan saiko tengok saidamunira ye. sila buat2 xnampak saje dengan aktiviti beliau. sy tahu anda semua tengah stress. i pray for your success, ok? good luck.



akhir kata, sy sayang mata sy.

wink wink ~.^

Wednesday, April 22, 2009

sakit

pagi tadi, eh. bukan. pagi semalam telah bangun dengan sakit perut. dan sakit perut sehingga petang. sakit perut disertai dengan sakit bosan. dan juga sakit rindu. uh uh.

tengok benjamin button. sakit ngantuk. kemudian hati jadi sakit sebab ending sangat sedih.

sebab bosan separuh mati, telah roger kakak syiro untuk keluar bersiar2. sakit sedih. kakak syiro busy.

jiwa jadi xtenang. sebab bosan. roger beliau pula. oh. jadi sakit keliru. adakah berbaloi kalau dating xsampai suku hari?

bosan bukan separuh mati lagi. telah jadi bosan tinggal lagi suku boleh mati. emm. xboleh jadilah. maka, perlulah meminta pertolongan beliau juga.

"can you come here after your class?".

"ok. i'll try".

oh. oh oh oh.. 'try' menjadi harapan yg sangat menggunung tinggi. maka, sebenarnya sangat tidak boleh xdatang, sebab saidamunira akan jadi sakit boleh mengamuk. [hehhh. gedik ayam]

ok ok ok. xada apa. jadi, semua sakit telah hilang. sebab telah makan dengan banyak.

ehh. tapi sakit malas study belum hilang lah.


good!

wink wink ~.^

Tuesday, April 21, 2009

I wish

I wish I'm at home. tapi, rasanya xperlu balik lah. hayati pemandangan kl tower & klcc pada waktu malam dari tingkap. kuala lumpur nampak cantik waktu malam, tapi tetap ada banyak tikus.

I wish I can do my very best for the next two papers. 1st paper on 20th April telah dengan bangga tidak menjawab soalan nombor 1.a. sebab xtahu jawapan. ok. nanti bila sy rajin, sy akan pergi baca pasal cerebral palsy dengan gigih.

I wish I can play guitar. tapi ayah cakap, kalau main gitar nanti jari kematu.

I wish I can swim very well. but now I can swim. but not too well yet.

I wish I can skate on ice. em. em. nak. nak. jom?



I wish I can have my bestfriend back. em. bukankah forgiveness itu sangat indah.





I wish I will get married soon. eh. xada pun. anda ditipu.





xada apa. cuma I wish. I. not u.


I wish, I could let him know that I'm big enough, and I can take good care of myself.


so, I wish you good night, good morning, good afternoon & good evening. pilihlah mana yg sesuai.

wink wink ~.^

Sunday, April 19, 2009

sangat.

sangat blur.
sangat xtahu mahu study apa.
sangat curious dengan soalan exam.
tapi sangat mahu exam cepat habis.
sebab sangat mahu menggoyang kaki.
dan sangat mahu menonton macam2 movie yg diambil daripada hard disk pinky islami.

oh. sangat lah.



sy juga sangat kenyang lepas makan aiskrim pulut dan cekodok ikan bilis yg sangat sedap dan sangat bergaya.

em. mungkin sangat berkuasa super.

sangat rindu adam si bulat mikimouse juga.

wink wink ~.^

Saturday, April 18, 2009

memories

"Memories are waves that keeping the past alive,
somewhere so painful whenever we want to visit them again.
But a memory can also be a gift,
something we can open again and again in order to fill ourselves with happiness."
-Kyle XY season 3 episode 9-

today's memories:


tajaan seluar purple:
cik aeeda pinky. terima kasih ye. haiza cakap, sangat pelik melihat saida memakai seluar sedemikian. hehehh.

wink wink ~.^

Friday, April 17, 2009

cakoi, kyle & bersenam

sebab case presentation telah di-postpone kepada hari ini, maka telah terlepas peluang mendapat sebijik birthday cake tajaan along @ mama adam. xapa. akan cuba di-redeem minggu hadapan. [lagi pun, minggu ini memang xsesuai sebab beliau pergi camping ye.]

oh. disebabkan menjadi org ke-41 daripada 42 pelajar yg present, perasaannya adalah sungguh xboleh blah. sebab super letih menahan geli perut. maka, 2 hari berturut-turut terpaksa pergi beli kuih cakoi dekat kafe sebagai minum petang sambil memberikan tumpuan terhadap rakan-rakan yg sedang membentangkan case mereka. uhh. [xapa. belum gendut lagi. boleh lagi makan kuih cakoi secara addicted.]

actually sy sedang sibuk menonton kyle xy. sibuk betul ok. ya ya ya. sangat sibuklah tahu?. sebagai pelajar yg akan sit for final xm on this monday, sy perlu menonton kyle xy supaya sy boleh mempelajari lebih banyak erti kehidupan. haha.

sy perlu berhenti. sebab sy perlu membasuh baju menggunakan tangan yg akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. memang sangat berwawasan lah mencuci baju menggunakan tangan, sebab boleh membakar tenaga. [anda boleh contohi sy kalau mahu makan banyak dan malas bersenam.]

bercakap pasal bersenam, esok sy telah memasang niat untuk pergi jog di taman tasik titiwangsa dengan aiza leen & ct ai. oh. tapi sy pasti tidak jog kerana sport shoes di rumah. lagipun, sy juga xada membawa bottom track ke sini walau sehelai. maka, xperlu jog lah bukan? cuma perlu brisk walk dengan seluar tidur plus memakai selipar jepun lah rasanya.

lagi, plan kami esok selepas ke tasik adalah pulang ke rah dan sambung aktiviti di swimming pool rah. ini masalah lagi satu. sy xtahu berenang lah. jadi, akan cuba bermain-main menyelam dan berlumba tahan nafas dalam air sahaja. atau pun, boleh bermain menyimbah-nyimbah air ke muka masing-masing.

after all, semuanya hanyalah plan. semoga sy xada bermimpi yg bukan-bukan esok sehingga plan terancam. ok. betul-betul mahu berhenti dan pergi membakar tenaga.

wink wink ~.^

Wednesday, April 15, 2009

esok ada presentation

bermain blog sekejap. sebab hidung gatal-gatal, jadi perlu mencari ketenangan.

esok ada case presentation. kali ini case yg sy follow di HKL. case sgt rare.

my patient, only 10 days of life on admission to HKL was diagnosed with familial hyperchylomicronaemia. ini adalah a type of inborn error of metabolisme. this unlucky baby xada enzim lipoprotein lipase. jadi darah dia sentiasa banyak lemak.

trigliceride (TG) baby ini was tremendously high - 20.93 milimol per litre. supposely baby's TG level is around 0-2.0 milimol per litre. adult mcm kita pun supposely TG level is below 1.4 milimol per litre.

sangat kasihan bukan? jadi, baby ini xboleh fully-breastfeed. sebab breast milk ada lemak. so, we prescribed baby ini dengan special product which contains very trace amount of fat. [sampai bila-bila pun baby ini akan makan makanan yg kurang lemak. uh.]


em em. ok. maka perlulah bersyukur dengan nikmat yg kita ada sebab masih boleh makan aiskrim, coklat, satay, lemang, rendang. semuanya high fat. uh. [lemak sangat sedaplah.]

baiklah. sy mahu sleeping beauty dengan are you sleeping brother john.

wink wink ~.^

Tuesday, April 14, 2009

1st year: memasak

macam biasa. membuka spongetop dan terjumpa gambar2 zaman dahulu. lepas tengok, rasa macam sangat kecewa dengan muka sekarang yg sudah tak innocent tanpa jerawat macam dulu.

ini gambar 1st year, masa lab for subject principle of food preparation. ini lab meat, poultry and shellfish. lab ok. bukan kelas memasak. haha. hahaha lagi. hahaha lagi sikit. tengok muka semua orang. udeq sekarang nampak lebih muda kot. sebab specs sudah tukar. islami, oh. now u look better darling. rasa macam dulu kamu lebih chubby. aiza, of course lah sekarang lebih anggun jelita. ttteeettt. yelah. kan sekarang make up xmiss. dan sy sangat bermuka tembam dari dahulu sehingga sekarang. PEACE!!


tunjuk bakat sikit. ok. nampak ada bakat memerah santan. tapi rasanya bakat menjahit lebih superior. em. apron yg sy pakai sy jahit sendiri. sy ada jahit another 1, white apron. tapi yg white apron fully-hand-made. nasib baik apron untuk lab saje. kalau tidak, sy pasti akan letak ropol-ropol sikit kasi comel. sama macam sarung bantal sy.


lepas sudah masak dan present hasil & data daripada uji kaji yg sudah dibuat, mestilah dimakan. part ini sy suka. hehe.


oh. bila dikenang-kenang, kami xada ambil gambar masa 2nd year. masa projek catering, jual kuih raya.sangat best tahu jual kuih raya. tapi sangat penat. kumpulan sy jual almond london. kumpulan lain jual tart nanas [group jaja miki ke?], maruku [group nyna, fida & aeda], biskut nestum [group eni], cornflakes coklat ke group kamu udeq?. heh. sangat syok berjalan sampai ke kedai dekat dengan lorong haji taib masa bulan puasa, dan encik faidzal kodeng [group leader sy] telah digoda oleh maknyah. haha. [em. tipu kot tu. heh]

bila tengok gambar ini, mahu berazam jadi wanita yg rajin dan pandai memasak untuk suami & anak-anak kelak. [ehem. ;p]. kalau belum genius di dapur xmengapa lah. nanti sy akan asah bakat dan meluaskan pengetahuan memasak selain tahu masak kicap sahaja.

sudah semester 8 pun sekarang. haih. akan bye bye xlama lagi. wuwuwu.

oklah. mahu mandi. kejap lagi akan lunch bersama tteeettt dan pulang ke rah.


wink wink ~.^

Monday, April 13, 2009

award from miki


bersempena Bangbil menang anugerah artis paling popular ABPBH malam tadi, sy pun mahu bagi award kepada orang lain juga lah.

Rules & Regulations:

1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui ‘backlink’ blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini…

penerima anugerah:
1. nuee
2. adam
3. afif [tapi mcm serba salah mahu bagi, beliau ni berciri ungrateful sikit lah ;p. dah dapat award, boleh cakap award xcantik etc. kamu mahu, ambil. xmahu sudah]
4. alang
5. islami
6. udeq
7. biha
8. kathy
9. amal
10. aiza

p/s: anda boleh ambil terus saje award ini, xperlu follow rules & regulations di atas.

ok. sesi berbagi cinta dan sayang dengan pemberi anugerah. oh. pemberi anugerah adalah cik miki. beliau sedang bercinta dengan mr. daiki. sy telah memberi cadangan supaya mereka menukar nama kepada pasangan "Miki dan Citcit". [sebab sy ada buku cerita bertajuk sedemikian]. em em. uh. bagaimanakah mahu berbagi cinta dan sayang begini? bukankah beliau sudah berpunya. by the way, terima kasih :D.

that's all.

wink wink ~.^

Sunday, April 12, 2009

long journey home

semalam tahukah kamu bahawa sy banyak kali mention "i'm not homesick anymore, sebab saidamunira sudah berumur 22 tahun". dan, akhirnya sy balik juga ke rumah. [clap clap clap!]

..dan tahukah kamu sy sampai ke rumah pukul berapa? ya, lambat. dari KL pukul 2+ pm. sampai rumah pukul 12+ am. ?? apa? ya. super lewat. plus super penat.

waktu sebenar sampai rumah adalah 8.30 pm. [masih lewat juga]. sebab:
1. oh. macam-macam sebab. xperlu tulis lah. [hal rumah tangga. ehem. ;p]

ok. menjadi lebih lambat ialah sesampai di rumah, xada orang. jadi, telah terpaksa mendengar si beliau bercakap itu dan ini. "lain kali, bagitahu lah kalau nak balik, kan dah cakap banyak kali" .. sort of. dan, sy tidak gebon pun.

terus meroger ayah. rupa-rupanya ayah, emak serta belle otw ke gua batu maloi [budak pedas yg xtahu tempat ini layak terjun bangunan, ok?], pergi tengok budak pengakap camping. fortunately ayah baru sahaja keluar. jadi, ayah telah berpatah balik untuk mengangkut daughter beliau yg xmandi ini pergi ke sana sekali lah. ya, sebab sy sudah menjadi penakut sekarang. malam-malam xmahu keseorangan di rumah lah.

lalu, sy telah pergi ke hutan tersebut dengan outfit berdating. ya, ya. memang xsesuai. kasut yg comel akan menjadi selekeh sebab lecak. em. berasa lucky juga lah sebab xmemakai high heels semalam. heh.

okeh. di sana cuma menonton budak-budak buat persembahan. disebabkan itu adalah jambori pengakap sekolah-sekolah dekat rembau, maka, sy tertengoklah persembahan adik-adik hingusan smkap buat persembahan juga.

perkataan yg paling sy ingat semasa persembahan mereka adalah "smkap memang juara". hello adik. kamu berbaur perasan, ok? persembahan mereka adalah seperti persembahan tak ada idea. sebab mereka cuma menyanyi gabungan lagu-lagu rumah sukan. [oh. xapalah. hanya super senior yg comel ini saja yg tahu kamu xada idea].

uh. part yg paling xboleh tahan adalah perut yg lapar. mungkin ayah menyedari anak beliau ini sudah pucat lesi xmakan. jadi, sebelum pulang, makan lewat malam di kedai dahulu. sebenarnya sy cuma makan otak-otak & kebab pada jam 7+ di pasar malam.

pulang ke rumah dengan sangat lewat membuatkan sy pening sehingga ke hari ini. em. tidaklah. mungkin mengalami fuzzydizzy ini disebabkan pergi menjemput faremaq di stj kuala pilah tadi. pesanan kepada menteri kerja raya i.e. cik miki, "boleh alter jalan kat pilah x? buat jadi straight forward saje, ye? poning acik bawak keto poie pilah".

sudahlah. entri panjang2 seperti memberi tekanan kepada pembaca. heh. ok. boleh bagi bIIIg applause kepada diri sendiri kerana sudi membaca. PEACE!!

have a nice weekend!

wink wink ~.^

Friday, April 10, 2009

my day

cepat cepat!

entri ini sebenarnya di-update on 11 April. at first, entri telah di-post dengan word "cepat cepat" saje sebab tiba-tiba terlihat jam sudah mahu 12 am. jadi, sebab sangat xmahu terlepas tarikh 10 April, sy post dulu dengan dua perkataan tersebut.

* * * * *

ok. i'm sp
eechless. precious moment.

thank
s a bunch kepada semua kawan2 yg wish xkira di mana sahaja. YM, facebook, sms, phone call, dan blog-blog anda. anda semua sangat cool.

thanks juga kepada maxis yg bagi free voice call for one day. sampai phone pun sudah menjadi lemah semangat. kejap lagi phone akan mula meminta nyawa.

ucapan terima kasih berjuta-juta kepada beliau juga. memang perkataan terima kasih memerlukan perasaan kasih. heh.

i'm a year older now. but still younger than most of my friends. ;p . em. bongkak lah macam. [uh. muda xsemestinya anda ber-advantage.]

good night world.

wink wink ~.^

Thursday, April 9, 2009

tagged by mosaic

sikit lagi boleh mati kebosanan. jadi, mari layan tag encik mosaic dulu. sy kan memang active. bukankah sy dapat award active & kewl daripada encik afif. heh.


1. What is the most important thing in your life?


Faith. Without faith, I'm lost.

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Burger ayam di pasar malam.

3. Where do you wish to get married?

Definitely at my parents' house.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

Til death do us part. Sampai syurga.


5. Are you in love?

I'm in freak-love

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Restoran Nangkam. Dekat Kg. Baru.

7. Name the latest book that you bought?

The Ross Metabolic Formula System: Nutrition Support Protocols. [baru dihantar ke kedai photostat saje]

8. What is your full name?

Sa'ida Munira bt Johari

9. Do you prefer your mother or father

I prefer mother on certain things, and prefer father on certain other things.

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

First in the list was Karam Singh Walia. Tapi sebab i met him already, so, now is David Beckham.

11. Christina or Britney?

Britney lah.

12. Do you do your own laundry?

Yep. Membasuh baju dapat meningkatkan keyakinan diri.

13. The most exciting place you want to go?

Disneyland.

14. Hugs or kisses?

Kisses. uh?

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

i. Classmate masa form 3.
ii. Matric-mate.
iii. Macam YB.
iv. Nanti mungkin beliau boleh jadi YB betul2 lah.
v. Poyo [eheh. sy copy paste drpd blog anda juga. sebab memang fakta tersebut sama lah ;p]

16. 3 things I am passionate about

i. Food
ii. Love
iii. Career? [macam tipu je]

17. 3 things I say too often

i. ttteeettt.
ii. gebon.
iii. PEACE!!

18. Book I’ve read recently

Clinical Paediatric Dietetics. [I didn't read the entire book lah of course. anda boleh termati tidak percaya kalau sy kata sy baca sebijik buku tersebut.]

19. 8 songs I could listen to over and over again

i. thinking of you - katy perry
ii. love story - taylor swift
iii. my life would suck without you - kelly clarkson
iv. coba - abang faizal tahir
v. sampai syurga - abang faizal tahir lagi
vi. starlight - muse
vii. true - ryan cabrera
viii. how do you sleep - jesse mcCartney

20. 3 things I learnt last year

i. hidup sy sangat bertuah dan sy mesti bersyukur.
ii. bermuka cantik tidak semestinya berhati baik.
iii. to be young is to see the world with critical mind. [so, kalau sentiasa critical mind, sy akan sentiasa muda. he ;p]

21. 8 people to tag

i. miki
ii. fida
iii. aeda
iv. nyna
v. udeq
vi. alang [ini memang media paksaan. heh heh]
vii. amal
viii. kathy bongek


* * * * *

ok. masih belum boleh mati kebosanan. kalau bosan lagi, boleh membasuh baju, ok.

wink wink ~.^

Wednesday, April 8, 2009

keliru identiti

hi people.

malam tadi ada watak ular dalam mimpi sy. tengahari tadi, buat telur masak kicap, termasin. [
em, conclusion?]


ada semacam feeling tidak percaya dengan keupayaan diri sendiri.
PEACE!! [eceh? macam hebat sangatlah]. pencapaian sy ialah duduk melekat di kolej 2 minggu tanpa hanging dengan kawan atau dating. ya. dating. dating xada, ok. rasanya kekasih hati pun boleh bertukar kepada adorable twisTouch. xdapat bayangkan kehidupan tanpa twisTouch. uh uh.

in short, sy memang bosanlah. urgh.

okeh. sudah penat bermain-main kuiz yg entah apa-apa di facebook. em. masih keliru identiti malam ini.

boleh pergi solat isyak dan sambung mereport. lepas solat isyak boleh simpan telekung dalam locker. sebab, kalau selagi belum simpan, berkemungkinan sy akan tersolat isyak dua kali. sy memang pelupa. [
sebab i'm getting older lah]

jadi, ini sahaja entri hari ini.

owh. lupa ada beli burger tadi. oklah. makan dulu sebelum solat. [see, sy memang pelupa]

bye.

wink wink ~.^

Tuesday, April 7, 2009

lapar. uh

assalamualaikum.

sy lapar. sy baru teringat yg sy lupa makan tengahari secara serius hari ini. [eh? ok. sy tipu]

gambar ini kelihatan sangat memberangsangkan ketika sy lapar. uh uh.


*ini cuma lakonan. drumstick tersebut bukan makanan ye. itu cuma model makanan.

tadi sy dapat duit. rezeki. alhamdulillah. terserempak dengan pakcik karim dekat lif nutri & diet department. em. overall, kejadian sangat pantas lah. sy rasa, sy tanpa segan silu terus ambil duit dan cakap "tq pakcik karim". sy masih recall lagi, adakah sy ada buat muka segan sikit tadi? atau sempatkah sy berkata "eh, it's ok lah pakcik karim". entahlah. xingat pulak. tapi, eusuff anak beliau sudah semakin cerah. i mean it. heh

note:
pakcik karim is my grandfather's adopted son, who is my lecturer's hubby too.

lecturer tersebut ialah Dr. Nik Shanita i.e. my favourite lecturer.

em, dan juga favourite lecturer fida, miki, aeda & nyna. sebab beliau selalu bg assignment. haha.

sekian, terima kasih.

xboleh wink dalam keadaan lapar. bye.

Monday, April 6, 2009

isnin? ya, betul isnin.

ini adam mikimouse. mama beliau suka panggil beliau mikimouse. mikimouse ini tengah demam. get well soon ye si bulat.

* * * * *

handsome twisTouch sudah penat. sebelum sy bagi twisTouch berehat sebentar, kita update blog dulu, okeh?

hari ini hari isnin. Nabi Muhammad lahir hari isnin. anda tahu kah?


mari membaca entri sy. malam tadi sy rasa macam bermimpi. tapi sebab mimpi itu xberapa signifikan, jadi sy xingat. sy masih ingat mimpi semalam. akibat tidur lepas asar. mimpi yg melibatkan tteeettt. [oh, bukan mimpi xjadi kahwin lah. mimpi lain.] hee.

rasanya perlu menyelitkan ciri kesopanan. kahwin lambat lagi. kalau entri ini dibaca oleh along, beliau mesti akan mengancam mahu report kepada emak. atau kalau angah yg baca, beliau mesti rasa adik beliau gatal mahu langkah bendul.

tadi pagi menghantar 4 case-reports. maka, 4 case-reports sudah setel. one more to go, yg ber-due hari jumaat ini. xsesuai betul due hari jumaat ini, bukan?. [apa barang due 10 april kan?] terancam betul program sempena hari jumaat yg mulia. ehem.


anyway, rasanya diri semakin tabah sebab berjaya berhujung minggu di kolej. [see, memang konfem betul, cik miki]

ok. thank you sebab membaca entri ini.

wink wink ~.^

Sunday, April 5, 2009

a memorable night

JPD dinner was held last night at Palace of the Golden Horses Hotel. full of joy & memories. unfortunately, my darling Islami was absent. [sedih kak ko xde. wuu. :'(]. more photos available at facebook. [gila penat mahu upload tahu]


final year students : nutrition sc. and dietetics.

mahu buat scandal dengan Siddiq. kekeke. Hasnan scandal dgn Ajlaa tuuu.

Faidzal coco, my almond-london leader. haha.

final year students with lecturers

mari menari. wee

Udeq won the best costume award for female

for male was Abang Nan.
[huh, memang best lah costume beliau, bukan?]

king & queen of the night. Ganu & Biha. congrats to both of u. :D

with Dr. RR, he stole Ganu's sunglass. eceh.

8 out of 10 Malay student-dietitians.
huda. madi. udeq. biha. aiza-leen. aisyah. im. ida
[absent: Islami & Liyana]

cuisine. makan dengan kuda.
[ini first round. next course xambil gambar sebab lebih prefer untuk makan]

my housemates
[eni with her executive-style; nyna, xfollow dresscode ;p; miki, nampak sgt innocent]

my roommates: si kembar fyda & aeeda.
[blackies with same shawls. ;p]

kuda emas tipu

accidentally, ter-upload dengan kuasa kuda. woo

memorable night. gona miss everyone soon.

to all nutri friends, berusaha gigih untuk theses anda, ok?
to all my diet coursemates, mari sama-sama buat special unit II case write-up.

heh. sisa-sisa hidup final year students.

wink wink ~.^

Saturday, April 4, 2009

one saturday at rah

assalamualaikum.

ada sedikit gigih pagi ini membuat case report. tapi masih ada berjalan-jalan di blog-blog orang. heh.

dekat plaza rah sekarang. sekarang adalah weekend. jadi, terasa diri sendiri kurang berjiwa. oh, bukan tidak suka duduk di kolej. tapi tidak biasa. [atau mengada homesick.]

malam ini kan ada dinner dekat hotel istana kuda emas. jadi, housemates semua sibuk training untuk persembahan malam ini. wah. bagus mereka. kenapakah saidamunira menjadi individu terkecuali di dalam rumah ini? oh. kerana mereka semua cos nutrition. sy cos DIEtetic. jadi, kalau sy join, bukankah seperti out of topic?

kesemua gadis comel dalam rumah ini [kecuali sy, tapi sy juga comel, ok] telah berlatih menari beramai-ramai serta menyanyi. bukankah mereka sangat vogue? nanti malam, mereka akan menari di atas pentas. jadi, sy telah diberikan task untuk jadi cameraman. uh? yes. maka, jadi cameraman, haruslah tidak perlu berpakaian over. ok?

kamu tahu, masa mereka menari & menyanyi, sy sedang gigih menyiapkan my chapter-two-report, iaitu patophysiology & ethiology of familial hyperchylomicronaemia. dan chapter tersebut sudah pun siap. [seperti berciri resistant terhadap kegembiraan mereka berlatih menari, bukan?]


em. kenapakah asyik update blog dari semalam? sebab sy semakin homesick. menjadi bertambah homesick sebab adam akan balik kampung petang nanti.

jadi, keputusan "konfem xbalik" masih pending.

**hari ini birthday mama encik izzat.

wink wink ~.^

Friday, April 3, 2009

TIME is priceless

alwaqt ka as-saif. lam yaqto'u qat'uka. [eh? main bantai je entah betul entah tidaklah tu]

maknanya, masa ibarat pedang. kalau xpotong dia, dia potong kamu. [eh? main bantai lagi nampaknya]

* * *

time is priceless, tapi sendiri pun macam xsedar diri dan asyik buang masa.

sudahlah xsedar diri sendiri yg memang suka men-tua-kan diri dengan masa yg terbazir, lepas tu, pergi disalahkan teknologi yg menjadikan diri yg tidak sedar diri tersebut melaghakan diri.

[eh? emosional nampak?]

ces. buang masa memang hobi sy selain blogging. haha.

moral of the story, kamu semua jangan buang masa, masa itu emas, kalau buang masa, kamu ibarat buang emaslah. [eh? tapi emas xmacam masa, emas boleh dibeli dan dijual lah]

so, bye bye.

*konon sudah insaf*


wink wink ~.^

my hobby is blogging

sementara lunch hour yg panjang, sy balik plaza rah pukul 11 tadi. eheh. ya, sy fly waktu bekerja. sebab pagi tadi cuma ada evaluation session. then, cuma ada aktiviti untuk follow up case masing-masing. memandangkan my patient already discharged yesterday and my dietitian was not around, so, i decided to fill my free time at plaza rah. before that, sebenarnya nawaitu adalah untuk pulang sekejap ambil handphone saje. [sy gebon pagi tadi lalu tertinggal handphone atas katil]. but then, i went to UO to buy A4 papers to print out all my case reports yg super banyak. there are 5 series altogether.

while having my leisure time with my handsome twisTouch, sy telah membuka folder sulit tazira's pic. em. lalu mengenangkan nasib minggu ini yg tidak pulang ke rumah. atau simultaneously membawa maksud xberjumpa beliau.

encik atromen & I
-he is TALLER than me even he is NOT TALL ok-


oklah. no need to make my entry super menjela lagi. sy cuma mengisi masa lapang. bukankah sudah kata, my hobby is blogging.

hari ini hari last clinical attachment. esok ada nutrition & dietetic department's coursenight which will be held at hotel istana kuda emas. oh. bahagianya.

*Malaysia dalam sejarah dengan perlantikan perdana menteri ke-6 hari ini.

wink wink ~.^

Thursday, April 2, 2009

BIGappetite

bingeing again. appetite menjadi-jadi. entah kenapa. mahu kata pregnant, oh. xada probability langsung pun.

em. sekarang agak cemerlang dengan sarapan. 7 semester yg lalu, breakfast before going to school is too rare for me. semester ini xtahu apa jadi. most probably because i keep on thinking about my metabolic rate. konon mahu increase metabolic rate, jadi, sy xmahu miss breakfast.

tapi, bukan setakat breakfast. i regularly take 5 meals per day. exception for supper. lunch super heavy. fat exceeding recommendation.
PEACE!! [fat memang bagi mouthfeel gila tahu]

em em. memang xtahu kenapa sy asyik mahu makan. mungkin sebab pusat kenyang sudah defect dengan sangat horrible, menjadikan saidamunira sentiasa lapar. [
em, sy baca bismillah pun sy masih lapar. jadi, please jangan dakwa sy makan xkenyang sebab makan dengan syaitan, ok. heh]

sy mahu minum susu dutch lady berperisa strawberry yg baru sy masukkan dalam chiller masa balik tadi.

* * * * *

sudah minum susu strawberry dan sedang pening-pening sebab hiperglycemia. sugar content sekotak susu tersebut adalah 1 tablespoon. urgh. sungguh banyak tahu.

wink wink ~.^

Wednesday, April 1, 2009

countdown

countdown bermula jam 5.40 pagi tadi.

mari countdown sama2.

10 days to go.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.