The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 21, 2009

wanita ini

assalamualaikum.

buat masa sekarang, saya sangat macam entah apa benda pun tak tahu sebab tak ada menonton televisyen. jadi, tak perlu tanya lah tengok tak cerita ini, ini dan sebagainya kepada saya sebab mesti saya tak tahu. sekarang saya cuma tahu cerita Nur Kasih.

berita pun, oh. takyah tanya lah. sebab kalau tanya soalan "apa kau tahu?" saya akan cakap "zero". ya ya memang sangat tak berwawasan sebab tidak mengambil tahu isu semasa. ini semua sebab masalah teknologi juga lah. laptop ini macam ada masalah kognitif, jadi saya tak rajin buka banyak-banyak webpage. membaca jurnal pun belum sempat. jadi berita pun takyah baca. okeh. pandai dan bijak sekali.

oh. radio pun tak ada dengar minggu ini. walau bagaimana pun, sebenarnya selalu mendengar radio dan mengetahui isu semasa daripada radio hempon. tapi sebab nenek muda berusia 22 tahun ini pelupa entah apalah yang diingat agaknya cuma kawen saja. jadi, benda lain semua lupa. so, charger hempon pun tertinggal di rumah lah. Hasnan cakap, kalau tertinggal charger hempon apa kata beli hempon baru, terus dapat charger baru skali gus. uh uh. Hasnan nampaknya bersikap hiperbola.

maka, jadilah saya seorang wanita [eh wanita lah, wanita!] berusia 22 tahun yang cuma tahu tentang hidup diri sendiri yang fun juga sebab hari ini dapat gaji pertama kali tapi tak boleh belanja orang sebab saya banyak komitmen lain. HARAP MAKLUM. heh heh heh.

haha. pergi lah kutuk saidamunira sebab malam ini beliau memang seperti wanita [sekali lagi wanita] yang sangat jauh daripada kehidupan yang sangat memerlukan erti.

tak faham? tak faham sudah. saya faham diri saya.

wink wink ~.^

1 comments:

miki said...

agk xfaham??
ape mksd wanita?
"apalah yang diingat agaknya cuma kawen saja..."

klaka wehhhh

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.