The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 17, 2010

peribahasa, simpulan bahasa

assalamualaikum. eh macam dah lama tak bagi salam lah.

well, hari ini macam boleh blah sangat mengantuk. tapi tak merasa pun jadi orang mengantuk disorong bantal. instead, jadi orang mengantuk disorong baulu. mengantuk, makan baulu. tetap mengantuk. oh. terima kasih Udeq atas pemberian baulu tersebut.

disebabkan jadi orang mengantuk disorong baulu, hari yang mendung macam mengikuti mood orang mengantuk. cuaca pun macam mengantuk lah hari ni. plan kami nak pergi jog dekat Tasik Titiwangsa pun tergendala. bukan setakat tergendala, but it was replaced with sleeping. great. [lemak bersorak kegembiraan]. tidur sampai maghrib. tak baik macam tu. encik Cessna pesan, jangan tidur petang. nak buat macam mana?. habis tu kalau mengantuk, takkan nak makan baulu, bukan?

mengantuk ini adalah tempias semalam. semalam sangat memenatkan. pagi-pagi lagi kekasih hati yang wangi sangat kejutkan bangun supaya boleh keluar dengan rakan-rakan [ini bodek, so no need to be extra proud of the statement okeh, Tiger]. and the day was great. majority were my classmates. termasuk farini's Moshimoshitta. bila tengok beliau, terus wonder, Farini entah-entah tengah kesejukan keseorangan dekat Korea. kesian, kekasih hati beliau jauh. [hoho saya kadang-kadang memang caring tahu? ;p]

okay. fokus kepada tajuk sekarang. baiklah.

memandangkan saya kini berada di menara gading, siang tadi kami berbincang.

"kenapa menara gading?"

I assumed, menara gading ni macam menara berbentuk gading, kira hebat, maka disamakan dengan universiti. boleh? Udeq & MikiJajan pun fikir berkali-kali. tapi tak jumpa jawapan, kenapa gading? apa kaitan gading dengan universiti heh? gading daripada gajah. gajah apatah lagi? eh tak faham lah kes peribahasa macam ni. peribahasa orang mengantuk disorong bantal tu bagus, straight forward, terus faham. menara gading - langsung lost.

bila sebut pasal peribahasa, image Karam Singh Walia terus appeared in my mind, you know. I wondered, dari mana beliau belajar banyak peribahasa macam tu?

baiklah semua. sebelum kita bersurai, ini ada lagi satu peribahasa:-

"hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah"

terus tak faham, kenapa gajah hot sangat? [siapa nak makan hati gajah? kuman? euww, this is soO eerie]

moral: maka, hargailah gajah. jangan biarkan gajah pupus. nanti makin susah nak explain peribahasa dekat anak-anak kita kelak kalau gajah tak ada. [woo. tak pasal entri ada unsur moral hari ini.]

sekian. bye bye.

wink wink ~.^

16 comments:

mikichann said...

wahhh..entry yg best..
gading gajah sgt bernilai.. sbb tu kalo org masuk uni sangat bernilai.. haha...
=P
kalo igt peribahasa, msti igt tgn encik karam yg selalu terangkat..

kemudian, teringat gajah betina yg sukakan gajah jantan yg plg besar..
[batuk2 kecil]

idatazira said...

tak baik contohi gajah betina ok.
gajah betina tamak, nak gajah jantan besar je.

manusia tak bleh macam tu, the small male pon has big HEART ok. ;p

heheh.

[ala, macam tak bes, komen yg 1st tadi dah hilang, ngek punye error!]

miki said...

eh..
xtakut ke nk cecah hati kuman? bakteria& seangkatannya tuu.. uhuks...

Nurul Huda said...

gading gajah = universiti
makin fikir makin blur.. hihihi..

pg td otw g ofis aku dgr lagu kekasihku di menara kat hot, pun pasal menara gading gak.. smlm lagu tiara, menara gading gak..hihi..

ni peribahasa gading:
sudah dapat si gading, tanduk tidak berguna lagi..

[maknanye gading lg power dr tanduk!! hihi]

Nurul Huda said...

ala tertinggal perkataan la peribahasa tu:
sudah dapat si gading BERTUAH, tanduk tidak berguna lagi

hah, baru complete :)

Cik feeda said...

bgs la korang ni membincangkan isu peribahasa...ni xmsk aida lg ni...haru

idatazira said...

eh gajah tu macam simbolik sgt BIG dan GREAT.

miki:
sungguh xsangke kan penemuan simpulan bahase "kalau gajah xxxxx besar...." tersebut.
HAHA gelak tak ingat.

udeq:
sy cemburu.
kenapa gajah gajah gajah.
harimau pun ade.
arnab takde ke?
aku lahir tahun arnab, kecik ati arnab xpopular

fida:
haaa ingat tak dulu kite ade maen simpulan bahasa/pantun/peribahasa yg ade name haiwan.
kite main mase lunch.
ingat x?
kalau xingat, ko boleh jd subjek kajian aku.
sekian

pphoenix said...

farini yang kesejukan dan keseorangan berpendapat perkataan menara gading macam berorigin dari perkataan ivory tower

meo carey said...

hari2 makan curry,
muka awk cute mcm mariah carey

:)

idatazira said...

farini:
ivory tu ada kena mengena dgn gajah jugak?
wow.
farini cepat balik.
sini mesti xde kesejukan.
:p

meo:
em.
o, tq atas pantun tersebut

pphoenix said...

er haha
ivory tu pada zaman dulu bermaksud gading gajah

Nurul Huda said...

pastu nak menyampuk jugak.. & ivory white pula bermaksud putih gading.. eh kenapa gading sangat hot???? misteri nusantara..hihihi

Cik feeda said...

eh ingt la...sume peribahasa yg ad nm binatang...tp lupa dh time tu lunch ape...yg penting ko tambah banyak.huahuaaa

idatazira said...

far:
EH macam mane boleh lost dgn word ivory?
oh sungguh boleh blah.
;p

ud:
gading, asyik2 gading.
badak ade sumbu, takde pulak orang kecoh2, even sumbu badak pun rare.
hmm.

fid:
oh ko skrg dah menjadi2 eh.
ni mesti hasnan yg ajar ni membahan aku.
siapla hasnan.

Anonymous said...

ada satu lagi simpulan bahasa pelik:
LIPAS KUDUNG.

Maksodnya: lari dgn laju.

Contoh ayat: mencicit deh laghi, cam lipeh kudong..

Kenapa lipas yang kudong boleh lari laju????

-pak-

idatazira said...

eh PAKngah.
haha.

lipeh mencicit laghi.
laghi siap ada bunyi "cicit cicit" eh?

kekeke.

lagi,
bagai lembu dicucuk hidung.
tak paham.
mungkin buleh try cucuk idong lombu

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.