The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 27, 2010

Go.Laundry

go dot laundry is written Go.Laundry

after go dot laundry, I have to go dot watching tv. go dot finishing my paper? oops.


saya ada wedges baru. nama dia WedgesBaru. maka, sampai bila-bila dia baru. semalam berniat membeli belah barangan lelaki untuk teman lelaki di Alamandi. Alamandi itu lebih komersial di kalangan pasangan taZira. [?]. cuma teman lelaki, bukan membeli belah barangan bakal suami okay. sebab kami bukan nak beli hantaran perkahwinan lah. tetapi, barangan teman lelaki tak dibeli pun, lantas membeli barangan teman wanita kepada teman lelaki tadi. sebab wanita memang macam tu, kalau pergi membeli belah dengan niat membeli barangan teman lelaki pun, dia boleh twist jadi membeli belah barangan teman wanita. yes yes. oh.

disebabkan kaki encik Cessna bersaiz 6 [
tapi dia kata 6.5] maka, beliau tak berjaya memperoleh sandal adidas berwarna coklat, kerana yang paling kecil cuma bersaiz 7. malangnya, apabila meminta sandal yang sama tetapi berwarna biru, takda saiz 6 juga, tapi saiz 5 ada. apa punya kedai lah. ugh. macam biasa, teman wanita menjadi emo sebab teman lelakinya tak mendapat kemahuan hati. maka, takyah beli [jom pegi beli belah barangan teman wanita saja]. saya sedih bagi pihak kerana teman lelaki terpaksa memakai sandal buruk yang dibeli di OU lebih dua tahun yang lalu. [seriously buruk sangat dah sandal tersebut, boleh buat umpan api.]

berbanding dengan teman wanita, dalam bilik beliau dipenuhi dengan kotak berisi selipar, kasut dan sebagainya. walaupun tak berapa banyak berbanding wanita lain, tapi dikira banyak. merangkumi kasut yang dibeli tapi tak pakai pun ada. macam nak jual semula. alangkah bagus kalau wanita dan lelaki tak berbeza dalam citarasa pada kaki, bukan? boleh juga kita sharing and caring kasut dan sandal yang sama. even high heels. memakai barangan secara bersama bukankah romantik?

fahamilah wanita. mereka sukakan barangan yang banyak sekali sampai dah tak muat tempat nak simpan pun masih mahukan lagi. sesuai dengan cogan kata "I want more".


entri tiba-tiba diberhentikan sebab nak go dot laundry. [
membasuh baju bukan masalah lagi dengan adanya Scarlie the red car. boleh angkut semua baju basuh dekat rumah! hip hip hurrah!]

OH too wordy, no?

wink wink ~.^

2 comments:

Nurul Huda said...

entri kasut?? hehehe..

mikichann said...

ini adalah alas kaki yg kesekian kali utk tahun ni.. ?? 4 eh..

xpe.. dh nmpk ciri org dpt gaji...
hoho

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.