The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 3, 2010

dari hati

seven minutes to eleven.

semalam pergi tengok ikan dekat Taman Tasik S2 bersama you-know-who. whoa. ikan di situ saaangat banyak dan saaangat besar sekali. ada macam-macam ikan. Cessna tunjuk maaacam-macam ikan. ikan kap jepun paling banyak. ikan keli saaangat besar pun ada. ikan kelisa pun. ikan patin pun. ketika sedang belajar jenis-jenis ikan, Cessna berkata, "tengok, tu ikan pirana". tapi saya tak tertipu. saya tahu ikan pirana dekat Sungai Amazon.

kami pergi masa feeding time. dekat sebelah kami ada keluarga syok bagi makan ikan. keluarga tudung labuh ok. [tangan nasyid. maka, kami behaved! :p] dekat tasik tersebut ada ramai penjual makanan ikan.termasuklah are-are. maka, pelawat-pelawat boleh beli kalau rasa nak bagi ikan makan. keluarga tersebut bagi ikan makan. kami tumpang tengok ikan makan sambil makan kinder bueno. rasa macam nak bagi ikan makan kinder bueno sikit, tapi takpa lah. ikan tu dah gemuk pun. cukup-cukuplah. kami takpa.

semalam Cessna menyampaikan suatu ucapan yang sangat kelakar [tapi touching, ouch]. ucapan tersebut disusuli dengan "eh betul ni, serius, dari hati ke mulut". heh heh.

walau bagaimana pun, tiada gambar untuk dipaparkan. hari diakhiri dengan kemenangan team Cessna, iaitu Oranjes.

sekian dulu, dari hati ke blog.

wink wink ~.^

2 comments:

miki said...

ida..
asal entry skrg penuh dgn unsur2 ke arah kasih sayang yg utuh?
hikhik..

cpt2 la.. seru dh smpai tu

idatazira said...

kasih sayang banyak sangat sampai melimpah ruah omaigod tolong tadah tolong!!
:p

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.