The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 21, 2010

the July life




hari Isnin saya pergi Seoul. ya, Seoul bukan di Korea sahaja malah ada di OU. ajaib. bukankah? [rujuk gambar di atas] pasangan saya ialah Udeq. tapi Udeq makan sikit tapi bayar banyak. saidamunira telah bayar sikit [sebab student] tapi makan secara banyak atau boleh juga dipanggil bulimic. perut macam boleh masuk berekor-ekor lembu. tak apa. yang penting bila makan tak lupa baca doa makan. maka kalau makan banyak pun rasa sihat. [ha?] komen pendek: BEST!. komen panjang: sedap tapi takyah pergi kalau bukan spesis kuat makan.

bercerita pasal makan, sekarang boleh tukar topik. cerita pasal teknologi pula. semalam telah pergi Lowyat dengan Hasnan dan Udeq. dengan sekali swipe, Udeq telah mendapat netbook samsung megaWOW sebab kale kuning. envy di situ. saidamunira pula telah upgrade ram Spongetop [the ancient lappy] dan mentukar graphic card dan fan twisTouch [the money-thirst lappy]. Hasnan tak dapat hasil. sindiket Adobe CS5 beliau telah gagal. tapi dapat banyak pahala sebab tolong saidamunira pikul twisTouch. sebab saya kan pikul Spongetop. hm. duit. duit. duit. sekarang sedang guna dua bijik lappy. nak jual satu, beberapa uncles dekat Lowyat menghina lappy saya. katanya, buat display pun tak laku. fine fine. lappy buruk memang tak boleh dibuat duit.

oh ya. saya memang mata duitan lah. sebab, kalau tak ada duit, rasa tak bahagia sebab terpaksa minta duit ibu bapa.

emmmm. lagi satu, pagi tadi telah bermimpi indah. Oranjes telah buat persembahan hebat dalam Anugerah Juara Lagu. Arjen Robben dan Wesley Sneijder pandai menyanyi lagu Sudirman.

baiklah semua. sudah boleh bersurai. jumpa lagi.

wink wink ~.^

1 comments:

miki said...

xleh ke tanda like je entry ni.. hoho

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.