The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 29, 2010

productiveeeeEE

hai.

minggu ini hari-hari bangun pagi terus mandi, solat subuh dan bersiap-siap [just like carrier woman]. selepas itu bersarapan dengan hanya minum cocoa collagen -[terharu bakal suami di situ. hoho :p].

selepas itu panaskan enjin NewBorN dan memandu dengan sopan ke HUKM, hospital tercinta tempat menimba ilmu. lepas tu start lah dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 petang bercakapbercakapbercakapbercakap lagi dengan pakcikmakcik yang datang. lepas tu bagi dia upah RM10 sebab datang. hehhe.

lepas tu, terus memandu pulang ke KL balik. pergi fakulti. beli roti pizza dengan milo dalam tin. itu LUNCH! [woh macam tipu kan? tapi benar]. lepas makan, pergi lab, buat lipid hydroperoxide test. buat seorang diri. and successful. walaupun gebon. enjoyed the labwork though :D. aktiviti berlanjutan dengan gigih sehingga petang.

balik rumah, mengemas, mengemop, memasak, makan, main game lepas tu tidur dan bangun dengan gigih.. sampailah pagi tadi.

em. dan. hari ini petang tak buat lab sebab emosi terganggu sebab NewBorn got long scratch. GEBON tahap giga. my black secret shhhhh.

tapi tapi tapi, lepas saya beli tiket CUCI the musical 2 tadi, saya telah cuba gosok scratch tersebut dengan lotion johnsonNjohnson perisa lavender. scratch tersebut boleh hilang oh my sangat terharu dengan kebolehan ajaib lotion bayi. maka, kesimpulan kita untuk hari ini adalah, kereta pun boleh dipakaikan lotion, dia pun baby juga :D ! yeesh. lepas ni nak cuba pakaikan sanitizer pulak, tengok apa jadi. jadi hygiene freak ke. best juga.

baiklah. bye bye. emm. sebenarnya Cessna garang, takleh kacau dia makan, sebab tu saya kena update blog.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.