The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 16, 2010

seminggu cuti

assalamualaikum.

perasaan bercuti selama seminggu sangat mengkagumkan. pada hari Sabtu yang lalu, kami telah menghadiri bengkel penulisan manuskrip saintifik di Klana Resort Seremban. saya telah menganggap bengkel tersebut sebagai percutian kerana sungguh seronok dapat menginap di hotel sambil makan minum dengan banyak secara percuma. selain itu, pada petang Sabtu tersebut, encik Cessna turut hadir memeriahkan suasana di sana. kami mengadakan aktiviti berenang di swimming pool beramai-ramai [walaupun hanya empat orang]. pada petang Ahad tersebut pula, di kala semua orang telah pulang ke Kuala Lumpur, saya dan kekasih telah bertemu janji. kami bersiar-siar serta makan-makan. setelah agak lewat, iaitu pukul 9.45 malam, barulah saya tiba di rumah.

keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga beserta keluarga paklong dan pakchek telah bertolak ke Terengganu untuk melawat Tokngah yang sakit. baru-baru ini, Tokngah telah mengalami sakit jantung, [akibat makan sup tulang katanya]. di samping melawat Tokngah, kami pergi membeli-belah di Pasar Payang. antara barangan yang dibeli ialah songket hantaran [ehem], barangan tembaga yang terdiri daripada bunga sirih dan peralatan merenjis [ehem lagi] serta buah rambai. sungguh sedap buah rambai tersebut. selain itu, kami turut makan dengan banyak kerana masakan WanNgah sungguh sedap. kebanyakan menu yang dimasak adalah sihat iaitu masakan singgang, tomyam, nasi ayam, serta sup. ini adalah kerana Tokngah perlu mengambil makanan yang rendah lemak. sungguh pun begitu, menu wajib iaitu nasi dagang pada hari terakhir kami bersarapan bersama tidak dilupakan. tapi Tokngah tak makan pun nasi dagang.

oh ya. bercerita tentang makanan, Tokngah makan sangat sedikit. disebabkan Tokngah orang yang berpelajaran, beliau meminta preskripsi daripada saya untuk meningkatkan pengambilan tenaga beliau. oleh itu, saya telah menyarankan beliau untuk mengambil Nutren Diabetik pada waktu sarapan, minum petang serta minum malam.

saya telah pulang ke kampung halaman pada hari Rabu. perjalanan selama lapan jam tidaklah memenatkan kerana kebanyakan masa saya hanya diisi dengan tidur dan makan di dalam kereta. saya menaiki kereta paklong kerana kereta yang ayah pandu telah penuh diisi oleh Pakchek serta barangan yang dibeli oleh emak.

disebabkan hari ini hari Khamis dan esok Jumaat, saya telah mengisytiharkan cuti disambung lagi dua hari. hehe. jangan cemburu, ya!

baiklah. saya berharap anda terhibur.

banyak kali saya terdengar ayat ini di radio sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Terengganu sebab paklong membuka siaran radio Klasik Nasional:
"gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa pertuturan anda. bahasa jiwa bangsa"

p/s: penat juga mengarang guna bahasa skema camni. patutlah kemain payah nak tulis tesis.

sekian, terima kasih.

kenyit-kenyit ~.^

2 comments:

Unknown said...

haish..nyampah lah..gambar xdo ko?

idatazira said...

ek eleh, jeles.
:p
nak tgk balik ah gumah

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.