The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 8, 2011

the picnic

assalamualaikum.

kan dah kata nak piknik dengan you-know-who semalam. walau bagaimana pun, aktiviti ini telah menempuh banyak dugaan. saya plan untuk piknik lepas solat Jumaat, tapi mommy aka Prof Suzana yang comel tu minta tolong siapkan report KPPU untuk research group. gebon sekejap. nasib baik mommy tu comel, kalau tak, mesti saya taknak tolong dia dah.

sedang menolong mommy, Cessna pun telefon. tapi saya taknak cakap pun dengan dia [kesian kan?] saya cakap, saya tak boleh cakap banyak sebab banyak kerja. cakap lain kali lah. tapi, lepas tu saya call beliau balik. bila call, tiba-tiba jadi stress dan macam nak nangis dah. masa tu dah pukul 4+ petang. tapi tak jadi nangis sebab saya kan tabah. [ehem] lantas saya balik RAH cepat-cepat dan terus memasak. saya masak ikan kembong sambal dengan kobis masak lemak. lepas masak kena mop dapur, masak sambal memang buat dapur jadi horrible.

emm. saya telah mendapati bahawa, memasak dengan penuh kasih sayang memang tak memenatkan walaupun sebenarnya tengah penat. [eceh. tacing kan?]

pukul 7.35 pm barulah saya memandu ke Seremban dari KL dengan membawa sebeg makanan. Jalan Tun Razak boleh pulak jammed time tu. rasa nak tidur je dalam kereta. tapi akhirnya berjaya juga sampai dekat Seremban 2 pukul 9.15 pm. memang best. ramai orang bersenam walaupun dah malam. kami saja yang makan. :D

see. beliau menikmati makanan bersungguh-sungguh :D

ini tukang masak yang penat. kerja, balik terus masak, lepas tu terus memandu. comel kan dia?
[macam malu pulak tengok gambar sendiri macam ni. tapi nak letak juga sebab Cessna kata saya nampak kurus. :p]

beliau cakap sangat sedap. [ehem :p] beranilah cakap tak sedap. mana bolehlah kan? hehe. walau bagaimana pun, saya sungguh terharu dengan beliau sebab beliau seperti addicted makan masakan saya.

akhirnya, saya sampai rumah dekat nak pukul 11 malam. penat sangat. tapi enjoy tengok Merlin.

sekian. hidup dengan kasih sayang memang best pun. :D

wink wink ~.^

2 comments:

kathy said...

ecececehh...so sweett...
plus ko mempunyai lebihan tenaga yg banyak! bagus2!

idatazira said...

:p mekaseh kak KATHY

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.