The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

random

assalamualaikum.

pagi ini tak macam biasa, atau dikenali sebagai luar biasa. tidur lena ibarat bayi. thank you, the fiancee. saya bangun dengan semangat cintakan negara [
macam biasa hee :p] dan Muhammad Izzat. aish. macam takda benda lain dalam dunia. yelah, kata darah manis.


pagi ini, saya bangun pagi, siapkan diri, hiasi peribadi. kemas barang, say hi to the grass, Azren says hi to me, Azren pelawa sarapan milo dan makan biskut tanpa mengetahui saya pemalu [hei serius ni]. maka, milo dan biskut bukanlah rezeki saya. watak Azren tiba-tiba ke udara. she is now my part-time housemate. [sebenarnya saya yang part-time housemate dia.]

pagi Isnin yang indah tercemar dengar parody song "Monday" by JJ and Ean dekat hitz.fm semasa memandu. agak menjengkelkan. lagu lucu tapi takda inspirasi supaya bersemangat pada pagi Isnin, which is, tidak patut.

sekarang musim kawen-kawen. permainan zaman kecil akan jadi kenyataan. this coming weekend, I will be losing a best friend to a man.

saya tak tahu sama ada perasaan sekarang terlampau obvious, iaitu penuh kasih sayang. rasa macam nak bagi ciuman kepada diri sendiri sebagai tanda penghargaan. apa benda tu perasaan semacam itu?

namun begitu, setelah sampai ke fakulti dan membuat kerja sekolah sikit, saya mengalami sakit pinggang dan kemudian terus berperasaan untuk google design baju nikah. selepas itu, perasaan bertukar kepada ingin berkursus kahwin. lantas menghubungi the fiancee dengan tidak semena-mena. hehe. padahal dah buat perjanjian pun, semua preparation lepas beliau retire dari Subang kelak.

keluarga sedang bercuti di Teluk Cempedak. Teluk Cempedak di Pahang ye. pengetahuan untuk yang taktau lah. selamat bercuti dan selamat masuk kolej IKIP buat Munir. selamatlah kau duduk sana tiga bulan. dulu kecil-kecil kuat nangis. sekarang dah besar pun. good luck, daripada Kaklang dan Abang Izzat bukan banglang [eh].

sekian.

p/s to the fiancee, tolong kuruskan badan. please. please. please. ingat comel sangat ke jadi gemuk? hish.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.