The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 18, 2011

What to do.

Kemon kemon. Bangun pagi terfikir nak siapkan intervention paper. Sampai sekarang, tinggal fikiran sajalah. What to do. This is weekend yo!

Azam tahun baru nak kurangkan lawatan ke Dunkin Donut memang tercapai sebab semalam setelah enam bulan dan 17 hari baru saya melawat DD semula. [Tapi ini bukan kali pertama dalam tahun ini bagi Muhammad Izzat tu. Dia punya tak boleh kira.] Makan malam bersama the fiancee. Kami pesan 1 set croissant chicken mayo dengan caramel iced latte dan
4 croissant chicken mayo ala carte. Hehe. Hehehehe. Er, saya makan satu saja cukup. Benar. The fiancee pula mesti makan lebih daripada satu. Sangat benar. Siap bawa bekal balik rumah, buat sarapan pagi tadi pulak tu. Nak buat macam mana tu kalau engkau dietitian lepas tu ada tunang kuat makan macam raksasa. Sampai dah tak larat nak bebel, akhirnya terjebak sama. Hasil terbaik, JELLY BELLY. What to do. Kan. Nasib baik belum tempah baju nikah.

The fiancee cakap rezeki murah, boleh makan banyak. Saya cakap makan banyak kumpul harm. Saya percaya semua perkara perlu bersederhana [bertangan nasyid di situ]. Saya takut penyakit datang. Menurut the fiancee, lepas habis OJT di Subang nanti dia nak diet sempena perkahwinan. Sangat nak tengok kata-kata tu boleh pakai ke tidak. Sebelum ni pun dia pernah cakap macam itu, tak sampai satu hari, dapat SMS dia angkat bendera putih. TAKNAK DIET. Tergelak baca.

Bulat kecil bulat kecil

Gambar di atas diambil dua hari lepas di CNS Kg. Baru aka Kedai Kapal tapi sekarang boleh tukar Kedai Motor sebab dah banyak motor pulak. Kes di kedai tersebut, saya maka sizzling chicken, beliau makan fried spaghetti. Kan dah cakap dia mana boleh makan satu saja bukan. Maka beliau pun order lagi satu sizzling chicken lepas habis licin makan spaghetti. I am like ARRGGHH.

Tak baik membebel dekat bakal suami, bukan? Dengan itu, saya berdoa semoga beliau insaf. Makan banyak tak baik untuk kesihatan. Percayalah Sayang.

wink wink ~.^

2 comments:

nurulhuda said...

kalau dah susah sgt, pe kata try bagi makan Metformin, bg suppress sket apetite.. boleh jalan ke cenggitu??hik3 :P

idatazira said...

hoho tula, rase nak try pulak.
tp beliau mesti tanak punye

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.