The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 23, 2011

ASarawakStory

Sedang bersikap malas, gambar akan membantu.

Untuk makluman, saya ke Sarawak menghadiri persidangan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA). Selama tiga hari, aktiviti utama ialah dengar talk, simposium, forum dan makan. Aktiviti lain kira minor saja. Seterusnya gambar akan membantu penceritaan.

Ini Kak Mai the flight mate dengan poster beliau.
Tak sia-sia Kak Mai berhempas pulas seliuh buat poster sebab Kak Mai menang tempat ketiga.
Tahniah Kak Mai :D

Ini poster Saidamunira yang dapat tempat keempat cuma.
Sob sob. Kelemahan pada poster ini ialah menyakitkan mata untuk dibaca.
Sebab itu saya tewas. Mommy cakap, tak apa sebab poster very last minute. Hee.

Kedai cenderamata dekat area Waterfront. Em. Sebenarnya macam mentakutkan juga bila tengok itu semua. Pada waktu kejadian, saya sedang tunggu mommy shopping banyak betul. Tapi dia beli barang yang masuk akal lah, bukan ini semua.

Pada suatu malam, saya berniat menemani Kak Mai untuk makan malam.
Tetapi Kak Mai yang berhati mulia telah memesan makanan menggunakan room service lantas membelanja saya. Dia kata dia nak saya feel jadi orang kaya sekejap.
Thank you Kak Mai. Mari kita doakan Kak Mai dimurahkan rezeki.

Sewaktu jalan-jalan dekat Waterfront, saya terjumpa Bormas.
He. Ya, tak adalah menarik pun yang ini. Cetak poster dekat Bormas punyalah mahal lepas tu saya tidak menang pula. He. Loser.

Naik penambang lalu Sungai Sarawak nak pergi beli kek lapis.

Kedai kek lapis yang hebat, Dayang Salhah. Sedap dan rasanya ini kedai terbaik.

Lepas jalan-jalan, Mommy belanja makan mi kolok. Tapi tak sedap dan sangat masin.

Ini mommy a.k.a. roommate saya dekat Four-Point Hotel by Sheraton Kuching.
This was taken in front of Borneo Convention Center Kuching.
Hee. Mommy request ambil gambar ini dengan ucapan "Jom kita jeleskan Hasnan".
Tapi menurut firasat saya, Hasnan manalah cemburu.

Itu saja. Mood tak berapa ada. Sekian dulu cerita saya.

p/s: Muhammad Izzat jaga Uncle Hishamuddin baik-baik. Mari doakan Uncle Hishamuddin cepat sihat.

Sekian.

wink wink ~.^

3 comments:

Nurul Huda said...

makan mee kolok kat Benteng la best!! hehehe.. by the way, i should admit this fact; protege Dr ZAM selalu menang benda2 gini kan!!! hehehe... :)

~fANaYb~ said...

sekda, kek lapis dayang bukan yg terbaik la~saya dah jumpe yg lagi sedap~ terus lapa nak makan kek lapis
dan mee kolok yg sedap berada di kwasan berhampiran pakson kuching!

idatazira said...

o yeke fana.
hua nak gi kedai tu la nnt kalau gi swak lagi.
I heart cheese layered cake.:D

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.