The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 30, 2011

Food and Love Day.

This is my Saturday. I name it Food and Love Day.

Breakfast 1: Roti canai.

Breakfast 2: Nasi lemak.

Ok. Pengakuan. BUKAN Muhammad Izzat yang memesan nasi lemak tersebut, it was me.

I had roti canai, lepas itu terasa nak makan nasi lemak pula. Well. I learned from him. :p
Tapi lepas tu tak habis, maka dia terpaksa tolong habiskan. So, each of us had 1 piece of roti canai and 1/2 plate of nasi lemak for breakfast.

Kemudian, butterfly dijumpai oleh Muhammad Izzat dalam kereta dia.
Happy happy :D Thank you, you.

Morning tea: Muhammad Izzat memasak Roti-T [roti telur] butter untuk saya.
Seriously untuk Saidamunira.
Tinggi kolesterol. Tapi tak kisah. Sebab tinggi kasih sayang juga.

Roti-T with butter.
Muhammad Izzat sungguh manis, pandai susun Roti-T atas piring. Dihidang bersama air nescafe susu yang sedap.
SoNice la you. :') Touchy touchy. Aww

Lunch: Fu Yong Egg.

Lunch: Fish Chop
Ya. Pastilah bukan Fu Yong Egg dan Fish Chop saja. We had Chinese fried rice with Fu Yong Egg AND Fish Chop. Sangat nice. Kami makan dekat Chinese Muslim Restaurant, Muhammad Izzat kata nama kedai tersebut ialah Jaya. Menurut encik Izzat, keluarga beliau merupakan pelanggan tetap restoran tersebut sejak beliau darjah tiga lagi. Omagad. Sentimental betul. Hee.

Afternoon tea and dinner: Takda gambar, sebab saya behave.
Tapi makanan boleh disenaraikan di sini tanpa ragu-ragu.
Mi kari, lemang, rendang, kuih cara, talam apa entah lagi, kuih seri muka, kuih bakar, SR chocolate moist cake, tembikai. Banyak betul makanan sampai saya tak berdaya saing lagi untuk makan. Lokasi ialah rumah Makngah Muhammad Izzat. Sampai rasa nak menangis tak mahu makan lagi sebab nak balik rumah segera.

Tuhanku. Segala puji bagi-Mu. Terima kasih atas nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan. Limpahkanlah rezeki kami dalam keberkatan Ya Allah. Ameen.

Saya memang sayangkan Muhammad Izzat walaupun beliau semakin hari semakin menjadi bulatan.

Sekian. Selamat menyambut Ramadhan.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.