The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 12, 2011

Farewell.Sobs

Assalamualaikum.

Blog meminta perhatian sejak beberapa hari lepas, tapi tak dilayan. Semua gara-gara blog tak sepenting perasaan hati saidamunira ni yang macam hape pun taktau. Bajet sedih. Tapi sekarang nak nangis tak keluar air mata pula. [
I bajet cool, takkan taktahu taktahu lagi. :p]

Bermula hari ini, Hasnan akan tidak kelihatan berkeliaran di fakulti lagi. Turut serta kelak ialah Udeq. Tapi Udeq belum pergi meninggalkan saya. Tapi bakal meninggalkan dengan lebih jauh. Hasnan pergi berkhidmat untuk negara di Sarawak. Udeq akan menimba ilmu di US. Saidamunira? Ya. Tak ke mana-mana, I heart UKM okeh.

Hmm. Tahukah yang Saidamunira mencuba membuat entri menusuk hati. Apakan daya tak menjadi. Ini apakah jenis loser. I think I am good at masking my feeling. Semoga menjadi lebih pandai dalam hal ini kelak.

Kenangan terakhir ahli jemaah bertempat di Masjid Wilayah. Ya a aw. Solehah tidak? Hehe. Diana kes terpencil, tak dapat hadir. Anyways, Diana pun sentiasa di hati kami. Love you all.

Aktiviti dimulakan dengan membeli murtabak di bazar HKL.
Tangan Hasnan macam berusaha membuat tarian sagak kah apa?.

Muka dua posen Udeq & Hasnan. - Kira naik harga lah, sebab patut seposen je.
[Haku yang sedih menonton gambar ini]

A very humble iftar, tetapi iftar terindah.
[Kenangan terindah selepas bertunang. Kira dapat nombor 2 lah setakat ni. Heheh :p]

Akan kukenang Hasnan dan Udeq. Watching movies together, bowling together sambil membebel terhadap Saidamunira [pasni takleh bebel lagi dah yoo], secretariat manuscript writing workshop, makan together, paling best, pergi tarawih together.

Berbalik kepada masking tadi. Itu tak boleh apply terhadap the fiance. Berhadapan dengan beliau akan membuatkan saya boleh menangis berdekah-dekah. Ewah. Semalam telah mengalami. Keesokan hari [pagi tadi] bersemuka dengan bakal ibu mertua lantas disoal siasat. Haha. What a day.

Esok bakal berbuka puasa secara berkeluarga di rumah bakal mertua, akan turut serta ialah Adam. Adam yang sibuk sangat asyik tanya soalan boring "Uncle Izzat tu ade tak". Nampak sangat tu dah berminat dengan Uncle Izzat. Nice :D

Baiklah. Sekian dulu. Sekarang berasa dizzy. I will miss you guys. BFF.

.

1 comments:

Nurul Huda said...

thank u for everything, akan miss korg for sure!!

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.