The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 2, 2011

It was my Ramadhan

Assalamualaikum. Hai.

I am now 24 years old, engaged to budak busuk yang tinggal di Taman Panchor Jaya, Seremban. Sekarang dia pergi kelas. Maka takleh kacau dia, tengah menimba ilmu demi membina masa depan katanya. Walaupun mama dan papa dia selalu kata dia busuk, bagi saya, dia wangi. [Macam orang selalu kata, waktu bercinta semuanya indah. Memang indah pun takleh lawan. :p]. Next year, bulan Ramadhan mungkin ada kelainan. Kalau sekarang saya bertugas menjadi alarm telefon bimbit dia bangun sahur, tahun depan tengoklah jadi apa pula. Lion is a good idea. He.

Flashback to my childhood memory.

Saya berasa sengsara terpaksa bangun sahur. Rumah atuk sejuk di tahap mega, tahap freezing hiperbola. Kena gosok gigi dan basuh muka dekat toilet tingkat bawah pula. Pijak tangga tu terus rasa kaki membeku. KADANG-KADANG saya buat-buat dah gosok gigi. [NOTE THAT KADANG-KADANG. THIS IS IN CAPS LOCK. Thank you]. Tapi, kalaulah engkau tahu tahap kesejukan rumah atuk itu. Nescaya engkau pun malas nak menuruni anak tangga pergi bilik air. So struggle untuk budak darjah satu.

Sahur makan nasi, macam biasa. Tapi bila saya baru nak makan nasi, atuk mesti dah siap makan. Kadangkala atuk tengah makan roti paun, yang kena potong manually tu, cicah air teh. Lepas sahur tidur, bangun semula kena siap pergi sekolah. Makin berasa sengsara. Pernah satu hari saya sedu sedan ketika bersiap ke sekolah. Atuk terdengar, lalu berasa kasihan atau annoyed taktahulah, maka atuk meminta saya buka puasa, pergi minum air. Ajaib, sedu terus berhenti sebelum ambil cawan. Ishh.

Darjah satu saya tak puasa penuh, hep, satu hari je pun tak cukup. Masa tu sebab saya sakit perut like hell [agaknya lah masa tu]. Balik sekolah Makwan bagi minum air sirap, rasa macam nikmat berhari raya sekejap. Lepas tu, bila guru besar buat rumah terbuka hari raya, saya takleh join sebab puasa tak penuh satu hari. Betapa comel dan innocent budak comel itu waktu tu. Padahal budak yang puasa tapi tak cukup satu minggu pun turut menyertai jamuan tersebut.

Balik sekolah berasa sengsara lagi. Masa tu tak pandai pun nak fikir positif. Lantas masuk bilik air, ambil air satu gayung lepas tu rendam muka lama-lama. Rasa nak buka mulut. Tapi saya tahu boleh batal puasa. Tetapi. Ya. Kadang-kadang saya kumur-kumur banyak kali. Hee. Taksenon betul lah bukan?.

Waktu petang saya tidur. Membuta boleh conserve energy, boleh contohi kalau mahu. Bangun-bangun dah pukul enam, bonus kepala pening. That's how I survived. :p I remember, Angah survive puasa dengan main game Mario 3. Kalau cuti, beliau main dari lepas sahur sampai dah nak waktu berbuka. Takyah mandi, takyah apa pun. Main Mario dari World 1 sampai World 8. Ini pun anda boleh cuba.

Makanan kegemaran waktu buka puasa ialah mi soto, ayah beli dekat bazar Ramadhan. Angah tak habis-habis dengan Murtabak Along. Emak kata, sekarang Along yang jual murtabak tu mengalami tekanan jiwa, dah jadi gila sikit.

Sekarang my human memory is fading juga. [Eh macam baru transform jadi vampire]. Tapi saya akan sentiasa teringat atuk. Terawih atuk. Tempat makan atuk. Sekarang atuk tak ada. Semalam tempat atuk dekat meja dah diambil alih oleh Jijie. Comel Jijie fill in the blank. :D Al-fatihah untuk atuk saidamunira.

Dengan itu, saidamunira mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan. Bakal bapa mertua berpesan supaya meminta maaf kepada ibu bapa, suami isteri dan saudara mara serta rakan taulan. [Tunang takda dalam senarai. Aisemen.] Maka, maafkan saya jika telah melakukan kejahatan atau mengkecilkan hati anda.

p/s: I miss my friends. Diana bersama kuih cara. Udeq bersama roti jala. Jajan bersama kuih ulat dia, masak guna heater ya a aw. :p

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.