The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 2, 2011

Aktiviti Lebaran

Assalamualaikum.

Bagaimana perayaan anda? Semoga baik-baik saja. Saidamunira mengalami chronic fatigue syndrome, sebab penat sangat jadi orang dapur. Sejak hari raya pertama, baru keluar rumah tiga kali, kali pertama pergi rumah atok dan makwan, etc. Kali kedua pergi rumah paklong. Kali ketiga, pergi kedai beli cili kering. Aktiviti lain, semua aktiviti virgin [aww] atau lebih sweet dikenali sebagai aktiviti anak dara i.e. basuh pinggan, kemas dapur, buat air, and latest, memasak.

Disebabkan itu semua adalah aktiviti anak dara, I wonder juga lah. Macam mana bila berkahwin kelak? Kata anak dara. Kalau dah berkahwin, tiada lagi itu semua, bukan? Ops. Bukan berciri lucah ye. Cuma wonder. Adakah aktviti tersebut akan jadi lebih vigorous apabila menjadi isteri orang?

Ceh. Banyak lagi benda nak fikir, contohnya Prof. suruh fikir mana nak submit journal, itu SMS Prof. sempena hari raya kedua. Sempat Prof. bodek saya, tanya pasal tunang, lepas tu cakap tunang saya baik akhlaknya. Ewah. Engkau tahu, report saja pujian tersebut kepada Muhammad Izzat, terus beliau berakhlak tidak sopan dengan tunangnya. Haha. Kemain berlagak dia. Anda memang mempunyai hidung senang mengembang, bukan sayang?

Emm dan esok, saya berasa akan penat sebab pelbagai aktiviti menunggu. Hari ini penat bekerjaya di dapur. Baru tadi Ben dan Epin datang beraya. Tak kusangka musuh ketatku Ben atau nama sebenar, Muhammad Faiz bin Abu Bakar sungguh berciri YB. Anyways, saya berasa terhibur dan gembira sebab saya berjaya memasak Chinese Fried Rice masin untuk makan malam mereka, menandakan haku memang nak kawen dah. Keh keh keh.

Sungguh pun awal hari ini mengalami heart-throbbing event sebab buckle Renoma pada purse saya missing in action for good, saya telah positifkan diri dengan mencuci Scarlie dengan sabun Sunlight. Again! :p Berasa bahagia betul melihat Scarlie the red car berkilat, terus berasa bahagia tak terkata, boleh menandingi Whitey the fiance. [You, ada beran nak lawan tak? nak tak? nak tak?]. Hmm. Tapi kan, lepas tu terkenang kembali purse tersebut. Apakah barangan Renoma tak berkualiti? Slumber ayam tercabut. Sekarang berazam untuk membeli purse baru, tapi purse tersebut baru berusia sebulan lebih baby corn. Hmm. :(

Baiklah semua. Saya mendoakan anda berbahagia bersama insan yang dikasihi pada lebaran ini. Insan yang saya kasihi memang kurang memberikan perhatian kepada saya sempena perayaan macam ni, sebab saya pun sama. Tak beri kasih sayang sangat sebab sibuk di dapur saja. Tapi tak kisah lah, selain tak payah lah nak merajuk ke apa, sebab we knew each other well. Contohnya, saya tahu beliau sekarang pergi main futsal dengan kawan-kawan, mesti akan balik lewat malam, dan beliau pun tahu saya penat dan sakit tumit seharian jadi bibik di dapur. Maka, kita tunggu saja lebaran akan datang untuk bercinta di hari raya. Apahal saya poyo ni pun tak berapa tahu. :p

Kepada Diana, selamat bertunang esok dan berbahagia hendaknya. I love you DD Diana Darling. :-*

Sekian.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.