The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

Day 2

Hai hai hai.

Di dalam badan saya ada bermacam-macam perasaan. Em. Tetapi yang saya tak berapa puas hati tu sebab perasaan yang lebih banyak ialah sedih. Ini gara-gara merindui ibu bapa agaknya. Rumahku syurgaku masih syurgaku. Tapi syurga ini menjadi suram. Betapa signifikan kalau ibu bapa tiada di rumah.

Bukan rindu terhadap ibu bapa saja, malah kepada the fiance juga. Sejak beliau bermain-main dengan helikopter pada hari Khamis dan Jumaat, beliau semakin berciri. Berciri apa heh. Tak dapat fikir. Not to complaint. I know, he loves his job. And I should know, he loves me. Sebab itu saya terpaksa berperasaan sedih. Kalau marah-marah, nanti terpaksa jadi Angry Bird dan menembak PIGgie pula. Saya cuba membuat jenaka. Tak capai treshold. Tak berapa lucu lah.

Eh secara tiba-tiba saya berasa nak membuat aduan di sini. Muhammad Izzat yang super duper busy itu sangat busy sehinggakan beliau hanya menghantar sms berbunyi "L U" saja. Hish. LU boleh jadi Lepat Ubi.

Saya rasa itu saja aduan buat masa ini. Terasa nak menjalani kehidupan di Lavender dan pergi makan-makan makanan yang lazat. Duduk dekat rumah rasa lost. Apakah punya loser lost dalam rumah sendiri.

Sekian.

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.