The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 28, 2011

Isu Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum hai.

Saya telah pergi kursus pra perkahwinan bersama tunang dan didakwa melakukan perbuatan romantik oleh Syahirah Lalala. Heh. Namun, saya dan the fiance masih tak layak dapat sijil. Kahkahkah tertawakanlah aku.

Selain terkantoi datang satu kelas lambat [btw, kantoi 2 minit, still kantoi la bukan?], kami siap diperli dalam kelas. Kahkahkah lagi. Sebenarnya kami terlambat sampai sebab waktu break tu pergi wedding kawan, i.e. Ghazali. It was a super duper rush. Tapi tetap tak berbaloi sebab tak dibenarkan masuk kursus sebab sampai lambat. Maka, kami berhutang 1 kelas, iaitu perlu diqadha' pada hari Sabtu [any Sabtu], pukul 2.30 petang sampai 4.30 petang. Which is, so argh. Minggu ni ada wedding Baiduri pula.

Bercakap tentang kursus kahwin, sebab dah ada gangguan emosi dengan tempat tu, saya juga ada masalah semasa tajuk Penjagaan Kesihatan. Ceramah yang disampaikan oleh individu yang mengaku dia adalah kakitangan KKM telah berkata-kata banyak perkara yang tidak berkenan di hati saya. This is my line. MOH representative should be more responsible to the public. Berapa ramai orang pergi kursus kahwin, berapa banyak fakta yang disampaikan adalah tidak benar? Teruklah. Sangat kecewa dengan keadaan macam ni.

1. Beliau tiada usaha membanteras kegiatan merokok, di mana beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kalau orang tak merokok, nanti dia tak dapat capai target tangkap orang merokok di tempat larangan merokok, iaitu 10 orang setahun.

2. Beliau memberi kenyataan dengan yakin: Sekarang susu lembu lagi bagus daripada susu ibu sebab dah ditambah macam-macam termasuk DHA dan sebagainya. Kalau anak minum susu Dumex, etc, anak-anak bijak jugak.

3. Beliau tidak menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif, di mana beliau menyatakan isteri beliau iaitu seorang jururawat mula memberikan susu formula seawal enam minggu. Anak beliau tetap sihat, katanya.

4. Beliau menyarankan pasangan ingin berkahwin melakukan ujian saringan talasemia. Kemudian mendakwa pasangan yang mempunyai genetik talasemia akan mempunyai risiko 100% mendapat anak talasemia.

5. Beliau salah fakta dan menyatakan anak beliau hiperaktif. Nak sangat anak hiperaktif ke? Nampak sangat tak faham hyperactive tu apa benda.

Sungguh what the hell, bukan? Saya menjadi sangat marah, hot dan beristighfar banyak kali sepanjang ceramah sebab saya sangat marah. Saya berniat untuk mengajukan bermacam-macam soalan terhadap beliau, namun, semasa beliau menamatkan sesi tersebut, masa dah pun terlebih 5 minit. Maka, saya menghormati waktu rehat orang lain.

Memandangkan saya seorang yang asertif, saya akan berusaha menyalurkan kritikan saya kepada saluran yang betul Ye lah, saya malas nak bising terus semalam kepada kakitangan yang terlibat, sebab aku kan tak layak dapat sijil.

Haha.

Ok sekian dulu. Kursus pra perkahwinan perlu lebih berhati-hati dalam memilih penceramah. Nanti saya akan buat aduan kepada pihak berkuasa, InsyaAllah.

wink wink ~.^

2 comments:

Nurul Huda said...

ye2!!! silalah bagi maklumbalas kpd mereka. Kita bukan nak condemn tapi kata pun maklumbalas kan!

*kelas seterusnya nanti jgn lambat dtg lagi ek! hehe..*

Cik feeda said...

mmg patut buat aduan wei.....

1st time ni ak dgr kwn ak xlayak dpt sijil.kiki....

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.