The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 24, 2011

Call It A Diary

Dear diary.

Yesterday was awesome. I spent my day with you-know-who.

Bersarapan secara berkeluarga dengan bakal mertua. Macam dah takda kerja lain budak ni. Tapi apakan daya, saya takleh menolak lagi. Sebab saya memang lapar. Kehkehkeh.

Had some chit-chat with Uncle. Selain itu, the fiance presented his proposal to have Christmas eve dinner at Allson. Ok. You might ask, "kejadahnya nak Christmas eve" bukan?. Fact is, the fiance has passion in foods. Terlalu. Lepas tengok AFC Next Celebrity Chef, perangai semakin menjadi-jadi. He told that his family dinner on Christmas eve last year was marvelous, boleh makan turkey. Sebab tu tahun ni nak lagi. Uncle dengan Aunty punya respon macam biasa, buat-buat tak faham. Ha ha.

Then, we went to Klinik Kesihatan Ampangan for HIV test. You know what, KKM now has launched a new program. Haku berharap dapat finger prick saja. Harapan lebur. Banyak soal siasat yang dilakukan, siap tanya saya buat breast self examination ke tidak. [Terus cakap buat, sebab takut kang di cek nye haku, haru :p] Lepas tu siap tanya adakah saya bercadang nak mengandung cepat-cepat atau lambat-lambat. Pastu terus mensiput. Rupa-rupanya saya taktau lah jawapan kepada soalan itu, considering the HbE trait I have. Hmm. Tapi dengan tak jujur, saya cakap "ye, saya rasa macam biasa je, taknak plan". Disebabkan itu, teruslah disuruh buat blood and urine test, dan terus melakukan pre-pregnancy screening ke atas saya. Encik pengambil darah boleh tanya, "adik ni kecik je, mengandung eh?". Ok. Muka toyer habis, cakap ye je, malas gua nak layan.

Very well, the Hb level is now improving from 11.5 mg/dL (selalunya) to 12.4 mg/dL. Yippiyaaay! Gembira dengan aras Hb yang cemerlang tersebut dan terus buat kesimpulan yang Fitnesse Cereal memberikan kesan positif terhadap hemoglobin saya. Oh ya, untuk pengetahuan, sumber protein saya yang paling kerap ialah ikan, sebab itu saya mendakwa Fitnesse tu yang berkesan. Hehe.

Back then, when they ask more questions, maka terpaksa serah diri pasal thalassemia tu. Oleh itu, kami telah dipanggil oleh doktor. So kenalah dengar bebelan doktor. Lepas tu siap nak bagi appointment pulak tu untuk berjumpa pakar. Kehkehkeh. Saidamunira malas nak layan, dah tau dah dia nak cakap apa, so dia nak buat apa? Nak suggest kami takyah kahwin? Forget it.

Dalam pada itu, the fiance sempat minta belas kasihan doktor supaya memberikan beliau ubat untuk tinea kat kuku dia. And he got it, semua sekali termasuk dalam kos RM1. Sangat bagus ye klinik kerajaan. Hehe.

Lepas tu pergi pula ke Pejabat Agama Daerah Seremban, ambil borang pendaftaran perkahwinan. Rasa tak sabar pula nak isi :p. Then we went to Kedai Jaya, makan chicken chop dan fish chop. Dalam pada itu, the fiance yang sibuk nak diet. Tetapi saya tak beri kerjasama sebab saya order nasi goreng jugak akhirnya. Pastu the fiance lah kena bantu habiskan. Hihi.

Lepas lunch, balik rumah the fiance, I requested to drop me at any shopping mall. Tapi dia taknak, dia memaksa saya meneman Mama beliau kat rumah sebab Uncle stay kat Pilah the whole day. Fine baby fine. Oleh itu, saya terpaksa menempel di rumah beliau sementara beliau pergi solat Jumaat. Sementara itu, di rumah, Aunty telah membuat kelas memasak untuk saya. Kehkehkeh. Menu ialah ikan bilis petai dengan gulai telur itik. Kelas berjalan lancar btw. Maka, lepas the fiance balik dari masjid, we had lunch. AGAIN. yuhu.

Selepas makan, the fiance yang memang 'his body doesn't feel so delicious' sejak semalam telah tidur. Lama dia tidur. Saya pun discuss dengan Aunty tentang wedding preps. [So touched, ouch :p] Then, Aunty woke him up. Eh serius susah you nak kejutkan bayi sedang tidur. Sebagai tunang, saya hanya mampu menahan geram. Aunty kejutkan dia penuh kasih sayang. Kalau saya, tak larat nak buat camtu, nak je ambik spray.

Beliau pun didiagnos demam. Aunty pun suruh dia pergi farmasi. Tapi saya cakap sebelum pergi farmasi kena temankan saya tempah baju nikah dulu. I was the driver. Hehe.

Begitulah kisah. Tapi tak habis lagi. Budak demam tu teringin pulak nak makan pisang goreng. Kenalah beli. Lepas tu dekat rumah, Aunty buat cekodok pula. Makanlah lagi. And oh, another thing, Aunty found this baby cat depan rumah dia, ada orang buang.

Oleh yang demikian, the fiance yang demam berasa sedih melihat kucing ini. Lantas mensuruh saya menjadi driver lagi pergi beli junior cat food.


Lepas tu dia pun feed the baby cat.

Selepas Maghrib, Uncle call dari Pilah. Tengoklah budak demam ni borak dengan papa dia. Macam bayi. Masa ni dia tengah cakap pasal makan turkey Christmas eve lagi.

Saya pun pulang ke rumah meninggalkan bayi demam itu. Pagi ini bila saya call tanya nak makan turkey tak, dia cakap taknak sebab tak larat. Hehe. Kasihan kat bayi demam tu.

Diary ends.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.