The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 4, 2012

Mixed Feelings.

Assalamualaikum semua.

Rezeki hari ini telah turun dalam pelbagai bentuk, cuma hari ini semacam stress. Hmm.

Saidamunira tidak bertindak secara berkesan terhadap perbincangan tesis sebab GUA TAKTAU NAK BUAT CEMANA. Aisemen. Baru nak mula buat dah sakit kepala. Tuhanku, help me.

Sebagai pelajar siswazah, saya telah mendapat baucar buku 1Malaysia bernilai RM 200.00. Telah pun bercadang untuk beli buku rujukan tusyen dan buku latihan. Tetapi hajat terbantut sikit sebab I am Lionel Messi. Er messy. Saya sangat menghargai baucar tersebut dan akan memanfaatkan baucar tersebut secepat mungkin. InsyaAllah.

Selain itu, saya sangat mengantuk hari ini, kesan Yellow Cab dinner kah atau lunch nasi pakcik kah. Perlulah bermotivasi hari ini sepatutnya, bukan sebab makan sedap-sedap, orang belanja, tapi tak juga jadi pelajar yang rajin berusaha. Sesungguhnya, Haizayati adalah generous. Contohilah beliau kalau ingin menjadi rakan yang baik. Eh Aisyah pun baik juga. Hihi. Banyak yang telah kami makan, tak pernah menyangka pada tahap sekarang saya semakin maju, di mana saya mampu makan 4 keping pizza, 1/6 box spaghetti meatball dengan sebiji meatball, serta dua ketul chicken wing beserta air Coke. Apakah saya telah pelajari teknik makan secara banyak daripada tunang saya itu? Atau adakah kemungkinan saya akan makan lebih banyak selepas berkahwin kelak? We'll see.

Yellow Cab Pizza. Yellow Cab Spaghetti Meatball. Heaven.
Kusyukuri nikmat-Mu Tuhanku.

Received a phone call from Klinik Kesihatan Ampangan. They set an appointment for us with a specialist. I appreciate that efficient action. Tetapi telah menjadi bertambah stress kepala otak saya bila doktor yang bercakap dengan saya tadi suruh saya sangat alert dengan period cycle dan cepat-cepat-cepat-cepat kenalpasti once I miss my menses. Lepas tu pergi buat kad mengandung cepat-cepat dan jangan pergi klinik swasta. Terus stress apekebenda entah aku belum kahwin lagi tapi telah diberikan nasihat sedemikian rupa. Sangat berasa nervous nak kahwin. Apa pun, terima kasih kepada doktor tersebut.

Hmm. Dugaan.

Oh lagi satu. Saya mendapat hadiah daripada Manal iaitu Talbinah. Engkau tahukah apa itu Talbinah? Mestilah taktau tu. Hehe. Menurut Manal, ia adalah sejenis makanan berasaskan beras, di mana di negara Palestin (negara asal Manal) ia sangat terkenal. Menurut hadis kata Manal lagi, Talbinah ini boleh mengurangkan kesedihan. Kajian Manal pun telah mendapati terdapat kesan intervensi yang signifikan bagi skor skala kemurungan geriatrik (GDS) di kalangan kumpulan intervensi.

Sekian dulu catatan saya. Tunang saya berpesan supaya saya kurangkan membebel dan tak boleh merajuk selalu. Saya tak selalu merajuk pun, tapi sebab hari ini messy, saya cenderung mengalami kecelaruan emosi.

Alhamdulillah syukur nikmat, Malaysia maju rakyat selamat.

wink wink ~.^

4 comments:

Nurul Huda said...

nampak best gile pizza tu! aku balik kite gi ek! wah, Manal buat intervention dgn Talbinah tu kat Malaysia ke kat Palestine???? kalau jumpa Manal kirim slm ye kat dia :)

Shazleen Hashim said...

Kt gambar meatball to ade jejari cantik...pemenang acara makan berjemaah...

cikmune said...

LOL. apesal doktor tu?? kn certain ppl mmg cycle x betul. main cak cak gitu. pastu sekda pi wat kad itu ke? hoho... jgn stress2... nnt kte tukul kepala doktor tu same2 k

idatazira said...

udeq:
ye nnt kite pegi, besame suamiku sekali nnt hihihi :p
die pon sik sebut nak makan ycab je.
manal buat int tu kat rumah seri kenangan kot, kat seremban.
manal tu die panggil aku Doctor Saida.
haha.

haiza:
ala, ciput je tangan pon nak claim. :p

mune mune:
sebenarnye saye ngan encik izzat tu both thalassemia carrier, sbb tu doktor concern sgt ngan kami.
hihi.
dugaan....

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.