The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 7, 2012

Counting down

Mara ke depan dengan penuh semangat. Fact is, perut yang mara ke depan. Cemana ni?

Lepas fitting semalam, macam risau sebab Melur [Adik Kak Mawar aka Kakak Andam] telah berniat untuk mengecikkan baju sanding gue. Tengok dekat cermin terus berasa walaweh Saidamunira kurus!. Tetapi sekarang baru terfikir, recently nafsu makan semakin membiak. Tak pasal nanti ada orang bersanding lepas tu terpengsan sebab baju ketat. Hemm.

Keperluan untuk menguruskan perut telah menjadi kenyataan. Tapi malas nak layan. The fiance mendakwa saya telah gemuk. Hari tu Nikmah the tutor pun telah membuat dakwaan sama. WTHey!. Saya perlu hadiahkan diri saya dengan semangat untuk menjadi kurus.

Tadi telah menteman emak membeli-belah kain. Kain lagi. Kainkainkain. Tak habis-habis. Ingatkan nak bertemakan warna-warni kehidupan masa bertandang. Tetapi emak comel saya telah dikurniakan semangat membeli kain, lantas beliau membeli kain dan mengisytihar purple sebagai warna rasmi bertandang.

Lepas balik dari beli kain dan hantar kat tailor tu, Uncle call. Masih lagi pasal kain. Memang lepas ni boleh jadi BFF dengan Kak Shanaz tauke Jakel Jalan Masjid India tu. Oleh itu, hari Khamis akan bertemu janji dengan Kak Shanaz. Again.

Tak sabar nak kahwin sebab saya malas nak memandu ke Seremban hari ni. Kalau dah kahwin bukankah kena balik kampung bersama-sama lepas tu balik Seremban pun sama-sama. Ini kena memandu, dahlah hujan.

Sekian dulu. Saya rasa saya memang tak sabar nak kahwin. Boleh tidur nyenyak dalam kereta.

Bye. Ngantuk tapi kena singgah Seremban before balik KL. Uncle ajak dinner sama.

wingantuk

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.