The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 5, 2012

PreWedding. Err.

Assalamualaikum.

Mood untuk berkahwin telah datang secara tidak semena-mena. Oleh itu, semalam telah photoshoot praperkahwinan. We regard the session as an exercise. Berlatih senyum. Belatih buat aksi. :p

Ternyata. Penat amik gambar. Itu pun tak sampai 2 jam. Thank you kepada our 2nd photographer. Ini sebenarnya hadiah perkahwinan daripada Kaklong Ina & Abang Zaidi & Zhariff. Sobs. Terharu tau. :')

Walaupun kami tak rancang langsung nak pakai baju apa, tetiba kami mendapati bahawa ada kimia di situ. Huahua. Seriussssss tudung tu je yang ada dengan satu tudung jogging sebab tengah nomad dekat Lavender. Hee. Seluar tu pun memang tu je yang ada. Baju ada baju lain, tapi rasa macam panas kalau pakai cardigan atau inner. So itu je baju 1 piece yang ada dalam kereta. So terpaksalah pakai itu aje.

Letak dua gambar je, sebab kami memang pemalu. Nanti bila pemurah, saya upload lagi.


Overall, hari ni hari yang berjaya. Sebab dah dapat kira sample size [taktaulah betul ke tidak], dah berjaya jahit bunga sulam veil nikah. Lepas ni nak basuh baju dan kemas bilik. Sekarang jadi tension sebab malam-malam asyik mimpi hari perkahwinan. Malam tadi mimpi dah nak nikah, tapi inai tak kering lagi. Mentakutkan bukan?.

Oklabye.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.