The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 27, 2012

Nikah: Behind the scene



Sisters made in heaven. Fulamak.

Sampai tahun depan pun agaknya saya akan post gambar kahwin, sebab kahwin adalah best, pastu dah takleh kahwin lagi, insyaAllah. Pengalaman berkahwin adalah seronok sebab sebelum kahwin kejap-kejap nangis emo sebab kena marah. Pastu kejap-kejap gaduh dengan bakal suami. Hihi. Semua tu akan jadi sweet memories, eternally.


Make up by Kak Mawar. Kak Mawar ni ada banyak bisnes. Sambil make up, dia pun review bisnes dia. Hihi. Basically, akak ni MUA, kedai kat Rembau and Seremban.


Kaki dan kasut. Kaki diconteng oleh Naima budak form 5 sekolah kat STJ. Budak tu busuk. Upah sepuluh hinggit je [itu pun ihsan]. Haha. Kasut dipilih oleh suami. Diusha di Primavera JJS2, tapi dibeli di Primavera The Curve selepas balik dari wedding kawan dan makan meatball dekat IKEA.


Baju. Kain dibeli di Arab Street, Singapore sebab mengisi masa lapang dan boring duduk kat Singapore sorang-sorang. Dijahit oleh Kak Nurul, Taman Paroi Jaya. Baju kurung moden dengan kain six panel je. Kak Nurul ni favourite tailor the SMKAP sisters (Hajar, Khai, Wanik). Nak contact, bolehlah email saya.


Bersiap ni macam tak sabar-sabar. Dahlah siap awal. Walaupun mula-mula macam rasa bulat sangat muka pakai shawl tu. Oh ya. Veil tu beli veil chiffon dah siap dekat Jakel, pastu patch je dengan lebihan bunga sulam baju. Sambil jahit sambil skype dengan Udeq! Masa tu senang hati sebab baru je submit tesis. Hihi. Shawl beli kat Semua House tingkat atas. Accompanied by Diana. Dah kahwin dah pun makcik tu.


Masih Cik Saida Munira masa ni.


Photos by Irwansyah Adam.

Ok ini dulu. Husband sibuk study, esok dia ada presentation. Tapi isteri tak mandi-mandi sebab sakit perut. Duduk atas katil ni memang menseronokkan. Dahlah tengah buat cuti sendiri sebab nak prepare untuk viva MSc lagi dua minggu. Wish me luck eh.

Wishing my husband the very best of luck. Study molek deh shayang. Nanti saya bagi awak hadiah rahsia. Hihi. Love you.

Alhamdulillah.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.