Hello everyone in TK. Here goes my appreciation post, I couldn't post it to my socmed acc because I am pemalu type of lady [ughh].
Tuesday, December 31, 2019
TK stands for Terima Kasih
Posted by idatazira at 9:39 PM 1 comments
Labels: pragmatic
Tuesday, April 9, 2013
Hello April!
Assalamualaikum.
Welcome April, iaitu bulan di mana budak-budak chomel sangat dilahirkan. Hue hue.
Birthday saya yang ke-16 [?] tahun akan datang tak lama lagi. Ucapan saya kepada diri sendiri ialah semoga berjaya di dunia dan akhirat. Misi nak menjadi isteri, ibu, anak dan pelajar mithali. [Pelajar minthali sekarang tengah edit manuskrip, Prof suruh siapkan before deliver, weehu tak siap lagi >.< !!!] Insya Allah.
Hari ini entri bergenre makanan. Lihatlah makanan di bawah. Allah yang beri rezeki kepada hamba-Nya. Ustazah saidamunira sekarang banyak makan, kalau dulu makan macam monster, sekarang boleh andaikan monster itu telah menjadi giant monster.
And when I was 38-week pregnant last Saturday, perkara yang tak patut terjadi telah terjadi pula. Saya telah mempunyai dua dagu. Entah bila dia berdua di situ, saya tidak perasan. Tetapi suamilovelove cakap, dia dah bagitahu saya lama dahulu, tapi saya tak percaya. Maka, terimalah kehadiran dagu tersebut.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 4:38 AM 0 comments
Labels: pragmatic
Friday, March 8, 2013
Manchester Weekend
Posted by idatazira at 6:06 AM 1 comments
Labels: pragmatic
Saturday, January 26, 2013
January Post
Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita. Means, I am alive. At least for now. Alhamdulillah.
Esok adalah hari minggu, tapi Jumaat dah kira hari minggu sebab suamilovelove sekarang tak ada kelas hari Jumaat, maka tiga hari cuti sangat dinantikan oleh surirumah dan bayi yang belum lahir ni.
Our baby is called 'The Happy Baby' by the midwife. Bagus anakku, bagus. Last check-up on the 25th week, baby dapat 'GOOD!!' daripada midwife, midwife tulis dalam buku. Nanti dah sekolah teruskan aksi cemerlang, nanti dapat good lagi ye baby. WeWwwovvveeeWou. :-*
Hari ini saya memasak Sheperd's Pie. To be honest, tak sedap. Blame it on the instant mix. Lepas ni taubat taknak beli lagi. Kalau nak masak makanan pelik akan cuba google resipi rather than memakai cara main tipu. Shepherd's Pie adalah salah satu makanan kegemaran suami. Sejak dekat Malaysia lagi dia addicted to it, to be exact, the Secret Recipe's. Tapi sekarang rasanya dah tak jual lagi menu tu, kejap ada, kejap tak ada. Suami belum makan lagi pie tu, sebab dia dah tertidur, penat study kot. Esok berazam akan mengeluarkan isi pie tersebut dan akan transfer jadi rencah mihun goreng. Huh. Appearance OK, tapi rasa OUT. . . Hm. At least, I learnt a lesson.
And oh ya. Betapa bosan blog tak ada aksi visual, bukan? Baiklah. Here goes. Tapi gambar tak banyak sebab main depan rumah je masa snow last week. Itu pun sambil malu-malu sebab takda orang lain pun main snow. Heheh.
Posted by idatazira at 5:05 AM 0 comments
Labels: pragmatic
Friday, January 11, 2013
It's 2013's first entry
Assalamualaikum.
Malaysia yang dirindui. Huh. Lama tak jumpa. Bilakah boleh bertemu lagi?
Lagi 2 tahun, insyaAllah confirm. Kalau summer tahun ni? Ye. Udeq suruh berdoa dari sekarang hendaknya. Boleh balik bawak baby wuwuwu.
Belum pun lagi wish Happy New Year to everyone. Tahun 2013 pun dah berlalu 11 hari. In fact, dah masuk tahun 2013 boleh taknak terima kenyataan yang tahun ini saya akan berusia 26 tahun. Kalau bundarkan, terus jadi 30. Omagad.
Tapi tak apalah, kalau 26 tahun boleh mencapai kejayaan menjadi ibu. Ameen. Setakat ini, bayi saya sangat behave, maklumlah, ikut perangai ibu bapa sendirilah tu, bukan. Heheh. Semenjak dari mula kini dan selamanya hendaknya bayi ini tak pernah susahkan kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. You accommodate us too much, honey. Thanks to you. :') We love you, kata ibu bapa bayi tersebut kepada bayi. Heh.
Suami pun telah bertanya, tak update blog ke. Maka saya pun berusaha update blog ini ketika beliau sedang tidur. Sebab kalau tak tidur kang nak puji-puji macam malas. Kalau beliau tengah tidur, boleh puji banyak-banyak. Thank you sebab jadi suami yang baik dan comel, bagi saya dan baby makan kenyang-kenyang, berkhasiat, banyak vitamin dan mineral. Tahniah sebab passed three modules in a row. Senang dan tenang hati saya and of course our family.
Antenatal check up-s went well. Sejak minggu lepas, dah dua kali pergi klinik. Next week on the 25th week will have another one. At 23rd week, current weight is 52kg, fundus height is 24cm, BP is 110/50 mmHg, Hb taktaulah, haritu tak dapat result on the spot [wuuu Malaysia lagi majuuuuu]. Rasanya ok kot, tak pernah pening-pening pun, eyelid pun merah setiap masa. So rakyat Malaysia semua jangan bimbang. Hihi.
About the thalassemia trait we had, Geneticist pun dah call, nothing to do at the moment, dia dah make sure we know everything about that, and the baby will be tested after birth. Oleh itu, semoga bayi kami sihat walafiat hendaknya.
Supplementation, dah stop makan Obimin and Calcium. Kadang-kadang curi makan jugak Calcium tablet tu bila tak minum susu. Hee. Suplemen yang dia bagi only contains folic acid, vitamin C and vitamin D. They do not allow pregnant women to take fish oil supplementation, strictly. And first day jumpa midwife, she gave us leaflets banyak betullllllllllll pastu suruh baca and esok suruh datang and esoknya disekolahkan balik pasal leaflets yang dia bagi. Huh.
Eh entri menjadi novel. Sekian dululah. Berhenti mengejut sebab dah malas. Bye. Selamat tahun 2013.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 5:35 AM 0 comments
Labels: pragmatic
Sunday, December 16, 2012
Rainbow :)
Posted by idatazira at 3:53 AM 2 comments
Labels: pragmatic
Friday, November 9, 2012
Life Update
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, we had confirmed with a landlord to rent a house in Fishpond. [Gua duduk dalam kolam ikan lepas ni beb. Weehu.] The house seems nice, but a little bit far for hubby to go to the college. However, that's the best we can get for now, semoga Allah merahmati rumah tangga yang bakal berdiri. We plan to live it with a hubby's best friend, Hakim. O' Allah, grant us harmony and light in the house.
Sejak beberapa hari menjadi surirumah, saidamunira perlu makan banyak. Ini kerana, the weather is just too extreme for me, worse my nose bleed twice dah. Apakah platelet level saya telah merosot? Ish ish ish. Selain itu, mungkin sebab sejuk atau because the baby is growing, my leg cramp when I sleep. Tapi telah diatasi dengan meningkatkan dosage calcium supplement. I continue my 5mg folate once daily. Health is so-so I think, selesema checked, headache checked, lain-lain tak ada lah. Eh another thing is constipation. Vege is lacking in the meal taken, tapi dinner tadi makan salad Azree. Salad tersebut saaaangat sedap. And last few days, suami membeli pisang. That's only the source of fiber, plus the cereal and rice that we had.
No recent photos since I found it boring, both of us tak jalan sangatlah sebab hubby got class sampai Maghrib [pukul 4.30 pm dah Maghrib!!], and when evening comes, it's too cold for me to go outside of the house. Even buka tingkap dapur pun saidamunira shivers tahu. I wonder where my fat deposit has gone by now, I need it!!!
Sekian.
Er, letak gambar jugaklah btw.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 5:17 AM 0 comments
Saturday, October 13, 2012
Way to cool..
Assalamualaikum.
1. A nature disaster just happened yesterday. Heavy rain, lightning and storm passed through Lavender. Akibatnya, bumbung atas bilik kami tercabut, siap berterabur atas rumput. Nasib baik siling tak pecah. Flood in two rooms at the 2nd floor, we caught our carpets swimming. Luckily it's just a minor flood in our room, though carpet basah juga sikit. And this morning, the house smells goooooood with the carpet aroma. Pagi yang mendung macam tak mengizinkan penyidaian carpet. Later will find laundry shop for the carpets. Again $$$$$!
2. Just finished my Biology class today, next week will be the last class, the precious moment with my students next week will be treasured. Tengah fikir lagi hadiah apa nak bagi dekat my students, Biha, Hasni, Qayyum, Atiqah and Afiq. Ideas, anyone?
3. Our visa-s are ready to be collected! Yippy!
4. Kejap lagi nak pergi UKM Bangi ambil jubah konvo. Yeyeyeyeyyyyy :D
Sekian. Will come here later.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 12:13 PM 1 comments
Labels: pragmatic
Thursday, October 4, 2012
Life Update
Assalamualaikum.
Adik comel saya, Munir kembali ke pangkal jalan semalam ke Alexandria, Egypt. It's a tradition for the family lah bukan untuk ke KLIA beramai-ramai. Sekarang, dengan penambahan Anas in the family, ia telah menjadi lebih excited lah sebab nak jumpa baby Anas. Dia terlampau comel sampai wanita hamil akan berasa nak makan dia.
Posted by idatazira at 9:55 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Monday, October 1, 2012
Walking through adulthood
Assalamualaikum.
Hai. Setakat menjadi blogger [tak komersial], inilah pencapaian terburuk sebab bulan yang lalu hanya buat 3 posts [itu pun macam tak ikhlas, bukan? kehkeh]. Er er tak, belum niat nak retire ke apa, just baby cakap takyah blog [as if.. ]. Don't worry, life has treated me well, same goes to the hubby. Thank you Shayyang.
So far, after 6 months of marriage, saya dah berjaya buat udang masak lemak cili padi untuk suami. My husband is on diet, tahu? Dagu beliau daripada dua sekarang dah tinggal 1.5, kira ok lah. I support you, darling! Sebab itu kita takleh makan fastfood and dine in kat mana-mana kedai dengan giat lagi. Lagipun, baby ni baik, saya masak-masak pun dia tak pernah nak mengakibatkan tragedi muntah ke apa. I love you, my baby!
Lame lame. Socially awkward betul rasa bila dah berkahwin ni. IT savvy apatah lagi. Account instagram pun tak ada. FB pun dah agak tak selera. Apakah saya semakin ditelan usia?
Tengok. I don't have things to write here.
I still have a few tasks to be settled for Mommy [my professor yang comel]. And recently, I'm occupied with travelling preparation. Susah jugak nak berpindah rumah tangga ni, fikir kerja lagi tak siap-siap. Hmm.
Gebon nak berpindah negara ni. We'll definitely miss our Lavender. T_____T
Oh now I miss my husband too.
Semoga Allah memberi bantuan kepada kami menghadapi hidup meniti usia dewasa ini. Amin.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:42 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Tuesday, September 11, 2012
Update
Assalamualaikum missy missy. And madams too.
After having a new haircut today, I feel like crying. Tapi kata suami, isterinya tampak lebih muda menawan. [Fact: dia cakap muda saja, menawan takda cakap pun, I hiperbola]
Er, that's all for now. At least I'm updating you about the haircut.
Akibat faktor-faktor lain, memang blog dianaktirikan. Entah kenapa, but I admit I miss blogging.
Kini taktau nak merepek apa.
Semoga saya menjadi wanita berkaliber dan berwawasan.
winik wink ~.^
Posted by idatazira at 6:50 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Thursday, August 30, 2012
Selamat hari raya
Assalamualaikum.
Selamat hari raya. Ucapan berciri lambat laun. Terimalah seadanya.
Orang-orang beriman [;p] berhari raya secara sibuk. Malaysia tour telah berjalan lancar. Beraya ke Terengganu-Kelantan-Kedah-Perak merentasi ranjau onak duri [lah sangat] melalui lebuhraya yang wujud di Malaysia. Jakun tak boleh cakap, sebab bila lalu West-East highway ternampak signboard 'Awas Gajah Melintas'. Kenangan dicuit makhluk halus pun tak boleh lupa. Ambil iktibar lain kali kalau suami memandu takyah tidur.
Sangat lama tak blogging sebab I have nothing to share [lah sangat]. I takda mood. Semua takda lah katakan.
Beraya bersama suami ibarat dating seharian. Bermusafir di hari raya. Sana sini semua singgah. Yang best sebab first raya di rumahku syurgaku. Hihi.
Beraya di rumah sendiri pula sungguh thrill. Terima kasih kawan-kawan yang datang. Dapat juga peluang menyelami kepenatan emak kalau kawan-kawan datang beraya. Womanhood mengajar erti raya sebenar. Dapat suami yang socially-active juga akan lebih mendewasakan.
Ini semua simptom penuaan. Blogging dirasakan sungguh bosan. Huahua. Atau ia disumbangkan oleh faktor lain? We'll see. Later mungkin boleh share bila saya berminat untuk share. Penonton blog di luar sana yang terpilih mungkin sedang beranggapan saya membuat statement poyo di sini. Tengoklah bila boleh tamatkan spekulasi. Bila ada mood.
Ok. Bye. :p
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 8:18 PM 1 comments
Labels: pragmatic
Friday, August 10, 2012
20th Ramadhan
Hai! We overslept today and woke up at 6.56 am. Worse, we missed sahur. For the first time ever (for me) within berapa years tak berapa tahu [kes bongkak].
I slept late last night sebab kononnya nak tunggu suami balik sebab nak makan cekodok. However, I gave up and went to sleeeeeeeeeeeeeeeeeep sampailah malam tadi nak pergi wee wee around 3.30 am. Oh, husband pulang pun telah disedari, and he joined me for the tour to the toilet. Tapi lepas tu tak sedarkan diri. Congratulations to us!
Actually yesterday, kami buka puasa dengan smkApians dekat Restoran Wadi Ar-Raudhah Seremban di area Rahang. Dengan buffet MYR 27, bolehlah, makanan banyak, ranging from nasi lauk, roti john, bom, fruits, lamb chop, fried noodles, yong tau foo, ice cream aaaa itu saja kot. Entahlah, saya makan sikit je semalam ok.
Pelanggan sangat ramai, sampaikan saya nak pergi ambil makanan telah berasa malas sekali. Tapi the taste was good lah. Sila rujuk gambarajah di bawah, dari facebook dia pun. Hewhew.
Posted by idatazira at 10:51 AM 2 comments
Labels: pragmatic
Wednesday, July 25, 2012
Title:...
Assalamualaikum.
1. First Ramadhan as a wife, first Syawal as a wife. - Cliche.
2. Masak sahur dan juadah berbuka untuk suami. - Cliche, again.
Kerek tau sekarang. Hehhe. Anyways, I assume all of you [the wives] did very well to the hubbies. Same goes to my hubby. Looks like his second chin will grow tremendously, all thanks to Ramadhan dishes, especially those which were cooked W.L.* :p
I consider that I still have half the portion of chin and neck compared to the husband's, but the jelly belly. Er. Taknak cakaplah.
Oh ye. Semalam saya telah memasak juadah berbuka for the in law family. As simple as ayam masak merah dengan kobis lemak, requested by the husband. Saya harap, saya boleh jadi menantu fevret. Hahahahahahahahaha
![]() |
| Letak caption sendiri* |
Eh update blog macam hilang ingatan terhadap kerja sebagai RA yang ada. Meeting minutes, data entry, and the best part is preparing document for ethics. Kan mommy dah dapat geran juta-juta. Sekarang research project semua main millionss. Tapi apakan daya, I have decided. Mommy jangan bersedih ye. I love you apa pun. Hehe.
Sekian. I know Mommy won't read this.
*W.L. - With LOVE
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 12:04 PM 2 comments
Labels: pragmatic
Saturday, July 21, 2012
Ramadhan. 1st
Assalamualaikum.
Welcome Ramadhan. Kali ini Ramadhan bersuami. Huh. Bukan main eksyen Ramadhan ada suami. Hihi.
Sampai sekarang ni belum ada anything yang thrill. Sahur pagi tadi takyah masak [horeeeeii horeiii!!!!] kerana bapa mertua dah bekalkan rendang ayam. Cute, no? Hihi. Sungguh rare bapa mertua ku. Oleh itu, pagi tadi boleh bangun sahur dengan senang lenang. Hihihihi.
Buka puasa pula dengan keluarga saya. :D
Nothing new to experience yet.
Kalau ada something new, bolehlah sharing dengan anda semua.
Sakit pinggang ni Kbye.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 10:10 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Saturday, June 30, 2012
Friday 29th diary.
Assalamualaikum.
Hi!.
Banyak cerita. Tapi pendek cerita, pagi tadi telah menikmati husband's delivery. Meaning: HUSBAND HANTARKAN SAYA KE FAKULTI. First time ever indulging that feeling, and it was good!. However the starting was a little bit gloom (haha) sebab husband sangat mengantuk pagi tadi. Biasalah malam semalam kan malam Jumaat [?!!]. Er no way, husband sibuk sekarang, banyak assignment. Makanya kami pun PJJ malam tadi sebab isteri kerek ini is negative photothropic when she is sleeping. So, the lovely husband pun terpaksa buat kerja sekolah dekat dining table sampai pukul 5 pagi. Hihi.
It's now midnight and I'm not sleepy yet. We had dinner at Dunkin Donuts on the way back. Balik-balik DD.
Padahal nak makan BK. Pastu sebab massive traffic jam, we had to settle our stomach with DD. Er husband dah pengsan sejak tadi sebab penat. You know, minor beta thalassemic kan beliau tu. Heee.
Anyways, just for my record [in case I miss my past in future], currently this is my chrome:
![]() |
| "Cats know various things" |
We'll be having birthdays celebration tomorrow at Papa's home stay. Jointly our celebration for finishing studies :D Nyam nyam. Can't wait! Sudah pun berniat akan makan banyak. Lagipun Emak dengan Ayah will be joining the crowd. Pastu malam esok will be the first time to have a good night sleep with hubby there. And maybe we'll have a picnic at the nearby river on Sunday.
![]() |
| My henna is almost finish! Tsk tsk |
Posted by idatazira at 1:40 AM 0 comments
Labels: pragmatic
Sunday, June 3, 2012
Saya Raksasa Comel
Err atromen pengsan tak sedar-sedar lagi, raksasa akan menyerang. Hihi
Good Luck for your very final examination My Atromen. Awaklah lelaki supersaiya!! Love you muchomucho!
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 7:06 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Wednesday, February 1, 2012
Early February.
Hari ini cuti. Tapi saya rajin buat kerja sekolah dekat fakulti. Dah kata, simptom penuaan....
Banyak perkara nak buat dalam bulan Februari. Pilot study untuk PhD project pun dah berjalan semalam, sekarang dah ada enam subjek. Bila buat early post mortem dengan mommy semalam, tak sengaja terbanyak cakap. Tak sedar cakap penuh semangat. Tak perasan mommy was staring inside me. Tahu-tahu, dah habis cakap, mommy cakap saya boleh ganti dia. Macam ni mommy cakap "Ida, you dah boleh ganti I sekarang. Good!"
Ha. Semua gara-gara tak sengaja. Saya tak pernah bersuara macam semalam kot. Tapi saya perasan, saya belajar bersuara macam tu bila saya start involve dalam tuition. Dah cakap dah, sekarang simptom penuaan makin menjadi-jadi.
I have lots of things to deal with. Tesis, kena submit early March. Data collection dah mula, ongoing sampai forever and ever sampai dapat tangkap semua subjek yang beratus orang tu. Mommy always aim high. 400 yang ada tak cukup katanya. Nak distribute wedding invitation. Nak settlekan poodle project. Nak study Bio and Chem tetiap minggu. Wedding kawan bersusun-susun.
Hidup sangat berubah sejak masuk 2012.
Kejap lagi nak pergi Jakel. Sejak bakal mertua kawan dengan anak tauke Jakel tu, makin rajin pulak pergi kedai kain tu.
Semoga saya sentiasa comel mengharungi hari-hari sehingga tua. Takyah dilema sana-sini. UiTM tu agaknya boleh burn. Lagi pun Puncak Alam jauh. Dilema jadi student tak bekerjaya dah malas nak fikir. Selama ni pun duit cukup, boleh buat belanja kawin lagi walaupun tak mewah mana. Selagi perkara yang saya buat menyenangkan hati emak dan ayah, uncle and auntie, dan juga bakal suami, saya sangat percaya yang Allah takkan susahkan hidup saya. InsyaAllah.
Sekian. Aim High. Be optimistic. Serlahkan dirimu. Weeehoo!
Lagi 9 hari birthday the fiance. Tapi memang taknak bagi hadiah. Save otak nak fikir. :p
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:06 AM 0 comments
Labels: pragmatic
Friday, January 27, 2012
January Update
Malas nak countdown. Memang masa sedang pantas berlalu, so takyah sibuk countdown. Tahu-tahu je nanti bangun tidur pastu dah sampai hari nikah. Hehe.
Sebagai blogger, saya pun update lah blog ini. Sungguh pun sekarang malas. Tapi saya tak berapa ada masa nak lagho lagho ni dah tahu. Saya semakin mengalami simptom-simptom penuaan. Dekat blog pun taktahu nak buat berita apa dah. Kalau tulis banyak pun pointless.
Kalau nak tahu, kad kahwin belum siap. Borang nikah pun belum. Baju nikah dah siap. Baju resepsi satu belum fitting. Lagi satu baru je tempah. Baju lelaki kesayangan pun baru tempah. Maklumlah, kami individu bersaiz mini. Lagi pun, lelaki kesayangan tu kan memang suka pakai baju sendat-sendat.
Banyak lagi tak selesai. Tak berapa sempat nak fikir itu ini tak siap. Sebabnya, TESIS BELUM SIAP. KALAU TAK SIAP SEBELUM KAHWIN, tak best lah. Sebab, perancangan nak submit tesis awal bulan Mac ni, lepas tu nak cuti sebulan. Data collection untuk PhD tu kita buat-buat lupa je lah dulu. Hihi.
Setakat ini, saya sungguh poyo dan berharap menjadi pelajar, cikgu dan anak yang cemerlang. Tugas sebagai tunang yang cemerlang macam emm. Macam taktahu lah yang itu nak ukur cemana sebab ada beberapa permintaan lelaki kesayangan yang belum tertunai. :p Sorry ye sayang.
Sekian. Selamat berusaha mencipta masa depan. Dah lama tak horei horei bila hari Jumaat datang. Sekarang semak sikit hari Jumaat sebab nak kena study Chemistry and Biology. Uwaa T_____T
HAPPY BIRHTDAY AYAH and Jamila :D
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 1:20 PM 0 comments
Labels: pragmatic
Thursday, January 19, 2012
The thoughts.
Lagi ~2 bulan nak kahwin dan saya masih lagi berasa blur nak kahwin. Yang penting ialah rasa nak masak-masak lepas kahwin. Cita-cita tinggi nak masak untuk ibu bapa dan keluarga. Taktau lah boleh masuk kategori poyo ke apa. Dan taktau kenapa saya nak relate kahwin dengan memasak.
Preparation kahwin melompat ke sana-sini. Lepas jumpa Kak Mawar konon nak fitting Sabtu lepas membawa ke jalan buntu. Buntu ye buntu. Haha. Apakah nasib. Adakah sempat daku dan pasangan menjalankan plan B. Masa terus berlari meninggalkanku. Terfikir juga, berapa banyak kaki yang masa ada. Huh.
Kenapa entah malas sangat nak fikir pasal kahwin. Dilema dewasa awal yang dialami ini membuatkan saya nak kahwin cecepat pastu takyah fikir banyak lagi. Yang penting boleh memasak untuk suami. See see. Apa kaitan pun taktau, tapi itulah perasaan di lubuk hati sekarang.
Maka lepas ni kalau nak sambung study lagi kena fikir 25 ribu kali nak duduk kat mana. Uncle aka bakal bapa mertua tu dah pesan supaya jangan tinggal asing-asing. Oleh yang demikian, saya tengah rationalize ni nak duduk kat mana yang boleh memasak-masak tetiap hari untuk pasangan hidup dunia akhirat itu. Errk. Lagi?
Baik saya berhenti dan lupakan blog ini buat sementara waktu, sebab cita-cita saya nak hantar tesis dan cita-cita mommy nak saya publish intervention paper saya ni kat journal quartile 1 harus dilaksanakan. Bye!. Saya nak jadi rakyat Malaysia yang berdaya saing.
wink ~.
Posted by idatazira at 9:55 AM 0 comments
Labels: pragmatic























