The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

First Anniversary

Assalamualaikum.

I am blessed,

to be a wife to Muhammad Izzat Hishamuddin,

Alhamdulillah.


Happy first anniversary, Sayang. Susah senang sama-sama.. This I Promise You.

Walaupun tadi dah dedicate lagu Nsync dalam kereta Fendi on 17th March Msian time [we went to Birmingham yesterday], drama pun, drama lah bukan. Yang penting memang I promise you. Hihi.

Syukur, jodoh yang baik ditemukan. Terima kasih, Tuhan.

LoveUMore

wink wink ~.^

Monday, November 5, 2012

Wedding: Behind the scene part ?? XD

Assalamualaikum.

Ya, kahwin dah nak masuk lapan bulan, tapi entri kahwin masih belum menemui penamat. Heheh.

Here goes some behind-the-scene pics for the groom reception on the 24th March. 

 Make up session yang.. err sangat dinikmati..
By kak Mawar

 Tempahan baju pengantin sebab pengantin bersaiz mini.
Groom attire by Uncle Willi, mine by Kak Maz. Kak Maz ni taktaulah online contact macam mana, kedai dia pun saya taktau kat mana. Mama yang call pastu Kak Maz datang ke rumah everytime, nak fitting lah, semualah. Request extra beading pun dia buat dalam masa 1 day je.
Kain-kain dari Jakel and Gulati's.
Boleh pergi membeli belah sambil berkenalan dengan tauke kedai. Good for health!! :p
Kasut beli jelah, takda masa nak tempah bagai. Asalkan rajin pergi jalan kat Sogo and Sunway Pyramid. Mesti jumpa!

 Ini memang bts pic. Tengok. Bilik pengantin semak. Boleh contohi kalau berminat. 
Tak susah pun nak buat semak.

Ok. Bestnya kahwin.

Sekian. 

wink wink ~.^


Sunday, May 27, 2012

Nikah: Behind the scene



Sisters made in heaven. Fulamak.

Sampai tahun depan pun agaknya saya akan post gambar kahwin, sebab kahwin adalah best, pastu dah takleh kahwin lagi, insyaAllah. Pengalaman berkahwin adalah seronok sebab sebelum kahwin kejap-kejap nangis emo sebab kena marah. Pastu kejap-kejap gaduh dengan bakal suami. Hihi. Semua tu akan jadi sweet memories, eternally.


Make up by Kak Mawar. Kak Mawar ni ada banyak bisnes. Sambil make up, dia pun review bisnes dia. Hihi. Basically, akak ni MUA, kedai kat Rembau and Seremban.


Kaki dan kasut. Kaki diconteng oleh Naima budak form 5 sekolah kat STJ. Budak tu busuk. Upah sepuluh hinggit je [itu pun ihsan]. Haha. Kasut dipilih oleh suami. Diusha di Primavera JJS2, tapi dibeli di Primavera The Curve selepas balik dari wedding kawan dan makan meatball dekat IKEA.


Baju. Kain dibeli di Arab Street, Singapore sebab mengisi masa lapang dan boring duduk kat Singapore sorang-sorang. Dijahit oleh Kak Nurul, Taman Paroi Jaya. Baju kurung moden dengan kain six panel je. Kak Nurul ni favourite tailor the SMKAP sisters (Hajar, Khai, Wanik). Nak contact, bolehlah email saya.


Bersiap ni macam tak sabar-sabar. Dahlah siap awal. Walaupun mula-mula macam rasa bulat sangat muka pakai shawl tu. Oh ya. Veil tu beli veil chiffon dah siap dekat Jakel, pastu patch je dengan lebihan bunga sulam baju. Sambil jahit sambil skype dengan Udeq! Masa tu senang hati sebab baru je submit tesis. Hihi. Shawl beli kat Semua House tingkat atas. Accompanied by Diana. Dah kahwin dah pun makcik tu.


Masih Cik Saida Munira masa ni.


Photos by Irwansyah Adam.

Ok ini dulu. Husband sibuk study, esok dia ada presentation. Tapi isteri tak mandi-mandi sebab sakit perut. Duduk atas katil ni memang menseronokkan. Dahlah tengah buat cuti sendiri sebab nak prepare untuk viva MSc lagi dua minggu. Wish me luck eh.

Wishing my husband the very best of luck. Study molek deh shayang. Nanti saya bagi awak hadiah rahsia. Hihi. Love you.

Alhamdulillah.

wink wink ~.^

Tuesday, May 8, 2012

Outdoor: Nikah

Assalamualaikum people.

Alhamdulillah rezeki melimpah.

Pagi tadi bangun awal sebab ada blood sampling dekat Sri Petaling at 7.30 am. Yang bijak matematik tu faham lah pukul berapa agak-agak saya gerak dari Senawang bukan. So EARLY in the morning!. Though, my morning was so sweet. Sebelum saya keluar bilik husband tak gosok gigi lagi, tapi dia ada simpan Twiggies dalam bilik, lepas tu bagi bekal Twiggies, terus masukkan dalam handbag isteri. Bukankah perbuatan macam tu sungguh manis. T____T Sambil bagi duit belanja. Serius nak menangis di waktu pagi yang hening [tapi berjaya control!]. Kenapa lelaki tu macam comel sangat ni. Pagi-pagi dah touched. Pastu kan kan kan makan Twiggies dalam kereta pun menangis. [Wuwuwuwu siapalah tu. :p]

Outdoor photoshoot, sempena hari pernikahan on Sweeeeeet 17. Letak sikit je lah. Check it out. 


 Freshly married! Kehkehkeh. 

 

Pengapit-pengapit. Love love love. 

I love my husband. Too much. Sekian.


wink wink ~.^

Wednesday, May 2, 2012

Outdoor: Sanding

Nah tengoklah. Letak sikit je sebab broadband husband ni dah pening-pening. Lagi pun kejap lagi dah nak turun bawah sambut suami balik. Hihi. 

Photos by Irwansyah Adam
Make up by Chantek Teemor

Marvelous team work. Make up pun dekat site tau, berbaloi-baloi!! Boleh contact je MUA tu dan bagitau nak shoot kat mana, nanti dia datang bawak sebeban make up dia pastu make up di tempat kejadian je. Tak mahal pun. Cer contact. Hihi.

Gila penat shooting ni, macam nak pengsan kena jemur. Tapi enjoy! 








  



Tagline baru- Kahwin: Best moment


Hihihi. Selamat berkahwin kepada Jajan and Diana!! Bestnya nak kahwin!! I dah sudah, takleh kahwin lagi dah. 


wink wink ~.^

Friday, April 13, 2012

Songket Day

Hai hai.

Sebab dah ada orang ramai bertanya gambar, especially on 18th, saya pun ambik gambar kat fb Kak KT. Kak KT ni kerek sikit, dia tak bagi orang tag kat gambar dia ni dekat fb :p. Wuhu.

Ita and Wani :D
Itu dia Kak KT Ibrahim di sebelah kiri gambar

Pokcik menari piring, Munir siap pesan baca doa pelindung takut ada hantu.:p

He was my best friend and now we're soulmates :D

Thank you Jannah and Sabqi our bridesmaid and bestman :D

Official punya gambar belum dapat.

Sekian.

wink wink ~.^

Tuesday, April 3, 2012

While waiting for my husband to come home.

Assalamualaikum.

Hidup saya telah berubah secara banyak sejak mempunyai suami. Paling penting, walaupun mula-mula rasa tension sikit sebab suami saya neat-freak, tetapi saya berasa bahagia. Biasalah tu ayat orang baru kawin kan kan kan. :p

Saya dah mula kerja balik tapi masih dalam fasa observation sama ada nak check out dari Plaza RAH forever atau tak. Yang pasti, berulang dari Lavender ke KL sungguh memakan banyak duit aku ibarat menabur duit di highway. Tapi bila fikir, kerja setakat half day sebab sekarang tengah buat fieldwork, pastu takkan nak menempel dekat KL dan meninggalkan suami yang sangat disayangi kat Seremban. Macam keputusan yang sungguh silap kalau buat camtu, sebabnya macam last week, baru berapa jam suami pergi kelas dah rasa tertekan sebab rindu. Bila saya pergi kerja pula tak sampai separuh jalan dah nak menangis rindu kat suami. Ape citeeeee nak duduk kolej kalau ada penyakit rindu tak sudah camni.

Hem. Walau apa pun, sebenarnya sekarang malas sikit nak memblog sebab asyik mengantuk. Tadi pun otw balik Seremban dari KL singgah RnR Nilai sebab nak tidur 30 minit. Rasa hectic betul hidup.

Er nak berkongsi fakta sikit. Sepanjang kahwin, saya belum memasak lagi untuk suami. Ayam masak merah dengan kobis lemak pun tak terbuat lagi sebab busy memanjang disulam mengantuk. Hidup sangat berubah. Semalam balik dari fakulti singgah rumah Mama, terus lunch. Papa masak sedap tak hengat. Pagi tadi pakai khakis lalu berasa tertekan sebab ketat gila dah seluar. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Cekidout gambar daripada Safwan adik iparku. Oh ya, saya dah berminggu tak switch on laptop sendiri sejak guna PC suami. Hihi.

Muka ketat

See, tangan Ayah yang putih tu :p


Ni sebab kena akad lagi sekali. Huahua.

Jajan the pengkepit love love.

The ring slipped into my finger. :D
p/s: Saya dah cuba sedaya upaya buat muka baik. Sekian.
.
.
.

And now I am a wife.

Alhamdulillah.

Oyya. Harini suami saya exam. Comel kan. Hehs. Till then.

wink wink ~.^

Monday, March 26, 2012

It's Monday!

Hai. Suami saya pergi kelas. Harini suami saya ada exam. Malam tadi saya temankan suami saya study. Maka saya berasa sungguh comel. Suami saya memang comel dan wajar disayangi banyak-banyak. Sebab dia study kejap je pastu ajak tidur. Kehkehkeh.

Baiklah. Sekadar memenuhi ruang belog ni. Nanti ada orang cakap saya sombong lepas kahwin pula. Gambar belum dapat nak kutip daripada saudara-mara dan rakan-rakan.

Oleh itu, saya cilok gambar Along ni letak kat sini.

Di rumah tangga Lavender on 24th March sebelum pergi rumah mentua. Saya rasa saya sungguh comel. Bhahaha.

Selepas kahwin, suami saya asyik cakap saya bertambah comel, sebab tu saya makin suka cakap saya memang comel. Yihuu. :p

Sekian. Thank God suami saya ada PC yang best ni dalam bilik beserta broadband yang pantas. Okla, saya terpaksa keluar dan menjadi menantu yang baik. Tengahari nanti lepas husband balik kelas, kami nak balik rumah Mak Ayah sebab saya homesick. Terima kasih dekat suami yang comel. Babai.

Wink wink ~.^

Monday, March 19, 2012

Sweet 17

Alhamdulillah. :D

My family grows. Welcome my beloved husband to the family.

My new family.

Alhamdulillah.

winkwinkwink~.^

Saturday, March 17, 2012

In The Corner.

Hai. Saya dah nak kahwin. Perasaan macam biasa ja walaupun dah pakai inai [tipu].

Lepas kahwin boleh makan banyak-banyak lagi. Bestnya.

Sekian. Selamat berkahwin saidamunira. Pasni takleh lompat-lompat sana sini. Hihuu :D

Okbye.

wink wink ~.^

Monday, March 12, 2012

Five days to go

Tadi jalan-jalan dengan bakal suami kat Giant sambil makan betik dengan nanas.

:D

Er konon-konon macam snacking sihat macam tu. Haha.

Ok. Nak lipat baju diikuti tidur dengan tenang. Sebenarnya tension sebab jerawat tetiba muncul. Expected. Memang rutin bulanan. Cis.

Tapi tak apalah. Yang penting penat-penat stress-stress rasa nak mengamuk macam mana pun, saya tetap rasa seronok sangat bila Muhammad Izzat di sisi. Phewwwwit. :")

Hihu. Okbye.

wink wink ~.^

Tuesday, March 6, 2012

A gift

Harini posmen datang tapi diendahkan. Tak seeksaited tunggu offer letter TPM UiTM. Huh.

Hari berubah. Ingatkan dapat kad jemputan kahwin. Rupanya dapat kad ucapan kahwin dari US. Wuwu tacing T_____T

Terima kasih Udeq, thoughtful of you. Wuwuwu terharu lagi sampai sekarang. Tetiba tak sabar nak makan-makan kat WangsaWalk dengan anda.

Thank you again. :-* Semoga anda berjaya, berbahagia dan mendapat jodoh yang baik kelak. Mishu.
Cepat balik. Nanti I mintak cuti dekat husband semata-mata nak pergi jogging dekat Tasik Titiwangsa, makan dekat Little Wok and pergi Sogo. Looking forward secara kurang sabar.

Rindu anda x 5 juta.

wink wink ~.^

Monday, March 5, 2012

PreWedding. Err.

Assalamualaikum.

Mood untuk berkahwin telah datang secara tidak semena-mena. Oleh itu, semalam telah photoshoot praperkahwinan. We regard the session as an exercise. Berlatih senyum. Belatih buat aksi. :p

Ternyata. Penat amik gambar. Itu pun tak sampai 2 jam. Thank you kepada our 2nd photographer. Ini sebenarnya hadiah perkahwinan daripada Kaklong Ina & Abang Zaidi & Zhariff. Sobs. Terharu tau. :')

Walaupun kami tak rancang langsung nak pakai baju apa, tetiba kami mendapati bahawa ada kimia di situ. Huahua. Seriussssss tudung tu je yang ada dengan satu tudung jogging sebab tengah nomad dekat Lavender. Hee. Seluar tu pun memang tu je yang ada. Baju ada baju lain, tapi rasa macam panas kalau pakai cardigan atau inner. So itu je baju 1 piece yang ada dalam kereta. So terpaksalah pakai itu aje.

Letak dua gambar je, sebab kami memang pemalu. Nanti bila pemurah, saya upload lagi.


Overall, hari ni hari yang berjaya. Sebab dah dapat kira sample size [taktaulah betul ke tidak], dah berjaya jahit bunga sulam veil nikah. Lepas ni nak basuh baju dan kemas bilik. Sekarang jadi tension sebab malam-malam asyik mimpi hari perkahwinan. Malam tadi mimpi dah nak nikah, tapi inai tak kering lagi. Mentakutkan bukan?.

Oklabye.

wink wink ~.^

Tuesday, February 7, 2012

Counting down

Mara ke depan dengan penuh semangat. Fact is, perut yang mara ke depan. Cemana ni?

Lepas fitting semalam, macam risau sebab Melur [Adik Kak Mawar aka Kakak Andam] telah berniat untuk mengecikkan baju sanding gue. Tengok dekat cermin terus berasa walaweh Saidamunira kurus!. Tetapi sekarang baru terfikir, recently nafsu makan semakin membiak. Tak pasal nanti ada orang bersanding lepas tu terpengsan sebab baju ketat. Hemm.

Keperluan untuk menguruskan perut telah menjadi kenyataan. Tapi malas nak layan. The fiance mendakwa saya telah gemuk. Hari tu Nikmah the tutor pun telah membuat dakwaan sama. WTHey!. Saya perlu hadiahkan diri saya dengan semangat untuk menjadi kurus.

Tadi telah menteman emak membeli-belah kain. Kain lagi. Kainkainkain. Tak habis-habis. Ingatkan nak bertemakan warna-warni kehidupan masa bertandang. Tetapi emak comel saya telah dikurniakan semangat membeli kain, lantas beliau membeli kain dan mengisytihar purple sebagai warna rasmi bertandang.

Lepas balik dari beli kain dan hantar kat tailor tu, Uncle call. Masih lagi pasal kain. Memang lepas ni boleh jadi BFF dengan Kak Shanaz tauke Jakel Jalan Masjid India tu. Oleh itu, hari Khamis akan bertemu janji dengan Kak Shanaz. Again.

Tak sabar nak kahwin sebab saya malas nak memandu ke Seremban hari ni. Kalau dah kahwin bukankah kena balik kampung bersama-sama lepas tu balik Seremban pun sama-sama. Ini kena memandu, dahlah hujan.

Sekian dulu. Saya rasa saya memang tak sabar nak kahwin. Boleh tidur nyenyak dalam kereta.

Bye. Ngantuk tapi kena singgah Seremban before balik KL. Uncle ajak dinner sama.

wingantuk

Sunday, February 5, 2012

Sikit-sikit. Bukit-bukit.

Assalamualaikum.

Begitu bersemangat dari pagi tadi membuat itu ini lantas melupakan sarapan pagi. Sejak kad kahwin dipasarkan ni, terus berasa serius dengan perkahwinan.

Semalam wedding Alang. Jadi habit dah agaknya, lepas pergi wedding kami pergi makan A&W dekat lake garden. Makin gemuk lepas ni. Selepas kekenyangan, the fiance pergi menghantar kain kepada Uncle William, the tailor. Lagi sebulan lebih nak kahwin baru hantar kain. Wuhu.

Semalam Kak Maz the tailor telah datang. Masih perkara yang sama, kain baju resepsi dekat Seremban pun baru bagi dekat Kak Maz. Hihu.

Esok nak pergi fitting. Plan je, tapi macam malas nak pergi pun adO. Kalau macam tak kena dekat hati, rasa nak pi tempah jugak baju. Selagi sempat. Kak Nurul the tailor still available. Takyah risau kot.

Poodle project masih otw, entah bila boleh siap. Esok emak dan ayah nak pergi JB, start dah menjemput saudara mara dan juga besan beliau. Tetapi saya takmau pergi sebab nak meneruskan persediaan perkahwinan.

Semua preparation tak adanya nak sikit-sikit lama-lama membukit. Kami memang sikit-sikit dan hasil sikit-sikit sudah. Yang penting nikah. Nanti boleh masak-masak dan makan-makan. Lepas tu boleh ajak orang lain datang makan-makan dekat rumah kami.

Bukan senang nak kahwin. Oleh itu, hargailah sebuah perkahwinan.

Sekian.

Penat. Tapi seronok.

wink wink ~.^

Monday, August 15, 2011

Blues

Assalamualaikum.

Bukankah dah bagitahu Sabtu lepas pergi berbuka puasa secara berkeluarga di rumah bakal mertua? Hehe. Seronok dan berkhasiat. Berkhasiat bermaksud sihat, ikut kamus saya. Pertemuan yang berkhasiat tersebut makin mengeratkan keluarga kami dengan bakal keluarga, insyaAllah.

Of the wedding. Tarikh takleh bagitahu lagi lah. Bukan takmahu memudahkan urusan percutian kawan-kawan ye. Bukan. Hehe. Nanti saidamunira bagitahu personally. Okeh babeh?

Sekarang memang kena buat gerak gempur persediaan perkahwinan. Sebab masa semakin suntuk. Emm. To date, invested here and there. Tapi lepas tu nak kena discuss sikit dengan ibu bapa. Terutamanya ibu bapa beliau sebab ibu bapa saidamunira jarang membabitkan diri dalam hal remeh temeh seperti persiapan untuk bakal pengantin. They mastered in kenduri preparation etc. Hantaran ke baju ke pelamin ke hape ke mak gua mana layan beb. Hee.

Yang penting ialah kerjasama. Betul kata Wonderpets.

Em. Tetiba rasa macam nak berhenti secara mengejut.


Ok. Nak sambung buat kerja sekolah. Tak baik lagha bulan Ramadhan tau.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.