durian?
tak heran ah. tak geng langsung dengan durian. orang putih kata "durian smells like toilet". oh, tak adalah begitu pun. hiperbola tu. tapi bau durian memang tak best. not into my olfactory lah.
ayah cakap saya mengalami kerugian sebab tak dapat rasa nikmat durian. adakah begitu nikmat? bila saya makan tak nikmat pun. poning kepalo ado.
tak mahu lah cerita pasal durian. otak jadi jammed sebab macam terhidu-hidu durian.
* * * * *
bila bercakap pasal musim buah, latar tempat yang paling sesuai ialah AtokHouse.
ok. ini edisi siaran tertunda. Sabtu lepas, saya dan adik-adik [naima dan nabila, munir tak nak join, rugi woo] pergi bermalam di AtokHouse [rumah atok saya punya nama komersial]. sejak berpindah ke rumah sendiri, kami tak pernah lagi bermalam di AtokHouse tersebut. jadi ini dah macam hari tersebut dalam sejarah lah kan.
Maktik and the family tinggal di AtokHouse dengan atok dan makwan. tapi disebabkan Maktik dan kuncu-kuncu beliau mahu balik rumah-atok-shemban-jamila&adib, jadi tak ada siapa yang akan menjaga atok dan makwan.
sangat touching tahu sebab makwan & atok sangat terharu bila kami datang nak tidur sana. sebab tak ada orang lain, jadi kami tidur bergelimpangan depan tv sambil tengok Jangan Lupa Lirik. makwan pun join kami tengok tv dan join tidur dengan kami depan tv. [comel kan?]
sayang ah dekat makwan & atok. weewit.
* * * * *
manggis?
nak manggis nak manggis nak mangis.
huu. boring ah musim buah tak ada geng nak pergi ambik manggis.
* * * * *
sekian dulu. recently otak saya macam tak betul sikit sebab saya sangat messy. sekarang saya rasa saya sangat tak mahu menjadi dewasa. ok. boo lah saya. tak mahu menjadi dewasa adalah keinginan orang-orang yang perasan comel.
bye bye.
wink ~. [half je buleh]
Thursday, June 18, 2009
edisi musim buah
Posted by idatazira at 5:34 PM 3 comments
Labels: precious
Monday, June 15, 2009
lost
hi people.
malam tadi saya makan banyak dengan Encik Cessna [nama baru ni, bukan orang baru]. kami makan baaaanyak banyak sebab kami lapar. tapi sebenarnya tak adalah banyak pun sebab perut kami bukan besar sangat pun lah [em em,, maaf kerana terpaksa menipu anda.]
oh, saya bersama Mikochan [lappy miki] sebab saya tak bawa Spongetop pulang. malas ah nak angkut laptop sana sini, saya kan kurus, nanti makin kurus sebab bawak beban yang berat tersebut. jadi tak payah lah bawak. [eh tipu lagi saya tak kurus pun].
* * * * *
eh ada iklan tadi. berkongsi kisah silam dengan Miki. ttteeeettt.
* * * * *
eh tak payah ah update dengan lebih lanjut sebab tiba-tiba lost sebab masih lagi berkongsi kisah silam dengan Miki. sekian terima kasih.
tapi Miki suruh update lah.
dah update tapi sangat entah apa-apa. haha. em em, mungkin sebab sedang berpuasa ni otak sudah kekurangan glukos.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 6:02 PM 3 comments
Labels: pragmatic
Friday, June 12, 2009
penuh emosi
assalamualaikum.
perasaan adalah gembira berbunga-bunga sebab saya berada di rumah. ces macam lama sangat lah tak jumpa rumah, bukan. padahal kalau duduk rumah asyik buat sepah sana sini dengan komik sincan. yelah, nak sepah apa lagi lah, ada komik sincan saja yang macam berbaloi untuk disepah-sepahkan. [eh eh nanti tuan punya sincan mengamuk pula. tak tak, lepas baca nanti simpan dekat rak balik, baekk!!].
ok, mari menceritakan status sebenar selepas menjadi "was a dietetic student". currently I'm working as a Research Assistant dekat faculty saya jugak. merujuk kepada entri encik afif ni, saya rasa, adalah jugak wawasan hidup walaupun jadi RA. kalau saya tak jadi RA, kamu mahu bagi saya duit riban-riban kah? tak ada kan? jadi, jangan cakap saya loser sebab jadi RA. [saya sendiri cakap tak apa. haha]
err. sekarang sangat saiko lah sejak kawan-kawan one by one menjadi dietitian. bilakah saya akan jadi? entah. emm, saya ada back-up plan. tapi saya masih bercita-cita untuk menjadi dietitian, walaupun jadi dietitian tetap tak dapat beli kereta BMW, saya tetap mahu jadi, sebabnya LETIH KAU AMIK DIET KALAU TAKNAK JADI DIETITIAN DULU APASAL PERGI AMIK KOS DIETETIK, PERGILAH AMIK KOS LANDSCAPING KE APA, BOLEH JADI LANDSCAPE DESIGNER! [tiba-tiba sahaja penuh emosi, tak tahu kenapa lah]
oh. menjadi RA sangat heaven juga, sebab datang dan balik kerja ikut suka hati comel saya. nak datang lambat, nak balik awal pun tak apa sebab tak ada punch card. di tempat kerja cuma ada komputer dan Hasnan. [ya, berdua-duaan saja, jeles? ttteeett, tak tak, ofis kami selang sebelah ok]. luckily ada Hasnan, kalau tak cuma ada komputer dan saya. kesian, kan? balik bilik akan ada Apai dan Jannah Miki. malam akan pergi makan bersama-sama sambil menumpang menonton tv di kedai [sungguh kasihan, eh, kamu tak tahu kan perasaan tak ada tv di tempat tinggal. perasaannya adalah dunia agak kelam, seriously]. lepas tu akan tidur berjemaah bertiga. sangat penuh kasih sayang walaupun dalam keadaan serba kekurangan. maklumlah, sekarang sedang terpaksa merempat eh tak, sangat loser sebab guna perkataan merempat lah. tak tak, bukan. tumpang sementara bilik Apai sementara tunggu dapat apartment dekat Plaza RAH semula. nanti minggu depan akan duduk RAH balik tengoklah, mesti terasa diri sangat bergaya bila dapat berhobikan swimming semula. tengoklah nanti. tak sabar dah ni tak sabar tak sabar.
eh tak sangka malam ni penuh semangat membuat entri penuh emosi lah.
kawan-kawan, saudara mara dan kaum kerabat, doakanlah saya dapat jadi dietitian. wuwuwuwu. [mana tahu nanti kita jumpa, boleh saya belanja makan, nak tak? nak kannn??]
tak mahu nangislah. hidup sekarang pun penuh nikmat. cuma perlu menjadi lebih tabah, gigih dan comel saja. ok, baik!! :D
good night, i love you sebab membaca entri penuh emosi saya.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 11:09 PM 8 comments
Labels: pragmatic
Sunday, June 7, 2009
hati tertinggal
dush dush amek kau dah kena hantar balik KL balik. start dah mahu mengamuk-ngamuk dalam hati sebab hati tak ingin balik KL walaupun KL ni memang sounded lebih bergaya dan lebih UP UP UP lah compared to Kampung Semerbok, 71350 Kota, Negeri Sembilan.
ceh. tak mengapa badan. badan di KL, hati tertinggal di Kampung Semerbok. maka badan terpaksa tabah. so, you have to sleep more often untuk melupakan hati yang tertinggal di rumah. [oh, kasihannya badan.]
xbest ah asyik mengada homesick. jom kita berangan sikit. tadi otw to KL, dekat highway ada beberapa kereta cantik. kereta mewah. tapi kereta idaman tak ada. tapi sungguh pun tak ada kereta BMW idaman, tetap boleh berangan-angan memiliki kereta Honda model apa entah tak tau. pandang orang-orang dalam kereta tersebut bersama anak-anak beliau. so, dengan automatik muka si driver tertukar kepada muka encik tteeettt, muka wanita di sebelahnya ialah saidamunira, beserta baby comel di pangkuan saya. ohh. memang vogue ah walaupun bukan BMW. PEACE!!
eh, dak pukul 11+ pm. ah malas ah nak berangan lebih lanjut. tiba-tiba saiko sebab malam sudah larut.
ok. status tukar mengada balik. - homesick-
bye bye.
Posted by idatazira at 10:54 PM 2 comments
Friday, June 5, 2009
esok bangun pagi, ok
yey.
I'm home.
esok emak ajak pergi pasar pukul 7.30 a.m.
I'll be proud of myself tomorrow atas sebab akan ke pasar bersama emak. ini adalah aktiviti yang sangat touching sekali di saat-saat hujung minggu.
even though saya sangat craving for LONG LONG LONG sleep macam anak dara yang setahun tak jumpa bilik sendiri, saya tak ada sedih lah sebab saya sangat terharu ingin ke pasar bersama emak.
haha.
actually xpernah lagi ke pasar pagi-pagi bersama emak seumur hidup ini. bukankan kasihan?
saya mahu wink dengan seikhlas hati sekarang.
wink wink wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:51 PM 3 comments
Labels: precious
Wednesday, June 3, 2009
nak balik rumah tengok tv
recently blog ini macam kurang kasih sayang, kurang keriangan dan keceriaan. sebabnya adalah tuan punya blog ini tengah gebon xhengat. xsangka hidup yang indah ni jadi macam ni. wuwu.
apakah kelas engkau mahu jadi manusia tapi xada masalah, bukankah?
erk. ok ok. insaflah. masalahnya tidaklah sebanyak mana. tapi sebab saya memang jadi lemah lembik xada kelas bila homesick. I MEAN IT. [ok, boleh pergi kutuk beliau memang mengada]
xmahu lah share masalah dekat blog. nanti pembaca gelakkan saya. lagipun nanti entri berbaur kesedihan dan bila baca balik saya sendiri yang psycho. hoh, xboleh xboleh xboleh.
salah satu benda yang buat jiwa saya xtenang ialah saya xboleh guna lagi nombor lama forever and ever ever ever. ceh. memang gila menyumpah celcom sampai bila-bila. celcom diisytihar sebagai musuh ketat!!. [saya baru tahu kasih sayang saya terhadap simcard lama memang sangat mendalam lah. oh. rasa nak nangis dah. sekali lagi berciri mengada.]
oh. sekarang saya tumpang bilik Apai. Apai sedang buat master, kerja dia main kulit berbentuk butterfly. okeh. mintak maaf sebab sebenarnya butterfly tersebut berciri lucah sebab kajian terhadap kulit dijalankan menggunakan kulit sisa khatan. ttteeeettt. yelah, siapakah yang mahu mendermakan kulit untuk dikaji. kamu mahu?
masih lagi cuba menceriakan diri sendiri. tapi tetap homesick. cepat ah hari Jumaat. nak balik rumah nak balik rumah nak balik rumah.
xnak wink jugak lagi.
bye!
Posted by idatazira at 5:11 PM 5 comments
Monday, June 1, 2009
welcome June
ishk.
sudah bulan Jun.
azam tahun 2009 kira burn ah sebab memang xjalan langsung.
paling xbest, current status is SERABUT.
xmampu ah nak wink.
Posted by idatazira at 11:47 AM 1 comments
Labels: no wink