The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 15, 2009

convocation: wuiyo cepat betol update. ;p

taknak kalah. balik-balik terus update blog. bukan excited dan sebagainya. cuma rasa macam kalau tak update malam ini, akan terus tangguh dan perasaan ada macam kerja tak siap. [see, sangat dedicated dengan blog. heh.]

malam sebelum kejadian. tradisi lah kan semua pun kena pakai jubah jugak. ini Jamila, sepupu chom saya. Jamila yang dah besar. Adib taknak amik gambar, isk, tak sporting ah Adib.

pada hari kejadian. ini muka taksiap, pergi rumah Adam chom dulu.

macam biasa. harap faham. Adam excited orang datang rumah beliau. heh heh.

* * * *

okay, lalu dengan gebon pukul 12.40 baru bergerak ke UKM Bangi. oh, macam biasalah, belum sampai dah gebon. bila dah sampai, pakai kasut ketak-ketak, [
watak paaaaaaling penting sempena konvo], jalan dari car park, lintas jalan, sampai depan gate UKM, okay. saidamunira surrender. langsung tak ada keyakinan dengan kasut tersebut. lalu terus pakai kasut kesayangan waterbird lavender pearl chomchom. [seriousssss kasut tersebut patut mendapat kasih sayang lebih tahu?]

emm convo yang sangat gebon, tapi macam entah apa-apa lah bukan. kerana macam sangat tidak vogue langsung [
according to pengomelan ibu bapa saya yang mendakwa convo ini langsung tak best compared to along's convocation dulu]. kenapakah sambil mengambil scroll orkestra boleh main lagu madu tiga, bukan gamelan atau cak lempong yang sangat beristiadat yang boleh buat saya rasa terharu berjurai air mata ke apa atas kejayaan dapat ijazah. ceh over. eh, sorry sorry, telah membebel. okay, stop dah. pergi tengok gambarlah.

oh tahu kan? ini adalah ibu bapa tunggak kejayaan.

ini keluarga yang ada pada hari kejadian. shot by ahli keluarga yang turut serta, abang It.

saddiq & fafa, cikeni & cikme, daiki & miki, dan errrr.......
[
anda boleh fill in the blank :D]
okay, boleh focus, siapa yang tak ada sejambak bunga di tangan?
keh keh, budak itu memang extraordinary.
[
encik cessna kata bunga macam do not suit me, makan lebih sesuai. ;p]

focus focus, sekali lagi jadi watak gebon sampai Miki kena menghulurkan kasih sayang. see.

sesi baling-baling gebon yang tak berapa jadi.
takyah kesian lah, kami dah cuba sedaya upaya. uh.

ex-classmate 5 Ibnu Sina dekat smkAp
saya, eni & ita

oh kepada kawan-kawan diet, kenapakah anda semua balik awal sangat lah? haish. telah terpisah dengan mereka semua sebaik sahaja keluar dari DECTAR. gambar bersama mereka tak ada pulak. makin berasa kasihan dengan diri sendiri. gambar dengan kawan-kawan diet semua tak ada sebab masa tu camera dekat ayah. [wuwuwu sangat rasa rugi lah]

watak gebon di sana-sini.
weeee sangat thank you sebab men-celebrate secara makan-makan.
saya sangat suuuuka. :D

dah balik pergi rumah Adam dulu.
Adam pun kena pakai jubah Makyang chom.

* * * * *

sesi acknowledgement.

make-up by along.
di samping itu, kakak mithali tersebut bagi saya sebijik cheese cake juga.
THANK YOU lah semua.
heheh.

sudah grad bukan bermakna dah boleh kawen, ok.

tak larat dah nak upload gambar. sekian dululah.

wink wink ~.^

kasut

em, kasut dah ada, cap hidung. beli semalam.


uh uh, pengkasutan memang menyukarkan kalau kaki sebelah size 4, kaki sebelah lagi size 5.

seriousssssssssssssss sangat sukar dan rumit, serious tak tipu seriousss.

kasut, tolong behave hari ini. jangan tercabut sembarangan pulak, okeh. I love you kasut, jangan khianati saya.

wink wink ~.^

Thursday, August 13, 2009

tahukah kamu?

oh tahukah kamu saya akan konvo pada hari sabtu ini?
tak tahu? maka sudah tahulah sekarang.

tahukah kamu lagi bahawasanya saya tak ada kasut konvo?
oh, dah tahu? oh, sorry, pengulangan memang membosankan. mari belikan saya kasut cantik sepasang lah, tolong.

lagi nak bagitahu jugalah supaya kamu tahu.
tahukah kamu button tempat snap camera hijau kesayangan sudah tercabut?
haa.
maka telah berasa loser sebab kamera sangat penting sempena convocation lah tahu.
telah berfikir-fikir, di manakah kan kucari ganti kamera. [kamera hempon takyah lah masuk list kamera terhebat. penat ah amik gambar nanti.]
sebab duit sendiri sangat disayangi untuk membeli sebiji digicam yang baru.
tambahan pula telah melupakan hasrat untuk buat muka kesian dekat ayah untuk beli camera baru.
[kan baru lepas dapat sebijik laptop baru hari tu, jadi kenalah menjadi anak yang bertimbang rasa, tak boleh merengek minta itu ini sebab sekarang sudah berumur 22 tahun, paham?]
tapi, tahukah kamu yang ayah yang penyayang itu secara automatik sudah membelikan pun sebijik camera baru petang tadi?
memang sangat yabedabedu lah tahu?

lagi, tahukah kamu ayah dan emak saya memang cool?

okay, sudah tahu pun. yey semua orang kena tahu ayah dan emak kami memang cool.

tahukah kamu bahawa ayah telah berpesan supaya kami selalu mempunyai rasa kasih dan sayang sesama keluarga? [heh. apasal tah touching.]

ok ok, lagi satu. ini soalan spot. tahukah kamu saya belum mandi?

wink wink ~.^

Tuesday, August 11, 2009

kucing emak

kucing ini bernama apa entah. mungkin bernama tam-tam. ciktam pun boleh. emak panggil hitam. tapi bila emak hantar ke pet clinic, nama dia jadi black. em, kadang-kadang saya panggil saleema sebab kucing sabrina the teenage witch macam ini nama saleem. saleema sebab beliau female, paham?

saleema bernasib malang. sejak kecil dipisahkan dengan ibu. emak ambil saleema dekat rumah kawan beliau yang berkongsi adjektif yang sama dengan saleema ie hitam. hahaha. [tak apa, cikgu hang lekuk tak baca blog]. beliau berpindah secara adik-beradik, tapi adiknya boobu telah mati dibunuh kucing penjahat jiran.

eh eh eh malas ah nak cerita pasal kucing. saya tak ada hobi membela kucing lah. ini kucing emak. cuma nak tunjuk kulit separuh botak saleema eh taknak panggil saleema lagi lah sebab tiba-tiba teringat budak AF nama saleema yang tak best tu. ok.

bulu ciktam kena cukur sebab ciktam underwent surgery. keh keh keh. abang vet sudah kasi mandul sama dia. malang sekali lagi beliau.

actually ciktam ni cerita last two weeks yang lambat update.

minggu lepas emak hantar cikbelang@haron pulak masuk hospital. sebab cikbelang@haron kena sakit batu karang. untuk pengetahuan umum, ada satu jenama makanan kucing yang famous, famous sangat, famouuussss,, I bet tanya apa jenama makanan kucing yang kamu tahu, mesti akan ada jawapan jenama makanan kucing tersebut lah. tapi tak boleh bagitahu sini. nanti saya kena saman ke apa, tak pasal kena lari ke luar negara tapi tak lepas sebab PTPTN belum bayar.

eh eh attention. pulang ke pangkal jalan. makanan kucing tersebut boleh buat kucing kena batu karang, tahu?

emak mendapati simptom-simptom yang dialami oleh Kitty our late kucing yang dah mati adalah sama dengan yang dialami cikbelang@haron [kalau mahu tahu jenama makanan tersebut, inbox me.]

ok. dah. takboleh cerita panjang. ayah pesan dekat saya supaya sayang semua kucing di rumah. tapi belum rasa mampu mahu curahkan kasih sayang sebab ciktam ni gedik manja suka hisap-hisap selimut saya, bantal saya, even baju saya. goli den.

dah. tekanan tak entri panjang?

wink wink ~.^

Monday, August 10, 2009

eh lupa letak tajuk tadi

assalamualaikum.

student tak boleh asyik gosip-gosip.

student kena belajar sambil main restaurant city saje.

done.


status sedang geli perut ie gebon.

siryes gebon tahap gaban sampai rama-rama masuk dalam duodenum dan usus semua.


esok boleh wink sampai bulu mata luruh pun tak apa.

wink wink ~.^

Saturday, August 8, 2009

Adam, walk!



recent photos of Adam. budak Adam ni muka comel tapi ala-ala rebeller, bukan?.


Adam, kamu ada masa seminggu lagi untuk practise berjalan okeh.


saya masih belum boleh excited untuk convo sabtu depan sebab masih tak ada kasut. pakai kasut ballet boleh kah? saya tak ada kasut tumit ketak-ketak, sebab kalau pakai sakit kaki, nanti kaki menangis minta dibelikan selipar jepun. tapi kalau pakai sandal high heels bukan kasut pulak lah. saya semakin hari semakin menyayangi kaki, sebab saya sudah jarang memakai high heels. kaki cuma dipakaikan selipar jepun, even sempena dating dan sebagainya. [mind you, bukan selipar jepun RM2.99, okeh]. semalam berniat membeli kasut di MidValley tapi tak ada hasil. kasut-kasut semua berciri not-into-saidamunira. oh bagaimanakah?

oh tahukah kamu, sebab tak ada berjumpa kasut, tapi telah terjumpa banyak roti sedap berkhasiat berkenan di hati. jadi, hasil ke MidValley seorang diri petang semalam adalah roti-roti sedap menyelerakan lalu dimakan dengan senang hati dalam komuter. [saya makan setelah mencari-cari amaran dilarang makan dan sebagainya, tapi tak ada, jadi bolehlah makan. wee. ;p]

I need to go shopping walaupun saya bukan kaki shopping. kaki memerlukan kasut untuk convo. [uh uh masih berasa loser selagi tak ada kasut cantik anggun jelita untuk convo.]

Adam, takteh takteh. [kesimpulan lari tajuk sikit]

wink wink ~.^

Wednesday, August 5, 2009

seakan membebel pulak. boo

blog terasa kecil hati kerana author telah mengabaikan beliau. oh dear my magical blog, saya sangat busy. orang dewasa banyak komitmen, tahu? blog apa kamu tahu lah? tahu menghabiskan masa orang dewasa saja. oh? [eh blog, takmo kecil hati, okeh.]

after a few hours, eh salah. a loooooottt of hours lah, menduduki kerusi plastik biru yang langsung tidak bergaya tanpa sokongan kusyen dan sebagainya, telah mengakibatkan bahagian tersebut agak sakit dan lenguh-lenguh. uh uh sungguh kasihan bukan?


* * * * *

baiklah. saya tak mahu menaip dengan lebih lanjut sebab komitmen terhadap insan tersayang harus dilaksanakan. bukan seperti gigih ke apa lah tahu. ini adalah side effects kepada insan yang banyak bagi alasan saiko takleh buat kerja sekolah dekat rumah, jadi weekend harus dipenuhi dengan aktiviti kekeluargaan etc etc, asalkan bukan on laptop untuk buat kerja sekolah. eh, siryes lah bila dekat rumah saidamunira rasa mahu menangis kalau on laptop dan menjadi gigih di depan ibu bapa.

bye. kerja sekolah masih belum siap.

tiada kerja mahu wink wink haih. oh sangat gebon.

p/s: kejayaan hari ini adalah memasak nasi ayam. makin sehari makin berkaliber di dapur. weeewit. ini semua sebab *tukang masak pro tiada di sini lagi. [* merujuk kepada fida & aeeda] - saya kipas anda ni. marilah datang memasak di sini darling. hoho.


eh. sudah pulih. okeh, sudah boleh wink.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.