The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 13, 2009

lion king sob sob


ah goodie. sakit kepala ini serious. nak panadol nak panadol.

semalam keluar bersama kakak syera darling yang cantik. tapi tak ada gambar. baru tahu
Kuala Lumpur adalah kesayangan semua orang, to be specific, Jln TAR and Sogo. apasal hah semua orang pun nak pergi tempat ini time kami nak pergi dating bersama. saya tamak wo. saya nak pergi Jln TAR dan Sogo dengan tenang ceria gembira takyah ada orang ramai-ramai sangat ni. ramai sangat sampai manusia nak jalan pun jammed lah. kan tak cool. lain kali taknak pergi shopping tempat murah macam ini. kakak syera kata nanti kita pergi tempat mahal, lagi baik. hoh. bak duet sini kak. em hasil pun tak menggiurkan. cuma berjaya beli tudung untuk ke sekolah. maka, malam tadi telah terpengsan akibat penat.

setelah bangun, I watched The Lion King at youtube. oh skrip cerita itu memang hebat men-touching lah. [ada orang tu nangis tengok Lion King hahahaha ketawakan dia]. dulu masa kecil dan comel masa darjah 1 kan tak berapa paham pun. tapi sangat addicted sebab akan pasang video tapes disney ulang-ulang tah berapa kali tengok tah nak jugak tengok lagi. sampai sekarang pun nak jugak tengok lagi. sahlah memang dari dulu sampai sekarang gadis ini comel. hihihihihihi comelnyaaaaaa nak raya ni tambah lagi comel ni. ;p

ok, ini saat sadis tengok Simba anak raja membesar atas batang kayu balak bersama seekor najis busuk bernama Pumba dan meerkat manor bernama Timon


* * *

pepatah hari ini:

orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang.

orang pening memang macam ini puasa-puasa pun gila bayang.


dah tak paham dah ni. baguslah kalau beredar dulu.

wink wink ~.^

Saturday, September 12, 2009

kek batik kasih sayang


gadis ini memang suka main depan cermin tandas dan mengambil gambar sendiri kemudian sangat bangga bila nampak kurus begini
yesyesyes
self obsession sangat bila kelihatan kurus begini
hahaha

errr gadis ini buat kek batik kasih sayang semalam.
kasih sayang berciri kek batik bukan untuk encik Cessna ok, malah untuk Mikichann dan Apai

berbalik kepada topik asal, em sebenarnya nak letak gambar kek batik, tapi sebab gambar tu macam takbest so takyah letak sini. nanti kamu berpemikiran serong kata kek tersebut tak sedap, padahal kamu judge kek tersebut dari segi rupa paras beliau saja. padahal lagi kek batik buatan kasih sayang saya semalam memang rupa kek batiklah. tapi sebab kamera tak pandai ambil gambar [see, langsung takmau mengaku beliau sendiri yang tak pandai ambil gambar ceh] jadi putus asa dan tak ingin letak gambar dekat sini.

resipi kek batik kasih sayang:

1/3 ketul buttercup
berapa sudu makan tah MILO sihat dan kuat [
6-7 sudu kot]
lagi sekali taktau berapa sudu tah susu pekat manis F&N [
4-5 sudu lah kot, entahlah]
1 biji telur [
serius ni 1 biji, ini memang ingat]
air sikit
biskut marie 1 tupperware berbentuk kuboid yang ~2 inci tinggi [
adik beradik bekas taufufa]

cara-caranya:

cairkan butter
masukkan milo
kacau-kacau
kacau jangan gebon, memang dia berketul dan tak larut dalam butter
masukkan susu
kacau-kacau lagi
masukkan air sikit
kacau-kacau sebati
masukkan telur
kacau-kacau-kacau
masukkan biskut
kacau sampai rata
masukkan dalam bekas
sejukkan

dah. sikit je kek batik ni. boleh makan 3 orang saja.

ish kang tak letak gambar anda tak percaya pulak kan. baiklah baiklah. ini dia kek batik kasih sayang.

siryes gambar buruk

ok. nak, pergi buat sendiri.

wink wink ~.^

Friday, September 11, 2009

tajuk kurang senang: sembelit

assalamualaikum.

dietitian mahu bebel kejap. harap anda bersabar.

tajuk hari ini adalah sembelit. sembelit boleh jadi sebab tak cukup serat, air dan kurang aktiviti fizikal.

keperluan serat bagi dewasa adalah sekurang-kurangnya sebanyak 25 gram sehari. keperluan ini boleh dicapai dengan makan sayur, buah dan bijirin. berapa banyak, pergi google piramid makanan dan belajar menghayati piramid tersebut, okeh? tak boleh bebel panjang, nanti kamu pengsan ha cemana?

eh tambahan. sembelit juga boleh jadi sebab delaying the urge to defecate [i.e. menahan, alah macam kamu tak pernah buat lah, buat-buat innocent tu]. so kalau sakit perut jangan tahan-tahan ok, pergi toilet cepat-cepat. kalau berlari lagi bagus, elakkan sembelit.

kalau rasa-rasa macam sembelit, banyakkan minum air, makan makanan berserat serta lakukan aktiviti fizikal, bagi usus kamu tidak jammed disebabkan compaction oleh bahan tersebut.

dah. memang sah lah boring kalau membebel. siapa entah yang sembelit ni sampai kena buat entri berciri kesihatan di sini. hoooo.

that's all folks. good night world.

wink wink ~.^

Tuesday, September 8, 2009

suka tak suka

saya suka bila

1. berada di rumah. rumah kan syurga versi dunia. macam mana hah kalau masuk syurga? mesti saidamunira laaagi suka. oh oh baiklah. jadi budak baik, o
k?
2. tengok spongebob. hari ahad kena tengok spongebob dekat tv3 pukul 9.30 pagi. spongebob dekat tv9 tak best sebab sengau. channel nick pulak selalu tak dapat coverage, asik keluar kotak kuning kecik.
3. makan. ni takyah diulas dengan lebih lanjut.
4. naik kereta dengan encik Cessna. rasanya memang penuh dengan jantung. [heart, untuk yang lampi]

5. banyak duit. siapa yang tidak suka memang rugi. siapa kata duit semua tak penting memang tak boleh geng ok.
6. berada atas katil. semuanya atas katil. aktiviti atas katil semuanya best belaka. [jangan berpemikiran serong, ini warning]. buat kerja sekolah atas katil, makan biskut atas katil, even berbual di telefon yang melibatkan aktiviti jantung pun cuma s
angat feel bila atas katil. tempat lain, out.
7. memasak. - - - -> oh ini sangat mengejutkan diri sendiri juga.
8. perkara-perkara yang meransang rembesan endorfin saya. semuanya lah kan dah habis cerita, takyah susah-susah tulis banyak-banyak.

saya tak suka bila

1. entri ini jadi panjang lebar lepas tu barulah rasa loser sebab kerja asyik buang masa main-main lepas tu kerja tak siap lepas tu sedih lepas tu berhenti menulis sebab terpaksa.

sekian terima kasih. [p/s: saya suka juga bila anda baca ini semua, haha.]

em, btw, saya juga suka bila sampai saya tua roma
ntik macam ini:

weeeewiiit

sangat banggalah bila cucu cakap atok dan nenek mereka cool dan romantik. woho

wink wink ~.^

Sunday, September 6, 2009

si comot pulak


si comot
ini si comot makan McD minggu lepas masa buka puasa ok


ok, sedikit analogi.

sebenarnya si comot ni tetap si comel tapi si comel versi 22 tahun sedang makan McD.

eh tak sampai hatilah mengata diri sendiri begini walaupun kadang-kadang memang comot pun lah.
.
.
.
hmm macam menginginkan McD ni seriously.

btw, ini si comot sebenar.
Adam kaki buli kucing


wink wink ~.^

Friday, September 4, 2009

si comel

totally opposite
kurus dan tinggi
vs
gemok dan pendek @ comel kan?kan?kan?
[layan kan saje, sila cakap "aah, comel". - eh, saya paksa anda ni]
er sila fokus perut beliau sekali, fuh, ada lipatan hahahahaha

ini gambar si comel dengan bestfriend, siti fatin farhana nama dia. dia masih lagi bestfriend sampai sekarang, sesuailah dengan motto "dulu, kini dan selamanya".

ini kan si comel masa darjah satu. si comel masa darjah satu puasa tak cukup satu hari sebab sakit perut. pada waktu itu, siapa puasa penuh nanti guru besar belanja makan satay masa raya. maka, terus berasa sangat loser pada waktu itu. pasrah. walaupun satu hari saja tak cukup, bab-bab makanan ni kena innocent sikit. nanti makan tak halal nanti kan susah.

sekarang si comel tersebut masih comel hahahahaha dan sangat teringin nak makan satay lah.

sekian dulu, makin rasa nak terjun bangunan anda nanti sebab dipaksa buat pengakuan budak itu comel. keh keh keh ;p

wink wink ~.^

Thursday, September 3, 2009

september dah

telah mengambil masa yang sangat lama demi menafikan tugas membasuh baju. heh. tak perlulah berpemikiran serong. gadis ini serious bukan bangga malas basuh bajulah ok. baju itu dalam baldi bukan dalam mesin basuh automatik tekan tit tit kerja dah siap. so, kamu ada kesian kan gadis ini kalau membasuh baju waktu beliau berpuasa? [sesi gadis mengaku dirinya lemah tatkala berpuasa. tteett]

baiklah baiklah. sebenarnya kan, macam biasalah. sekarang kan memasak adalah suatu kebanggaan. di sini dengan betapa eksyennya nak bagitahu kamu semua, ini menu berbuka tadi:-

nasi minyak : I masak
gulai ayam : Miki masak
terung goreng berlada : I masak juga weewiitt weewit riaknya saidamunira ni, macamlah beliau masak sedap sangat tu. blah lah. nak muntah dah layan beliau asyik berlagak begini.
air cincau : Apai buat

oklah. untuk mengelakkan baju kecil hati sebab lambat dibasuh, maka saya berhenti buat kerja lagha ini.

btw, happy birthday kepada emak. eh walaupun gadis ini wish dekat sini dan emaknya tak baca, tapi nak jugak publish biar kamu semua tahu hari ini birthday emak saya. emak saya itu pun gebon juga macam anaknya. haha. eh lagi lagi, semalam pula birthday nabila adik saya yang selalu bajet cun tu. [tengok kakak beliau ini sangat prihatin dengan birthday adiknya walaupun berada di kejauhan]. baru 12 tahun, lagi 10 tahun kau tengoklah apa jadi dengan hidup kau ada tak miserable macam kaklang kau ni. [spesis kakak apalah macam ni, haha]

eh dah mungkir janji, kata nak berhenti tapi masih belum berhenti.

serious perlu berhenti. bye bye

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.