The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

thalassemia screening

assalamualaikum.

sekarang tengah memikirkan masalah. walaubagaimana pun, muka takda lah nampak masalah sangat, cuma jadi tak functional dari segi kerja sekolah. I am creating excuses. hee.

HbE + Beta thalassemia minor
patutlah ambil gambar haritu terbuat muka kesian macam ni

wedding progress memang value dia statik saja, zero. tak sangka boleh bangga.

to make it clear, we are facing risk to have child with thalassemia major. sekarang telah berasa hidup semakin mencabar, bukan setakat nak publish paper saja ada cabaran.

disebabkan saya akan terus hidup dengan microcytic and hypochromic erythrocytes, saya akan tetap sayangkan hemoglobin saya.

selain itu, saya sayang tunang saya juga, walaupun makin hari dia makin bulat. mana tidak, makan burger king tak cukup satu.

you girls, bolehkah anda tinggalkan kekasih anda kalau anda tahu bahawa anda dan bakal pasangan adalah pembawa trait thalassemia. kalau tanya kepada saya, jawapannya tidak. tapi genetic counselor dengan doktor suruh tinggalkan sebab nanti akan increase morbidity. hehe. tapi saya mana boleh buat macam tu, oleh sebab itu, I choose to be strong and positive. [yaw macam poyo pulak aih]

pergilah melakukan penyaringan thalassemia. boleh buat dekat HKL, bayaran MYR1.00 saja. sekian dulu iklan saya.

wink wink ~.^

Friday, May 20, 2011

timang timang

assalamualaikum all.

kali ini episod serius. siapa nak ketawa pergi tengok maharaja lawak.

emm. lepas tulis satu baris, nak serius macam so struggle. tapi, perasaan tetap serius.


begini. sebagai wanita, sebuah perkahwinan akan dibayangkan lebih bahagia di saat anda menimang cahaya mata. okay, belum timang pun rasanya kalau doktor sahkan anda akan menjadi ibu saya rasa adalah suatu perasaan ajaib. maka, saya adalah normal kalau menginginkan itu semua.

setelah menonton Nur Kasih semalam dan saya kombinasikan dengan perasaan saya pada hari ini, I think, it makes sense. maksudnya sangat sedihlah kalau kahwin lepas tu tak ada anak. tapi Nur Amina dengan Adam akhirnya dapat juga menimang cahaya mata. agaknya lah tu dia timang anak dia. kalau tak timang pun, ada anak tu best dah tak terkata. takyah timang dah best. kalau timang mesti lagi best. bukankah?

hm. setelah membuat karangan ini sampai sini, saya rasa taknak tulis panjang. sebelum bersurai nak buat pengumuman bahawa saidamunira mempunyai Hb E trait dan muhammad izzat pula beta thalassemia minor. penjelasan lain boleh baca sendiri kalau rajin. klik sini. kalau malas, takyah baca.

I need a genetic counselor.

the other side won't take the risk.

so sad so sad so sad.

bye bye.

Monday, May 16, 2011

Langkawi

assalamualaikum semua.

sebagai warganegara Malaysia, saya telah pergi bercuti-cuti Malaysia di Langkawi pada minggu lepas bersama keluarga. Malaysia is beautiful. trust me.

arrived at Kuala Perlis Jetty. yeah. macam pear.

gambar seterusnya tidak mengikut kronologi, sebab saidamunira malas nak susun.
seronok makan, jalan-jalan sikit. yang banyaknya ialah aktiviti emak membeli belah. memang itu objektif emak. tahniah lah kepada emak sebab mencapai objektif. saya pun capai objektif juga, beli caserole set untuk mama Izzat. kasut jogging merah Adidas as requested by the fiancee tak dapat beli sebab masa dekat kedai tu in a rush, call the fiancee tak angkat. maka takyahlah sedih kempunan kasut ke apa, siapa suruh anda tak angkat phone. ops, panjang bebel untuk tunang. harap maaf.

dinner yang sangat kebabom at Bamboo Beach Restaurant. highly recommended.

ini membuktikan kami pergi Langkawi, bukan pulau lain.

the siblings. Faremaq dengan Along tak ikut.

Bamboo Beach Restaurant

our space wagon

met Spongebob's favourite

and Pingu family

flamingos

tempat shooting filem Titanic pun ada

met Pakteh, Makteh and Akmal at Padang Besar

ok. malas nak upload lagi. sekian dulu laporan saya. sudah malam. the fiancee becomes priority. :p

selamat hari guru.

wink wink ~.^

Thursday, May 12, 2011

the future

assalamualaikum.

I watched Fast and Furious 5 last night with the fiancee and my future brother-in-law, Safwan. ya, ini rekod, pertama kali Safwan ke udara di sini. tahniah tahniah. the movie was awesome, and recommended. pergilah ke pawagam berhampiran anda untuk menonton wayang tersebut.

I ate a lot last night. macam bosan, balik-balik bagitahu pergi det lepas tu makan banyak.

my writing is static, plateau kot. yesterday is better than today. I am lazy and sleepy.

I am relief that my future is secured, alhamdulillah, insyaAllah. dan saya sungguh bersyukur bahawa the fiancee will be starting class for his license next month. good luck for that honey. [tetiba buat ucapan, padahal boleh sms. :p]

dalam fasa membina masa depan, saya berharap supaya rezeki dimurahkan, perjalanan hidup dipermudahkan.

Ya Allah,
jika rezeki ku di langit, Engkau turunkanlah. jika rezeki ku di bumi, Engkau keluarkanlah.jika sukar, Engkau mudahkanlah. jika haram, Engkau sucikanlah. jika jauh, Engkau dekatkanlah.

good luck to Saida Munira dan Muhammad Izzat. hehe. semoga berjaya mencapai cita-cita.

BK fries sebagai hiasan, my leftover yesterday. the fiancee cakap, the fries are crying, so I snapped their photo. saya telah meminta maaf sebelum meninggalkan the crying fries ini.
I will remember you.

wink wink ~.^

Tuesday, May 10, 2011

specs and confidence.

assalamualaikum all.

I lost my specs after my engagement. sungguh sedih. tetapi lebih sedih bila pakai specs baru rasa macam dia terlebih sifat. not fit my face. sila rujuk gambar di bawah:

specs yang sungguh sedap dipakai tapi terpaksa membina keyakinan diri kerana berasa sungguh makcik. it is BIG. aaaa cemana bleh terpilih frame yang iniiii.

disebabkan kesedihan memakai spec baru, saya pergi jog dekat Tasik Titiwangsa atas saranan the fiancee. with Diana [p/s: she is normal, not OCD anymore selepas bercinta. hee]. tapi tak pakai specs sebab belum dapat membina keyakinan diri pada waktu tersebut. after jogging, I came back to normal, alive, walaupun specs itu telah makan 1/4 nyawa saya. hiperbola.

pada waktu malam, saya telah mencuba kembali untuk membina keyakinan diri dengan memakai specs itu sambil berjalan-jalan ambil angin dengan rakan serumah. we went to KLCC. snapped few photos.

Azizah anak Malaysia

Kak Tikah, saya dan Liyana pun anak Malaysia.

see, tiba-tiba ada Kak Tikah. beliau datang melawat, ada gathering dengan coursemates beliau in KL, she'll be staying with us for 3 days.

Kak Wan the driver, seriously the driver. sebab itu gambar dia tak ada. hehh. selepas membina keyakinan diri dengan specs tersebut di KLCC, kami pergi ke pasar Jalan Raja Alang membeli ikan, ikan dibeli bersama ayam; malam ini kami nak buat makan-makan, supaya tetamu boleh makan banyak yam yam. sekian dulu pantun saya.

Liyana berasa terhibur dapat membeli bawang.

ini siput sedut. sekadar hiasan.

I love my life, tak terhingga. I treasure everyone in my life. selain itu, saya juga tak sabar menunggu hari esok untuk bertemu dengan the fiancee lagi. selepas esok, blog akan kembali bergenre percintaan. harap maklum :p

can't wait for tomorrow. cantwait cantwait cantwait cant waittt.

wink wink ~.^

Friday, May 6, 2011

dietitian vs monster

assalamualaikum.

percintaan diteruskan. hee. mungkin blog boleh bergenre percintaan selepas ini. em em. :D

lokasi percintaan malam tadi adalah Sunway Pyramid. we had dinner at a coffee house, cannot recall the name. my bad. before the official dinner, we indulged ourselves with Kebab King. sedap. I enjoyed the kebab so much, though the fiancee tetap dengan pendirian dia iaitu KFC Twister lagi sedap. saya rasa tidak. nevermind, tak baik melawan bakal suami.
this is the monster's dinner. high fat, high calorie, high sugar drink. belum sempat saidamunira snap gambar, beliau sudah pun makan tiga suap. efficient betul dia dengan sudu.

my dinner. fibrous apple juice and tuna sandwich. this is a healthy meal. contohi saya. ok?

err. ok. I can't capture the fiancee's double-chin. seriously I tell you, I keep on babbling him, jaga makan nanti gemuk jadi pengantin boroi tak bergaya. tetapi apakan daya. beliau berkata-kata, hatinya senang tak terhingga, makanlah dengan bergaya.

maka, pasrah lah.

sekian dulu persembahan saya. with that I thank you.

wink wink ~.^

Wednesday, May 4, 2011

sweet 17 - part two

assalamualaikum. hai hai.

saya berfirasat bahawa ada pihak berkeinginan untuk menonton gambar sweet 17 lagi. yes, sound like syok sendiri pun ada bila berfirasat sedemikian rupa. kehkeh.


oh ya, lupa nak inform. my engagement has name, Sweet 17. nampak muda bukan? [haha. nama taknak kalah] ia bukan berciri perasan lah. take note please. sweet day on 17th April, should I call it sweet 24? tak patut bukan? kalau event berlaku pada 10 April, mungkinlah boleh letak nama sweet 24. heehhhee.

dengan tidak semena-mena, entri ini berakhir di sini saja. sambungan akan dipaparkan kemudian hari. harap bersabar. hehhe. gila pemalas ni nak upload gambar.

sekian. harap terhibur :p

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.