The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Monday. Eh bukan harini Wednesday!

Assalamualaikum.

Pagi tadi semasa memandu, saya telah menangkap gambar penunggang motor yang pelik. Kedua-dua penunggang dan pembonceng mempunyai helmet, tapi dia pegang je. Perbuatan ini sangat menggambarkan tahap pemikiran yang rendah.

See. Very low IQ, indeed.

Very well, I have nothing much to say. I just hope that Malaysian will be civilized. Bukan susah pun nak pakai helmet tu, lainlah kalau takde helmet.

And oh, I miss this girl actually:-

Nama dia Nurul Huda Razalli.

Memandangkan persiapan perkahwinan sedang berjalan, maka saya asyik teringat yang Udeq mendakwa saya mungkin tidak merindui beliau lagi selepas bulan Mac nanti. We'll see. Selalu terfikir. Sekarang tengah rindu dekat Udeq dan Hasnan T___T , dah lama tak tengok wayang.

Counting days, bukan nak kahwin, nak submit tesis!!! - tapi tak siap :p

wink wink ~.^

Monday, December 19, 2011

Johore Weekend

Assalamualaikum.

Last weekend was so hectic. Oh ye. Bunyi hectic macam poyo pula. Padahal sangat menikmati hujung minggu tersebut, dengan ucapan saya sayang tunang saya secara banyak sangat. A lot. :D Weeeeeeee.

It was a Milo Camp weekend again. Kali ini Milo Camp diadakan di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor. Sepatutnya dua orang nutritionist diperlukan untuk setiap venue. Tapi sebab the three other girls cannot make it, I recruit another nutritionist, iaitu Muhammad Izzat. Huahuahua, berciri suka hati di situ. Siap mintak extra room, sebab nutritionist kali ini berlainan jantina. Turut merupakan bakal suami, bukan suami, so takleh share bilik.

Ikutkan kena naik BMW Boon Kwang. Tapi kalau naik dengan Boon Kwang macam kanak-kanak sekolah pula. Lagi pun kawan-kawan kahwin di sana sini, oleh yang demikian perlu beri kerjasama. Maka, saya dan nutritionist lagi seorang itu [ehem] bergerak ke Johor pukul 2.30 petang.

Ikut PLUS highway keluar Senai, then follow Senai-Desaru Highway. Lalu dekat Johor Premium Outlet, nampak mengujakan. So plan eksaited gila nak membeli belah otw balik nanti. Lepas tu lalu pulak satu jambatan apa entah, tapi tinggi. Dengan tak semena-mena jadi pasangan jakun. "Wuaaaa lagi tinggi dari Jambatan Putrajaya wuuaaa ada big ship sayang big ship, wuaaa air laut dia biru la, takde pencemaran" kata kami.


Lepas dah sampai, rupanya hotel dekat dengan Bandar Penawar dan Pantai Peranginan Desaru. Sampai kat sana dah pukul 6.30 pm. Terus dinner makan sate ayam dengan roti canai. Oh ya, saidamunira demam dari hari Rabu, sampai Sabtu demam on-off. The fiance yang concern tersebut asyik-asyik suruh makan ubat. :D Hihi.

Pada malam kejadian, lepas check in, kami berhubung guna handphone jugak walaupun bilik depan-depan je pintu. Sebab dah makan ubat, saya terus tidur lepas mandi. Kesian the fiance, dia bosan tahap satria baja hitam, dia ajak saya jalan-jalan makan angin, tapi ajakan tak berbalas. Tapi dia pergi jugak jalan-jalan dengan sweetheart#2 dia [kereta]. Sambil tu mengadu nak tengok bola, selain takleh tidur. Sangat kasihan bukan? Hee. I feel my body doesn't feel so delicious [Saya rasa tak sedap badan :p]. Kehkehkeh. I am so sorry, honey.


Okay, back then Milo Camp went well with this new nutritionist. :D Gambar tak ada, belum transfer daripada phone beliau.

Got the cheque and we departed from Felda Adela at 12 pm. Maka kami singgah dekat Johor Premium Outlets (JPO). Rasa macam pelancong tau. Heheh. JPO ada macam-macam kedai best, jeans Levi's orang beli sampai dah takda seluar kat atas rack dia tu, mana tidak, jeans harga RM99 je. Kasut Nike pulak main display terus dari kotak je, macam gudang. Tapi, memang rasa suffer pergi situ sebab tengah lapar. Kedai makan takda yang best. Pastu orang ramai sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttt sampai rasa menyampah dah nak jalan. Nak shopping pun takda mood. At last, bila nak balik, hujan turun dengan meriah. Tak tahan lapar, nak balik juga, terus berlari mendapatkan kereta. Hasil: Basah Lembap Demam Kembali. Hihi.


JPO: Jangan Pergi Oi. Haha ramai sangat manusia, tak larat nak beli belah camni, rasa nak termuntah je tengok ramai sangat.

Otw back, tunang yang comel tu mengantuk sangat, oleh itu beliau pun tidur dekat hentian Simpang Renggam. Dia cakap nak tidur kejap. Tahap kejap beliau bersamaan 1 jam. Saya pun menunggu beliau tidur selama sejam, tanpa tidur pun. Hujan lebat. Sejuk, blocked nose, macam-macam masalah. So, saya pun buat lukisan dekat tingkap kereta kesayangan beliau. Bila dia bangun, dia membuat muka kecewa sebab kereta dia kena conteng. Kekeke.

Hujan sepanjang jalan. Accident melambak. Plan nak singgah Melaka tak jadi sebab dah lewat. Makan kat RNR je, berhenti banyak kali betul, dekat RNR Ayer Keroh boleh ternampak Prof dengan family dia. Tapi saya rasa dia tak nampak saya, nak tegur pun tak larat sebab penat dan tak sabar nak solat :p Maaflah kalau alasan solehah.

Safely arrived at Lavender around 10.30 pm. Mandi dan terus tidur.

Sekian. Penat taip sambil terbatuk-batuk. Semakin hari saya semakin sayang tunang saya. :-*

wink wink ~.^

Tuesday, December 13, 2011

Diet bakal pengantin. Wuu

Assalamualaikum semua.

Just finished handling diet therapeutic lab for undergraduate student. Maka bolehlah berasa pro sebab adik-adik diet tahun 3 memang sangat muda lagi, pastu banyak tanya soalan itu ini sampai malas nak jawab. Paling best dapat ngepau caramel puding daripada satu kumpulan tu. [HOBBY it is. :p] Modified caramel puding without egg. Serius sedap berkhasiat lagi sihat.

Sebagai hiasan entri, tataplah gambar yam ring ini. Yam ring yang sedap ini boleh didapati di Starfresh Agropark dekat Jalan Bukit Putus. Sedap. Sekarang tengah berasa banyak nafsu terhadap makanan sebab tengahari tadi lauk dekat kafe dah habis pastu rezeki yang turun cuma nasi lauk ikan goreng, kobis panjang dengan sambal belacan. [Ini lauk pilihan dietitian, sebab lauk lain banyak minyak] Malam nanti makan cereal Fitnesse dengan susu low fat Dutch Lady. The fiance cakap Fitnesse nampak tak sedap. Er beliau memang macam tu, sesuaikan dengan badan, memang Coco Crunch je yang sedap. Makin lama makin bulat. Takut jugak kalau kegemukan merebak. Minta dijauhkan, Tuhanku.

Yam Ring. Yummy.
Dekat luar tu keladi, dekat dalam ada lauk ayam. Best.

To all bride-to-be yang gemuk, kuruskanlah b adan dengan cara yang sihat. Cara yang sihat ialah makan breakfast awal (dalam pukul 8 pagi), make sure kenyang. Lepas tu tengahari makan 1 cup nasi dengan lauk dan sayur. Makan buah dua tiga biji pun takpa. [A'ah, makan tembikai dua tiga biji pon takpa - genius ni!!!]. Pastu malam makan cereal semangkuk je dengan susu 1 kotak kecil. Kalau lapar snacking lah, makan buah. Pastu kalau tak kurus jugak, cari steam roll, suruh dia gelek je. Memang sekeping lah nanti. Kalau bosan asyik makan benda sama, takyah diet lah. Bakal suami anda mencintai anda seadanya. Pastu kalau banyak alasan lain, diet tak kurus lah etc etc, saya sarankan anda masuk Biggest Loser.


Actually, I am now waiting for a Palestine student. Today I'll be her teacher. She is so so so solehah. Hehe. Dia cakap 'Assalamualaikum' pun bunyi macam bertadarus. Kejap lagi kalau dia tanya soalan statistic bukan-bukan, memang akanku ajak buat kelas tadarus je, suruh dia ajar saidamunira.

Sekian. Saya nak buat tesis tapi saya asyik sibuk. Mana tidak, memblog pun antara faktor kesibukan juga.

wink wink ~.^

Monday, December 12, 2011

Syurga

Assalamualaikum semua.

Ibu bapa telah pulang ke tanah air. Tanah Air vs Tanah Suci. Mana lagi best? Soalan sekadar mengisi ruang kosong sebab Saidamunira speechless sekarang.

Ini emak saya. Comel macam saya.
Ayah takda gambar sebab dia ambil gambar emak saja.
Emak tak ambil gambar ayah.

Rumah kembali menjadi syurga dengan kepulangan ibu bapa.

Ok. Fact is, sekarang ada banyak syurga dan telah berasa sangat tak sabar hendak berkahwin. Macam biasa, sleep over at Lavender last night, we spent a lot of time for dinner sebab saya bermain chess dekat SR bersama the fiance. Ya, saya telah tertewas. Bukankah tak baik melawan bakal suami? Sebab itu saya suruh dia menang. [:p]

Ini bekal Aunty bagi pagi tadi. Boleh buat lunch. Hihi.
Comel bukan, bakal ibu mertuaku. >.<

Tuhan, Saidamunira sangat berterima kasih atas segala nikmat-Mu.

Tetapi, ketika saya bahagia gembira, Hasnan bersedih.

Tuhanku, tempatkan kakak Hasnan di kalangan orang yang beriman. Tempatkan dia di syurga-Mu. Al-fatihah for Hasnan's late sister.

.
.
.
.
.
Amin.

Sekian.

Monday, December 5, 2011

Missing

Saya telah kehilangan sesuatu yang bernilai RMXXX, mungkin dari minggu lepas, tapi baru teringat semasa mandi sesudah Subuh pagi tadi dan sampai sekarang masih tak jumpa. I feel like crying. FEEL LIKE je. Belum crying lagi. Sangat menekan jiwa dan perasaan. Muhammad Izzat berpesan supaya lebih berhati-hati kelak.

“Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat.” – (Surah al-Hadid, ayat 23)

Sekian.

Sunday, December 4, 2011

Majlis berinai tipu-tipu

Saya sedang berasa tak sedap badan gara-gara makan tanpa ingatan kepada dunia. Makan banyak membawa padah.

Food record:

breakfast:
1 slice - butterscotch gardenia
1 piece - kfc (pelvic)
1 cup Milo: with Protomalt and Actigen-E [
sempena milo camp :p]
- 6 tsp Milo
- 1 tsp condensed milk

morning tea
1 pack nasi lemak [
small ok.]

lunch
4 cups rice
1 piece Spanish mackerel masak asam pedas
- kuah selaut
- 3 pieces okra
- 2 slices brinjal
1/2 cup fried beansprout

afternoon tea
sebakul rambutan

snacks between meals
kacang pistachio, tak kira pulak berapa yang konfem memang banyak.

dinner
taktau lagi, tapi agak-agak kalau dinner dengan the fiance kesayangan tu mestilah akan makan bersungguh-sungguh

Bercakap pasal menjaga makan akan menyebabkan saya semakin rasa ingin menikmati makanan. Alhamdulillah, rezeki turun dengan banyak hari ini. Malah turut dikurniakan rezeki inai berkotak-kotak dikirim oleh ibu bapa. Lantas memakai sebab tamak, nak jadi perasmi konon. Kehkehkeh.

Latihan Majlis Berinai. :p
Dipakaikan oleh Naima.
p/s: Kalau kahwin nak pakai inai macam ni je kot. Tak suka letak kat jari. Tapi setelah diriki-riki, ramai cakap nanti tak nampak meriah. Hmm.


Selepas itu, saya menjadi kurang keyakinan diri dengan kuku yang merah macam biji saga ni. Habislah. The fiance cakap, saya tak menyempat :p Dengan dakwaan tersebut, saya berasa memang excited nak tunjuk kepada beliau kejap lagi. Nasib baik Uncle dan Aunty takda hari ni, kalau tak mesti tak mampu menghulur tangan bersalam dengan yakin.

Ok. Saya dikehendaki mandi segera dan bergerak ke Seremban.

Sekian. Kerja sekolah banyak betul tak buat lagi.

wink wink ~.^

Thursday, December 1, 2011

Milo Camp

Hai hai.

Disebabkan blog ini bukan blog bergenre perkahwinan atau percintaan, maka hari ini saya buat entri Milo Camp: Play More Learn More.

I joined this as a part time worker, last two week, with Diana sebab cari duit lebih nak kahwin. Kehkehkeh. We were the nutritionist. Ok. I dietitian :p [Kecoh je]

Milo Camp diadakan di beberapa tempat pada tahun ini, fokus kepada kawasan felda. Dua minggu lepas, Milo Camp telah diadakan di Felda Raja Alias, Jempol. Disebabkan saya join Milo Camp, Uncle Hisham mendakwa saya kerugian sebab tak dapat join his family ke majlis perkahwinan pada hari tersebut. Wuwu T__T

Milo Camp Play More Learn More ini bertujuan mensuruh budak bermain dengan lebih banyak. Lepas tu, boleh minum Milo banyak-banyak. Haha. As a nutritionist, we have to explain why Milo is important. Yes yes yes, Milo is important in your life. I grew up with Milo.


Nampak macam tak berapa meriah? Tak lah. Sangat meriah sebenarnya, I snapped this earlier, sebab masa peak hour tu saya kena kerja.

Set up


The sweet part was the breakfast. We had breakfast in Boon Kwang's BMW. [Boon Kwang is our friend who fetched us to this camp] Disebabkan kami adalah nutritionist dan dietitian, kami sangat concern dengan waktu makan, sebab itu kami bawa bekal tuna dan roti.

Tetapi kami tak ada sudu.
Hoho.

Sekian. Boleh tengok iklan Milo Camp Play More Learn More kat tv. Of course takda muka saya. Ha ha.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.