The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 12, 2014

Kembali

Assalamualaikum. Hai!

Rasa macam nak bom blog ni tapi itu bukankah dongeng. Jadi, saya harap kepada diri sendiri boleh bersikap waras. Er juga kepada rakyat Malaysia, siapa ikut cakap bomoh, bolehlah mohon ampun segera kepada tuhan.

Blog ini semacam tiada masa depan. Sedih pulak. Tak jadilah. Emm mungkin saya akan menukar genre blog kepada genre masakan. Sebab hobi saya terkini ialah memasak.

Oleh itu, kita tunggulah sama ada itu cuma impian atau angan-angan. Hihi.

Payahlah nak update guna phone. Lagipun anak sulung (heh ;p) asyik campur tangan bila saya pegang barang elektronik. Hmm.

Oklah. Bye.

Wink wink ~.^


Saturday, September 28, 2013

After a long silent

Hi, blog! Hi, readers! [Ehkk ada readers?? You dream. Hihi]

This is BIG thing, you know, I miss August. Actually, I tried to make a post while I was in Malaysia last month. But no, the time is too precious, being at home, my homeland. Takda masa nak buang heh tulis blog. :p

Back then, the holiday was not awesome. It was toooOooOoo awesome, if you can imagine how homesick I was.

We spent the time visiting relatives and friends.

* * *

I was stopped by Kiwish [my baby boy] just now. Ini membuatkan mood nak tulis tetiba terkikis. Huh.

Never mind, I will try to write again when I have my own sweet time. Semestinya time Kiwish tidur.


Kiwish on the right, with Abang Anas the Pineapple. Hihi.
This photo was taken at kampung, mind to ignore the thorn sheet, please. ;)

Latest look of our bundle-of-joy is still in the memory card, bare with me to look how Kiwish has grown!. [Ini mungkin boleh jadi janji palsu kalau saya malaSHHHH nak blog sini. Kikiki] 
Yelah. Kan sekarang zaman InstaG bagai. I just started that thingy thing in my life, you know I was terribly behind kan. Well, better late than never. :p

Semoga Allah lindungi kami sekeluarga, keluarga di Malaysia and all my sayangs out there [I mean you, yes you! >.<]

wink wink ~.^

Friday, July 26, 2013

Hidupku. Demi cinta.

Assalamualaikum.

Tidak berniat membuat entri air mata, heh.

Bukankah hidup sememangnya demi cinta.

Kepada Allah, taat hamba-Nya bermula dari cinta kepada-Nya. Saya beraksi seperti ostajah hari ini [tangan nasyid, please].

Kepada Rasulullah, cinta kepadanya buat sunnah dan mukjizatnya dihayati. Nuzul Quran hari ini, hari bermakna baginda dikurniakan mukjizat daripada maha pencipta. Ha. Dah baca Quran belum tu sibuk-sibuk main Candy Crush tu?

Kepada suami. Suamikulovelove. Saya boleh hidup tanpa anda. Kerana rahsia usia bukan di tangan kita. Anda pun boleh hidup tanpa saya. Tapi.................. taktaulah cemana tu sebab demi cintaku padamu saya tak tergambar hidup tanpa anda di sisi. Wuwuwu. Terima kasih untuk hidup demi cinta yang indah ini.

Lagi.

Demi cintaku kepada Mak dan Ayah. Duduk jauh asyik homesick. Tapi sickness tersebut pulih sikit sejak ada baby. Hehe.
Tinggi harapan Mak dan Ayah hendak anaknya sambung belajar lagi sampai PhD.

Pesan atok Haji Ahmad bin Maaji, belajarlah sampai dah tak boleh belajar lagi. Makwan pulak tak pesan apa-apa [ha ha] tapi hidup ini pun adalah demi cinta kepada mereka. Saaayang Atok & Makwan.

Lagi.

Er speechless pulak.

Eh banyaklah. Lecturer pulak lagi. Prof Suzana dan lain-lain. Kawan-kawan dan lain-lain.

Hidupku. Demi cinta sebab saya dikelilingi kasih sayang.

Dan anakku, Aqil Rizq. I love you, Love.



wink wink ~.^

Monday, July 15, 2013

Went to Swindon

Hai!

Saya kembali ke blogsphere dengan membuat entri gambar terbanyak sebab malas nak taip banyak-banyak! We went to Swindon Outlet, of course in Swindon lah. About 40 minutes from Bristol, tak jauh. The shopping mall was actually a Steam Museum. Omputehs pandai preserve harta-harta purba mereka and modify to a new building yang bergaya. Sama macam when I was in Singapore dulu, makan di restoran Muthu's Curry yang cantik and ada deretan restoran-restoran kelasss yang lain di mana bangunan itu was a berek askar zaman Jepun kot. Moral is, 3R. Reduce, Reuse, Recycle. Eh macam tak kena pula. Arghh bakat menulis telah pudar ditelan usia!!

Er tadi telah cakap (tulis) bahawa sedang bersikap malas untuk mentaip banyak. Tetapi seakan lupa diri. Oleh itu, saya berhenti taip. Hanya akan taip caption gambar dan kata-kata penutup. Ok.

On the way to Swindon, our baby slept wellllll. Good boy. No cranks at all. 

Before entering the outlet. Shoot gambar dulu. BabyRizq with PapaLoveLove and Uncle Yashfish.

Heh. Sebenarnya I intend nak ambil gambar bangunan outlet yang indah tersebut.

BabyRizq belum pandai mintak ice cream. Lucky.

BabyRizq malas nak layan orang shopping. Boring. Tidur lagi best.

Zzz. 

And then nangis minta susu, we went to the feeding room.

The feeding and changing room. Membuatkan para ibu selesa untuk membeli belah.

In the outlet. Kan dah cakap (tulis), it was a steam museum.

BabyRizq dah bangun pun takda peduli orang shopping. Hisap mitten sampai basah. 

Pose dengan Papa lagi.

Kedai ini, I adore. Comel. Cantiks. Tapi tak beli apa pun. 

At the food court, ada keretapi. I jakun.

Tidur balik.

Handbag lego, besaq gabaq nao.

Home! It was so hot, kan summer ni. BabyRizq balik terus bukak baju, baru selesa.

Ok. Till then. Bye bye.

p/s: gambar saya takda sebab suami tu kan malas nak ambil gambar saya. Wuwuuuuu T___T

wink wink ~.^

Thursday, June 20, 2013

A gift from God. :D

Assalamualaikum. 

Saya telah reluctant menulis entri blog. Semua gara-gara simptom penuaan.

When I revised my posts, I just realized that I haven't post any photos of my baby yet. Isskkk. Kalau BabyRizq dah pandai baca blog nanti, BabyRizq takmau la kecil hati ke apa sebab Mama terlupa post gambar BabyRizq. 

So, introducing my Little Lad Muhammad Aqil Rizq bin Muhammad Izzat. Walaupun beliau sudah berusia dua bulan dua hari sekarang ini, saya hendak menunjukkan gambarajah beliau sewaktu baru lahir. Hihi. He was born on the 18th of April 2013 at 05.05 am, at The Central Delivery Suite, Southmead Hospital, Bristol, United Kingdom.


The innocent face. Sebaik beliau dilahirkan, beliau tidak mandi. Hihi.  

When the midwife put him on my chest, beliau terus pandang melihat dunia. 
And tadaa tadaaa beliau nampak Mama and Papa beliau yang comel tersebut. :p

Will update more later. Reputasi sebagai blogger boleh tercalar kalau sebulan satu entri. Tapi tengoklah kalau saya bersifat rajin kelak. Hihi.

BabyRizq is now sooOOO chubby. Lahir 2.69 kg and last week at 8 week, he is 5.35 kg. 

BabyRizq is calling. Bye!!

wink wink ~.^

Sunday, May 26, 2013

My family grows

Hai blog. Hai pembaca blog. Mestilah telah bosan setelah datang ke blog tiada entri baru [hahaha siapa tah datang tengok blog dia :p]. Sejak bergelar ibu (mithali), saya telah menghadap anak hampir setiap masa. Lagipun kalau tak hadap anak, nak hadap siapa lagi. Kerja tak ada. Masak takyah sebab parents in law ada kat sini, mengemas apatah lagi. Terima kasih semua atas kasih sayang yang termelimpah tersebut walaupun parents in law tak baca blog, ucapan sedemikian is harmless. Bukan?

Oyya, saya telah berkakak ipar sekarang. Anda ada? Haha. Saya telah mempunyai abang ipar, kakak ipar dan juga adik ipar. Complete set it is [wah berlagak]. Terima kasih tuhan sebab menjodohkan Angah dengan KakakPowerPuff tersebut iaitu aweks dia sejak azali. Heh. Tak sia-sia pergi det senyap-senyap sampai Penang. Kehkehkeh.

Anyways, I wish congrats to both of you. Selamat menonton gambar yang saya curi dari fb abang saya. Sewaktu saya nikah dengan my hubsLovelove dahulu tidak membuat aksi ini kerana suami saya pemalu. Bayangkanlah, orang sekeliling and the photographer puaslah "cium dahi, cium dahi" berkali-kali, the hubsLovelove itu tidak mengendahkan dan telah berlakon tidak mendengar arahan tersebut. And yes, pengantin perempuan yang gedik [that's me] telah muncung kejap sebab suami tak sudi cium [kehkeh loser]. Suami saya pemaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Angah and Kak Ajimma
Setelah emak dan ayah bercucu tiga, semua pun lelaki, pehni cucu pempuan lak ah.
[kikiki]

Bahagia selamanya hendaknya.
Amin, ya Allah.

with love,
Ida
Izzat
and
Rizq

wink wink wink ~.^

Tuesday, April 30, 2013

mybaby

Apalah sangat blog kalau banding dengan anak, bukan? kan? kan?

Hehe.

Welcome to parenthood to us.

Too happy to own a son. Macam tak percaya dah mempunyai anak. Tapi I became zombie, sleepless nightsss. Kadang-kadang dapatlah tidur kalau bertuah, tapi broken sleep juga. Baby cranky malam-malam. Kena banyak bersabar. Bukan senang jadi ibu. T______T

Cerita sikit.

Papa Mama and Makngah arrived on the 16th, night. Keesokan harinya bangun pagi berasa pelik sebab sakit pinggang. Suami terchenta pula masih tak sihat............................ This can make me cry [even sampai sekarang pun masih tak sembuh] T____T maka setiap pagi I tried to serve him well [o O ini boleh mengakibatkan tangisan]. Selain itu mencuba jadi menantu yang baik [ehem], lepas serve breakfast telah berasa sakit lagi, sambil sms along tanya this labour thingy, sambil berbual ceria dengan mertua [heee sambil menahan sakit :p].

Eh panjang lak cerita. Ni yang malas ni. Lepas tu sakit sampai malam, pastu darah pun keluar. Water tak break-break pulak. Pastu call delivery suite, midwife cakap rest kat rumah dulu, kalau darah keluar lagi atau water break, baru call balik. Then, 12 midnight darah keluar semacam pastu call delivery suite baru midwife cakap boleh datang hospital. Sebelum pergi hospital, saya sikat rambut, pastu balutkan tangan suami. Ha. Beliau sakit di tangan ye, agak teruk and need dressing. Bila dah dressing tu, nak bukak satu hal sebab melekat.

Er saya berasa karangan saya tak bagus buat masa sekarang sebab emosi macam tak stabil sebab sakit perut nak pergi toilet. Huehue.

Lagipun, sebenarnya risaukan suami lagi. Sebab beliau macam stress. Tangan tak baik lagi.

Oleh yang demikian, kalau rajin nanti saya sambung lagi karangan ini. Ok.



Byebye.

I miss my parents. T___________________________________T

wink ~.

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.