The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 26, 2009

Hasnan dan ikan-ikan beliau

tetiba rasa nak cerita pasal ikan Hasnan.

Hasnan dah dapat gaji. yang pelik, Hasnan beli akuarium dan ikan.

*Ikan lap cermin nama Jannah.


*Dua ekor ikan emas nama dia Ida & Torek. comel kan jadi ikan emas? [
tapi Hasnan cakap memang sesuai sebab ikan emas dia ketot-ketot je, ces]

*Ikan guppy, Hasnan tak bagi letak nama siapa-siapa. [
baiklah kami faham siapa nama sebenar ikan itu tttteeetttt haha ;p]


sambungan..

kalau nak baca sila klik. taknak baca sudah.

lepas ni Hasnan kena beli ikan lap cermin lagi seekor untuk tolong Jannah mengemas akuarium. nanti kami nak namakan ikan tersebut sebagai Udeq.

yang penting jadi ikan emas comel. nama pun "emas" okeh. [korang jelesla tu ;p]

haha. sukahati je.


wink wink ~.^

Saturday, October 24, 2009

hebat okay

hari ini sangat hebat sebab bangun pagi tadi walaupun agak tak berapa awal, tapi berjaya prepared breakfast yang macam hebat lah. which was cekodok. sarapan cekodok cicah dengan kuah gulai ayam memang sarapan yang hebat bagi saya sebab saya tak pernah buat benda macam ini walaupun dah 22 tahun lebih hidup. [kalau kamu rasa tak hebat mana, kamu mesti cemburu sebenarnya kan kan kan?] - ignore saidamunira semua, dia sedang perasan hebat ni.

eh btw kamu kena tahu, ia lebih hebat sebab sebenarnya saya tak balik rumah weekend ini. ini memang kehebatan yang macam ala-ala super ajaib sangat.

okay mari sambung bajet hebat lagi. Jannah Miki dan saya mengemas rumah hebat kami. sebab kami rasa tak hebat kalau tak kemas rumah comel ini. jadi, kami kemas dengan bersungguh-sungguh. rumah berkemas, baju dah basuh, dah lipat baju, yang lagi hebat, mandi pun awal tahu.

kehebatan disambung dengan memasak makan tengahari. dalam hati terfikir hebat juga menjadi suri rumah bukan. macam best lah. eh eh eh tak, cancel. saya tak boleh jadi suri rumah sebab nanti cenderung obes. sekarang banyak lemak dekat perut pun dah rasa sangat tak hebat. uh :(

eh macam panjang sangat pula bebelan. okaylah, dipendekkan. hebat tak habis lagi sebab petang pergi pasar malam beli aiskrim pulut. malam pula Udeq datang membawakan kek coklat untuk kami. terima kasih Udeq.

lepas dah taip-taip entri ni, saya rasa macam sebenarnya hari ni tak adalah hebat mana. sebab kerja yang sepatutnya dibuat pun masih belum dibuat lagi. asyik makan saja. makan makan makan lepas tu bajet hebat, padahal tak hebat langsung sebab fat pecentage sekarang dah makin naik, jadi takyahlah bajet hebat lagi. [eh emo?]

memanglah tahu pun saya tak hebat kan, kamu tu hebat sangat? [ehh emo betul, cakap dengan siapa tah ni, sendiri pun tak tahu]

o oh. we got exam this coming Thursday. [tetiba saspen] baiklah, rasa tak nak main dekat blog ini lagi. buzz off sekarang juga.

wink wink ~.^

Thursday, October 22, 2009

happy birthday baby

assalamualaikum.

pada setiap 22hb Oktober, a memory triggers.

10 years ago, when I was in form 1, pak itam passed away. hari tersebut adalah sangat menyedihkan, tahap super megabuster punya sedih sebab all of a sudden, pak itam sudah tiada. pak itam meninggal sendirian pada umur 29 tahun, ketika tidur. sangat mengejutkan kami semua. ajal dan maut siapa tahulah bukan. innalillahi wa inna ilaihi rajiun. al-fatihah buat arwah pak itam.

saidamunira sangat ingat waktu arwah pak itam bawa along, angah dan saya pergi Cameron Highland. [
best tahu pergi jalan dengan pak itam]. dan sangat ingat arwah pak itam ada video Mr. Bean yang beliau tulis "Pak itam punyo". baiklah. pak itam punyo. memang bukan kami punyo. heh.

ok ok tak mahu sedih. yang pergi takkan kembali lagi.

* * *


btw, hari ini mahu bagitau kamu semua. blog saya baru satu tahun. cepat, cepat wish dia happy birthday cepaaaaat :D.

heheh, comel kan, blog ni baru satu tahun, macam baby. eh memang baby pun lah.

even masih baby, saya bagi dia hadiah purse Guess ini. nah, with love baby. sungguh bertuah baby ini bukan?

nasib baik dia blog, bukan human.
sikap terpuji, dapat gambar saja pun tak ada komplen itu ini.
heh heh.


anyway, paparan ini adalah dengan niat harap anda memahami. [with best wishes, marilah bagi saya purse ini satu] em my purse currently is soooooo kasihan macam sangat nak menangis kalau tengok dia lah. betul tak tipu tahu. tapi tak mengapa kan, sebab kalau pakai purse mahal pun tapi dalam dia tak ada isi mesti lagi pathetic sampai nak meraung simpati. haha.

baiklah semua. usia yang meningkat, makin dekat kita dengan kematian. [tengah buat tangan nasyid ni]

pen off.

wink wink ~.^

Tuesday, October 20, 2009

iklan sabun sikit gedik ayam sikit

taking a few minutes for blogging. sebab blur tak tahu nak buat kerja sekolah tu macam mana. lepas update blog rasanya tahu kot nanti. amin.

ini family portrait
he he he he he he errr blushing ni :">

kadang-kadang nama dia Cessna, kadang-kadang Atromen,
tapi nama betul dia Izzat

saya selalu cemburukan gigi dia yang lagi putih daripada gigi saya.
sob sob.


* * *

oh, saya penat saya mengantuk saya mahu tidur. tapi kerja sekolah tak tahu nak buatlah.

btw kawan-kawan, kalau nak beli sabun boleh cuba tengok
kedai sabun ini.
BELI na jangan tak beli. [heh over pulak kempen].

hm dah update pun masih taktau nak buat kerja sekolah tu. aisemen. takyah buatlah, nak tidur mimpi insan kesayangan lagi berfaedah bukan.

eh lupa nak bagitau. malam ini saya happy main dengan udeq. tengok ini. :D ceria gembira lah.

wink wink ~.^

Monday, October 19, 2009

artis tag saya

Katijah Ibrahim tag saya. betul, nama dia Katijah Ibrahim. macam artis kan? jom jom kita layan kak Kathy. saya pun dah lama tak bermain tag.


1-NAMA TIMANGAN ANDA


ida. ida roda. [?]
-question marks dengan niat bagi nampak macam roda tersebut aneh, jadi tak perlu aplikasikan ya kawan-kawan.


2-ANDA SEORANG YANG

cool kata Jannah. hot kata Cessna [eh eh? btw ehem. ;p]. em yang sebenarnya ialah seorang yang makan banyak macam monster.

3- INSAN TERISTIMEWA

ibu bapa penjaga dan keluarga. juga bakal suami.

4- LAGU KESUKAAN ANDA

hari ini suka lagu Lucky. dua hari lepas suka lagu Thinking of You. tapi hakikatnya suka lagu I Love You yang Barney nyanyi. serious suka walaupun fizikal Barney tak berapa memainkan peranan. gemok, berupa paras raksasa, tapi saya tetap suka. saya tak memandang luaran. eh tetiba?

updated:
ini serious. malam ini saya suka lagu Always Be My Baby by David Cook. yey :D

5- MAKANAN KESUKAAN ANDA

makanan rohani [sambil buat tangan nasyid].

6- SIKAP YG BUAT ANDA STRES

sikap seorang undergrad student yang kami namakan Tong. Tong ini berlagak best dan sangat bossy dengan aku sebab tahu aku sebaya dengan dia lepas tu macam bagus tak ingat. ingat aku siapa Tong?. [eh emo pulak. kan dah kata sikap Tong buat saya stress. dah dah, tak baik emo, nanti lambat kawen cemana?]

7- WARNA KESUKAAN

oren yang cantik.

8- TAG 6 RAKAN ANDA

nak tag jannah seorang lah [dengan niat mengenali rakan sebilik dengan lebih mendalam]. PEACE!!
p/s: jannah buat cepat, nanti minggu depan dah nak exam nanti banyak pulak alasan. ;p buat cepat sambil bosan-bosan tunggu Mr. Daiki pulang dari on call okeh babeh. :D hehh

wink wink ~.^

Thursday, October 15, 2009

berdua lebih baik, habis tu single tak baik?

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

tadatadatadaaa!!

berdua ni, baik tak?

tapi saya single sebab saya belum kawin.

sekian.

wink wink ~.^

Tuesday, October 13, 2009

before taking my bath

hi world. [awal-awal lagi dah bajet hot macam satu dunia baca blog dia]

jika hari dimulakan dengan heart rate yang tak berapa stable sebab ada faculty level proposal presentation di awal pagi, anda harus buat-buat cool. sebab walau apa pun yang terjadi, bare in mind, bahawasanya supervisor kamu penuh kasih sayang terhadap kamu. oh tak faham takpa sebab langsung tak ada menjejaskan hidup kamu pun kalau tak faham lah. [start assuming baby, saidamunira ini messy, serabut, dan mungkin beliau ada gangguan mental sekarang ini]

read this if you really tak ada kerja saja, okay?

for my research, ada banyaaak banyak banyak komponen. dalam super banyak-banyak-banyak komponen tersebut [hiperbola, saidamunira mahu bagitahu yang kerja dia macam banyak sangat lah, maka harap faham] satu daripada intervensi yang akan saya jalankan adalah latihan kognitif. we will suggest our subjects to read al-Quran as part of leisure activity at home.

but then kan, ada profesor ni kan, dia argue.

"Does reciting Quran alone, without understanding what you read is part of cognitive training?"

..tapi beliau sangat mempercayai bermain mahjong berciri sangat cognitive training you.

em, btw, please do not argue. reciting Quran has its own power I think. not only in my thought lah bukan. dalam hadis pun ada. [err tapi tak tahu bagaimana bunyi hadis tersebut, mungkin perlu tanya Dr. Noor Ibrahim yang tolong back up student comel ini masa Q&A session pagi tadi] - oh, kejap-kejap bajet hot, kejap-kejap bajet comel. oh, sukanya sebab ini blog saya, maka saya boleh bajet apa saja.

baiklah pembaca budiman dan budiwoman.

actually I'm totally penyet sekarang sebab lepas seharian postgrad seminar hari ini, saidamunira et al. telah pergi makan angin di samping makan Carl's Jr di MidValley di mana train komuternya sangat pathetic dan mempenyetkan.

perlu pergi mandi untuk tidur yang lena laksana baby comel. assalamualaikum.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.