The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 26, 2013

January Post

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita. Means, I am alive. At least for now. Alhamdulillah.

Esok adalah hari minggu, tapi Jumaat dah kira hari minggu sebab suamilovelove sekarang tak ada kelas hari Jumaat, maka tiga hari cuti sangat dinantikan oleh surirumah dan bayi yang belum lahir ni.

Our baby is called 'The Happy Baby' by the midwife. Bagus anakku, bagus. Last check-up on the 25th week, baby dapat 'GOOD!!' daripada midwife, midwife tulis dalam buku. Nanti dah sekolah teruskan aksi cemerlang, nanti dapat good lagi ye baby. WeWwwovvveeeWou. :-*

Hari ini saya memasak Sheperd's Pie. To be honest, tak sedap. Blame it on the instant mix. Lepas ni taubat taknak beli lagi. Kalau nak masak makanan pelik akan cuba google resipi rather than memakai cara main tipu. Shepherd's Pie adalah salah satu makanan kegemaran suami. Sejak dekat Malaysia lagi dia addicted to it, to be exact, the Secret Recipe's. Tapi sekarang rasanya dah tak jual lagi menu tu, kejap ada, kejap tak ada. Suami belum makan lagi pie tu, sebab dia dah tertidur, penat study kot. Esok berazam akan mengeluarkan isi pie tersebut dan akan transfer jadi rencah mihun goreng. Huh. Appearance OK, tapi rasa OUT. . . Hm. At least, I learnt a lesson.

And oh ya. Betapa bosan blog tak ada aksi visual, bukan? Baiklah. Here goes. Tapi gambar tak banyak sebab main depan rumah je masa snow last week. Itu pun sambil malu-malu sebab takda orang lain pun main snow. Heheh.

In front of our house, hubby was scrapping our car, before pergi kedai.

Ini ialah wanita hamil enam bulan. Heheh.

And close up,,, untuk sesiapa yang mendakwa telah rindukan melihat muka saya. Huahua. Photo with baby bump, tunggu episod lainlah. Harap bersabar. 

The cheek is growing. 
Adik-adik di rumah, tengoklah gua dah takda jerawat. Huahuahua eksyen nihhhhhh!!
Tumit merekah pun lenyap begitu saja. Takyah Ellgy Plus bagai. :p

Sekian. Bertemu lagi lain kali, insyaAllah. Going to sleep, pening makan Shepherd's Pie tak sedap.

p/s: selamat bertunang kepada Angah and Kak PowerPuffGirl.

wink wink ~.^

Friday, January 18, 2013

I am a housewife.

Assalamualaikum. Hai.

Selalu sangat ponteng blog, apa nak jadi? Well, sekarang fasa jadi isteri mithali, taktahu lagi? :p

Usia perkahwinan masuk 10 bulan, how time flies. Setiap hari saidamunira duduk di rumah dan melihat awan. Awan banyak, laju pulak tu jalan. Kadang-kadang nampak langit. Tapi kebanyakan hari nampak awan. Hujan sekali-sekala, itu pun halus saja. Hari ini, salji. Tssskkk. Sejuk. T_____T  Makin sejuk. Tapi taklah banyak mana. Tuhan, jadikanlah saidamunira orang yang bersyukur dan tahan sejuk. Amin.

Hari esok hari bertemu midwife (againnnnn!!). Bolehkah daku malas nak keluar kerana sejuk. Sekarang dah mula berdoa supaya esok salji takmahu turun sebab esok saidamunira nak keluar rumah. Please please. Allah have mercy...

To my hubby, alangkah comel anda tidur memakai stokin malam tadi. Dan sekarang pun anda masih tidur, seronok katanya sejuk dunia dia. I love warm, as in Malaysia. Oh tanah airku. [Alamak ni yang malas ni kang start ah homesick, tu yang nak ponteng blog selalu.]

To our baby, ibu bapa anda sungguh comel, maka perlulah anda juga jadi comel. Hihi. Your father is so excited to feel you. And always assume you are playing football inside me. Heh. Tak habih-habih. Kalaulah ini baby girl, dia sedang main tenis kot kan. Aih boringlah. Baby bukan tahu baca blog.

Kehidupan surirumah tak adalah bosan mana. Suami cakap, rehatlah sementara diberi nikmat rehat. Yayy. Kerjaya menyambut suami pulang, sediakan makan minum suami, uruskan pakaian suami bukanlah loser. Tapi nikmat sambil ditemani baby yang baik ni. :D

Oklah. Esok Jumaat, nanti boleh potongkan kuku suami. Kan banyak aktiviti tu. Hihi. Akan ponteng blog lagi sehingga minggu hadapan. InsyaAllah.

10 months of marriage, thank you Muhammad Izzat, I am happy with you. Always happy. Nangih sikit-sikit tu biasalah, I am hormonal and homesick. Hihi. Nah, LOVESSSS banyak-banyak ni ambikkkkkkk!!!!

wink wink ~.^

Friday, January 11, 2013

It's 2013's first entry

Assalamualaikum.

Malaysia yang dirindui. Huh. Lama tak jumpa. Bilakah boleh bertemu lagi?

Lagi 2 tahun, insyaAllah confirm. Kalau summer tahun ni? Ye. Udeq suruh berdoa dari sekarang hendaknya. Boleh balik bawak baby wuwuwu.

Belum pun lagi wish Happy New Year to everyone. Tahun 2013 pun dah berlalu 11 hari. In fact, dah masuk tahun 2013 boleh taknak terima kenyataan yang tahun ini saya akan berusia 26 tahun. Kalau bundarkan, terus jadi 30. Omagad.

Tapi tak apalah, kalau 26 tahun boleh mencapai kejayaan menjadi ibu. Ameen. Setakat ini, bayi saya sangat behave, maklumlah, ikut perangai ibu bapa sendirilah tu, bukan. Heheh. Semenjak dari mula kini dan selamanya hendaknya bayi ini tak pernah susahkan kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah. You accommodate us too much, honey. Thanks to you. :') We love you, kata ibu bapa bayi tersebut kepada bayi. Heh.

Suami pun telah bertanya, tak update blog ke. Maka saya pun berusaha update blog ini ketika beliau sedang tidur. Sebab kalau tak tidur kang nak puji-puji macam malas. Kalau beliau tengah tidur, boleh puji banyak-banyak. Thank you sebab jadi suami yang baik dan comel, bagi saya dan baby makan kenyang-kenyang, berkhasiat, banyak vitamin dan mineral. Tahniah sebab passed three modules in a row. Senang dan tenang hati saya and of course our family.

Antenatal check up-s went well. Sejak minggu lepas, dah dua kali pergi klinik. Next week on the 25th week will have another one. At 23rd week, current weight is 52kg, fundus height is 24cm, BP is 110/50 mmHg, Hb taktaulah, haritu tak dapat result on the spot [wuuu Malaysia lagi majuuuuu]. Rasanya ok kot, tak pernah pening-pening pun, eyelid pun merah setiap masa. So rakyat Malaysia semua jangan bimbang. Hihi.

About the thalassemia trait we had, Geneticist pun dah call, nothing to do at the moment, dia dah make sure we know everything about that, and the baby will be tested after birth. Oleh itu, semoga bayi kami sihat walafiat hendaknya.

Supplementation, dah stop makan Obimin and Calcium. Kadang-kadang curi makan jugak Calcium tablet tu bila tak minum susu. Hee. Suplemen yang dia bagi only contains folic acid, vitamin C and vitamin D. They do not allow pregnant women to take fish oil supplementation, strictly. And first day jumpa midwife, she gave us leaflets banyak betullllllllllll pastu suruh baca and esok suruh datang and esoknya disekolahkan balik pasal leaflets yang dia bagi. Huh.

Eh entri menjadi novel. Sekian dululah. Berhenti mengejut sebab dah malas. Bye. Selamat tahun 2013.

wink wink ~.^

Sunday, December 16, 2012

Rainbow :)

Assalamualaikum.

Petang tadi selepas Asar saya telah membuat onar kerana memeranjatkan suami, akibat saya jakun tengok rainbow. WTHehh. :p My scream was like something really dangerous happened! Sorry mypumpkin.

Saya sedang membaca newspaper di atas katil sambl tengok tingkap. Kejap-kejap tengok. Takut snow turun, I reallly wish that it won't come, please please please. Tetapi setelah mentengok kali ke berapa entah, saya telah diperanjatkan oleh rainbow yang sangat big big and bright. Makanya, saya jakun. 



Btw, this is my first time revealing my neighborhood view from my bed. Tepi bed ialah tingkap. Pls enjoy :p

The view from my window, the blue car on the right is our car, tapi belum boleh guna secara legal, kadang-kadang je naik kereta pergi kedai. Tak beli insurance lagikkk.

And in case you miss me and the baby :D

I always love rainbows. Tengoklah kat once upon a time atas tu kan ada rainbow, kat lilypie itu pun kes sama. Full of colors, I wish that is about my life :D 

Sekian. wink wink ~.^

Thursday, December 13, 2012

Happy December :)

Assalamualaikum.

Hihi. Saya tidak sibuk pun tetapi amat malas ke blog kerana hari-hari kan duduk rumah pastu masak masak masak. So heaven. Tiap-tiap hari, so takkan nak update harini masak apa secara tiap-tiap hari, bukan?  

Di sini ialah gambar dua minggu yang lalu semasa berjalan-jalan di Eastville Park. Dekat dengan rumah, tapi nak sampai ke sini tengahari pun boleh frozen. Hua. The green view is very nice, indeed. Tetapi aktiviti kesukanan suami tak dapat berjalan lagi sebab belum beli kasut jogging. Ramai budak main bola sepak kat sini, mungkin cita-cita nak main untuk MU kot. Pakai baju merah. 

Ini ialah saya dan Izzat the Gunners. Hek. Arsenal, pls keep it up, baby!
Winter coat ini masih boleh dibutang. Itu saja bukak bagi baby bernafas. Hekk :p

Ini ialah hubby yang frustrated tak dapat main bola. Last week beliau dah pergi main futsal dengan kawan-kawan beliau kat sini, tapi katanya.... main dengan budak Pedas lagi best. Rindu kat Sidek agaknya. Hihuuu

Serius ni mentenung budak main bola.

Dan ini ialah pose suami isteri dengan pemandangan housing area on Fishponds Rd. 
Best lagi Lavender Ht, Jln Seberang Merbok dan juga Tmn. Panchor Jaya, sebab....... sebab saya homesick. 
Tapi tak nangis tahu. 

Oho, last weekend saya berhujung minggu di rumah besar Hafiz Mustafa dan rakan-rakan di Horfield. Together with adik-adik girls Univ. of West England, aktiviti memasak kek coklat dan makan malam. Tapi sebab saya mengandung kan, semua kerja pun tak dibagi buat, spoil brat lah duduk dengan diorang. Maka telah menggoyang kaki dan makan saja. Gambar tak ada sebab tak keluarkan kamera, dah diorang semua sibuk dengan DSLR masing-masing, maka saya takyah sibuk keluar camera. :p Hiks.

Sekian. Itu saja setakat ni. Kalau rajin, kita bertemu lagi di lain hari. 

Oh ya, suami comel saya dah lulus two modules. Congrats, love. Nanti kita makan banyak-banyak lagi, ok. Love you forever. :-* chuuu

wink wink ~.^  

Tuesday, November 27, 2012

We Need The Strength

Assalamualaikum.

The weather. It's not kind to me. Bukan. Saidamunira yang mengada. Suami cakap, isteri dia kena jadi isteri perkasa. I am trying.

Disebabkan kalau mentulis blog ini saya akan rasa nak menangis, oleh itu saya sedang cuba mentulis dengan laju. Supersaiya on the way.

I hope for all your prayers. Doakan supaya urusan kami mudah. Bukan senang nak berdiri, apatah lagi berlari. Kenalah belajar berpijak, kadang-kadang terjatuh, luka, sakit dan berparut. I am striving here, to make a better living, family and even learning hard to be a good wife. Suami cakap, saya kena sacrifice a lot of things, and we pray that one day, our life will be better.

I love my husband more and more. My love for him grows everyday.

Alhamdulillah.

Friday, November 9, 2012

Life Update

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, we had confirmed with a landlord to rent a house in Fishpond. [Gua duduk dalam kolam ikan lepas ni beb. Weehu.] The house seems nice, but a little bit far for hubby to go to the college. However, that's the best we can get for now, semoga Allah merahmati rumah tangga yang bakal berdiri. We plan to live it with a hubby's best friend, Hakim. O' Allah, grant us harmony and light in the house.

Sejak beberapa hari menjadi surirumah, saidamunira perlu makan banyak. Ini kerana, the weather is just too extreme for me, worse my nose bleed twice dah. Apakah platelet level saya telah merosot? Ish ish ish. Selain itu, mungkin sebab sejuk atau because the baby is growing, my leg cramp when I sleep. Tapi telah diatasi dengan meningkatkan dosage calcium supplement. I continue my 5mg folate once daily. Health is so-so I think, selesema checked, headache checked, lain-lain tak ada lah. Eh another thing is constipation. Vege is lacking in the meal taken, tapi dinner tadi makan salad Azree. Salad tersebut saaaangat sedap. And last few days, suami membeli pisang. That's only the source of fiber, plus the cereal and rice that we had.

No recent photos since I found it boring, both of us tak jalan sangatlah sebab hubby got class sampai Maghrib [pukul 4.30 pm dah Maghrib!!], and when evening comes, it's too cold for me to go outside of the house. Even buka tingkap dapur pun saidamunira shivers tahu. I wonder where my fat deposit has gone by now, I need it!!!

Sekian.

Er, letak gambar jugaklah btw.

 Belakang tu Primark, in London. 
Serius murah murah barang and pakaian.
Kaki shopping wajib datang. 

wink wink ~.^ 

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.