The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 27, 2010

lelaki lain tak comel

told you. I want to cook, so badly. maka, dua minggu lalu telah memasak macam-macam. tapi nak show off dekat sini gambar puding roti saja. yang lain tak mahu menunjuk-nunjuk. sebab memang takda ambil gambar pun. haha.

resipi diminta melalui sms daripada Islami, ketika berjalan seorang diri di Chow Kit sebab nak beli ayak tepung. di kedai tersebut ternampak talam. tapi buat taktau je. lepas berjalan separuh jalan, rasa macam nak beli talam. maka, terus rasa nak buat puding roti. sungguh mudah berkhasiat.

saat puding roti kembang setalam.
puding roti ini main sebat je, cikgu cakap pakai esen vanila, tapi saya pergi letak kordial laici.
kehkeh.


walau bagaimana pun, sekarang saya sedang emo.

nah. tengoklah gambar Adam comel ni. Adam seorang je lelaki comel di hati. lelaki lain tak comel langsung.


akhir kata, memasaklah dengan penuh kasih sayang, nescaya masakan anda sedap sehingga menjilat jari.

wink ~.

Monday, August 16, 2010

nak masak

balikbalikGC.

balikbalikGC.

nak balik memasak lauk berbuka :'(


sobsss. sekarang dah bosan tengok GC sampaikan balik RAH je semua dah siap masak. tak pernah tolong pun. macam loser balik duduk makan je.

tanak wink. arghhugh

Saturday, August 14, 2010

optimistic it is

assalamualaikum semua.

yesterday was ---> :D. [sebab taktau nak describe yesterday tu macam apa.] hm. could it be optimistic?. we'll see.

semalam telah seronok sebab boleh bangun lewat, as Lai Kuan was injecting samples in the morning. sampel semua dah habis prepare, so takyah struggle pergi lab pagi-pagi sangat.

sebab bangun lambat, saya telah sengaja melambat-lambatkan lagi keadaan. saya start enjin ScarlieRenesmee [takyah sebut kalau malas, cukuplah kalau faham maksud dia kereta, ok? ;p] dan terlihat isipadu minyak dia tinggal separuh. maka, disebabkan saya memang ada habit terasa jengkel kalau minyak kurang dari separuh, saya pergi Petronas, isi minyak. bukan beli biskut oreo. disebabkan sekarang takyah basuh baju guna tangan lagi, sekarang keyakinan diri telah bergantung kepada isipadu minyak ScarlieRenesmee. maka, saya menjadi lebih yakin semalam.

lepas tu pergi fakulti. didapati sample baru saja injected at 9.10 am. that means I HAVE TO WAIT UNTIL 5PM TO OFF THE MACHINE. wargh. one sample takes 67.5 minutes to run in GC. kalau ada six samples, plus relapse time machine tu, maka saya terpaksa batalkan hasrat untuk buka puasa bersama family di rumah.

maka, saya telah sms ahli keluarga [InsyaAllah] yang you-know-who tersebut. takda orang lain. cuma dia seorang. aisemen sempat gedik pulak auw. sms berbunyi,

u, nak bukak pose same-same, tak kire nak bukak pose same-same jugak. kalau tak, kite berpisah.

tadaa, saya tipu anda di bulan puasa. minta maaf ye. moral: mana boleh bagitahu anda semua apa saya sms bukan? rahsia (bakal) rumah tangga you. :p

oleh itu, beliau telah berhasrat untuk berbuka puasa di parappapappaMcD. yes McD pon sodap.

walau pun begitu, disebabkan GC machine tu lambat sangat menurunkan suhu beliau, saya menunggu lah, nak buat cemana. takkan nak lari tanpa tanggungjawab dan membiarkan compressed air, hidrogen dan helium tidak ditutup. lainlah kalau ada niat nak bagi makmal tu meletup over the weekend. oleh itu, saya telah balik pukul 5.30 petang.

hello, it was KL. expected lah traffic jammed. maka, dengan itu, saya hanya berbuka dengan minum air mineral dalam ScarlieRenesmee, itu pun nasib baik hari Isnin hari tu ada air mineral lebih masa data collection dekat HUKM, pastu saya rembat letak dekat belakang seat. luckily, yesss luck luck :D.

saya hanya sampai dekat RnR Seremban jam 8.05 pm. terus pergi solat maghrib lepas tu beli jagung dan air milo Dailyfresh [our favorite snack, take note take note, nanti boleh belanja kami :P]. oh, in the meantime, Cessna kata takpa, just drive carefully, dia dah buka puasa dengan family dekat SR, nanti dia teman saya makan McD.

tapi, macam tak berhati perut kalau mensuruh kekasih menunggu sampai burn solat terawih dia, bukan? dahlah taktau boleh sampai pukul berapa, jalan jammed lagi. makanya, saya pun berasa takpa lah. nak makan je pun, dekat RnR pun banyak makanan what.

oleh itu, saya beli nasi briyani ayam RM5 yang tak sedap mana pun, sebab cuma ada nasi dan ayam je. em. rezekilah tu. selepas itu, saya makan seorang diri di sebuah meja yang ada dua lagi kerusi kosong. meja sebelah pun kosong.

tiba-tiba, ada dua orang aunties are-are nak duduk dekat meja saya. baiklah. silakan. entah kenapa dia tanak pun duduk meja sebelah yang kosong tu. mungkin dia tengok saya macam loser ke apa, makan nasi briyani yang ada ayam saja, air pun takda, makan seorang diri. ceh. haa. expected................. saya jadi pening sebab bahasa tamil sungguh arghhhhhh poning acik dongar.

tak tahan, terus makan dengan laju, minum air dalam kereta dan cepat-cepat memandu pulang.

arrived home at 10 pm. :D

sekian, penat haku type entri ni. good byebye. selamat berbuka puasa.

wink wink ~.^

Thursday, August 12, 2010

three

assalamualaikum.

sorry. you have no choice. please look at the pictures below:-

1. the car, before and after (still in progress) :D
[
you, handsome :)]

2. the late WestB.

3. the boots.


in conclusion, saidamunira is _________________________ (you may fill in the blank).


wink wink ~.^

Monday, August 9, 2010

welcome Ramadhan

simply: missing all my ex-roommates. all of you. syera, nad, aida, fida and jajan. JAJAN I MISS YOU. hidupku berubah tanpamu. [:p hekkhh.] ehem. saya serius ok.

family: big family is messy. do not use lighter to create fire. use lighter to lighten up dark places, which is a better option.

daily living: superbusy with GC lab.

today: thanks to pakcik Jantan bin Othman :D. I was touched this morning, he prayed for my success. amiiin. amiiin. amiiin.


* * *

erti hidup pada yang memberi. kalau memberi, ikhlaskan hati. jangan ungkit kemudian hari.

buat baik tak rugi. keindahan hidup kita cari. jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia, biar hidup kita berbudi, bukan memaki.

ok, mode tangan nasyid boleh berhenti buat masa ini. kita jumpa pada lain hari.

minta Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan, bulan terindah, seluruhnya nikmat dan keberkatan.

OH MY. sikit lagi jadi ustazah takda tauliah. :p

byebye love(S)

wink wink ~.^

Friday, August 6, 2010

first week of August

assalamualaikum.

minggu ini sangat produktif. extraordinarily.

sejak hari Ahad lepas, makmal dah jadi kawan rapat saya. oh macam mimpi indah. saya belajar gas chromatography (GC) dengan Encik Razif yang baik hati. belajar lipid extraction from plasma, fatty acid methyl ester preparation dan segala bentuk step yang perlu saya buat untuk analisis asid lemak dalam plasma. oh ya. even hari ini, saya telah pandai pasang nitrogen gas tank dekat fume hood. walaupun memakai baju kurung dan pashmina, terpaksa juga buat kerja macam ganas tersebut. on average, minggu ini saya balik tiap-tiap hari around pukul 7 petang [eh ke malam?]. hari Selasa je saya balik pukul 8.15 malam.terasa gigih. harap-harap boleh jadi 43 kg lepas ni.

bukan GC lab saja. semalam dan hari ini ada blood sampling dekat HUKM. pagi-pagi dah keluar pergi hospital. jumpa pakcik makcik subjek kesayangan. mintak darah sikit pakcik makcik sayang. saya nak belajar buat itu ini. hehe. ya, betul sekali. sekarang ada kasih sayang kepada subjek. mereka pun macam atok dan makwan dekat kampung juga. lovable. warga tua perlu dihormati dan disayangi.

bercakap pasal warga tua, one thing triggers. [secara ajaib]. kasih sayang kepada atok dan makwan. juga kasih sayang terhadap ahli keluarga yang lain. disebabkan kasih sayang tersebut, hari ini berasa sangat rage. like explosive. .

betapa "berakalnya" dia.. kerjanya memang dibuat secara "berakal".

*
*

emosi tengah tak stabil. kalau marah, syaitan banyak sangat dekat kita. jadi mari tukar topik.


hari Rabu saya tengok teater CUCI. oklah. walaupun macam sikit frustrated juga. Nabil rocks. Awie rockEST. :D. pergi tengok dengan Udeq. tak sangka boleh tidur juga dalam Panggung Sari tu. dulu tengok Impak Maksima rasa macam takleh kelip mata.

baiklah. berhenti di sini dulu. nak pergi mandi dan memandu pulang ke rumah malam ini. saya sangatsangatsangatsangat bersyukur sebab lab takda power supply over the weekend. sebab, kalau ada, saya takleh balik rumah. kena buat lab sampai lebam. yeehu. nakbaliknakbalik. :D bye bye.

wink wink ~.^

Monday, August 2, 2010

speechless :D

it's now August. time flew terribly fast. I spent my 1st August yesterday with a veryVeryveryYES. very long day. ya, saya tipu. in fact, setiap hari adalah malar, 24 jam. bukankah? baiklah. semalam adalah panjang. literally.

..emh. emmm.
so speechless.


actually,we attended Abib's wedding on 31st July. it was a wedding dinner. rasa seronok sebab jumpa kawan-kawan a.k.a. geng dewan makan. duduk dekat meja bulat sama-sama rasa macam makan kat dewan makan pun ada. haha. seronok it is. alhamdulillah, Abib met her soulmate, which is her neighbor. :D


selepas makan malam tersebut, saya tumpang be
rmalam di rumah Dziela sebab saya balik dah tengah malam. 5 minutes to 12 m.n. Cinderella, bukan? saya takut nak balik rumah, sebab itu saya tumpang rumah Dz. [hey, bukan sebab takut ibu bapa membebel anak dara balik lewat malam lah. tapi sebab ibu bapa takda di rumah, saya takut hantu. see, jujur.] maka, saya mendapat kasih sayang Dz pada malam tersebut sehingga pagi semalam. oh. I treasure my friends. bukan Dz seorang sahaja. :D anyways, thank you darling.

gambar ibu bapa diselitkan di sini sebab weekend hari tu ibu bapa pergi jalan kat Kelantan, maka saya ditinggalkan. sobs. rindu kot, tapi takkan nak sms ibu bapa cakap rindu. haih. blushing la macam tu.



eh tiba-tiba saya malas menaip blog post ini secara mendadak. akhir kata, selamat menyambut bulan patriotisme. Cessna mengantuk, secara automatik takda siapa suruh pun saya rasa mengantuk juga. seriously cannot help. [
nauseated, hoh?] :p

bye bye loveS. yes, anda pun dikenali sebagai love juga, including him. hehhe.
adios.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.