The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 16, 2012

Rainbow :)

Assalamualaikum.

Petang tadi selepas Asar saya telah membuat onar kerana memeranjatkan suami, akibat saya jakun tengok rainbow. WTHehh. :p My scream was like something really dangerous happened! Sorry mypumpkin.

Saya sedang membaca newspaper di atas katil sambl tengok tingkap. Kejap-kejap tengok. Takut snow turun, I reallly wish that it won't come, please please please. Tetapi setelah mentengok kali ke berapa entah, saya telah diperanjatkan oleh rainbow yang sangat big big and bright. Makanya, saya jakun. 



Btw, this is my first time revealing my neighborhood view from my bed. Tepi bed ialah tingkap. Pls enjoy :p

The view from my window, the blue car on the right is our car, tapi belum boleh guna secara legal, kadang-kadang je naik kereta pergi kedai. Tak beli insurance lagikkk.

And in case you miss me and the baby :D

I always love rainbows. Tengoklah kat once upon a time atas tu kan ada rainbow, kat lilypie itu pun kes sama. Full of colors, I wish that is about my life :D 

Sekian. wink wink ~.^

Thursday, December 13, 2012

Happy December :)

Assalamualaikum.

Hihi. Saya tidak sibuk pun tetapi amat malas ke blog kerana hari-hari kan duduk rumah pastu masak masak masak. So heaven. Tiap-tiap hari, so takkan nak update harini masak apa secara tiap-tiap hari, bukan?  

Di sini ialah gambar dua minggu yang lalu semasa berjalan-jalan di Eastville Park. Dekat dengan rumah, tapi nak sampai ke sini tengahari pun boleh frozen. Hua. The green view is very nice, indeed. Tetapi aktiviti kesukanan suami tak dapat berjalan lagi sebab belum beli kasut jogging. Ramai budak main bola sepak kat sini, mungkin cita-cita nak main untuk MU kot. Pakai baju merah. 

Ini ialah saya dan Izzat the Gunners. Hek. Arsenal, pls keep it up, baby!
Winter coat ini masih boleh dibutang. Itu saja bukak bagi baby bernafas. Hekk :p

Ini ialah hubby yang frustrated tak dapat main bola. Last week beliau dah pergi main futsal dengan kawan-kawan beliau kat sini, tapi katanya.... main dengan budak Pedas lagi best. Rindu kat Sidek agaknya. Hihuuu

Serius ni mentenung budak main bola.

Dan ini ialah pose suami isteri dengan pemandangan housing area on Fishponds Rd. 
Best lagi Lavender Ht, Jln Seberang Merbok dan juga Tmn. Panchor Jaya, sebab....... sebab saya homesick. 
Tapi tak nangis tahu. 

Oho, last weekend saya berhujung minggu di rumah besar Hafiz Mustafa dan rakan-rakan di Horfield. Together with adik-adik girls Univ. of West England, aktiviti memasak kek coklat dan makan malam. Tapi sebab saya mengandung kan, semua kerja pun tak dibagi buat, spoil brat lah duduk dengan diorang. Maka telah menggoyang kaki dan makan saja. Gambar tak ada sebab tak keluarkan kamera, dah diorang semua sibuk dengan DSLR masing-masing, maka saya takyah sibuk keluar camera. :p Hiks.

Sekian. Itu saja setakat ni. Kalau rajin, kita bertemu lagi di lain hari. 

Oh ya, suami comel saya dah lulus two modules. Congrats, love. Nanti kita makan banyak-banyak lagi, ok. Love you forever. :-* chuuu

wink wink ~.^  

Tuesday, November 27, 2012

We Need The Strength

Assalamualaikum.

The weather. It's not kind to me. Bukan. Saidamunira yang mengada. Suami cakap, isteri dia kena jadi isteri perkasa. I am trying.

Disebabkan kalau mentulis blog ini saya akan rasa nak menangis, oleh itu saya sedang cuba mentulis dengan laju. Supersaiya on the way.

I hope for all your prayers. Doakan supaya urusan kami mudah. Bukan senang nak berdiri, apatah lagi berlari. Kenalah belajar berpijak, kadang-kadang terjatuh, luka, sakit dan berparut. I am striving here, to make a better living, family and even learning hard to be a good wife. Suami cakap, saya kena sacrifice a lot of things, and we pray that one day, our life will be better.

I love my husband more and more. My love for him grows everyday.

Alhamdulillah.

Friday, November 9, 2012

Life Update

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, we had confirmed with a landlord to rent a house in Fishpond. [Gua duduk dalam kolam ikan lepas ni beb. Weehu.] The house seems nice, but a little bit far for hubby to go to the college. However, that's the best we can get for now, semoga Allah merahmati rumah tangga yang bakal berdiri. We plan to live it with a hubby's best friend, Hakim. O' Allah, grant us harmony and light in the house.

Sejak beberapa hari menjadi surirumah, saidamunira perlu makan banyak. Ini kerana, the weather is just too extreme for me, worse my nose bleed twice dah. Apakah platelet level saya telah merosot? Ish ish ish. Selain itu, mungkin sebab sejuk atau because the baby is growing, my leg cramp when I sleep. Tapi telah diatasi dengan meningkatkan dosage calcium supplement. I continue my 5mg folate once daily. Health is so-so I think, selesema checked, headache checked, lain-lain tak ada lah. Eh another thing is constipation. Vege is lacking in the meal taken, tapi dinner tadi makan salad Azree. Salad tersebut saaaangat sedap. And last few days, suami membeli pisang. That's only the source of fiber, plus the cereal and rice that we had.

No recent photos since I found it boring, both of us tak jalan sangatlah sebab hubby got class sampai Maghrib [pukul 4.30 pm dah Maghrib!!], and when evening comes, it's too cold for me to go outside of the house. Even buka tingkap dapur pun saidamunira shivers tahu. I wonder where my fat deposit has gone by now, I need it!!!

Sekian.

Er, letak gambar jugaklah btw.

 Belakang tu Primark, in London. 
Serius murah murah barang and pakaian.
Kaki shopping wajib datang. 

wink wink ~.^ 

Monday, November 5, 2012

Wedding: Behind the scene part ?? XD

Assalamualaikum.

Ya, kahwin dah nak masuk lapan bulan, tapi entri kahwin masih belum menemui penamat. Heheh.

Here goes some behind-the-scene pics for the groom reception on the 24th March. 

 Make up session yang.. err sangat dinikmati..
By kak Mawar

 Tempahan baju pengantin sebab pengantin bersaiz mini.
Groom attire by Uncle Willi, mine by Kak Maz. Kak Maz ni taktaulah online contact macam mana, kedai dia pun saya taktau kat mana. Mama yang call pastu Kak Maz datang ke rumah everytime, nak fitting lah, semualah. Request extra beading pun dia buat dalam masa 1 day je.
Kain-kain dari Jakel and Gulati's.
Boleh pergi membeli belah sambil berkenalan dengan tauke kedai. Good for health!! :p
Kasut beli jelah, takda masa nak tempah bagai. Asalkan rajin pergi jalan kat Sogo and Sunway Pyramid. Mesti jumpa!

 Ini memang bts pic. Tengok. Bilik pengantin semak. Boleh contohi kalau berminat. 
Tak susah pun nak buat semak.

Ok. Bestnya kahwin.

Sekian. 

wink wink ~.^


Sunday, November 4, 2012

Complaisant. It was. It will.

Assalamualaikum.

Hihi. Awal-awal dah 'hihi' bermaksud hari ini tidak homesick seperti dulu. Haish. Kalau asyik homesick, tak baik nanti suami susah hati.

I need to grow up. Suami cakap, bila rasa susah sikit, nanti kita jadi budak baik. Makin tambah kesedaran supaya mensyukuri nikmat hendaknya.

Back in home, our life was toooooo complaisant. Both Newborns, Si Putih [aik aik bila dapat nama Si Putih nih] dan Scarlie, terlampau menyenangkan hidup. Lavender, lagi mengindahkan hidup. Alhamdulillah. Tak pernah rasa susah yang sangat susah pun. Bahagiaaaa all the time, boleh dakwa kami spoil brat lah ni. Rezeki, Allah bagi..

Waktu untuk membesar telah datang. Here, we're still homeless, still, alhamdulillah, friends offered too much hands. Masih menempel di rumah Azree and friends, kami doa, Azree dan semuanya murah rezeki to foldsssss!! Azree served us food, bukan main-main, tahu, nasi lauk ayam kurma lah, sardin lah. Rezeki, Allah bagi..

Several appointments with landlords, we made to the place by bus or walking. Huahua, kalau kat Malaysia, dari Plaza Rah ke fakulti tak sampai 10 minit walking pun bawak kereta. Sekarang terpaksa pandai naik bus, call for taxi and even walking. Next Tuesday, we'll meet another landlord, semoga Allah kurniakan tempat tinggal yang baik untuk kami. Ameen.. 

 Few days before we left.

We miss Lavender, and both Newborns a lot lot lotzzz.

 Alhamdulillah for all Your mercy.

wink wink ~.^

Friday, November 2, 2012

Pinky.....

 Assalamualaikum.

Kami belum jalan-jalan official lagi pun, tapi sambil pergi bank, cari rumah, tu kira jalan-jalan lah bukan. Takleh jalan selalu, sini banyak yang mahal kalau compare dengan tempat lain macam Manchester, Birmingham, etc.

Dalam gambar, muka tak nampak homesick pun. Muka husband pula masih polka dot, gigih lagi sapukan calamine cream. Get well soon, Sayang. Oho, semua gambar memang berciri pinky sebab itu saja water proof winter coat yang ada. Lagi satu winter coat belum boleh pakai, sebab telap kepada air pastu takda hood. Sini selalu hujan, kalau hujan, takda pinky ni, habislah saidamunira jadi ikan dalam freezer.


 Taktau nama tempat ni, tapi orang panggil Green Green entah.
Photoshoot sikit sambil suami tunggu turn nak buka akaun kat HSBC. 

 Kedai makan favorite kat Filton Avenue ni, Charcoal n Grill, kedai Turkish.
Sedap, and pizza kat depan tu 9inch, harga 4.70 pound. Okla tu bukan, boleh makan dua meal time.

 Husband's fav fish n chip, memang sedap pun. 3.70 pound kot. Lupa.

 Budak homesick ni tetap enjoy makan pizza.

 Lamb doner, iaitu kebab lah ni. Sedap gilerrr
3.80 pound. Boleh makan 2x jugak sebab banyak.

 Pizza lagi. Beli Hawaiian, kadang-kadang lamb doner pizza.

 See. Lapar everytime.

Ini semalam masa jalan cari rumah. Jumpa park near Gloucester Rd. 

Sekian. Saya homesick. Takleh cakap banyak. Saya sayannnnnnggg suami saya.

wink wink ~.^

Thursday, November 1, 2012

Family time :D

 Assalamualaikum.

Dear diary,, [diary bagi orang baca!]

Homesick attack ni macam menjadi-jadi pulak. Tension pun ada. Agaknya sebab kami homeless kot and belum settle down, tumpang rumah kawan lagi. Unlucky sikit sebab datang in November, sebab student intake normalnya in September, sooooooo semua property pun dah tak available. Kalau ada pun, mahal. Kesian suami comel saya. Mungkin Allah belum turunkan rezeki rumah tu. Tapi alhamdulillah sebab ada kawan-kawan yang comel dan baik hati tumpangkan kami kat Filton Avenue ni. Rumah ni kosong sebab mereka semua pergi bercuti ke Itali sampai Isnin.

When you are tooooooo far from the family, and you wouldn't know when will you see them again, all that matters is family. Haha 'you' lah sangat padahal tengah cakap pasal diri sendiri. And I keep on telling my husband, I only have you here. Dan terus berazam nak jadi isteri perkasa yang baik hati, padahal kalau kat Malaysia tu suruh lipat selimut pun boleh delay. Hihi.

Our journey took 15++ hours in the plane, thanks to Qatar Airways sebab flight delay for 1 hour before departing from Doha to London. Being a wife to a chicken pox husband is.... easy jugak sikit tapi hati risauuuuuu sebab the husband's face is abnormal! He never complaint of itch or pain in the flight, tapi saya asyik tanya sebab risau. Time makan tengok selera beliau sungguh normal [you know what I mean, haha] oleh itu, I felt okay. Tapiiiii lepas sampai London, Allah jelah yang tahu. Mungkin Allah tu nak suruh cinta kami semakin subur kot. Ececece >.<

Btw, the love to the family is growing too. I miss ayah and mak EVERY second. And the family too. Ha tengok kan tak boleh cakap pasal family, terus nak nangis je. Walaupun suami cakap isteri perkasa tak boleh nangis selalu. Whatever Yang. Nak nangih jugak. Kekeke.


It's not that I don't enjoy my life here, but I appreciate my life back in my hometown better, where everything is balanced, sun and moon, day and night, hot and cold.... [macam kenal ayat ni kan Udeq?] No extreme weather. Saya tak suka sejuk sangat ni. Harap maklum.

 Ketika ini, suamiku telah demam dan tiada selera makan, tetapi dia berpura-pura menolong ayah bakar lemang. Heheh. I heart this pic.

 Ini Anas yang comel. Nasib baik haritu ada record video Anas.
Hehe.

Ini ialah loves. I miss my mother T___T wuwu and Makwan jugak!

  
Budak-budak ni pun lah.

 Anas lagi. Ish comel!

 And Adam pun dirindui juga. Beliau tertidur sambil makan keropok stereng pada petang raya haji.

Till we meet again, loves. Pray for us yeah.

wink wink ~.^

Tuesday, October 30, 2012

MSc Convo

 Assalamualaikum.

By now, I'm in Bristol, missing my former life. Dah dah cukuplah sebelum terbuat entry linangan air mata. Hukhuk.

Last week (22 Oct 2012) was my MSc convo dan boleh juga kita panggil Pinky Day.

About MSc convo, it was toooooo great compared to my bachelor degree convo in 2009. Atas sebab-sebab cliche lah bukan, mestilah konvo yang ini better, sebab ada suami, baby in me and family. Konvo dengan BFF yang dah tak bachelor lagi [tapi masa konvo tu dia bujang 6 hari towards marriage] iaitu Hasnan. So touched to have such a great family and friends.

 I wish Hasnan will be a great husband to Fida.
He has been a great friend of mine all the time.

My beloved family. [alaamaak nangiss :'(]

 Prof and Dr RR. Will also be missed.

 Nabila. One day the robe will be yours too.

 Family lagi. [Nangis lagi.]

 Haiza and Aisyah, friends are real treasures..

 Hoping one day we'll spend time together again.

And the flowers, you must be wilted by now.. in our room T______T
Thanks for the fragrance and the happiness that is brought by your sender.

Hari-hari yang indah memang datang selalu lah bukan. Tapi kalau hari yang terlampau indah macam konvo haritu akan terus sealed dalam hipokampus tempat penyimpanan memori di otak.

Sekian.

Alhamdulillah for this kind of path that I walk through with wonderful people around.
Alhamdulillah Alhamdulillah

wink wink ~.^

Tuesday, October 16, 2012

Me :D


Assalamualaikum semua.

Ini ialah gambarajah saya minggu lepas di tepi rumah.
See see, baby tengah growing :D
Hihi 

Sekian. wink wink ~.^

Saturday, October 13, 2012

Way to cool..

Assalamualaikum.

1. A nature disaster just happened yesterday. Heavy rain, lightning and storm passed through Lavender. Akibatnya, bumbung atas bilik kami tercabut, siap berterabur atas rumput. Nasib baik siling tak pecah. Flood in two rooms at the 2nd floor, we caught our carpets swimming. Luckily it's just a minor flood in our room, though carpet basah juga sikit. And this morning, the house smells goooooood with the carpet aroma. Pagi yang mendung macam tak mengizinkan penyidaian carpet. Later will find laundry shop for the carpets. Again $$$$$!

2. Just finished my Biology class today, next week will be the last class, the precious moment with my students next week will be treasured. Tengah fikir lagi hadiah apa nak bagi dekat my students, Biha, Hasni, Qayyum, Atiqah and Afiq. Ideas, anyone?

3. Our visa-s are ready to be collected! Yippy!

4. Kejap lagi nak pergi UKM Bangi ambil jubah konvo. Yeyeyeyeyyyyy :D

Sekian. Will come here later.

wink wink ~.^  

Wednesday, October 10, 2012

17 days to go

Assalamualaikum.

1. Happily or sadly [I'm not sure], we're counting down. 17 days in our homeland is so short.

2. We still haven't make the list for dumping in our luggage with. What to bring and buy. Worth bringing or spending.

3. We spent thousands for visa, flight ticket and other thingies. In short, I would say that I'm broke by now. Yet, we haven't settle with the shopping list.

4. I've read through the National Health Service (NHS) for my antenatal care, hoping that everything will run smoothly and the baby is in good health, happy and be good all the time. Behave tau, baby!

5. The tummy is getting bigger and now I've started to struggle only to climb to our room in Lavender, at level two. Even sometimes I wished we have escalator here. Alhamdulillah Allah provides a great plan for us, that we'll be moving in 17 days. InsyaAllah.

6. We have to pack our things in this few weeks left. You wouldn't know how I wish to bring our wedding gifts to UK. Starting everything from scratch sometimes scares me.

Sekian dulu.

Baby suruh tidur sebab esok ada check-up and we are supposed to come early in the morning sebab saya ada banyak kerja sekolah nak buat. Dengan aktiviti-aktiviti ilmiah yang saya lakukan, saya harap anak saya genius. Huh.

wink wink ~.^

Thursday, October 4, 2012

Life Update

Assalamualaikum.

Adik comel saya, Munir kembali ke pangkal jalan semalam ke Alexandria, Egypt. It's a tradition for the family lah bukan untuk ke KLIA beramai-ramai. Sekarang, dengan penambahan Anas in the family, ia telah menjadi lebih excited lah sebab nak jumpa baby Anas. Dia terlampau comel sampai wanita hamil akan berasa nak makan dia.


 Anashaolin. Botak Chinanas.

Adam. Populariti menurun. Kehkeh.

Watak Munir tiada dalam gambar, begitu juga saya dan suami sebab tak gila populariti walaupun semalam saya comel. [Eh]. 

*   *   *

2126 hrs. Suami takda di sisi demi mengurangkan dagu dari 1.5 kepada 1, exercise di Kompleks Sukan. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang rajin bersenam adalah menyenangkan hati. Bukan setakat faktor kenaikan aras hormon testesteron [erk]. Tidak, yang penting, saya rasa secured sebab suami menjalankan gaya hidup sihat. Maklumlah, saya kan produk Fakulti Sains Kesihatan.

Perasaan menjadi wanita hamil adalah pelik. Suami pun telah berasa pelik melihat isterinya. Tapi, don't worry. I'll be proud of being buncit. Tapi kenapa entah macam tak berapa ada perasaan sangat. Mungkin naluri keibuan tu takes time nak develop well in me. Tapi I love my baby tau, tak pernah saya berasa susah dengan kewujudannya. Alhamdulillah. 

Flight ticket to London had been booked today. Ticket will be issued after getting visa, maybe next week. Currently waiting for the Marriage Certificate to be translated into English for the visa-sake. It's a divine intervention that we got the latest news from VFS Malaysia that effective on the 1st Oct 2012, Malaysia was announced as a low-risk country by the UK Border Agency. So we can save the back-up money worth MYR 30K for my 12-months-visa to be a housewife in the UK!! What a relief.   

Sekian. Got to go to the bed. Esok sibuk!

wink wink ~.^ 

Tuesday, October 2, 2012

Walking through adulthood (Part 2)

Again. Meniti usia dewasa. Akuuuuuuuu di dalaaaaam diiii leeeee maaaaa.. [lagu KRU please].

Hai hai. Hari yang mempeningkan kepala wanita hamil telah tiba. Dahulu lagi telah tiba sebenarnya tetapi telah  dibuat-buat lupakan. Sesungguhnya, hari ini suami telah mendapat khabar berita yang tak menggembirakan. T_T

Saya pun jadi sedih setelah kepeningan kepala saya kembali. Saya telah fikir lama dulu dah pasal ni. And now, I have to feel and think about it again and again.

Adakah saya takmau ikut suami? Mahu. Tapi adakah suami mampu menyara saya kalau saya bertaraf surirumah? Taktahu. Apakata ibu bapa dan mertua? Ikut, jangan tinggal sini. Adakah saya pernah cakap kat suami saya nak tinggal sini? Pernah. Lebih sekali. Siapa nak jaga saya berpantang kelak? Err..

Dan sekarang, what happen, kalau saya tak ikut suami. Macam mana? Macam manaaa?

Sesungguhnya saya sangat takut nak menghadapi kehidupan tanpa suami di sisi. [Ouch T__________________T nangis secara banyak]. For eight years we have been together and 6 months plus being his wife. Kalau saya tak jumpa dia selama 10 bulan, apa kata survei?

I have to think, rethink rethink rethink rethink think think think. February intake is the nearest semester kalau saya nak sambung study. Tetapi keadaan takkan mengizinkan sebab I will be bloated with 7-months belly.

Oleh itu, saya harap kami akan ditunjukkan jalan yang semudahnya oleh Allah. Kerana saya taktau pun apa nak buat. Sekarang asyik terbayang nak melalui confinement di tanah air sendiri. Tapi sambil nangis sikit-sikit  lah nanti rindu suami. Risau banyak perkara, esp our baby.

We'll see. Saya pening.

Sekian. T__T

Monday, October 1, 2012

Walking through adulthood

Assalamualaikum.

Hai. Setakat menjadi blogger [tak komersial], inilah pencapaian terburuk sebab bulan yang lalu hanya buat 3 posts [itu pun macam tak ikhlas, bukan? kehkeh]. Er er tak, belum niat nak retire ke apa, just baby cakap takyah blog [as if.. ]. Don't worry, life has treated me well, same goes to the hubby. Thank you Shayyang. 

So far, after 6 months of marriage, saya dah berjaya buat udang masak lemak cili padi untuk suami. My husband is on diet, tahu? Dagu beliau daripada dua sekarang dah tinggal 1.5, kira ok lah. I support you, darling! Sebab itu kita takleh makan fastfood and dine in kat mana-mana kedai dengan giat lagi. Lagipun, baby ni baik, saya masak-masak pun dia tak pernah nak mengakibatkan tragedi muntah ke apa. I love you, my baby! 

Lame lame. Socially awkward betul rasa bila dah berkahwin ni. IT savvy apatah lagi. Account instagram pun tak ada. FB pun dah agak tak selera. Apakah saya semakin ditelan usia? 

Tengok. I don't have things to write here. 

I still have a few tasks to be settled for Mommy [my professor yang comel]. And recently, I'm occupied with travelling preparation. Susah jugak nak berpindah rumah tangga ni, fikir kerja lagi tak siap-siap. Hmm.

Gebon nak berpindah negara ni. We'll definitely miss our Lavender. T_____T

Oh now I miss my husband too. 

Semoga Allah memberi bantuan kepada kami menghadapi hidup meniti usia dewasa ini. Amin. 

wink wink ~.^

Saturday, September 22, 2012

TheLittle..

Baiklah. Tiada lagi spekulasi. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Little Us in me.
Sometimes I call it Easy Baby.
[Captured few weeks ago]

For this time being, pregnancy is not too hard for me. Baik baby ni. Sampai saya selalu sangat lupa yang saya mengandung dua bulan lebih. 

I got red mark on my pink book. Went to private clinic, but then was rejected sebab kami kan both minor thalassemic. Government clinic jugaklah tempat mengadu. And tak pasal jadi famous kat klinik tersebut. Senyap-senyap je malas nak bagitahu background dietetik. Asyik kena puji bila pergi klinik. Huahuahua. Mungkin sebab patient ni pandai. Kehkehkeh.

Malas blogging mungkin boleh dikaitkan dengan baby ni. 

Sekian. 

p/s: To Diana, tak dapatlah jadi besan sebab u kan nak menantu made in UK, ini dah ter-made in Malaysia! :p

wink wink ~.^

Friday, September 14, 2012

About Maria.

Suatu hari, Maria tiba-tiba muncul depan rumah Mama. Suami yang masa tu belum jadi suami telah berhati perut bagi Maria makan. Siap pergi kedai nak beli makanan sedap untuk Maria.

Masa pun berlalu. Kadang-kadang saya rasa Maria gedik lebih. Attention seeker. Suami suka layan Maria.  


Minggu lepas, ketika kami di rumah Mak, suami tetiba mendapat berita sedih. Maria is now gone.


Maria's first day in Mama's house, about a year ago.

Maria kena langgar lari. And she was pregnant kot. Maria, walaupun annoying dan suara dia tak comel langsung sebagai kucing, tapi sedih juga bila dia mati.

Sekian. [yaaayyy berjaya update blog!]

Tuesday, September 11, 2012

Update

Assalamualaikum missy missy. And madams too.

After having a new haircut today, I feel like crying. Tapi kata suami, isterinya tampak lebih muda menawan. [Fact: dia cakap muda saja, menawan takda cakap pun, I hiperbola]

Er, that's all for now. At least I'm updating you about the haircut.

Akibat faktor-faktor lain, memang blog dianaktirikan. Entah kenapa, but I admit I miss blogging.

Kini taktau nak merepek apa.

Semoga saya menjadi wanita berkaliber dan berwawasan.

winik wink ~.^

Thursday, August 30, 2012

Selamat hari raya

Assalamualaikum.

Selamat hari raya. Ucapan berciri lambat laun. Terimalah seadanya.

Orang-orang beriman [;p]  berhari raya secara sibuk. Malaysia tour telah berjalan lancar. Beraya ke Terengganu-Kelantan-Kedah-Perak merentasi ranjau onak duri [lah sangat] melalui lebuhraya yang wujud di Malaysia. Jakun tak boleh cakap, sebab bila lalu West-East highway ternampak signboard 'Awas Gajah Melintas'. Kenangan dicuit makhluk halus pun tak boleh lupa. Ambil iktibar lain kali kalau suami memandu takyah tidur. 

Sangat lama tak blogging sebab I have nothing to share [lah sangat]. I takda mood. Semua takda lah katakan.

Beraya bersama suami ibarat dating seharian. Bermusafir di hari raya. Sana sini semua singgah. Yang best sebab first raya di rumahku syurgaku. Hihi. 

Beraya di rumah sendiri pula sungguh thrill. Terima kasih kawan-kawan yang datang. Dapat juga peluang menyelami kepenatan emak kalau kawan-kawan datang beraya. Womanhood mengajar erti raya sebenar. Dapat suami yang socially-active juga akan lebih mendewasakan.  


Bercanda di tepian pantai. Kuala Ibai, depan rumah Tok Ngah.

Ini semua simptom penuaan. Blogging dirasakan sungguh bosan. Huahua. Atau ia disumbangkan oleh faktor lain? We'll see. Later mungkin boleh share bila saya berminat untuk share. Penonton blog di luar sana yang terpilih mungkin sedang beranggapan saya membuat statement poyo di sini. Tengoklah bila boleh tamatkan spekulasi. Bila ada mood. 

Ok. Bye. :p

wink wink ~.^

Thursday, August 16, 2012

Of Yesterdays

We went shopping yesterday, grabbed few things for raya. Sampai habis tapak kaki, penat pusing Sunway Pyram pastu sebab paginya terlepas sahur, sambil shopping, selang-seli dengan tidur kat sofa dan kerusi yang disediakan untuk pelanggan yang penat shopping. First time ever melakukan perbuatan tidur di shopping mall, and it was kind of great :p Tidur dengan suami tau hihihi

A pose with dog!  

Akibat penat shopping, buka puasa pun bergaya penat. Had Starbucks for drinks sebab kan hari Rabu beli satu free satu, tak boleh lepaskan peluang lah bukan. And we broke fast at Auntie Anne's sebab nak alas perut saja. I had pretzel and his was dog with cheese. [Eeii makan dog eiii >.<]. After Maghrib prayer, we planned to binge at TGI Friday but the place was congested with hungry people kot, so we surrendered for Rosdet, makan tomyam campur sambil menghirup kuah dan ikan s tiga r. Yumm!

I never expect to have exploded tummy and last night I experienced it. Tahniah T_T

And this is my PegASUS dah tukar baju raya. It's so fluffy, I'm gonna die! Baju lama dah buang. Had a great time with Udeq before she fly back to US, date dekat Lowyat sebab tu PegASUS dapat baju raya, mouse raya and even headphone raya. 

Ok till then.

wink wink ~.^

Sunday, August 12, 2012

Thesis W.L.

Officially submitted on 2nd August. Perasaan yang sungguh enak sekali. Trust me.



Ini semua telah mengkoyak rabakkan poket. Total damage is ~MYR 300!

The examiners commented that this thesis involved a lot of hard work. Ya, it is a hard work tetapi tanpa stay up dan tidak miss balik kampung setiap minggu serta bercinta. It's a passion, I can say.. Dan ia disebabkan tarikh submission sangat sesuai dengan tarikh kahwin, nasib baik time tu dah nak kahwin, terus siap tesis ni. Hihi.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.