The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

good bye march

esok sudah bulan april. bulan april memang wah. PEACE!!

final xm akan start on 20th april, iaitu 20 hari lagi. oh, sy memang sangat excited mahu xm. sebab xm adalah sesi menghabiskan sisa hidup satu semester. xm kali ini lagilah excited, sebab memang sesi menghabiskan sisa hidup sebagai undergraduate student. wah. memang sangat dinanti-nanti lah.

cuma ada 3 papers:
outpatient dietetic service II
inpatient dietetic service II
special unit dietetic service II

menjadi final year student memang tidak perlu segigih junior 1st year, tahu. sebab kalau 1st year, kena face 10 papers yg membawa 23 credit hours yg sangat memerlukan usaha gigih. jadi final year cuma perlu menggoyang kaki pergi xm. heh heh. i loikkke

sy mahu bye bye kepada bulan march.

ok. sy perlu melaundry sebab kalau xmelaundry malam ini, keyakinan akan berkurangan. uh.

wink wink ~.^

Sunday, March 29, 2009

aktiviti hujung minggu

alhamdulillah [*dengan disertai tangan nasyid*]


memang indah betul kehidupan waktu hujung minggu. PEACE!!

minggu lepas pergi runway. tengok aircraft landing.

minggu ini, aktiviti dengan keluarga mertua. [eh?]

tapi aktiviti dengan keluarga sendiri pun ada juga.


cuma perlu highlight, sy gembira pada hujung minggu sehingga wajib melupakan semua kerja sekolah.

jadi, sy boleh wink dengan banyak.

wink wink wink wink ~.^

Friday, March 27, 2009

emosi terganggu

sedang mengalami gangguan emosi. sebab:

1. sy assume diri sendiri demam. em. sahih xsahih xtahulah. termometer tiada lah. tapi setelah kena hujan masa pergi PWTC semalam, sy assume sy demam lah. [gedik ayam je bunyi].

2. sy mahu balik rumah hari ini. tapi xboleh. sebab dietitian yg ala2 kejam comel di unit paediatrik suruh kami work hard. jadi, sy akan memaksa diri sy pergi clerk case di wad kanak-kanak secepat mungkin pagi esok. [anda tahu kan, saidamunira xberapa rajin. tapi apakan daya. kalau mahu markah assessment kena diskaun, silalah ponteng esok.]

3. sy jadi pening kepala satu hari sebab group member sy [chinese, 1 lelaki, 1 perempuan] banyak sangat bercakap. dah tu, sy xfaham langsung. ditambah lagi dietitian yg ala2 comel [indian] tadi handle several indian-patient cases. jadi, berkuasa dua sy jadi pening. silalah kasihan kepada sy. kalau kurikulum wajibkan belajar bahasa cina & bahasa tamil bukankah lebih vogue. ish. memang truly asia betul malaysia.

4. balik kolej rumah kosong. housemates pergi persidangan nutrition society of malaysia. jadi, dietitian society sangat sayu. lagi pun, perut sangat lapar. sy cuma minum milo ditambah dengan nestum.

5. kredit rm 0. jatuh standard betul kalau kredit xada.

ok. jelas kan kenapa emosi terganggu?

so, xboleh wink. xada mood.

Thursday, March 26, 2009

one to five + rules

first, ucapan tahniah kepada diri sendiri sebab malam ini ada buat kerja sekolah.

second, sy doakan untuk kaki sendiri supaya cepat sembuh. urgh. saiz kaki yg x align dengan sama membuatkan sebelah kaki terseksa dengan kasut waterbird lavender pearl yg dipakai hari ini. [lenguh sebelah kaki. aduyai.]

third, sebab housemates semua bercerita tentang cinta, jadi haruslah saidamunira pun terlibat sama. em em.

masa dekat matrik, 1 of my friend pernah bagitahu rules bercinta:

rule 1: kalau belum ada hubungan, jangan jalinkan hubungan [x significant langsung lah]
rule 2: kalau sudah ada hubungan, jangan putuskan hubungan [ok. ini acceptable]
rule 3: kalau sudah putuskan hubungan, jangan minta semula hubungan dikembalikan [question mark]

oh. sy sedang bercintakah? tteeett.

fourth, disebabkan kepenatan yg superb, sy mahu berhenti di sini dahulu.

fifth, good night everyone. love makes Earth a better place. i love u. :D

wink wink ~.^

Tuesday, March 24, 2009

tips diet

adam mamam. auuum

tips diet, as requested by encik mosaic:

1. penurunan berat badan yg paling ideal adalah 0.5kg/week. so, in a month, you can reduce about 2kg. remember, do not reduce your weight drastically. kalau turunkan berat badan secara drastik in a way u take very little amount of foods, so, your metabolic rate will simultaneously reduce to conserve energy for your body. so, when your metabolic rate is lower, once you eat more, your weight will easily increase.

2. eat healthy and balance foods. [pernah tengok piramid makanan kan? hehe]. semua aras piramid makanan tu kena ada dalam diet seharian. balance foods maknanya pengambilan makanan anda merangkumi semua kumpulan makanan dalam saiz hidangan yg betul.

nasi adalah sumber karbohidrat yg berfungsi untuk membekalkan tenaga. if u do not prefer to take rice, u can replace your carbohydrate intake with other carbohydrate-source foods ie meehoon, mee, kuayteow, bread, biscuit, oats, corn, starchy roots, potato, pasta, macaroni etc.

BUT, it is important for u to understand that:

1 serving of carbohydrate equals to:

1/2 cup rice
1/2 cup mee / meehoon / kuayteow / pasta / macaroni / potato / starchy roots / oats

1/2 piece of chappati

1/3 piece of dosai
1 slice bread
3 pieces of cream cracker biscuits

3 tablespoon oat (uncooked)

*cup = 250ml
1/2 cup = ~1 scoop flat.


it is recommended for you to take about 3 serving carbohydrate per meal.
e.g. for lunch, if u want to take rice, u can take about 1 1/2 cup (~3 scoops flat rice @ 1 mangkuk sederhana nasi macam kalau kita beli nasi ayam tu)


so, if u do not want to take rice, u can choose other carbohydrate options.
e.g. 3 slices of bread or 1 1/2 cup meehoon or 1 piece of dosai
the calorie is still the same with 1 1/2 cups of rice.


according to food pyramid, recommendation for carbohydrate group is 8-12 servings.


if u want to reduce your weight, reduce your portion size, but NOT to exclude carbohydrate from your meal.


3. do not skip meal. take regular meal, breakfast, lunch & dinner. most importantly, do not take your breakfast too late [
late breakfast is considered after 8.30 am]. late breakfast will reduce your metabolic rate. one more thing, do not take late dinner. [late dinner is considered after 8.30 pm]. late dinner will increase fat storage in your body.

4. eat more vegetable & fruits. fiber will give u satiety. [makan buah sebelum makan nasi boleh bagi rasa kenyang, so, u can reduce your carbohydrate portion.]

5. reduce sugary foods/drink and fat intake as these will increase your calorie intake.

6. do exercise. u have to understand the principle of energy balance. balance your energy intake with energy expenditure. if u want to reduce weight, reduce your energy intake and increase your energy expenditure.



[em, paham tak eh explaination di atas? maaflah, susah pulak mahu explain in sentence]

terasa sangat berwawasan pulak entri ini. wohoho. ;p


wink wink ~.^

Monday, March 23, 2009

step by step

kalau nutrition support kena buat step by step, case write up sy pun kena buat step by step juga lah.

step 1:
update blog dululah. hee

step 2:
tutup lagu yg sudah bosan didengar. dengar lagu thinking of you should be ok.

step 3:
pergi makan. bekerja dengan perut kosong akan membuatkan sy banyak termenung.

step 4:
membayangkan rumah tercinta dulu. wu. homesick.



em. nearly starvation. mahu makan dengan cik fida dulu.

esok sy kena pergi PWTC. pergi berkhidmat untuk negara. eheh. sy mahu pergi perhimpunan agung UMNO. haha. - [actually pergi jadi petugas clinical. ces.]

wink wink ~.^

Saturday, March 21, 2009

hari sabtu

i'm home. sy berazam mahu finish all my case write-upS this weekend dan bagitahu housemate, sy xbalik rumah on weekend. tapi memang xada seorang pun dalam rumah itu yg percaya dengan kata2 tersebut. haha. memang xpayah percaya bila saidamunira cakap "wiken ni xbalik rumah". [cik jaja miki pun hari tu cakap "i dun buy your words". heh] jadi, nampaknya kerja sekolah memang belum boleh siap lagilah.

sy telah terpaksa pergi ukm bangi tadi. ada seminar apakebende entah. tapi sy rasa seminar tersebut lebih sesuai dinamakan seminar tapaw makanan. rezeki sangat murah. refreshment pukul 10 dapat nasi lemak. lunch nasi ayam. ambil untuk makan 1 bungkus. sebab makanan berlebih banyak, caterer suruh tapaw bawa balik. so? sy tidak pemalulah. sebab itu sy ambil extra. kata orang, rezeki jangan ditolak. musuh jangan dicari.

sy tidak makan nasi ayam dekat bangi. sy tapaw 2 bungkus. sampai seremban, sy picnic dengan tteeettt makan nasi ayam free dekat taman. [tips berjimat cermat untuk zaman ekonomi gawat]

ayah pergi terengganu. emak tengok AF. along, bang it & adam dalam bilik. [mood adam sungguh baik hari ini] angah jauh. adik2 masih cuti sekolah. sy overloaded.

ini sahaja untuk hari ini. terima kasih kepada sekalian pembaca blog sy. :D

wink wink ~.^

Wednesday, March 18, 2009

mendaki gunung

anda tahu tak saidamunira xsuka tidur waktu petang? sebab, kalau tidur petang nanti malam susah tidur. jadi, i'll try my best not to sleep now. sy suka tidur malam. ehem, sy kan memang sleeping beauty waktu malam. [hoh. superb punya perasan lah]

mari cerita pasal mendaki gunung. semalam chief dietitian tanya, kalau pernah daki gunung kinabalu, boleh tolong ke masa interview jadi dietitian? what the hell is it relates to a dietitian post?

hoh. saidamunira yg agak2 gebon telah menjawab:
"yes, it is related. because, when i'm on the top of mountain, it shows that i have the ability and the courage to reach anywhere. [and of course to a higher place]"

those are the words on my lips, in less than 10 seconds. PEACE!!. everyone telah ditembak untuk jawab soalan tersebut.


em em. rasa mahu daki gunung sebelum di-interview nanti lah. hoho. moral of the story, be a creative person, and do not ever narrow your mind.

ok. that's all. bye.

wink wink ~.^

Tuesday, March 17, 2009

my olfactory

sekarang sudah close dengan bedtime. beliau berpesan, sila jangan lagha ketika membuat kerja sekolah. tapi, apakan daya. saidamunira insan yg lemah. uh.


ada benda mahu catatkan tentang my olfactory system, ie sistem menghidu ini.

sometimes sy memang ada masalah hidung. caused by allergic rhinitis (resdung). masalah tersebut menjadikan deria bau terganggu dan bila makan, sy kurang dapat menikmati makanan tersebut. tapi, everything is upside down, sebab walaupun kenikmatan makan compromised sikit, tapi masih boleh telan makanan dengan super hebat.

deria bau juga akan trigger my memories.

1. bau pencuci lantai dekat HKL membuatkan sy teringat atok masa beliau di wad orthopedic bersempena atok potong kaki sebab kanser dulu. macam ngerilah bila teringat kaki atok yg sudah dipotong tersebut.

2. bau sabun lux sofkiss menyebabkan sy teringat memori di HUKM semester lepas. [
sebab kan sudah bagitahu, semester lepas sy pakai sabun itu]

3. bau sunsilk warna hijau mengingatkan sy masa zaman form 3, cikgu anisah dan wardina safiyyah.

4. bau roti butterscotch mengingatkan kepada aktiviti mencuci tingkap rumah tahun lepas. sebab selingan cuci tingkap, kami makan roti butterscotch.

5. paling xtahan, bau sabun palmolive warna hijau mengingatkan sy kepada maggots daripada bahagian ttteeeettt seekor kambing biri2. sebab masa kecil2 dulu, sy tengok makwan merawat kambing yg mengalami infection, makwan basuh dengan sabun palmolive.

yg ini lain sikit.

lagu starlight mengingatkan sy kepada negeri terengganu. sebab 2 years ago, pergi terengganu dan radio asyik keluar lagu starlight yg sangat jiwa tersebut. oh. sy sangat suka.

mahu jadi sleeping beauty. [
ingat ada prince boleh kiss kamu pagi esok kah? memang TAK ah]

bye.

wink wink ~.^

Monday, March 16, 2009

kehidupan berubah

assalamualaikum.

sy sedang lapar. [tapi sy kan blogger. jadi, sy update blog dululah.]

kehidupan telah berubah. boleh bangun lambat. sebab perjalanan ke HKL cuma jalan kaki 5 minit. compare dengan perjalanan ke HTJS, sy kena bangun sejam lebih awal. hoh.

em. tapi, macam ada satu kesilapan yg berlaku. sebabnya sy terbeli shower cream Lux SoftKiss which is the same shower cream that i used last semester. kesilapan tersebut membuatkan sy jadi semacam tension mahu mandi pagi2. sebab bau sabun tersebut mengimbau memori di HUKM. uh uh.

lagi, muka terasa gatal2. sebab sy terlupa bawa facial foam. saidamunira memang seorang pelupa lah.

i m 22 years old (coming soon). tapi masih rasa mahu jadi perasan muda. sebab setelah pindah sekolah dekat HKL hari ini, rasa macam jadi student lebih glorious daripada jadi dietitian.

condition perut x mengizinkan lah. sy perlu pergi makan. tapi perasaan pergi makan dekat kedai di kg. baru adalah terpaksa. sebab lebih baik daripada makan mi segera.

i'm getting older and grumpy. eh? nonono.

wink wink ~.^

Sunday, March 15, 2009

weekend highlight

isu hangat adalah PPSMI. jadi, ini pandangan sy lah.

1. sy xsokong adik2 kena belajar maths & science dalam bahasa inggeris. sebab sy tengok sendiri adik sy jadi lampi belajar maths & science dalam bahasa yg dia xberapa nak pandai, lalu dia jadi lost juga lah kadang2.

2. sy sendiri belajar maths & bio + chem dekat matric dalam bahasa inggeris dulu boleh jadi blur juga kadang2. bila mahu jawab soalan xm dalam bahasa inggeris, it takes time juga. adik2 sekolah rendah apatah lagi.

3. cikgu2 yg terpaksa mengajar maths & science dalam bahasa inggeris pun ada yg mengeluh.

4. kalau peringkat yg lebih tinggi macam matrikulasi & universiti, xada masalah kalau belajar dalam bahasa inggeris. cuma dekat sekolah, macam kesian lah dekat adik2. [hm.. macam kakak mithali, kan? ;p]

5. emm. lagi? ada lagi. tapi nanti entri jadi super panjang. pakcik2 & orang2 yg belajar maths & science dalam bahasa melayu dulu pun boleh glory sekarang what.

apa2 pun, ilmu memang penting. belajar dengan bersungguh2 kunci kejayaan. [sy berwawasan hari ini ok]


* * * * *

kejap lagi kena balik kolej. uh. malas sungguh.

hari tu tengok blog islami, tersentap tengok 4 case write-upSSSS beliau yg sudah siap bind!! woho. sy punya baru siap print 3 cases. 1 lagi belum start langsung. [adoih. padan muka, siapa suruh jadi pemalas]

angah cakap Kyle XY season 3 akhirnya menjadi xbest. [ish. xboleh jadi.]

tadi pergi wedding. sekarang kalau pergi wedding, sy akan usha baju pengantin. jadi, sy sudah ada warna tema yg akan dipakai untuk wedding sy. [saidamunira memang suka berangan]. selain baju kahwin, sy idamkan wedding sy xada set karaoke. yg ada cuma muzik caklempong atau any traditional music. wah.

berhenti dari berangan2 dahulu, sebab luggage [hoh, luggage ;p] belum kemas. urgh.

eh eh. kami ada anak kucing parsi baru. 2 ekor, nama BOOboo & TAMtam
. cikgu Hang Lekuk bagi semalam. heh heh.

esok akan pindah sekolah dekat Hospital Kuala Lumpur pula.

wink wink ~.^

Friday, March 13, 2009

at last

sudah habis clinical dekat hospital seremban, jadi ahad nanti mari membuat muka cuka sebab kena balik kolej. urgh.

memang sangat memorable hari ini. sebab 1st time suasana semasa case presenting menjadi no-tense-at-all.

today's lunch was sponsored by Pharm-D, bersempena Continuos Dietetic Education. jadi, encik Pharm-D telah buat pesanan McDelivery & Domino's Pizza. [
oh, sebab orang sudah belanja, sy kena makan lah].

apa sudah jadi adalah encik delivery hantar makanan semasa encik Pharm-D sedang educate kami tentang products company tersebut. lalu, suasana menjadi sangat tidak formal. sebab... semua boleh makan on the spot. lebih kurang macam makan fries sambil tengok tv.

jadi, sebelum sy present case, sy telah habiskan 1 regular size fun fries & 2 pieces McNugget. masa sy present case, audiences turut mengunyah fun fries. [
i bet mesti xada orang lain dapat opportunity makan McD sebelum present case, kan?]

eheh. janganlah memandang serong kepada dietitian. dietitian adalah manusia biasa yg turut mempunyai nafsu makan.

lepas sy present case, sy makan ayam goreng McD sambil menghayati my friend's case presentation pula. hoh hoh. sangat best attach dekat hospital seremban!

lepas semua case habis present, kami makan domino pizza & chicken wing, sambil menonton bedtime stories, pasang guna projector LCD.

wohoho. hidup sangat nikmat. alhamdulillah.

Ms Koo [
1 of my supervisor] did promise me full mark. [macam memang TAK ah tu]. actually, dietitian's assessment will only contribute 20% markah subject tersebut, which is small number cuma lah. final exam still a bIIIIg matter.

i'm happyhappyhappy.

wink wink ~.^

Thursday, March 12, 2009

1 day to go

hi people.

i told u, sy kan memang suka buang masa.

oh, regarding yesterday's post, adakah betul nampak sy yg jahat? nasib baiklah xbagitahu anda semalam. encik izzat cakap dekat sy semalam, kalau lama sangat tunggu, atau terlampau geram sampai xboleh tahan, sila pergi solat asar dulu. emm, tapi, sebelum pergi, boleh pancitkan tayar kereta perasan cantik tersebut. [tapi, disebabkan sy masih berhati baik sikit, jadi sy tidak berbuat demikian lah.]

angah texted me this evening. sms tersebut berbunyi berlagak sebab beliau sedang layan Kyle XY season 3. lalu perasaan sy adalah super cemburu terhadap beliau. apakan daya, mahu download, internet di Malaysia tortoise-speed lah. ditambah menggunakan Spongetop. uh. sengsara!

sms tersebut berbunyi "MESTI tengok season 3. touching2. skrip mereka semakin baguslah!".

jadi, perasaan adalah sangat arrghh. yelah. kan Kyle XY boifren sy nombor 2. Declan boifren nombor 1.

ok. i stop here. i really craving for my red riding hood.

tomorrow i'll be presenting my case. audiences will be dietitians from KPJ Seremban, hospital Serdang, Putrajaya, Melaka, and Pharm-D. [so, there will be no name-calling at all, ok kakak syiro. heheh. ;p]

good night world.

wink wink ~.^

Wednesday, March 11, 2009

2 days to go

i'm in trouble now lah. i need more time to settle all my works. wuwu.

moral of the story, jangan malas2. haruslah ingat, student kena siapkan assignment, report dan segala yg berkaitan dengan title final year student. ok?

* * * * *

em, tadi sebelum pulang, sangat hot-tempered. sebab red darling had been blocked by seekor kancil buruk dan perasan cantik. lepas 15 minit hangin satu badan, tuan kancil buruk tersebut datang segerombolan dengan kawan2 beliau. mereka adalah nursing students. oh, sangat membencikan, sudah buat salah x say sorry. boleh sengih2. sy telah buat muka menyampah kepada dia, dia sungguh xmalu, boleh pandang sy dan senyum2. [apa kau ingat muka kau anggun jelita kah?]

then, masa dia mahu keluar, kereta beliau telah terlanggar penghadang jalan. serves you right. itu adalah sumpahan daripada saidamunira yg telah teraniaya. good. PEACE!!

ok. i think i really need to focus on my works. i'll be presenting my case on friday. my case is a straight forward case lah:

"post closure of duodenal perforations secondary to motor vehicle accident"

alkisahnya patient tersebut telah eksiden, kereta terbalik masuk longkang. duodenum dia injured, tembuk2. so, beliau xboleh take orally to rest her duodenum yg baru underwent surgery. so, cucuk satu tube dekat jejunum dia untuk bagi dia makan.

wish me luck. sekian, terima kasih daun keladi.

[hey hey. sy baru dapat pencil case daripada emak. pencil case tersebut bersulam "Sa'ida Munira Johari, Dietetik UKM Kampus Kuala Lumpur". em. skema bukan? ;p] emak ibu mithali.

wink wink ~.^

Monday, March 9, 2009

monday

sejuk dan lembab.

pemalas dan kurang motivasi.

kenyang dan nikmat.

tambahan, jauh dan rindu.

<-- ini dia. kadang2 turut mengalami self obsession. PEACE!!



sangat memerlukan kesabaran online menggunakan Spongetop. beliau sudah tua dan semakin lampi. klik satu, satu minit pun belum loading lagi. twisTouch xboleh online. apa hal pun xtahu. keluar error 815. macam kena panggil semula encik streamyx ke rumah. hem.



* * * * *

silalah selawat banyak2. kan hari ini maulidurrasul.

wink wink ~.^

Sunday, March 8, 2009

carcosa & my sunday

assalamualaikum.

kasi kecoh satu dunia, semalam sy pergi Carcosa Seri Negara Hotel. overall, my impression is "Majestic!"

sebab jadi bertuah dijemput ke program Nestle tersebut, jadi, kami yg gila kuasa tentulah xmelepaskan peluang. Nestle launch produk terbaru, Nan 1 Pro, ie susu yg ditambah probiotics, specially formulated untuk infant yg lahir melalui C-section.

kawan2 wanita, janganlah bercita2 untuk melahirkan babies anda secara C-section. sebab, spontaneous vaginal delivery through birth canal adalah bagus. [maknanya kalau xada komplikasi lain lah kan, kalau saja2 mengada nak C-section, itu memang xbagus, ok]. babies boleh increase immune system kalau lahir secara normal. kalau C-section, babies lahir secara sangat suci murni dan sterile, so, xada kuman, immune system pun low.

so, susu baru tersebut akan tolong increase immune system babies yg lahir secara suci murni tersebutlah. selalunya premature babies. bila prem, mama babies tersebut pun sometimes still xada susu, so, kira susu Nestle yg baru ini adalah susu yg the best lah.


* * * * *


ok. habis cerita secara ilmiah.

actually, sy telah cakap dekat aida, sy telah menjadi Cinderella dan Belle dalam Beauty & the Beast masa dekat Carcosa.

tangga heading to The Marquee (tempat berlangsungnya program tersebut) adalah sangat fuhyo. red carpet dengan candle di tepi setiap anak tangga. sy menjadi Cinderella semasa sy keluar dari The Marquee untuk solat maghrib. i was in a rush, in high heels. high heels tidak tercabut pun, cuma sedikit macam mahu tergolek. mungkin kalau sy pakai glass shoes, sebelah kasut boleh tercicir.

tangga untuk ke surau adalah sangat seiras dengan tangga dalam Beauty & the Beast. dua tangga yg bercantum di tengah, di mana Belle berpegang tangan dengan Beast. when i was walking down the stairs, i wasnt hoping for Beast lah of course. heh heh.

* * * * *

siang tadi masa balik, sy telah date dengan diri sendiri ke MidValley. cadangan jaja untuk tangkap muat any guys di MidValley was totally rejected. haha. [tq for your 'brilliant ideas' anyway ;p]

dapat shopping dengan aman seorang diri, i bought a handbag. oh. sangat falling in love dengan handbag tersebut, menjadikan 1 of the items in my wishlistsss is checked! PEACE!!

sudah 3 orang mencadangkan untuk sy expose my wishlist. rasanya sy masih belum mahu expose.

i was so happy today. sebab supposely xboleh dating. tapi jadi boleh. [:D wee.]

i love people around me and i love my life. alhamdulillah.

salam maulidurrasul.

wink wink ~.^

Saturday, March 7, 2009

weekend

weekend datang lagi. PEACE!! tapi..

1. write upSSSS xsentuh lagi

2. slide untuk case presentation untuk Continuous Dietetic Education [yg akan dimeriahkan oleh banyak2 dietitian2 dari banyak2 hospital lain] belum di-touch up lagi. [wahai dietitian kesayangan, kenapakah anda mahu suruh student yg pemalas ini jugakkkkkk. warghhh]

3. diet sy masih belum improve ke arah yg lebih baik. adakah patut, sudah telan 2 cawan nasi goreng, pergi bancuh 1 sachet Ensure. [Ensure adalah special product yg digunakan untuk supplement malnourished patients' oral intake atau untuk masuk dalam tube feeding]. seperti meminta diri sendiri menjadi overweight, bukan?.

4. sy sungguh malas mahu pergi KL kejap lagi. wuwuwu. ada program Nestle juga dinner dekat hotel. tapi perasaan sungguh malas nak bergerak.

5. sy masih xboleh dating minggu ini, menjadikan tempoh tidak date dengan beliau adalah mahu dekat sebulan. [berciri tabah kan saidamunira?]. tempoh 1 bulan untuk saidamunira terasa sangat panjang.


oh. sungguh bosan!

mesti bertabah hati. setakat ini, hari ini macam dull.
ditambah dengan masalah jerawat yg menjadikan diri terasa sangat x wah langsung! ces.
semoga ada miracle menjelang petang, malam dan esok.

yey.
clinical training dekat seremban tinggal 4 days to go! PEACE!!

wink wink ~.^

Thursday, March 5, 2009

tag aeda & udeq, about..

correction. lalu menjawab two in a row terus. sebab di tag oleh aida & udeq dengan perkara yg sama.

they tagged me:

a= AIDA
b= UDEQ

1. What is the relationship of you and him/her?


a= deparment mate, roommate. bukan soulmate. heh
b= coursemate. bukan soulmate juga.

both are my friends. friends are my living treasure

2. Your 5 impressions towards him/her.

a=
i. berwawasan. heh.
ii. gebon.
iii. sometimes self obsession. ;p
iv. jiwang
v. any-tv-programme lover. [sampai nak juling mata beliau kalau tgk tv tahu.]

b=
i. easy going.
ii. berkaliber, juga kaki beliau memang lebar. [saiz 8 tuuuu]
iii. anything you can count on her.
iv. sooO clever. [beliau adalah si genius dalam corse kami]
v. sgt disayangi oleh semua lecturer.

3. The most memorable things he/she had done for you.

a= laksa yg seeedddaaaaappppp!
b= print kan poster sy untuk poster presentation contest masa Malaysian Dietitian's Assoc. Conference last year. sangat amazing sy menang contest tersebut. jadi, udeq adalah sgt berjasa.

4. The most memorable things he/she have said to you?

a= "no komen. aku xmelarang. tapi aku xmenggalakkan". wohoho. aku xlupa kata2 anda tersebut
b= "jangan mengeluh"

5. IF he/she become your lover, you will...

a & b= belanja makan Carls' Jr. sebab bukan lover, sila beli sendiri. haha

6.IF he/she become your enemy, you will...

a & b= be sad and kerugian besarlah.

7. IF he/she become your lover, he/she has to improve on...

a= the way she looks herself inside the mirror. huh ;p
b= xadalah udeq. heeee.

8. IF he/she become your enemy, the reason is...

a & b= em. xterfikir lah.

9. The most desirable thing to do on him/her is?

a= bungkus beliau inside my red riding hood. [weee. nak tak?]
b= curi otak beliau sikit. bagi sy pandai mcm beliau.

10.The overall impression of him/her is...

a & b= nice friends!

11.How do you think the people around you will feel about you?

aida kata sy rajin. ehem.

12.The character of you for yourself is?

i think shortly, for short term.

13.On contrary, the character you hate of yourself is?

i own a weird world. em. world yg penuh kerugian sebab sy suka membazir masa.

14.The most ideal person that you wanna be is?

most ideal person dalam konteks pasangan hidup adalah menjadi wanita yg sayang sama suami beliau, dah tu suami beliau pun sungguh sayang sama sy.
sama2 pun xboleh kedekut.


15. Ten people to tag:

xada.

[jadi xpayah jawab soalan seterusnya. :p]

* * * * *

ini gambar petang tadi, sebelum balik. main2 Cyberlink Youcam dekat twisTouch. sungguh bangga sebab dapat main dengan dietitian sekali. woho.




ok. that's all for today. selamat malam semua.

wink wink ~.^

Tuesday, March 3, 2009

kenangan memberansangkan

tadi menengok-nengok gambar dulu2. lepas tu terasa mahu upload dekat sini.

gambar2 yg di-upload di sini adalah kategori findings yg memberansangkan. kira macam sangat waaaaah! macam tu lah kan.

ini masa 1st year, join bbq budak rumah bawah. [almaklumlah berjiran dengan lelaki baik hati kan. ehem] mereka buat bbq dan ajak kami makan sekali. wee. konon adalah sangat innocent. itu adalah encik hijau yg pakai baju biru. beliau xfotogenik pun. adakah memberansangkan? hohoho.

ini gambar masa 2nd year. ini aktiviti wajib every semester. celebrate birthday dekat KFC Sg. Wang. [gambar ditujukan kepada cik mastermind (i.e cik aeda) dengan ucapan "bila mahu buat program lagi?"] heh. sebenarnya, kami xdapat lancarkan program wajib ini sejak 3rd year 2nd semester atas sebab geng diet sibuk ke sana sini sejak 3rd year 2nd semester. kan?

ini sangat memorable. encik hasnan @ encik pengarah program sedang main masak2. tahniah kepada semua department-mates sebab program nutriweek kita sangat berjaya. selaku exco program, sy ucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat. [haih. dah bertahun baru buat sesi ucapan kah?. yelah. dulu kan xde blog. ;p]

oh. ini gambar cik saidamunira main musang berjanggut dengan makcik che' tom dekat Perlis masa program baktisiswa masa 2nd year nak masuk 3rd year. macam biasalah. mestilah kalah kan. heh. sangat seronok waktu itu sebab asyik join cik eni merempit di kampung dengan Ego. woho. [em. sy xmerempit ok. sy xde lesen motor]. siap jumpa Normala Samsudin tahu. tapi xboleh upload gambar, nanti anda xtengok gambar sy.
hoho.

em em. watak utama dalam gambar ini ialah Taman Tasik Titiwangsa. entah kenapa sy pose sedemikian. [macam menyampah pulak sendiri tengok.] tempat ini adalah tempat yg agak penting kpd semua warga UKM kampus Kuala Lumpur, kan kawan2?

ini masa join program Gegar U dekat Penang International Sport Arena masa 3rd year 1st semester. sangat best juga. tapi akibatnya membawa padah. hahahahahaha. [padah tersebut adalah rahsia, kan kawan2? tteeetttt]

ini masa celebrate birthday eni dekat kopitiam yg best dekat Kg. Baru. aah, iye. memang kerja kami asik makan makan makan. semua dalam gambar ini adalah kos nutrition sc. sy adalah kos diet yg tersesat secara solo. [well, sy memang suka jadi extraordinary lah. ;p]

ini pula adalah sangat adorable. surprise birthday party untuk sy. thank you kawan2. walaupun dikenakan oleh cik aeda untuk membeli mi laksa pada petang tersebut. hehe. sangat sweet memory. *sangat thank you girls* :D kek buatan mereka sangat adorable dan sedap. weee. [tengok, makan lagi.]

akhir sekali adalah gambar yg paling memberangsangkan. PEACE!! see. close betul dengan Dr. S. kan kan kan? [sudah. xboleh komen banyak2 sangat lah kan. ;p] em. anda semua ada ke ambik gambar dengan vip ni? hoho.


* * * * *

xlama lagi akan habis belajar dan sangat merindui semuanya.

wink wink ~.^

Monday, March 2, 2009

mimpi

setelah bangun tidur pagi tadi secara terkejut dan menyampah sebab alarm berbunyi, sy berdoa. lepas tu, sy berazam akan post entri hari ini. here i go.

sebenarnya sy telah bermimpi. dan mimpi itu adalah bukan nightmare. sebab tiada watak hantu. yg ada cuma watak sy, encik izzat, cik farini dan encik zulidzham. [wohoho. tidakkah anda semua terharu sebab jadi watak utama dalam mimpi sy? heh.]

mimpi tersebut adalah berlatar tempat di rumah sy. cerita xpanjang pun, sebab kan alarm kacau sy tidur. jadi, dalam mimpi tersebut, kami cuma bermain scrabble sehingga tertidur. sy xtertidur. farini dan zulid yg tertidur. mungkin sebab ngantuk menunggu turn. sy yg tidak tidur akhirnya telah bangun tidur sebab kena pergi hospital. hoh.

ok. sy rasa mendapat mimpi tersebut adalah bersebab.

sebab 1:
sy dan encik izzat berharap dapat menghantar mereka ke KLIA. tapi xjadi sebab sy gebon kalau pergi seorang diri. encik izzat ada kelas on saturday. jadi, xdapat pergi. sorry tao.

sebab 2:
encik izzat ajak dinner bersama zulid & farini pada hari jumaat malam sabtu sebelum mereka pulang. tapi sy xmahu pergi sebab latar waktu malam adalah macam sangat keberatan kalau mahu keluar dari rumah atau pulang semula ke rumah.

sebab 3:
terasa rindu kot dekat dua watak utama tersebut. [ehem. tapi bukan encik zulid lah kan. ;p]

sebab 4:
sy mahu main scrabble. tapi xada siapa pun boleh main dengan sy. wuwuwu.


to farini & zulid yg sudah pulang ke Korea, study well for your final year.
sangat popular lah anda sebab masuk mimpi sy. heh heh.

wink wink ~.^

Sunday, March 1, 2009

pictorial tag jaja

jaja tagged me

Rules
: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.


I am

disturbingly cute and cutely disturbing. ;p

* * *

I really want to go to

Disneyland!

* * *

My favourite place is

my home of course

* * *

My favourite thing is

my twisTouch

* * *

My favourite drinks are


iced Milo from Milo lorry
and

iced lemon tea

* * *

My favourite food is

SR's cordon bleu

* * *

My favourite colour is

orange

* * *

I live in

Negeri Sembilan

* * *

I was born at

Tampin District Hospital

* * *

I attended

SMKA Pedas.
PEACE!! hot hot school ;p

Malacca Matriculation College, Londang

and Universiti Kebangsaan Malaysia. [
gambar hiasan. ini adalah tempat konvo saje]

* * *

My favourite story is

fairytale story. em.. storIES.

* * *

My hobbies are

reading Dik Cerdas
and

singing ;p

* * *

I wish for

a colourful life filled with love and honesty

* * *

I tag:
1. nueeunlimited
2. amy islami
3. udeq
4. aqmal
5. afif
6. kathy

* * *

that's all. sekarang boleh pergi mandi.

p/s: sekarang sudah bulan Mac lah. mesti ada orang sedang countdown birthday beliau. selamat bulan Mac everyone.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.