The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2009

fishing year

I neeeeeeed to make this fast update before next year. this is quick.

I should not miss my fishing moment this year. actually it was two weeks ago, lokasi berdekatan simpang rumah. kami budak kampung. Semerbok truly kampung [baca macam Malaysia truly Asia ok]

kita panggil aktiviti ini fishing/memancing. tetapi kalau fishing tanpa fish, atau memancing tanpa ikan, kita boleh tukar nama aktiviti ini kepada melepak sambil memegang kail.

pepatah ada menyebut, "kalau kail tak sampai sejengkal, usah laut hendak diduga". tapi saya pula kata "kail lebih dah sejengkal ni, tak dapat ikan pun walaupun bukan dekat laut. mungkin dah tersalah pakai kail lebih sejengkal. patutnya kita pakai sejengkal saja. baru boleh dapat ikan lah". okay. ternyata ini karut.



see. kail tersebut lebih sejengkal. kan dah tak dapat ikan.


Munir & Angah torture cacing woo.
[Angah mendakwa saya akan geli dengan cacing, tetapi sangkaan beliau meleset]



walaupun sudah bertahun tak bermain cacing, didapati bahawa saidamunira masih suka sangat main cacing. cacing, say cheeeese :D
[cacing pun kata "cheese, blah lah pegang aku pun nak berlagak" - monolog dalaman cacing]
* * *
akhir kata, azam tahun baru saya ialah menjadi lebih efisyen, rajin bersenam dan tidak boros.

err actually, memancing memang tak ada kaitan dengan tahun baru pun.

welcome 2010. happy new year everyone.

wink wink ~.^

Monday, December 28, 2009

46 kg. tapi tadi timbang 45.5 kg.

hey ladies. and bukan ladies juga, hey.

well, since I'm a dietetic bachelor holder, sekali sekala perlu memblog tentang diet. it is my world lah.

as some of my darlings knew, my weight was increasing soO badly that I had put on weight 2.5 kg in about 3 months. ok. sangat membencikan. ini serius. it was 46 kg last week. and it was soOoO badak air. macam Gloria. ada tengok Madagascar? ha. bergoncang-goncang lemak ni macam Gloria dancing tersebut. ugh.

sejak tahun 1 masuk UKM dulu, berat badan saidamunira never exceed 45 kg okeh. take note. ini adalah statement perasan kurus. tapi sekarang apakan daya. mahu perasan kurus pun tak mampu lagi. sangat perasan badan yang dahulunya macam comel akibat berat badan terkawal sudah transform jadi macam comel bulat-bulat. bulat tersebut sama macam gendut. gendut tu sama macam badak air. ok. ini emosi. [dietitian ini dalam kesedihan. sob sob].

emm. walaupun dalam kesedihan, petang tadi beliau makan waffle with peanut butter and chocolate. ok. no babbling here. waffle is so tak boleh lari. dia sedap sangat. slrrrrr.

actually,
it was true that, sebab-sebab disaster gemuk ini adalah:
1. saya tidak bersarapan pada awal pagi setiap hari. mostly tidak bersarapan. maka, sememangnya berhasil hambik kamu BMR tergolek-golek turun. dari ~1100 kcal it reduced to 1040 kcal.
2. aktiviti fizikal saya semakin berkurangan jika dibandingkan dengan waktu undergrad dulu.
3. saya makan banyak makanan berlemak. sebab lemak sedap. macam cannot resist. :( fastfood memang lazat lah bukan.
4. encik Cessna suruh jogging selalu tapi saya ingkar.

em. rasa macam tidak menarik membagitahu umum bahawa dietitian ini dalam kesedihan akibat berat bertambah akibat gaya hidup yang tak sihat. eh macam banyak sangat akibat. em, tapi BMI saya masih normal ok. 19.9 kg/m2. so, this is just a precaution.

I KNOW THAT MY WEIGHT IS NORMAL. BUT I AM TAKING PRECAUTION STEPS.

semua pun kena explain. ok semua sudah faham, maka boleh concern dengan berat badan kamu sendiri juga. health is a wealth too.

make use of your healthy body and take good care of your health. di samping menyayangi kekasih, sayangilah badan anda sebab kalau badan tak sihat atau sakit nanti kekasih pun sedih. kalau gemuk nanti kekasih pun kuat membebel. kalau kekasih gemuk, kita bebel dekat dia sampai dia jadi kurus. kalau kekasih memang gemuk, suruh dia masuk Biggest Loser. kalau saya jadi kekasih, saya nak saya jadi kekasih yang sihat untuk kekasih saya. eh. ok. boleh kata sekian sekarang.

sekian.

wink wink ~.^

Sunday, December 27, 2009

purple

assalamualaikum.

yesterday was purple day
.


emm.
yesterday was purple day.

apa lagi eh. hmm. yesterday was purple day lah. :D

ok dah. bye bye. wassalam.

wink wink ~.^

Friday, December 25, 2009

macam sedih

mungkin tak boleh dijadikan tabiat jarang-jarang update blog. sebab, lama-lama macam lost contact dengan blog ni.

eh. btw, assalamualaikum.

life is great. everything is. great. great sebab rasa nak kata great. suka hati lah bukan. suka hati bukankah great. umm. okay. actually takde idea. ini baru honest. great tadi sebenarnya tak honest.

* * *
eh totally takde idea, eh sangat tersedih macam ni.

baiklah, baiklah. actually saidamunira dalam lonely mode. everyone is having dinner with beloved ones tonight. Miki & Daiki, Fishda & Arshavin. [eu, macam geli panggil Arshavin haih] except me. ok. bolehlah makan nasik lauk telur goreng dengan kicap. [eh, sebenarnya kicap pun dah habis, maka ini lebih kesian daripada kesian. kesian yang macam nak meraung. tapi tak berbaloi meraung sebab kicap habis lah bukan]

anyway, I'm okay with it.

benci meja study dekat rumah ni. buat sakit tangan, lenguh, sebab tinggi sangat. cemana nak concentrate buat manuskrip?? [kukuh bukan alasan hari ni saidamunira tak berapa nak buat kerja sekolah?]

wink wink ~.^

Sunday, December 20, 2009

babbling

I think, you, people have to know that my heart is now beating faster than usual.

tahukah yang saidamunira masih belum berjaya settle kan review article yang mommy suruh buat. ugh. after all, why does everything comes at the same time?

mommy sent emailS. note that 'S'.

saida, review article dah siap?
saida and kuan, please include this this this oh these of course in our report.
please come out with project progress presentation.
include the development of booklet for saida's part, with the acceptance analysis done, I hope

ini semua arahan mommy. terus berdebar macam jantung mahu pecah kot sekarang.

you know what, I did not focuse on my works recently. I can't actually.

I already told my Cessna that I don't like this 'master by research' world. I prefer going to class, paying attention [or sleeping] in class and facing exams. seriously. tapi I have to love this world that I am facing sebab.. em. duit kot. [materialistik, biasalah]

em, but I don't regret. it just can always affect my emotions. I know myself well. I am not a type of hardworking student, not that educational to search journals, read journals etc. I will easily get scared with that journal-thing.

I hope this week will be a productive week. and I want to finish this world fast. wish me luck people.

wink wink ~.^

Friday, December 18, 2009

1431H

I actually was searching for taZiRa's pic folder in this ancient Spongetop. kan dah kata hard disk rosak. mana tahu kalau ada back up dalam Spongetop ni. unfortunately memang takda and the memories will all gone. kasihan bukan? sob sob sob.

em, I found this photo instead.

Ct ai, Im and myself, bergambar dengan Hasnan the Cyclops [tapi kasihan, lebih macam orang buta hoho] masa KTSN annual dinner dekat Dewan Titiwangsa. masa 3rd year kot.

[I think I miss Im the most. Im mesti dah nak kawen]
everyone macam sangat tak kena.
**p/s to my honey: dont you think your "Honey" macam sangat kelakar?
keh keh keh
oh sangat sedih kalau external tu betul-betul tak boleh berfungsi lagi. urgghhh.
I stop here. kalau tak nanti makin emo. Salam Maal Hijrah 1431H.
wink wink ~.^

Thursday, December 17, 2009

this is long

when I woke up yesterday morning, I thought my day will turn gloomy since everyone is not around. MikiJajan & Hasnan pulang ke kampung halaman kerana ada sesi temuduga SPA. and I assumed Islami too will not be around at office. it was gloomy for real then. worse, internet connection at the problematic office tu memang kadangkala macam mentally retarded, even by using cable. surely takyah hope for wireless connection lah. sebab akan buat saya rasa macam nak lari dari Malaysia dan pergi ke negara luar yang maju. tapi itu adalah fantasi semata. takkan sebab nak bermain internet pun nak lari ke luar negara. lainlah kalau berniat mahu mencarikan fulltext journal untuk Lai Kuan. ehem.

eh macam dah malas ni. nak pergi mandi cepat ni.

i went out with angah before 2pm. arrived at Time Square, started to join the long queue for movie tickets. Twilight Newmoon at 3.20 pm, 5.00 pm. we already expected that we will not going to get that movie. maka, ketika sedang membeli tiket, kakak kaunter tiket terus cakap "Twilight 3.20 dah takde tiket ye adik comel, pukul 5 ada, adik comel nak beli tiket pukul 5 tak?" [sungguh comel kakak tersebut kalau dia cakap macam itu, bukan?]

eh malas nak panjang sangat nanti terbagi tekanan kepada pembaca. lalu we decided not to buy any movie ticket. lalu pergi ke kedai buku Borders. ada banyak Twilight series. dan saya terjatuh cinta dengan novel itu sebab dia cantik berkali-kali memandangnya. tetapi alangkah malangnya kerana kami berdua tak dapat mencari keseronokan sendiri di Time Square yang macam apa entah escalator pun sepah sana sepah sini penat nak jalan tahukah?

maka, around 3pm, kami queue lagi untuk beli tiket. this time, nak pasrah, nak tengok pukul 5. tapi masih berharap ada tiket yang reserved, tapi tuannya tak jadi datang beli tiket. at the counter, angah terus bertanya, "moonlight ada?" siryes beliau tanya Moonlight, bukan Twilight.[eh cerita ni macam detail sangat, penat taip dah ni].

so, we got the 3.20 pm tickets. strategic seats. and of course berasa sangat terharu dengan kebijaksanaan adik beradik dan mendapat tiket Moonlight. oh tak kelakar kah? cerita itu bukan moonlight, tapi Twilight New Moon.

eh siryes macam apa entah, terus jadi tak berwawasan ni. ingatkan nak pergi office cepat.

macam tak habis lagi cerita, tapi dahlah. saya sakit betis akibat berjalan semalam, maka tak boleh tulis panjang. nanti betis tambah sakit.

I'm going home today, and my backpack is super duper heavy, because I dumped everything inside it. you can find many things inside my magic bag, including oreo biscuit. tetapi sekarang saya akan buang tabiat membawa bekalan biskut oreo tersebut sebab I'm getting FAT now. this is a 46kg girl, filled with 27% fat inside her body. hari ini, I will left my tumbler juga, for the sake of my calf. betis ini sakit secara serious sebab semalam saya telah memikul beban beg ajaib ini ke Times Square sehingga malam. luckily only my calf yang menjadi mangsa, bukan patah tulang belakang ke apa. kalau tak, nanti tak ada siapa mahu kahwin dengan gadis si bongkok tiga. dahlah gemuk berlemak.

sekian dulu dari gadis gemuk. eh semalam gadis gemuk membeli novel cantik tersebut. :D

wink wink ~.^

Tuesday, December 15, 2009

tersedih

emosi tak berapa stabil. external hard disk rosak. :(

and I am lonely tonight.

external hard disk ni sikit pun tak beri kerjasama. langsung tak mahu temankan saidamunira yang keseorangan malam ini. plan nak tengok movie malam ini terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan apa pun belum fikir lagi. plan menulis manuskrip terpaksa postpone juga sebab saidamunira sedang jiwa tak tenang mengenangkan external hard disk yang tak berapa sihat ni.

plan untuk buat entri bergambar pun terpaksa dibatalkan. saya jadi messy semula.

bye. external boleh dicari ganti. gambar percintaan dalam external tu yang tak ada back up di mana-mana macam mana nak cari ganti? inilah gadis tersedih malam ini. :( sob sob. walaupun bukan putus cinta, tapi nak sedih juga.

nak external colour oren atau kuning satu.

Monday, December 14, 2009

great teacher

assalamualaikum.

kalau tak menulis selalu maka akan menjadi tak pandai membuat karangan di sini. em, btw saidamunira memang tidak bijak mengarang lah, apatah lagi subjek Sejarah. [eh. lari tajuk. see, memang tak pandai mengarang. proven.]

recently kehidupan dipenuhi dengan ranjau. wah. sounds great bukan? masa sekolah dulu, Cikgu Isa sarankan untuk membaca novel bertajuk Ranjau Sepanjang Jalan. tapi of course tak baca lah. PEACE!!. tapi, I'm pretty confident lah bahawa ranjau yang saya perkatakan ini bukannya ranjau sepanjang jalan pun. dia ranjau mini sikit-sikit tepi jalan saja rasanya. [tak dapat disangkal, struktur karangan masih lemah]

petang tadi ke UKM Bangi bersama kakak Lai Kuan the beloved. ceh. bodek. and there was a song dalam kereta tadi. lagu GTO. pernahkah anda inginkan a great teacher yang seperti Onizuka? dahulu, cikgu cantik macam Fuyuzuki adalah idaman saya. tapi sekarang akan berfikir banyak kali. cantikkah Fuyuzuki? sebab, perempuan cantik di mata sekarang adalah Taylor Swift, tapi Taylor Swift bukan cikgu pun. maka cikgu paling cantik adalah emak. eceh pandai betul bodek emak. emak bolehlah berbangga.

eh macam bosan lah. ["eh Bosan pun ada?" kata MikiJajan, I dah tau dah, takyah tunggu you cakap dah Jan.]


entri langsung tak ada struktur. kan dah bagitau, saya tak pandai mengarang. dan Sejarah lagi tak pandai. saya pandai buang masa saja. actually saya mencuba untuk menulis malam ini, tapi entri tetap berunsur tak berapa bijak. sebab saya messy.

wink wink ~.^

Wednesday, December 9, 2009

encik Cessna kata serab. bukan serabut

heyya saudara saudari cikebum cikebum.

minggu ini saidamunira kena buat silent mode. serious ni. jangan tak percaya okay.

start hari Isnin dah down pasal surat ajaib tu. eii.
hari Selasa nenek meninggal. innalillah. [sedekahkan al-fatihah kawan-kawan]
hari ni pula gebon ke sana ke mari sambil bersabar dengan ayat makan dalam mommy. urgh.
malamnya mencuba membuat review article tapi macam tak pandai.

cemana nak pandai ni. masa darjah tiga dulu saya rasa saya pandai sangat sebab tiba-tiba dapat lompat kelas lepas tu exam akhir tahun pun boleh dapat highest semua subjek. tapi sekarang sangat tak pandai dah. mungkinkah kalau dah kahwin jadi pandai? um.

serabutness. uh uh :(

wink pun tak comel. x.x

Sunday, December 6, 2009

in Arsenal

nyamuk memang membencikan. ei. kalau nak pukul nyamuk pun terpaksa pukul diri sendiri. dahlah gatal pulak tu lepas kena gigit. bukankan sangat @%$^&$@??. eh tak tak, saya bukan mencarut tu. saya tulis simbol-simbol tu semua biar nampak macam geram. eh, ini pun kena bagi explaination? [uih, nampaknya entri akan jadi panjanglah kalau macam ini.]

intro dah emo. tapi don't judge a book by its cover. heh. entri ini seriously tak ada pun ciri emo macam nak mengamuk dengan nyamuk tersebut. malah ada ciri emosi gembira tapi maintain tak ada pun macam melompat-lompat girang ke apa. eh serious ni takda.

tontonlah gambar beruang berbaju merah ini. beruang ini kecil sahaja tapi bernilai RM 10. taktau kenapa, walaupun harga dia tak sesuai dengan saiz, tapi saya assume dia sesuai lah dengan baju yang dia pakai.

ada tak macam loser sebab sibuk dengan Arsenal walaupun Arsenal dah kalah. em takpa. ini beruang saya. kalau dia pakai baju Arsenal tapi Arsenal dah kalah, beruang ini tetap menang di hati saya. eceh, macam ada cinta ke udara ni. ehem.

ini bukan aksi menggantung diri. ini saya gantung dia dekat beg sekolah saya. :D
I support Cessna actually >.<
[olo malu malu dah blushing :")]

ini sekadar gambar hiasan.


emm okaylah. nak mandi ni sebab dah blushing. ;p bye bye

wink wink ~.^

Wednesday, December 2, 2009

healthy lifestyle

update blog kejap.


what a day.

pagi-pagi sampai ke sekolah, walaupun lambat 10 minit. mommy [ie Dr Suzana] suruh pergi biostat course at 8.30 am. but I was 10 minutes late, unfortunately terserempak dengan mommy tengah jalan. mommy pesan, pergi course tu harini, jangan tak pergi, esok pun pergi jugak, biar anak mommy jadi cerdik. [hiperbola sikit bagi excited, padahal Dr tak ada cakap macam tu pun]. setelah berlalu agak jauh lah, mommy panggil saya. lalu bertanya "Saida, you bangun lambat e? sembap je mata." ..

aa.
aa.
aa.
[ini membawa maksud saidamunira ternganga-nganga. serious hodoh lah macam tu.]
huih tak terkata you. serious menusuk kalbu. rasa macam nak cakap, saya dah bangun awal daripada biasa. tapi tak terkata. what to do. habislah saham jatuh. sebab 10 minit lambat je. itulah. malang tak berbau. tapi it's okay. Dr Suzana comel juga di hati saya.

maka, saya memasang azam. heh. penuh semangat ni. azam tersebut berbunyi begini: "saidamunira akan memakai spectacles kalau pergi sekolah pada waktu pagi!!" tak sanggup dah macam ini. Hasnan datang lagi lambat banyak tapi saham tak pernah jatuh pun. sob sob. saya perlu jadi cemerlang lah begini bukan? baiklah, saya cuba.

macam mahu menaip panjang lagi tapi penat. okaylah semua. saya mahu mencurahkan kasih sayang kepada kaki. kaki saya sengal. petang tadi, Udeq, Miki & I pergi jog dekat Tasik Titiwangsa.

tak susah pun kalau nak bersenam. 30 minit sehari, bukan lama sangat pun. tadi saya kuat semangat, jog non-stop keliling tasik [tapi shorcut sikit ;p] dengan membayangkan lima perkara penting ni:

1. aiskrim pulut yang saya makan
2. result machine TANITA semalam yang kata berat saya sekarang 45.6 kg, fat 26.9%, BMR 1040 kcal [ini seriously menjengkelkan tahu, urgh]
3. blood pressure saya hari ini yang low ie 102/58 mmHg, ceh langsung tak cool
4. perut dan biseps yang dah flabby-flabby ni [irritating tahu tak?]
5. dan encik Cessna. eh macam gedik ayam lah.

ok, dah. sekian.

AMALKANLAH GAYA HIDUP YANG SIHAT. GAYA HIDUP YANG SIHAT BUKAN SETAKAT BERSENAM, MALAH PERLU BUAT KERJA SEKOLAH WAKTU MALAM, BUKAN UPDATE BLOG SAJA.

ini betul-betul sekian. bye bye.

wink wink ~.^

Tuesday, December 1, 2009

dah bulan Disember

exhausted. bukan tired lah.

petang tadi sebab emo, I went to Sungei Wang Plaza. bukan untuk membelanjakan wang sebanyak bersungai-sungai lah. tapi sebab berniat untuk meningkatkan aktiviti fizikal. [macam boleh blah niat tersebut.]. okay. tak mahu menipu pembaca, tak berhemahlah macam tu.

actually, sejak pagi telah berasa macam sangat tersedih sekali kerana berasa bosan dengan semua baju yang ada. ini termasuklah bersedih atas sebab baju nyamuk merah is black-listed. [by encik Cessna]. saya sedih sekali melihat baju itu dan seriously wonder apakah yang perlu dilakukan dengan baju itu. adakah patut dibuang dan sebagainya. tapi setelah membuat ayat sedih kepada encik Cessna sebab macam sayang sangat baju nyamuk tersebut, beliau bagi green light pulak pakai lah. haish. anyway thank you eh. tapi betul ni, rasa macam dah tak ada baju best pun nak pakai. :(

jadi, konon nak shopping baju until I drop petang tadi. tapi tak drop pun. macam tak best Sungei Wang tersebut. wang saya macam tak mahu mengalir dekat situ sebab semua baju macam tak berkenan, kecuali satu.

okay, saya cerita benda tak best. ok ok I knew it.

saya tak ada cerita best pun. oh btw, wana share something. I learnt a lesson yesterday. I found that hand sanitizer is very useful. of course, I am a hygiene freak lah konon, sebab lepas sakit mata hari tu, saya sentiasa bersama hand sanitizer. kejap-kejap nak pakai. kejap-kejap rasa tangan berkuman. but then, yesterday I got a new friend, Penny. she was doing a research to compare handwash & hand sanitizer. Penny told me, hand sanitizer does not kills 99.9% bacteria lah. nonsense tu. Penny kata, it only can reduce about half. but Penny kata, please be alert dengan active compund dalam sanitizer tu. kalau ada triclosan, it is carcinogenic. and oh, my hand sanitizer contains 0.2% triclosan. Penny kata lagi, kalau dekat US, any sanitizer yang ada triclosan kena band dah. tapi, if it is 0.2%, it is negligible lah, tapi janganlah pakai banyak-banyak dan terlampau kerap. tapi Penny kata, it is gooooood memakai hand sanitizer. nanti kurang lah mendapat selesema dan jangkitan-jangkitan lain juga.

.. and hand sanitizer memang sangat berjasa kepada saidamunira semalam after suatu kejadian super dahsyat dalam monorail. sebab kejadian semalam, saya mahu declare yang hand sanitizer is now in my best friend list. [kejadian dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu]. it was super duper terrible experience on white monorail seat!

till pen meet paper again. macam entah apa-apa, sebab tulis blog mana pakai pen dan kertas pun.

em nak pesan sikit. siapa tak ada hand sanitizer, boleh pergi beli sekarang.

wink wink ~.^

Saturday, November 28, 2009

this is miracle

macam dah tak pandai saja buat entri. [eceh, padahal tipu sebab kejap lagi mesti entri jadi panjang, macam konon-konon ada miracle saja].

mari buat tak tau tentang entri yang wujud sebelum ini. maybe it came from my irrational lonely thought saja tu. tak penting dah. okay. [no gosip gosip heh kakak Miki my beloved roomate. ;p] - kesian betul sejak birthday dipanggil kakak. yelah, you kan dah 23 tahun, siap bapa dia bagi green light untuk kahwin. encik Daiki perlu beri perhatian serius nih. [eh, terulas secara berjela pula]

since encik Cessna requested itu ini berulang-ulang kali about my skincare attitude, saya rasa sudah masanya untuk insaf. [dengan memberi harapan. palsu tak palsu belum tahu lagi.] for the first step, saya akan berusaha gigih untuk melicinkan muka. [anda patut terharu ya encik]. em. tapi kan, I noticed long ago lagi lah, setiap kali saya membeli pencuci muka, toner dan moisturizer, akhlak berdisiplin memakai semua benda itu ini hanya berlaku pada minggu pertama. boleh jadi sampai minggu kedua. lepas tu, macam boleh buang saja kot benda itu semua. tapi saya tak buang pun. lebih baik sikit, saya simpan saja tak pakai. lepas tu, saya beli benda lain pula. maka selepas itu saya akan rajin semula. baiklah baiklah. kali ini perlu mempunyai akhlak istiqamah, demi masa depan dan demi insan tersayang. [eh? macam tak boleh blah saja jaga muka demi beliau. sungguh tak bersopan dengan muka sendiri.]

em, macam perlu bagi penjelasan kenapa hari raya aidiladha perlu cerita pasal misi melicinkan muka atas permintaan tersebut. sebabnya, semalam sempena hari raya aidiladha saya telah mula memakai produk Belina. yey. lepas ini berharap muka menjadi licin, licin macam muka kambing perhaps, sebab Belina kan susu kambing. tak mengapa kalau muka kambing menjadi idola, kambing tak ada jerawat tahu. tapi tak boleh contohi bau badan kambing. tak berakhlak macam tu. hey, sabun Belina wangi lah, tak macam bau kambing pun okay.

update raya sikit. semalam kan raya. [berapa kali tah nak inform, padahal orang semua well informed dah] jadi semalam makan saja dari pagi sampai malam. [ini pun semua orang dah tahu dan berunsur entri jadi panjang sebab isi tak penting] tapi sikit pun tak ada penyesalan seperti sikap-sikap lalu yang membuatkan saya nak masuk Biggest Loser tu. sebab semalam saya makan soto makan soto makan soto makan nasi himpit dengan kuah kacang dan nasi bersama lauk kurma daging saja. saya tak makan lemanglah semalam. maka, tak saiko mana pun. perut pun tak sakit, jadi itu bermakna saya tak makan sampai overdose. PEACE!! inilah yang kita mahukan. eat well, live well. exercise? oh, not so well yet rasanya.

emm, gambar raya takda. kenapa entah. macam semua orang pun asyik berbual sambil makan saja sampai tak lalu bergambar. penat saidamunira mendirikan tripod semalam. only Adib yang memberi perhatian terhadap tripod tersebut. the three-year-old Adib berkata "Ini macam teleskop! Adik nampak angkasa!". anyway, thank you Adib sebab memberi perhatian.

tapi hari ini ada gambar. walau pun bukan gambar human, tapi masih boleh menggambarkan suasana perayaan.

lihatlah gambar tersebut. tahukah ini gambar kek marble.

those are same cakes, adunan yang sama cuma menggunakan teknik pembakaran yang berbeza. the top one was baked in electric oven, while the bottom was baked using periuk ajaib emak. sekarang telah berasa periuk emak itu betul-betul ajaib. kamu tak rasa ajaib kah sebab kami bakar kek guna periuk? [Udeq, anda mungkin memerlukan periuk tersebut sebagai koleksi. boleh bawa pergi kondo baru nanti, buat kek, takyah beli oven dah. heheh.] Udeq terpaksa berasa terharu, sebab sepanjang membuat kek ini bersama along pagi tadi, saya sentiasa teringat beliau. Udeq dan kek macam kuku dengan ruas dah. eh macam salah. bukankah isi dengan kuku? yang ruas tu apa heh?

ha I told you, miracle. entri pun dah macam rambut Rapunzel. eh eh eh yey dah ingat. buku dengan ruas lah. bukan kuku.

selamat hari raya aidiladha semua :D

wink wink ~.^

Tuesday, November 24, 2009

No-vember. No-sweet.

I was hoping for a sweet November. but today I found that November is no longer sweet.

cepat sangat masa berjalan. eh bukan. kawan saya kata masa tak berjalan lah. sebab masa berlari. although banyak benda yang seronok bulan ini, but the sweetness that I hoped for tak akan wujud.

.. and it was soOoO pathetic.

I hate this feeling. betul, bila gembira, jangan gembira sangat. I remember I told Miki this evening yang saya takut nak menghadapi minggu depan sebab saya rasakan minggu ini sangat seronok, jadi saya takut kalau kesedihan akan datang minggu depan. tapi kan, kesedihan tak datang minggu depan lah. dia datang baru saja tadi. dan masih berlarutan sampai sekarang. dan ketika I have nobody around me. dan ketika saya macam tak dapat bernafas sebab selesema. dan ketika perlu membasuh baju sebanyak sebaldi.

langsung tak ada keyakinan diri.

saya tak ada banyak masa. tapi masa yang sikit yang saya harapkan pun tak boleh tercapai. apa lagi kalau nak mengharapkan masa saya sepanjang hayat? I am afraid. secara sangat takut.

saya sedih.

tapi saya berharap untuk mempunyai Hari Raya Aidiladha yang gembira. boleh?

bolehlah bolehlah please..

rasa nak beli gula-gula lah esok. supaya rasa manis sikit masa saki baki bulan November ni.

Monday, November 23, 2009

sambil makan nasi lemak

the list goes on.

1. hari khamis pergi celebrate birthday kedua-dua orang tua di sisi saya, iaitu Miki dan Hasnan. oh dan juga farewell party untuk Udeq. kami makan dekat Chicken Hartz Sunway Pyramid, tak ada best mana pun macam ancient time dia dulu. patutlah dekat Times Square punya dah tutup.

2. masih lagi tentang birthday Miki dan Hasnan, to make it short, HasKi. oh. HasKi berasa terharu secara hyper setelah Udeq buatkan birthday cake untuk mereka.

HasKi's birthday cake, by Udeq

selepas makan, saidamunira rasa kita patut bersenam. macam yang beliau buat.
[angkat kaki pun kira bersenam tahu?]

-gambar ihsan dari Facebook HasKi-

3. cerita macam dah tak fresh. jadi kita tukar cerita. -sesi luahan perasaan seorang kakak.- adik-adik perempuan saya memang sangat irritating dan menyakitkan hati. they do not even know what is privacy dan perkara tersebut sangat membencikan. mereka merupakan ancaman terbesar. sebab, semua barang saya di rumah diklasifikasikan sebagai tidak selamat, sebab mereka sangat busy body.

4. saya sedikit emo apabila wireless router di rumah didapati telah rosak. I know, I should keep the receipt. selalunya saya simpan. even resit membeli sabun pun saya simpan dulu. tapi resit router tu pergi mana tah, saya cari tak jumpa. maka, nanti saya perlu membeli router yang baru.

5. saya rasa nak masuk rancangan The Biggest Loser. to date, I AM FAT.

5. I AM FAT because,
saya telah makan sangat banyak makanan yang menggemukkan. emak tak putus-putus memberi anaknya makan di rumah. I noticed I am fat just now when I lost my balance. [saya telah terjatuh secara bergolek sikit pagi tadi on my way back to Plaza RAH. what a shame lah. :(]

6. tapi saya sedang bersarapan nasi lemak + ayam goreng rempah Shazana. lemak. lemak lagi. lemak lagi. lemak lagi. pastu bising gemuk lagi. lemak lagi. lemak dah jadi lemak perut, lengan dah ada lemak ayam, biseps semua dah hilang tinggal lemak. lemak lagi. lemak lagi. lemak lagi.

okay. nak sambung makan nasi lemak lagi sikit dan pergi ke sekolah.

wink wink ~.^

Tuesday, November 17, 2009

for you I will

mata,
for you I will letak semua ubat dekat mata.
letak ubat titis waktu siang, letak ubat sapu waktu malam.
juga makan ubat antiallergic. [padahal ni bukan allergic pun]
for you juga mata, I will buat muka maintain saja letak ubat titis walaupun pedih.
dan juga for you I will tabahkan hati menyapu bola mata dengan krim.
ingatkan sangat horror lah sapu krim dekat bola mata.
tapi sikit pun tak horror lah.
thrill ada, horror takda.

sakit mata pun thrill, tak horror.

demi mata kesayangan juga saya habiskan duit hari ini nearly RM90. serious ni.
Fik kata, once upon a time, sakit mata adalah penyakit harapan student smkAp. sangat loser lah siapa yang ambil air mata kawan yang sakit mata pergi letak dekat mata sendiri. nasib baiklah saidamunira tak pernah buat benda yang macam weng begitu. haha.

saya sakit mata dan saya dapat mc tiga hari. jeles? takyah jeleslah. mata sakit ni saidamunira dah jadi macam senget sebelah.

I Love You mata. Bukan Encik Cessna saja.

mata tak boleh wink. kesian mata kan?.

bye.

Monday, November 16, 2009

nyamuk gila gigit saya

saidamunira membenci nyamuk.

serious I HATE YOU NYAMUK. i hate you sangat. gigit-gigit orang lepas tu orang gatal. lepas tu orang garu-garu unconsciously masa tidur. lepas tu anggota badan jadi berkudis-kudis. eu. [
nyamuk skizo!! membencikan. tak tahan dah ni]

wondering. siapa lah sayang nyamuk. emm. em. eh ada ada. kawan kami i.e. Puan Tijo mesti sayang nyamuk lah. sebab dia buat research pasal nyamuk. heh. bertuah sekali nyamuk disayangi oleh Tijo yang cantik dan comel tersebut.

FYI rumah kami sangat banyak nyamuk. wonder juga lah. kenapa tah nyamuk super hebat sekarang. nyamuk boleh terbang sampai level 20 okay. whoa. dan boleh membiak dalam salur ampaian kami juga. sangat horror lah. apa kelas tah duduk plaza rah tapi suasana macam dalam kebun durian atok.

ish irritating.

saya berharap saya kena gigit dengan.. em gigitan cinta perhaps. gigitan tersebut tak gatal bukan? [eh dah dah tak boleh teruskan. nanti Miki dengan Udeq bagi tazkirah lagi suruh saya puasa sunat banyak-banyak. heh. ;p]

wink wink ~.^

Saturday, November 14, 2009

K.B. stands for Kinder Bueno

Sa'ida Munira bt Johari.
22 tahun.
lapar.
sedang mengimpikan kinder bueno. [semua pasal Islami sebab semalam Islami kasi makan kinder bueno yang boyfriend dia bagi dekat dia]

esok nak beli kinder bueno lah.

wink wink ~.^

Friday, November 13, 2009

akibat latenight entry

it's already late ni. tapi saidamunira tak tidur lagi. sebab petang tadi dia dah tidur dalam hujan dengan Miki [tipu, kalau tidur dalam hujan nanti basah mana boleh tidur lah]. siap lumba siapa lagi lambat bangun. maka ternyata Miki tertewas sebab bila saya buka mata, Miki dah mandi pun. cemerlang kan Miki? [ehem, promo lebih ni, ada habuan apa-apa tak?]

minggu ini berlalu sepantas kilat. [tipu lagi]. kilat tak ada pun berlalu sampai tujuh hari lah. baiklah. lambat sikit saja dari kilat. [macam ini lah kalau orang tak faham perumpamaan. semua pun nak explain. malas nak layan lah.].

oh, kembali ke topik minggu ini. there are lotssss more boxes in my to-do-list belum boleh checked. maka akan gebon secara hyper. [
tapi boleh je kalau nak tick terus dekat boxes tu kasi semua benda pun checked kan?.] apa ni apa ni kenapa saidamunira macam gila ni?

saida telah mati, udeq pun, jannah pun, apai pun. semua dah mati, tinggal torek saja. no, not us lah off course. kalau saidamunira yang dah mati habis siapa yang taip entri ini? ha. gebon lagi. i mean, sebilangan besar ikan Hasnan sudah mati. kami betul-betul sedih atas pemergian ikan-ikan tersebut. ternyata ikan yang bernama torek tu gagahlah bukan. semua pun dah mati tapi dia hidup lagi. semoga Torek sebenar turut gagah. eh tapi taknaklah macam ikan tu. sebab saida meninggalkan torek. tak sehidup semati macam tak romantic lah. sebab kalau torek tu hidup lagi, nanti tuan ikan belikan ikan baru untuk jadi pasangan torek. maka, dia akan curang kan. mana boleh curang dalam kehidupan sebenar. cannotcannotcannot.

okay. saya pun tak tahu saya merepek apa entah.

kepada pembaca sekalian,
have nice days ahead.

wink wink ~.^

Tuesday, November 10, 2009

appreciate people

pi i pe en ay ti nat pe nat.

as I woke up this morning, macam tak dapat terima hakikat lah sebab sudah pagi. ini serupa macam kenyataan gadis tak bersedia bangun tidur sebab mengantuk tak puas tidur. [saya memang suka buat ayat complicated macam ini]

setelah terjaga, saya tarik selimut red riding hood dan menadah tangan tapi mata masih tak buka lagi. saya berdoa supaya hari ini menjadi hari yang baik. tapi lepas tu rupa-rupanya saya sambung tidur semula. kenapa tah gadis ini suka buat perangai selekeh macam itu, dah bangun tarik selimut semula. konon macam innocent, tapi sedikit guilty juga buat macam itu lah.

to make it short, planning untuk tolong Hasnan collect data dekat sebuah clinic di Petaling Jaya tak berjaya. maka Hasnan sangat kecewa [kot], jadi Hasnan proposed pergi main bowling untuk mengubat hati yang lara. hati dia lah lara. hati saya tak lara pun seriously. tapi tumpang kelaraan Hasnan, sebab macam nak menghayati erti challenging dalam membuat research. saya assume hati Hasnan lara sebab dia drive hari ini sampai termati enjin dua kali dan nak terlanggar kereta depan dekat Bulatan Pahang. [pemandu profesional tak patut termati enjin tahu]

oh ya. otw back to faculty, dalam kereta Hasnan, saya telah dihubungi oleh Kementerian Pengajian Tinggi, di mana puan itu bertanya kepada saya, kenapa saya tak reply surat tawaran pembiayaan untuk pengajian ijazah lanjutan. dengan sedikit cool saya cakap sebab saya tak tahu pun saya dapat. rupa-rupanya saya telah terlewat selama dua bulan untuk reply tawaran tersebut. tapi tak apa. saya pujuk dia supaya tunggu saya reply surat tawaran itu esok. [tipu, saya tak pujuk pun. tapi saya tanya macam mana nak dapatkan juga duit itu]. jadi, insyaAllah akan dapat juga.

eh tadi dah kata "to make it short", tapi dengan sengaja pergi menaip panjang. taknak baca boleh berhenti sekarang. saya tak bagi upah apa pun kalau anda baca. mind you.

okay baiklah. sewaktu petang telah pergi bermain-main dekat Times Square dengan Udeq dan Hasnan. mana boleh kan keluar dengan Hasnan saja lah. tteeett. nanti ada orang emo mana bolehlah bukan?. tak tak, kami bertiga-tigaan. and it was entertaining :D.

pada waktu malam pula Apai masakkan spageti. rasa spageti sedap. tapi saidamunira tak berapa in to it pun. sebab memang tak berapa suka spageti sejak sakit perut makan spageti dulu.

okay dah terlebih timing.

serious hari ini hari yang baik walaupun penat.

sempena suatu message yang saya terima malam ini, saya ada a few words to be shared,
appreciate people and be honest.

wink wink ~.^

Sunday, November 8, 2009

semalam bulan mengambang

semalam bulan mengambang, jadi semalam pakngah Adam pun balik rumah lah.

Adam usha Spongebob dekat kedai souvenir dekat KLIA sementara tunggu Pakngah

tu hidung Adam nakal luka

Adam dan pakngah Adam

semalam Adam pergi airport jemput pakngah, sebab Adam gebon sangat ke situ ke sini Adam pun kena langgar dengan orang tolak-tolak troli luggage, maka hidung Adam pun berdarah, maka lagi rupa Adam jadi macam budak nakal dah sebab hidung calar. barulah thrill kan Adam? [eh tetiba blog ini jadi macam blog Adam lah]

ok ok, concentrate, tukar topik. kembali kepada kehidupan author. marilah baca.

sebab angah begitu ghairah betul dengan lego dari sebelum balik ke Malaysia lagi, maka sebaik turun dari flight, semua orang kena tunggu dia lama sebab kotak lego dia lambat betul dijumpai. heheh. kan. siapa suruh bawak kotak lego bersaiz super.

sebab ada banyak lego hendak dipasang semula, maka hari ini jadi hari main lego bersama keluarga. dari pagi sampai petang sampai ke nak malam dah. sambil mengimbau kenangan zaman kanak-kanak comel kami dengan mengeluarkan semua koleksi lego dari almari.

ini katebang cargo baru yang angah beli

bila letak dia dengan katebang cargo dan katebang-katebang lama, maka jadi macam
"bagai Cessna dengan Airbus". [okay, sekarang dah faham makna Cessna kan? pandai berperibahasa dah :D]

hari lego-lego bertaburan, memasang dengan gigih sangat sebab dah berzaman tak main lego

police HQ

terabur

Adam pun tolong pasang lego

nak simpan dalam almari.
abaikan cermin almari yang malas nak lap tersebut

old meet young. ini old punya.

finally, lego tak habis pasang lagi, almari dah tak muat dah. haish.


tak berapa mampu nak upload gambar lagi sebab macam mengantuk. nanti nak belikan anak lego juga. [kesimpulan entri berciri masa depan. hee ;p]

wink wink ~.^

Friday, November 6, 2009

I am

I AM OK,

and I really don't want to waste my time.

I am 22, I am not a wife to anyone and I am okay.


wink wink ~.^

Wednesday, November 4, 2009

menCUCIcuci

hi everyone.

malam-malam yang sejuk macam ini otak saidamunira beku. namun begitu, saya masih kelaparan pastu rasa nak makan burger. tapi sebab insaf bila isu fat percentage ke udara, maka tak perlu mengada meracun diri dengan burger. [
hah? sejak bila tah makanan menjadi racun ni, macam sangat hiperbola ni wow!]

tadi pergi tengok Teater Cuci The Musical. overall, okay, fun. tapi Impak Maksima lagi best lah.

jom cekidout memorable night of these three ladies.

habit.
[
a.k.a. jakun bila tandas ada cermin besar]

keahlian Hey Ladies: Apai, Udeq, Ida
memanglah tak semua laki-laki busuk
[aik tetiba ada OST]

taktau kenapa dengan kaki saidamunira.
asyik ke udara saja pada malam tersebut

Awie! Awie! Awie! ;p

nak ambil gambar dengan Adam, tapi macam malu-malu saja :">

kepala Harith cool, macam bola salji
[makluman: itu cuma metafora okay ]

gambar sekadar mengambil hati dengan watak Tan Sri.
nama beliau siapa heh?

encik Awie ni close up macam comel saja

Apai dengan Vanida.
[taknak letak gambar sendiri dengan Vanida sebab inferior. haha]

watak-watak sampingan.
best ambil gambar dengan Adibah Noor sebab terasa diri bersaiz comel wee ;p

okay no comment
next please! ;p



jeng je jeng

* * *

see. walaupun muka saya macam aneh, tapi gambar ini macam penuh kasih sayang ;p
hoh rasa macam takleh tidur ni heeeeeeeeee
okay, pergilah jeles.
haha

em tapi sebenarnya nak tidur juga. sweetest dream. smiling from ear to ear :D


okay. serious malam ini nak HYPERWINK. cucicucicucicuci.

hyperwink hyperwink ~.^ ~.^ ~.^ ~.^ ~.^

Sunday, November 1, 2009

sweet November

assalamualaikum.

merujuk gambar di bawah, ayah tolong lukiskan gambar untuk booklet master project saya. ini adalah preview daripada 2 pages saja. sampai buat master pun ayah tolong buatkan kerja sekolah saya. bukan setakat ayah. abang ipar pun disuruh tolong buatkan front cover. [
tapi belum siap. heheh, publisiti lebih dah ni] bertuah kan ada ayah dan abang ipar yang berbakat. [ayat ambil hati haha]

bukankah sangat manis. :D

berbalik kepada tajuk sweet. atok currently semakin beransur sihat. sikitlah. walaupun tak sama macam dulu. masih drooling. tapi atok nampak kuat sikit. emak kata, bila bagitahu atok angah akan balik sabtu ini, dia kuat semangat sikit. sweet lah atok sayang cucu, bukan? :D.
p/s: angah, sila belikan atok buah kiwi ok. atok kena makan buah banyak. atok cakap atok dah muak makan betik.

semalam pergi melawat Munir dekat asrama. kakak membawa dua orang adiknya melawat adiknya yang lagi seorang. tanpa ibu bapa. sebab ibu bapa sibuk dengan komitmen hujung minggu masing-masing. err sungguh kagum. pergi Giant membeli barang-barang makanan dan Munir terharu sampai berkata begini "eh apasal ade banyak makanan ni kaklang, vitagen pun? bangteh punyo ko?". [see. macam sweet kan kakak dia ni. wek ;p]. and yang memberansangkan ibu bapa terlupa memberikan duit belanja sekolah beliau. maka, nasib baiklah kakak sweet dia ni baru dapat gaji kan.

kenapa tah entri ni menujukan kemanisan kepada lelaki-lelaki dalam keluarga. :D

oh lelaki lagi seorang tak boleh dilupakan.


ni Adam nak nom [nak minum] dengan Munir.
dah lama tak tengok Adam lah.

* * *

oh lagi. bulan ini adalah sweet November bagi encik Cessna dan saya. tak tak, bukan saya nak bertunang ke apa. cuma kami cakap, kami nak November ini jadi sweet November. [we are counting down a date :D wee.]

sweet November is coming.

wink wink ~.^

Saturday, October 31, 2009

twenty six point six

sedang menonton Sehati Berdansa. tapi teman sehati tak tengok sehati berdansa pun. Arsenal lebih disayangi lah [takleh kacau tu]

[woh stucked lama nih sebab rasa nak berdansa tapi belum ada pasangan. tersedih lah. :( eh?]

oh macam ini. saya ada masalah besar. kan dulu pernah bagitahu kan fat percentage saya macam ok ok sedap saja. - oh sedap pada saya sebab saya rasa macam lean.

sedikit maklumat:
normal range for fat percentage
female = 20-30%
male = 10-20%

okay now I need to inform something yang buat saya macam nak buat bariatric surgery. dulu kan fat percentage saya around 21-23% saja. tapi sekarang sangat mensedihkan apabila machine TANITA tu kata fat saya hari Jumaat hari tu 26.6%, which means, saidamunira menternak lemak rupa-rupanya selama ini.

langsung rasa seperti loser sekali. menangis pun tak mampu. tapi..

err masih mampu makan burger akak gemok dekat pasar malam tadi. lepas tu rasa macam lemak semakin meleleh-leleh, melimpah, eh bukan, melimpah lebih baik sebab dia terbuang juga sedikit sebanyak. ini bukan melimpah. tapi bertakung you. eh bukan bukan. macam jadi pembalut daging kot. macam kalau bakar dekat api pun nanti tak lut, habislah habislah die die die macam mana ni nak kawen banyak lemak macam ni heh? [eh, macam tak penting saja kenyataan tersebut bukan?]

scary kan lemak banyak. saiko dengan TANITA tersebut secara super.

em, Sehati Berdansa pun dah habis. tapi Arsenal belum lagi.

p/s to encik Cessna: sorry sebab saya gemok. nanti saya bersenam.

akhir kata,

BE AS LEAN AS POSSIBLE,
IT MIGHT PROTECT YOU FROM BREAST CANCER



oh oh btw, kalau lemak 26.6% pun bila wink tetap comel lah ;p

wink wink ~.^

Thursday, October 29, 2009

alien

perlu mencurahkan sedikit kasih sayang kepada blog ini. betul, sikit saja ok.

sesi laporan mingguan. selasa yang lalu, kami dinner dekat kedai kapal. apa entah nama kedai tu, tak pernah tahu pun lah. tapi kedai tersebut banyak kapal. kalau siapa-siapa nak makan western food yang sedap dekat Kampung Baru, boleh pergi kedai kapal ok. [
oh, tak. saja promote. kedai kapal tu tak ada bagi comission ke apa pun.]

gambar menunjukkan ahli makan malam kami.

keahlian biasa: Udeq, Apai, Jannah Mikichann yang Daiki dia asyik sibuk sampai dia demam batuk-batuk selesema tak keluar suara dah. kesian kan? [eh over pulak explain]

Aida yang singgah sebentar di KL lepas tu terus balik Terengganu woh jauh. ok takyah bagitau itu adalah ikan emas. Hasnan tuan ikan emas yang mengancam nyawa tapi ikan emas tak takut.
[eh, muka ikan emas macam sedikit alien, bukan?]


pada malam kejadian, kami mahu pow Hasnan. tapi akhirnya ada sikit hati perut, lalu sharing is caring sekali dengan Miki. tapi yang paling banyak kena bayar mestilah Hasnan, sebab Hasnan paling kaya, dapat gaji melimpah ruah tak ingat betul. beliau telah kaya sebanyak gaji empat bulan ok. bukankan sangat whoaaaa. [kepada individu yang berkenaan, silalah pow beliau, heheh ;p]

semalam, seharian ponteng kerja sebab study. heh, saja bagi kamu tahu saya pun rajin study macam kamu juga.

hari ini, lepas kepala macam sikit lagi nak meletup sebab exam dua papers straight 2 hours + 2 hours, saya pergi cucuk duit dekat ATM, kemudian pergi ambil barang dekat Sogo dan bagi duit dari ATM tadi kepada cashier. seronok banyak-banyak sebab suka bagi duit dekat cashier lepas tu saya ada barang baru. hee. [cakap pergi shopping kan senang. hish alien]

em em, sebab dah kata mahu curahkan sikit saja kasih sayang, maka saya akan berhenti dulu. kalau buat karangan panjang pun bukan ada siapa-siapa nak bagi bintang-bintang macam cikgu sekolah tadika bagi dulu bukan?

saya perlu curahkan kasih sayang kepada orang lain pula. blog bukan human. jadi kalau curahkan kasih sayang dekat dia pun bukan dia curahkan kasih sayang dekat saya semula. [haha apa entah alien ni membebel]. -semua pun nak benefit saja-. sekian bye bye.

eh harini birthday Naima lah. nak wish pun beliau dekat asrama. eh kalau dekat rumah pun belum tentu wish lah. haha. happy birthday lah Faremaq.

wink wink ~.^

Monday, October 26, 2009

Hasnan dan ikan-ikan beliau

tetiba rasa nak cerita pasal ikan Hasnan.

Hasnan dah dapat gaji. yang pelik, Hasnan beli akuarium dan ikan.

*Ikan lap cermin nama Jannah.


*Dua ekor ikan emas nama dia Ida & Torek. comel kan jadi ikan emas? [
tapi Hasnan cakap memang sesuai sebab ikan emas dia ketot-ketot je, ces]

*Ikan guppy, Hasnan tak bagi letak nama siapa-siapa. [
baiklah kami faham siapa nama sebenar ikan itu tttteeetttt haha ;p]


sambungan..

kalau nak baca sila klik. taknak baca sudah.

lepas ni Hasnan kena beli ikan lap cermin lagi seekor untuk tolong Jannah mengemas akuarium. nanti kami nak namakan ikan tersebut sebagai Udeq.

yang penting jadi ikan emas comel. nama pun "emas" okeh. [korang jelesla tu ;p]

haha. sukahati je.


wink wink ~.^

Saturday, October 24, 2009

hebat okay

hari ini sangat hebat sebab bangun pagi tadi walaupun agak tak berapa awal, tapi berjaya prepared breakfast yang macam hebat lah. which was cekodok. sarapan cekodok cicah dengan kuah gulai ayam memang sarapan yang hebat bagi saya sebab saya tak pernah buat benda macam ini walaupun dah 22 tahun lebih hidup. [kalau kamu rasa tak hebat mana, kamu mesti cemburu sebenarnya kan kan kan?] - ignore saidamunira semua, dia sedang perasan hebat ni.

eh btw kamu kena tahu, ia lebih hebat sebab sebenarnya saya tak balik rumah weekend ini. ini memang kehebatan yang macam ala-ala super ajaib sangat.

okay mari sambung bajet hebat lagi. Jannah Miki dan saya mengemas rumah hebat kami. sebab kami rasa tak hebat kalau tak kemas rumah comel ini. jadi, kami kemas dengan bersungguh-sungguh. rumah berkemas, baju dah basuh, dah lipat baju, yang lagi hebat, mandi pun awal tahu.

kehebatan disambung dengan memasak makan tengahari. dalam hati terfikir hebat juga menjadi suri rumah bukan. macam best lah. eh eh eh tak, cancel. saya tak boleh jadi suri rumah sebab nanti cenderung obes. sekarang banyak lemak dekat perut pun dah rasa sangat tak hebat. uh :(

eh macam panjang sangat pula bebelan. okaylah, dipendekkan. hebat tak habis lagi sebab petang pergi pasar malam beli aiskrim pulut. malam pula Udeq datang membawakan kek coklat untuk kami. terima kasih Udeq.

lepas dah taip-taip entri ni, saya rasa macam sebenarnya hari ni tak adalah hebat mana. sebab kerja yang sepatutnya dibuat pun masih belum dibuat lagi. asyik makan saja. makan makan makan lepas tu bajet hebat, padahal tak hebat langsung sebab fat pecentage sekarang dah makin naik, jadi takyahlah bajet hebat lagi. [eh emo?]

memanglah tahu pun saya tak hebat kan, kamu tu hebat sangat? [ehh emo betul, cakap dengan siapa tah ni, sendiri pun tak tahu]

o oh. we got exam this coming Thursday. [tetiba saspen] baiklah, rasa tak nak main dekat blog ini lagi. buzz off sekarang juga.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.