The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

hari hari terakhir 2010

assalamualaikum.


today was fun and will be fun because:

1. I did my 10th-month cognitive behaviour therapy session for my subjects which was a cooking demo!. it was smooth and fun and marvelous, with helping hands of my new house-mate, Yana and Lai Kuan. oh, kena bagitahu. bukan masak apa pun, buat sandwich sambil berceramah saja :p.

2. arrived at Plaza RAH from UKMMC at 11.30 am, then we [all my house-mates (ie Kak Wan, Azie & Yana) and I] decided to do some exercise. senaman berenang. yeah. 10 am - 3 pm is ladies' turn at swimming pool. we managed to halau two groups of maleS. [lelaki tak pandai tengok jam kot]. satu kali dengan cara mengadu kepada staff Plaza RAH, satu kali dengan cara teguran berhemah. the pool was ours! ha ha.

3. I improved alot at the pool. bongkak bukan? :p ya, sekarang boleh tiruk tanpa gentar, boleh terjun sesuka hati, boleh jatuhkan diri macam Jan Di [yang dia buat lepas kekasih dia hilang ingatan tu] dan boleh pusing-pusing macam ikan. dua pusingan :D seronok tahu.

4. after swimming, Kak Wan and I managed to cook chicken soup and rice for lunch in a very short period of time and it was delicious.

5. then, I went to faculty at 3pm, met Ani. had a short discussion on her research and FFQ, then she gave me a beautiful bracelet, a Singapore keychain and a bar of chocolate. thank you Ani :-*

6. I've booked two movie tickets for tonight [Gulliver's Travel and The Tourist] and planned to watch until midnight. akan bergerak ke KLCC pada jam 6.30 petang ini. heeeeeeee

7. oh, saya juga gembira sepanjang hari kerana esok cuti akibat kemenangan pasukan Malaysia menewaskan Indonesia malam tadi. terima kasih PM, terima kasih Fahmi. Safii juga. Rajagobal pun. Kunalan pun lah. Fahmi kacak. eh you all semua handsome :p

see. my day was great and will be great, bukankah?

hehe. ok, esok mungkin akan pulang ke rumah untuk menempah baju pertunXXXXX ttttteeettttt. MUNGKIN saja.

oklah. see you all next year. have a great weekend :D

wink wink ~.^

Tuesday, December 28, 2010

resolutions

my new resolutions are:

1. cutting nails every Friday [so that no one will complaint about 'petting nails']
2. being miss-read-alot. journals especially. [wah!]
3. managing time properly. [real proper one].
4. minimizing trip to dunkin donuts. [McD takpe sebab boleh order light coke, DD is super dangerous! - sekarang addicted dengan caramel latte. ugh]
5. minimizing blabs and mengumpat. ha ha.

okay. now, photo session:

home-made karipap by emak. sedap.

lepas makan karipap, minum air. oh yes. itu perasmian tumbler baru saya.

sekian.

wink wink ~.^

Friday, December 24, 2010

at JJS2



first time ever online at JJ while waiting Cessna at toilet. I am not a BB user, instead I am using pegASUS right now. ha. gigih tak gigih bawak laptop pergi shopping.

nah. gedik bukan selalu. sekali sekala sahaja. harap maaf.

sekian dulu. Cessna sudah pulang dari tandas, sebab itu terus ambil gambar gedik di atas.

byeS.

wink wink ~.^

Sunday, December 19, 2010

ini materialistik.

semalam adalah bahagia. :D tidur pun dapat mimpi membahagiakan. tapi sekarang tak dapat hubungi punca kebahagiaan kerana telefon bimbit beliau dilanda masalah peribadi. mungkin menunggu pengganti. tapi Cessna kata kena kumpul duit, sebab tu macam tak mampu nak keluar duit beli telefon canggih. itulah dilema pelajar yang ingin berkahwin. kan. tetiba.

ini bukan gambar semalam. ini dijumpai di Terengganu. lantas hantar MMS kepada Cessna dengan ucapan "nak satu camni, satu je".

oh ya. semalam beliau kata saya macam datin. aneh sebab jadi datin gara-gara pakai tudung macam rockers. saya ingatkan dapat gelaran datin sebab kuat membebel ke apa. tetapi tidak.

Cessna meluahkan perasaan, bagusnya wanita yang berasa rimas dengan barang kemas, pastu terus simpan taknak pakai. tapi saya kata, saya tak rimas pun. walaupun sekarang saya kata tak suka pakai. tapi kelak, saya akan suka. sebagai contoh, lihatlah, setelah mendapat cincin ini, saya terus suka pakai cincin walaupun sebelum ni tak suka pun. tak buka-buka dah. hehhe.

semalam kami pergi wedding Hanim, wedding Im. petang pergi kenduri aqiqah rumah jiran Cessna di Nilai Impian. rumah abang Bad. ternyata abang Bad tersebut kaya raya walaupun usia muda bergaya. saya terus suka. suka abang Bad. haha. suka tengok. rumah cantik, kereta lagi cantik [sebab pakai kereta mahal], dan anak-anak dia pun cantik. em, isteri dia pun cantiklah. rasa macam sempurna hidup. . . oh ya ada perkara cantik yang lain, semalam dekat rumah abang Bad tu ada makcik kata saya muda. dia tanya saya baru lepas SPM ke, sebab muka nampak muda sangat macam 17 tahun. serius tahu, makcik tu mentioned nampak muda sangat. kehkehkeh. tapi malu nak letak gambar sini sebab nanti didakwa obses terhadap diri sendiri.

sekian saja. duit punca kebahagiaan. haha. bukan duit kot, mungkin Cessna.

wink wink ~.^

Saturday, December 18, 2010

aktiviti hari sabtu

.
.
.



will drive alone to Im's wedding. yeah.

tetapi akan singgah sebentar di rumah you-know-who menghantar keropok lekor. nice one.




cinta jangan sembunyi, mataku kabur mencari, hadirlah dalam hidupku ini. - ops. tetiba jiwang.

wink wink ~.^

Thursday, December 16, 2010

seminggu cuti

assalamualaikum.

perasaan bercuti selama seminggu sangat mengkagumkan. pada hari Sabtu yang lalu, kami telah menghadiri bengkel penulisan manuskrip saintifik di Klana Resort Seremban. saya telah menganggap bengkel tersebut sebagai percutian kerana sungguh seronok dapat menginap di hotel sambil makan minum dengan banyak secara percuma. selain itu, pada petang Sabtu tersebut, encik Cessna turut hadir memeriahkan suasana di sana. kami mengadakan aktiviti berenang di swimming pool beramai-ramai [walaupun hanya empat orang]. pada petang Ahad tersebut pula, di kala semua orang telah pulang ke Kuala Lumpur, saya dan kekasih telah bertemu janji. kami bersiar-siar serta makan-makan. setelah agak lewat, iaitu pukul 9.45 malam, barulah saya tiba di rumah.

keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga beserta keluarga paklong dan pakchek telah bertolak ke Terengganu untuk melawat Tokngah yang sakit. baru-baru ini, Tokngah telah mengalami sakit jantung, [akibat makan sup tulang katanya]. di samping melawat Tokngah, kami pergi membeli-belah di Pasar Payang. antara barangan yang dibeli ialah songket hantaran [ehem], barangan tembaga yang terdiri daripada bunga sirih dan peralatan merenjis [ehem lagi] serta buah rambai. sungguh sedap buah rambai tersebut. selain itu, kami turut makan dengan banyak kerana masakan WanNgah sungguh sedap. kebanyakan menu yang dimasak adalah sihat iaitu masakan singgang, tomyam, nasi ayam, serta sup. ini adalah kerana Tokngah perlu mengambil makanan yang rendah lemak. sungguh pun begitu, menu wajib iaitu nasi dagang pada hari terakhir kami bersarapan bersama tidak dilupakan. tapi Tokngah tak makan pun nasi dagang.

oh ya. bercerita tentang makanan, Tokngah makan sangat sedikit. disebabkan Tokngah orang yang berpelajaran, beliau meminta preskripsi daripada saya untuk meningkatkan pengambilan tenaga beliau. oleh itu, saya telah menyarankan beliau untuk mengambil Nutren Diabetik pada waktu sarapan, minum petang serta minum malam.

saya telah pulang ke kampung halaman pada hari Rabu. perjalanan selama lapan jam tidaklah memenatkan kerana kebanyakan masa saya hanya diisi dengan tidur dan makan di dalam kereta. saya menaiki kereta paklong kerana kereta yang ayah pandu telah penuh diisi oleh Pakchek serta barangan yang dibeli oleh emak.

disebabkan hari ini hari Khamis dan esok Jumaat, saya telah mengisytiharkan cuti disambung lagi dua hari. hehe. jangan cemburu, ya!

baiklah. saya berharap anda terhibur.

banyak kali saya terdengar ayat ini di radio sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Terengganu sebab paklong membuka siaran radio Klasik Nasional:
"gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa pertuturan anda. bahasa jiwa bangsa"

p/s: penat juga mengarang guna bahasa skema camni. patutlah kemain payah nak tulis tesis.

sekian, terima kasih.

kenyit-kenyit ~.^

Sunday, December 12, 2010

family matters

hai.



oh, ter-upload dua kali pulak.
takpalah. comel lambang cinta ni.



hai lagi sekali.

walaupun penat macam nak pengsan, tetapi belum boleh pengsan sebab nak update blog memandangkan kalau tak update, traffic yang lalu dari NZ akan kecewa. lihatlah. penuh dedikasi untuk memenuhi kehendak angah [
poyo lak aih]. semua dah siap. kepulangan ke rumah hari ini selepas menghadiri manuscript writing workshop dekat Klana Resort Seremban disambut oleh Taj Mahal, lambang cinta. wah. eh btw, saya memang baru pulang dari bercinta juga. hehs.

selain itu, kepulangan turut disambut dengan bungkusan pos ekspres dalam bilik, iaitu kiriman baju tidur daripada along. tiga pasang ye. bukan satu. mekaseh. ini gambar hiasan sebab tengah flat macam nak pengsan ni.

ini baju along. jambu. weks.

ini Adam perasan bayi. wek Adam.

oklah. sekian. esok nak jalan-jalan beli hantaran dekat Terengganu. ops. hiperbola saja. harap maklumlah sekalian pembaca. sudah bolehlah pengsan sekarang jika mahu.


byes.

wink wink ~.^

Thursday, December 9, 2010

morning blabs

whether or not to achieve the next level.


will think about it through this 6 months ahead.



. to develop a family first
or to achieve next level first .

or to develop and achieve both.

it's not a dilemma, instead an opportunity.



google chrome arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


wink wink ~.^

Sunday, December 5, 2010

busy weekend. ha.

hello dear. ops. assalamualaikum. saya sekolah agama dulu. [eh tetiba]

the weekend was just great. hari sabtu buat karipap. hari ahad buat lego. nice bukan?

tentang karipap, now we had a new fact of the family. please take note, especially angah. emak pandai membuat karipap pusing. selama 23 tahun nak masuk 24 tahun saya hidup, emak jadi first-timer buat karipap untuk keluarga beliau. and the next facts are, the karipap tasted and looked nice. em
ak kelim karipap dengan laju dan bergaya sekali. sungguh ku tak sangka lah emak. ingatkan emak pandai buat kuih koci dah pelbagai kuih lepat saja. pencapaian tersebut sungguh membanggakan. malangnya tiada gambar sebab digicam rosak. ya, itu fakta juga. please take note on that too. soooooooooooooo pissed off.

tentang lego. hari ini seperti mendapat satu peti harta karun berisi LEGO. we were in LEGOland. angah posted his lego collection via En. Azzam Hafifi yang
errr. yang emak kata handsome. beliau adalah kawan angah yang baik hati tumpangkan luggage sebesar anak gajah untuk pulang ke Malaysia. tiada penerangan lanjut tentang beliau. cuma beliau agaknya nice juga sebab boleh selitkan dua bar coklat cadbury dalam beg tersebut sebagai kejutan. haha. anyways, thank you. :D

gambarajah di bawah menunjukkan peti harta karun yang diwar-warkan sebentar tadi.

sebahagian lego yang masih ada dalam luggage.
ya, ini sebahagian, bukan kesemuanya okeh.
oh btw, gitar tak termasuk dalam pakej.

baru banyak ni pasang dah tergeliat pinggang.
maka terus putus asa untuk hari ini.
esok-esok mereka cuba lagi.
[sebab mereka cuti sekolah, mesti taknak tinggalkan untuk orang yang kena pergi sekolah esok. huh]



kami hidup dengan lego sejak kecil comel serta innocent lagi. thanks to ayah who bought lots of the collections. [sob sob terharu]. Cessna asked me few days ago, what were our games when we were small, since we did not have any friends around the neighborhood. so, I told him, we invented our own games, selain itu board games [saidina, sahibba, ad-din, etc], serta game di tv yang pakai kaset tu. lego pun. sometimes, we dug ground [di suatu tempat yang takleh dibagitahu] and found lego too. tetapi saya tak berapa main sangat pun. angah is superior. so takleh kacau pun. sebab itu saya terpaksa bermain jahit baju kurung untuk barbie. di situlah lahirnya bakat menjahit. haha.

oh yes. another fact, lego yang banyak tu angah punya lah. apabila beliau berumah tangga kelak, mungkin beliau nak buat muzium dalam rumah beliau bersama lego tersebut. good luck diucapkan. saya pula akan membuat muzium buku nanti. tengoklah kelak. heheh.

baiklah semua. sebelum bersurai, ada lagi satu gambar lego.

ini lego. bila pasang dia melekat juga. kehkehkeh.
tak kelakar takyah gelak.
blog ini blog saya.

sekian. we love you. xoxo. :p

wink wink ~.^

Friday, December 3, 2010

a little summary-marah

assalamualaikum.


here is a summary about saidamunira. I found myself full with emotions lately.

1. kadar kelajuan marah saya adalah laju. saya tak berapa bijak fizik lah. tapi saya macam ingat formula a=(v-u)/t. a ialah pecutan. bukankah? iya kot. [serius tak google pun ini. lantaklah situ kalau salah.] maka, kemarahan saya boleh memecut.

2. bukan sekadar manusia boleh mencetus kemarahan saya. printer sama sekali boleh mengakibatkan marah. sebenarnya tadi saya marah dekat printer sebab dua kali nak install dia lampi. oh ya. mind you. if your printer had been installed into your Windows 7 computer, dia akan sombong bila kita nak install dia dekat Windows XP. menyampah tau.

3. kalau saya marah dalam keadaan tak mandi, ia menjadi lebih dahsyat. siapa yang mendekati saya akan turut dimarahi.

4. all four limbs akan menjadi gatal-gatal bila marah sambil tak mandi. lepas tu mula hentak sana, hentak sini. tapi tetap sedar, hentak-hentak tu takda faedah pun.

5. lepas mandi, didapati masalah selesai dengan a (pecutan) yang tinggi.


ok. tak senonoh lah dah nak 24 tahun tapi tak berapa matang. hehe. sebenarnya saya tak marah dah. takyah marah banyak sangat.istighfar banyak-banyak. barulah cool. [tangan nasyid please]

p/s: teater Natrah macam biasa-biasa je. sempatlah menguap banyak kali juga.
p/s lagi: saya dilamun cinta lagi walaupun bulan cinta dah tamat.
p/s lagi lah: baru ingat kenapa tak berapa suka guna google chrome-sebab font size entri jadi tak betul. hmm.

bye bye.

wink wink ~.^

Tuesday, November 30, 2010

pegASUS

..
..


I got a new ASUS lappy. yayy! for reasons, I could explain why my lappy is the SAME with Hasnan's. [Fida, please don't mad. Cessna too, please don't mad.]. tapi takyah explain sini lah. only the difference, I bought with cheaper price and 4GB ram. it's a destiny and a fact that Hasnan is BFF. ya, bukan BF. but two Fs. HA HA.

no nickname yet. but we used to call it Usus. it suits with my Dietetic field, I have to say. but later, I'll think of a cute nickname for him [p/s: my lappy is a boy. note that having twisTouch as a girl irritated me so much]

another thing I must tell you this. twisTouch is no longer mine. I sold it yesterday and got RM300. pathetic no? but it's ok. the memories retain. I kept her remote control, the pen, and the pen tips, in case I miss her. hope she R.I.P.. and oh, I kissed her before I sold her to that scary guy.

eh. ting! I named it pegASUS lah. ok, pegASUS. serve me well for years until I have kids, then I can tell a story to my kids that uncle Hasnan pun ada pegASUS macam bonda. kehkeh. [cita-cita mesti tinggi ok. :p]

errrr p/s: PEG-asus. PEG: percutaneous endoscopic gastrotomy. ASUS-usus. wah. so dietetic! arrrrrrrrgh

sekian :D

wink wink ^.~

Friday, November 26, 2010

26Nov: majlis penutup bulan cinta :p

beliau lapar. like always.

gadis ni lapar sikit je. mungkin sebab perut beliau kecil. :p

semacam penuh dengan penghayatan.

senyum gedik sikit. auww

emm.

figure 1.

figure 2.
[p/s (to Cessna): you, dah puas edit nak buat muka you jadi putih, tapi still. gagal. HAHA.]


hari ini dah enam tahun iaitu dah tadika. heehee.
..dan hari ini keputusan thalassemia trait masih lagi misteri sebab kad tetap tak dijumpai. mungkin ini takdir. :p

ok. bye bye love(s).

wink wink wink wink ~.^

Tuesday, November 23, 2010

sekarang

assalamualaikum.


sekarang telah menjadi socially awkward sikit. see. sekarang, terminologi tersebut semacam menjadi kegemaran. mungkinkah kerana 'flight delay' telah membuatkan saidamunira patah hati? we'll see. gelak hahaha sikit. hahaha. [supaya entri menjadi lebih friendly, kalau tak orang ramai membuat andaian saidamunira sedang bersedih].

sekarang semacam manjadi dewasa yang sangat tak minat main facebook dan sebagainya. facebook dilihat sebagai tempat attention seeker mencuri perhatian. hahaha lagi. tak adalah. itu hak peribadi, bukan? em. sebenarnya semacam meluat kerana dekat facebook traffic tu asyik dilalui oleh orang yang suka komplen sana sini.

memandangkan sekarang adalah bulan percintaan, saya ingin memaklumkan bahawa saya ada temujanji dekat HKL pada anniversary kami [gedik. biasalah tu.] for thalassemia screening. disebabkan you-know-who adalah carrier, maka beliau menjadi concern. hakikatnya, saya rasa tak ada. tapi haritu doktor tulis dekat kad saya "suspected and need further investigation" dan kemudian, darah saya diambil lagi untuk analisis. malangnya, pada hari anniversary kelak, saya macam tak dapat mengetahui keputusan tersebut kerana kad tersebut hilang. emo di situ. outpatient takda record lain ye, kalau kad hilang, you need to start from scratch. membazir darah haku dua tiub. takyah cek pasni.

lagi. sekarang saya tak pandai berbahasa. ayat yang saya bina lebih cenderung kepada percintaan. sebab itu saya tak berapa pandai buat entri cantik kalau bukan tentang percintaan. ya. saya lupa nak pesan sediakan baldi sebelum nak muntah.

akhir kata, saya sayang ramai orang. sebab itu saya penuh dengan kasih sayang.

sekian, harap baldi dicuci bersih selepas digunakan.

bye.

wink wink ~.^

Friday, November 19, 2010

aidil (zakuan zafuan) adha

this entry is brought to you by ustazah Saidamunira.

selamat hari raya aidil adha.
sempena hari raya aidil adha, saya kelihatan sungguh sopan dengan tudung tersebut.
tak sangka betul.

ok bye.
akhir kata, makanlah daging untuk mendapatkan zat besi.

wink wink ~.^

Saturday, November 13, 2010

gloom

....









hari ini sedih sikit sebab fikir banyak sangat sampai semua neuron bagi impuls sedih saja.

I NEED TO DO SOMETHING!

[mm. salah satunya ialah menonton gambar sendiri bersama you-know-who.]


hai budak hitam.
[oh ya. baju yang saya pakai ialah baju angah yang dipinjam. (sbb ado dalam bilik Ida, so Ida pakaila :p) hihi]
saya suka bergambar dengan beliau kerana saya kelihatan cerah. :PPP

sekian untuk makluman.

Tuesday, November 9, 2010

bulan cinta

assalamualaikum.

tahukah sekarang temujanji dengan you-know-who telah bertukar format, iaitu secara berkonvoi. konvoi dari lebuhraya utara selatan ke RnR Seremban (Selatan) makan chicken mayo croissant, iced latte, hot coffee dan donut [by dunkin donut je bukan Starbucks], ke JJ S2 makan jagung dan milo [by DailyFresh], seterusnya ke kedai makan (lagi), makan secara sihat pulak iaitu nasi, tomyam campur, telur dadar beserta otak-otak [kedai tiada jenama]. nama konvoi ialah NBN-sepasang kekasih nak pergi makan, tolong beri laluan. [hehhe.]

dari Newborn memandang bon-Newborn
[ops. takpe, bon you seksi sekali]

.

.

.

dan tiada foto makanan, sebaliknya ini:

ini nama dia supering-is-yummy-supering-is-fun
[pameran cincin untuk kali kedua. bersedialah untuk kali ketiga kelak. haha]

baiklah semua. sekian dulu sempena bulan cinta. jumpa lagi nanti.

wink wink ~.^

Saturday, November 6, 2010

Stefan Salvatore

assalamualaikum.

semalam adalah Vampire day. sebab semalam baca Vampire Diaries dalam satu hari khatam sebijik. semua gara-gara patah hati dengan twisTouch. pengajaran yang saya dapat daripada cerita itu ialah: jika anda berjumpa lelaki super kacak, sedikit pucat [tak semestinya dia keras dan sejuk macam batu], kaya raya [mempunyai kereta mewah] dan tak
kuat makan, mungkin adalah vampire. bagaimana dengan kekasih anda? kekasih saya ternyata bukan vampire. alhamdulillah. kacak di hati. gelap juga. takda kereta mewah. kuat makan. :p

perbezaan S
tefan Salvatore dengan Edward Cullen ialah, Stefan boleh duduk bawah cahaya matahari tanpa terbakar sebab dia ada cincin ajaib. Stefan Salvatore lebih kacak.

* * *

baru membuang ma
sa dua jam dengan online. masa ternyata bukan emas.

btw, tahniah kepada Afif & Izzah atas kemajuan anda berdua hari ini.


wink wink ~.^

Friday, November 5, 2010

misery

these were our lunch for yesterday.

while posting this using Toshi, I switch on twisTouch to get a photo inside it to post here.

tetapi, malangnya, twisTouch koma kembali. apakah twisTouch tak boleh di-switch on di atas katil? baru tadi dia ok atas katil. lepas tu shut down. sekarang nak on balik dah tak boleh. dulu pun macam tu juga. lepas shut down atas katil, takleh hidup balik. what a misery. twisTouch nak graphic card baru lagi ke? kan dah tukar graphic card dua kali? kenapa tamak sangat ni?

baru ingat nak buat post percintaan. cancel lah camni.

mungkin sekarang blood pressure saya ada increase sikit.

sekian.

takda mood.

bye.

Sunday, October 31, 2010

batik weekend

hari ini hari Ahad. mungkin ayah bosan secara tiba-tiba [itulah, bakal besan nak datang rumah pergi postpone raya haji nanti pulak. ehem. :p] maka, ayah pun membuat aktiviti bersama anak-anak gadis serta menantu. aktiviti yang terpilih ialah membatik.

penonton-penonton (tak berapa) setia

konfem bukan saidamunira yang lukis. alasan: saya nak lukis, tapi tak habis lagi sidai baju. heheh.

mencanting

em. actually bukan ayah seorang saja yang mencanting. attire tak sesuai. sebab itu saidamunira tak kelihatan. harap maklum.

ikan ayah

the memory
Bang It, Along, Kak lang [arghhhh apesal tak tulih Ida!!], Kak cik [padan muka kau faremaq, dah macam N.M. :p], Bila [ini sebab jaga hati, padahal dia tak menyumbang pun], ayah.
ya itu dia ikan saidamunira. ofkos kale kuning-oren. kelihatan sungguh amatur, bukan?

tadaaa. ayah kata sebab ini kerja conteng-conteng je, nanti boleh kasi je kat orang bila raya nanti.
[errr tapi paklong cakap boleh jual dekat bus stand Tampin. kehkeh.]
kesimpulannya, ayah cakap, we need more practice.

oh ya. hari ni cita-cita bukan dietitian dah, tapi nak bukak kedai batik.

ok. dahlah. sekian.

wink wink ~.^

Saturday, October 30, 2010

dieThing

televisyen sedang mentayang cerita kartun terhadap baju yang belum dilipat di depannya. harap baju terhibur.

saidamunira belum bersarapan secara serius, memandangkan ibu bapa dan adik-beradik tidak ada di rumah. cuma makan toblerone kecil. dua biji.

sekarang seperti bernafsu terhadap mi segera. kejap lagi saya nak kena buat keputusan sama ada nak bersarapan mi segera atau tidak. we'll see.

baiklah. memandangkan keputusan dukacita S
PA telah keluar, maka saya tak hairan sikit pun sebab menjadi pelajar master memang baik takyah pergi temuduga. takpe takpe. tak dapat jadi dietitian government pun saya masih seorang dietitian lah bukan? hehe. sebab, hari tu masa conference, I introduced myself as a postgraduate student to this lady (a doctor maybe). but then, she told me, I am not a student, instead a dietitian. hehe. terima kasih kerana prihatin. :p

maka, hari ini dietitian nak serius sikit.

kalau nak mengawal berat badan, anda haruslah mempunyai tabiat mengambil sarapan setiap hari. no excuse.

selain itu, tolong hentikan amalan mengikut fad diets. fad diets lebih kepada diet yang ikut trend [konon nak stay healthy, nak kurus, etc]. ada banyak jenis, ie Atkins diet, alkaline diet, blood type diet, etc. ini adalah kerana, diet-diet ini semua tak ikut konsep pengambilan makanan seimbang.

lagi satu. konsep 'healthy diet' bukanlah makan makanan yang bosan dan tak sedap serta bland. siapa makan macam tu sebab ikut 'healthy diet' adalah sangat tak bijak. sebab, I am on healthy diet, tapi saya pergi juga makan McD. pergi juga makan nasi briyani dekat Masjid Kg. Baru pada hari Jumaat [woh sedap]. tapi, please consider your total calorie and fat intake per day. [sebab itu McD letak senarai calorie makanan dia sebagai alas dula
ng, bukan untuk alas lambakan fries je].

the concept is - balance of food: portion and frequency.

contoh situasi - makan 1 set black pepper spicy chicken mc deluxe for lunch.

so, checklist:
1. calorie?
woh makan 1 set ni je dah consumed ~1200kcal, energy requirement per day dalam 1500 kcal je.

2. fat?
marvellous. tinggi.

3. fiber?
low (sebab salad yang ada dalam burger tak sampai *1 serving sayur pun).

4. frequency?
baru makan sekali dalam minggu ni, so next two weeks baru boleh consider makan fastfoods lagi.

5. plan for dinner?
must be low calorie, no more high fat foo
ds for dinner, must eat vegetables, at least two servings. not to forget the fruit!

6. what did you get from your lunch time?
I learned that other burger like double cheese burger, chicken burger and mc chicken contain less calorie and less fat.
I learned that if I replace Coke with Light Coke, the calorie will be lower.
I learned it by studying the alas dulang.

*1 serving of vegetable = 1/2 cup cooke
d vegetable or 1 cup raw vegetable


* * *

ha. semoga anda faham dengan contoh yang diberikan.

ini gambarajah menyambut birthday Naima dan kawan beliau malam tadi. disebabkan telah makan malam bersama Cessna sebelum itu, maka, saya tak makan secara serius di Pizza Hut tersebut. [see. aplikasi :p]


sekian. dietitian penat tulis panjang-panjang. maka nak berhenti menaip sekarang.

wink wink ~.^

ok. sekarang berhenti secara serius.

Wednesday, October 27, 2010

bila kau kata hai hai

hai hai.

em. emm. emmm. tak pusing pun comel. kan? :p

ok lah.

bai bai.

wink wink ~.^

tak cukup tak cukup.

wink wink lagi lah. ~.^ ~.^ ~.^

Sunday, October 24, 2010

Alzheimer Disease. (wow tajuk serius :p)

assalamualaikum.

sob sob. kini ditinggalkan ibu bapa yang bersiar-siar di Langkawi. kami ditinggalkan dua beradik sob sob, Munir sedang sedih bermain gitar. saya pun taktau bila entah dia pandai bermain gitar.

obviously that was fake. we are not that sad. I forced ayah to buy lots of kinder bueno. no biggie.

the fact is, since last Friday until yesterday, I attended Asia Pacific International Alzheimer Disease Conference at Hotel Istana. it was a good exposure and experience, getting to know people in this area, international and local. I got the chance seeing our Minister of Health, just walking beside me as well. :p [seperti jakun di situ]. the conference is still on until the minute I wrote this, but now I am in my house already. which means, saidamunira ponteng lah hari ni. sebab saya dah pandai, so taknak pergi dah harini. haahaa :p. hey, I need to fill my quality time with family on weekend. bukankah murni?

all and all, I can conclude that now I know more about the disease. luckily I don't have the experience with my family member. Alhamdulillah. nauzubillah. Alzheimer bukan sekadar nyanyuk seperti yang kita jangka. I heard from a speaker whose her mother is an AD patient, they are totally not at guilt when they can't even remember their own family members. as time pass by, they changed alot. from a lovable and caring mother, to a rebellious teenager, to a helpless baby.

from feeding her own daughter with her own hand, then will forget how to sip drinking water using straw.

okay. ehem. sounds so educational bukan? :p

baiklah semua. kepada Siti Hajar Azhari yang tak puas hati dengan I tu, saya memohon maaf ye. hehe.

akhir kata, Cessna treated me for dinner last night. it was a very very very hyperdelicious lamb chop and nasi goreng daging I ever had in my life. seriously sedap. I proudly recommend everyone to Restoren Chef Dol dekat Taman Panchor Jaya.

sekian, terima kasih daun keladi. [trivia: kenapa daun keladi, bukan daun pandan?]

wink wink ~.^

Monday, October 18, 2010

entri bergambar :D

assalamualaikum semua. tak jawab dosa. kalau jawab kita share pahala :D

see. setelah membagi salam, saidamunira membagi kata-kata peransang sambil tersenyum lebar. why? sebab, hari ni saya tak pergi sekolah. yihuyihu :D

hujung minggu telah pergi ke KM chalet dekat Melaka menyertai hari keluarga sekolah ayah. tak kusangka, pada malam Sabtu tersebut, saidamunira telah mensusah-susahkan bapanya yang hendak menyertai rakan-rakan beliau memancing di kala air pasang pagi surut pukul lima, emak bagi seposen ayah bagi seposen eh shadap lah. [btw, ibu bapa saidamunira tak kedekut macam tu pun, harap maklum]. saidamunira telah tak lalu makan tapi memaksa diri untuk makan jugak sebab lapar. fine. sebenarnya sangat rasa nak makan sebab ada bbq dinner, tapi saya cuma lalu makan 1 suap nasi goreng, 1 suap lamb chop, 1 suap ikan bakar, 2 ketul babycorn + kuah tomyam sikit. setelah makan, beliau menjadi semakin lemah [ceh tak cool langsung part ni] lantas rasa nauseated dan mengalami gag reflex lagi. lepas tu didapati, bengkak dah sampai dekat leher dan merah. super itchy kau tahu? [yes, manalah kamu tahu, bukan?]. makanya, ayah pun terpaksa menghantar anaknya ke Klinik Asuza. jumpa Dr. comel. I insisted to be injected. sebab dah tak tahan gatallllllllllll sangat. rasa nak pengsan, ditambah lagi sedap, saya demam, 38.5 degree celcius. ok dah. lepas tu dapat ubat.

sebagai habuan, hari ini boleh tengok gambar.

currently feel like drug addict. segerombolan ubat kena telan after every meal.

okay. em, sekarang kita tengok gambar lainlah. sebab gambar kulit gatal tu takleh tunjuk sebab auratunnisa' [buat tangan nasyid].

Mr. you-know-who [on the left] sedang pasang apa benda ni eh.
beliau dah bagitau dah hari tu, tapi tak ingat. having memory loss sejak buat research membabitkan mild cognitive impairment elderly.

and, presenting,

my babies.
.
.
.
sebenarnya saya dapat satu cincin je.
yang cincin batu yang cantik tu atas sebab hendak mempermainkan perasaan anda. haha.
dipinjam daripada Diana. :p

ya, itu saja. sila beredar sekarang. hehehh.

wink wink ~.^

Saturday, October 16, 2010

:'(

assamualaikum semua.

hari dimulakan dengan.. you-know-what thing - "hello, selamat pagi, bangun ye, dah subuh". [itu alarm, bukan panggilan telefon kekasih :p. sekian untuk makluman.]

semalam saya pulang awal ke rumah. sebelum 4.30 pm dah sampai. ibu bapa sungguh terkejut dengan kepulangan saya. ceh. iye, saidamunira tak det pun semalam.

malam semalam adalah thrill. semalam saya mengalami diarrhea dan berlanjutan sehingga malam, lepas tu saya ditimpa demam. sob sob. lebih kesian, selepas saya makan 4 suap nasik dengan 2 ketul daging salai yang digulai oleh emak, saya pun minum air. lepas tu duduk menonton peti televisyen. oh ya. peti tu zaman dulu, sekarang tak main dah peti televisen, kita panggil sekeping tv. ok ok. sambung balik. setelah lebih kurang 5 minit lepas makan, saya pun meluru ke sinki tandas sebab gag reflex takleh blah. tapi tak muntah pun. sakit sungguh esofagus, rasa macam kena tarik. cemana lah kalau morning sickness, nak hadap peristiwa camtu hari-hari. sungguh tak best.

kemudian, saya terus gosok gigi, dan meneruskan kehidupan dengan tidur seawal pukul 8.54 malam. tidur yang diselang bangun pergi tandas dan mentelefon you-know-who. [kasih sayang sangat diperlukan ketika sakit. ehem. blushing pulak.]

em. lepas tu, setelah bangun pagi, didapati my lower trunk iaitu betis dan peha bengkak-bengkak bintat besar-besar, merah dan gatal. sehingga kini, kaki saidamunira sedang bengkak. taktau kenapa.

sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, October 12, 2010

peribahasa baru

assalamualaikum.

sekali lagi, mood hanya ada untuk det. mengantuk sekali berada di office ni. tolong sorongkan beliau pon takpa, takyah susah-susah carik bantal. aaawwww. "orang mengantuk disorong kekasih"- sounds nice juga. heheh.

jari sungguh sakit. gara-gara menjadi mata duitan. 7x finger pricks per day for 7 days, dapat duit RM147 untuk Glycemic Index research by Sara Pakbaz. beliau adalah student Iranian ye. sungguh tak kusangka. finger pricks yang Iranian ni buat macam hape entah. bukan main sakit. sampai lebam hujung jari. berdenyut-denyut. hmm. tapi takpa. money matters. [see, mata duitan as usual]

oh ya. semalam saya tengok Magika. cerita tu sangat sweeping lah. trailer macam best. cerita dia nak kata so-so pun tidak. biasa je. takda significant effect, kecuali scene Gusti Putri dengan Bendahara. sungguh lucu di situ.

oklah. disebabkan hujung jari sakit [take note, hujung jari je, bukan lokasi jari manis yang ttteeeettt tu :p] dan mengantuk, saya nak balik dululah. PEACE!! serius, hidup takda kemajuan minggu ni. bye. saidamunira terpaksa balik dulu.

wink wink ~.^

Sunday, October 10, 2010

ten ten ten :D

assalamualaikum.

dear diary.

hari dimulakan dengan bangun pagi tak tidur balik lalu menganyam kuih koci. you can guess why today my koci-s were so ugly. kenapa entah macam first-timer balut kuih koci. argh.

kemudian, menjadi anak gadis yang rajin membantu emak di dapur seawal pagi. kemas itu ini. memang rajin extraordinarily. sebenarnya bukan hari ni je rajin. sejak semalam lagi bukan main-main punya gigih. seriously aktiviti seharian berciri womanhood. pergi pasar, kemas rumah, tolong emak memasak. [etc lah kalau nak pendek kata].

ok ok. back to today's diary. lepas sibuk-sibuk, kami semua bergerak ke wedding Jijan [a.k.a. kepalo macam buah kana] iaitu sepupu sebelah ayah. dalam perjalanan, seekor viva himpit dari kiri sehingga kami menjadi gebon lah nak tereksiden. told you. jangan bermain-main kereta kalau ayah yang memandu. ayah apalagi. terus berkejaran dengan viva tersebut dan overtake beliau. lepas dah potong, ayah memandu di depan beliau dengan kelajuan 40kmj. hangin mamat tu. lepas tu beliau nak potong kami. ayah tak bagi, ayah speeeeeeeeeeeeed up sampai dia tak mampu nak potong. semput viva tu nak terpecah enjin dah kot. lepas traffic light, dekat two lanes, ayah himpit dia dari kiri balik. ha. adrenalin rush haku macam nak terpecah jantung duduk dalam kereta macam naik kereta polis kejar penjenayah kamu tahu? kemudian, perlumbaan pun berakhir dekat Chembong sebab kami nak masuk simpang dah. kesimpulan, jangan memandu macam pemandu viva tadi. kalau enjin gagah baru boleh main himpit kiri dengan ayah. ok?

lepas tu duduk dekat wedding tersebut sebagai ahli keluarga. haha sikit. seriously blur lah. ha, tapi balik awal sebab ayah ada alasan kukuh untuk tak stay dekat wedding tersebut lama sangat.

then, pergi ke rumah encik YB. YB ialah "yang bercakap" ye.

baiklah. saya teruskan penceritaan ini. kami pulang ke rumah dan saya menjadi anak gadis yang sangat rajin semula lah. [blerghh bosan dah dengan promo rajin ni].

rajin punya rajin punya lah rajin,.. ada tetamu lah. ten ten ten..

..lepas tu saya dapat sesuatu. seriously tadi macam nak cerita lepas tu malas. haha.

oklah. sekian terima kasih.

p/s: kasihmu sangat diterima ye Muhammad Izzat bin Hishamuddin.

winkwinkwinkwinkss banyak sekali winks. ~.^

Friday, October 8, 2010

more loves

assalamualaikum.

oh. sungguh tak sangka. 2010 ini tahun
ajaib. hehe.

em, anyways, saya nak cerita tragedi 7 oktober. yesterday we've been celebrating Udeq's belated birthday, termasuk myCessna [terima kasih sangat sebab datang :-*]. makan nasi briyani buatan Diana, makan agar-agar laici buatan Islami, makan kek buatan semua pengkomplot, makan buah, koktel, etc. tapi kejadian penutup sungguh boleh blah sebab kereta myCessna kena pecah. maka, event terakhir ialah lawatan ke IPD Dang Wangi, lodge police report. thank you Hasnan for your accompany. pengalaman naik kereta tingkap pecah sungguh tragis, sebab kat depan pasang air-cond, kat belakang sejuk lain sebab cermin kereta masih berguguran dekat seat. luckily, encik Cessna ok je, tak trauma. hehe.

disebabkan semalam macam sangatsuperr exhausting, maka hari ini, semangat saya cuma ada untuk date. hehe lagi. daripada pengamatan saya hari ini, saya dapati, encik Cessna sudah jadi boroi lah. hmm. I warned him. tapi beliau macam tak takut pun. my warning sounds like this, "kalau gemok nanti bila jadi pengantin tak menarik." ehk.

saya nak bercakap sesuatu kepada emak. tapi emak sedang tidur sambil tv menonton beliau. bila dah dewasa ni, perasaan sukar digambarkan. kadang-kadang dalam hati tumb
uh pokok bunga, kadang-kadang, hati macam nak terpecah sebab gebon.

entri tak bergambar memang kurang menarik. oleh itu, saya selitk
an satu gambar untuk tatapan anda.

caption boleh letak sendiri.


love you bunches.

wink wink ~.^

Sunday, October 3, 2010

newborn :D

berita terkini keluarga.

eh assalamualaikum ye.

kaklong ina telah mendapat bayi lelaki. premature. berat tak sampai 1kg. kaklong mengalami preeclampsia. untuk safety, baby pun dikeluarkan semalam. pergi melawat semalam, tapi takleh masuk. kaklong tak stabil, BP still high.

tapi hari ni kaklong dah ok.

welcome to our family, newborn. happy birthday. :D Adam dah ada geng.

baiklah. sekian berita.


p/s: hari ini hari bersejarah lagi, sebab... tteeeettttt. this is maybe a you-know-what thing. :p

wink wink ~.^

Saturday, October 2, 2010

just the way you are

em. tak biasalah tak bagi salam. maka, assalamualaikum.

hehe.

kepada semua pembaca di luar sana, sudahkah anda membaca newspaper hari ini? kalau dah, baguslah. bolehlah teruskan membaca entri ini.

pagi ini dimulakan dengan bersarapan bersama you-know-who. sekarang beliau dah macam watak dalam cerita Harry Potter. takleh sebut nama. hehe gedik tak. tak, bukan? em. sedang makan-makan, you-know-who tersebut cakap apa entah, lepas tu saya jadi bad mood. maka, kesimpulan untuk hari ini ialah, I am hormonal.

tapi sekarang mood dah kembali cantik [walaupun belum mandi]. disebabkan mood cantik, saya dengar lagu Bruno Mars, Just the Way You Are berulang-ulang kali. lepas tu rasa macam tak mandi pun takpa. haha. kan dah kata, hormonal. dengar lagu tu boleh jadi perasan cantik. kalau didedikasikan oleh kekasih mesti dekat hati boleh tumbuh bunga. itu metafora ye. bukan betul-betul. mesti explain, takut orang tak faham.

sekarang macam lost. kejap-kejap rasa nak pergi kedai kain. kejap-kejap rasa nak pergi Nilai 3. ops.

oklah. ketawa sendirian adalah loser. pesanan ringkas, jangan malas mandi.

If perfect is what you're searching for, then just stay the same

sekian.

wink wink ~.^

Wednesday, September 29, 2010

speechless pada mulanya.

assalamualaikum semua.

blog ini terabai sebab saidamunira sibuk beraya. selain itu, ada jugak faktor lain iaitu kerja sekolah banyak. [sampai sekarang pun tak siap-siap]. tapi, sebab paling penting ialah, sekarang malam-malam tidur awal sebab streamyx dekat plaza rah tu dah terminate gara-gara Jajan kesayangan dah berpindah. maka tak berbaloi kalau spend duit tiap-tiap bulan di situ. lebih baik kita kumpul buat simpanan masa depan. ya, masa depan. depan sikit je lagi. :p

bercakap pasal wang, wang memang tak pernah cukup. tapi takpa. asalkan kasih sayang cukup. sampai melimpah-limpah pun. :D hehe. terima kasih kepada semua individu yang disayangi. love is forever, bukan?

btw, kalau tentang duit, mestilah berkait dengan kerjaya. oh sekarang belumlah rasa loser sangat sebab belum menjadi wanita bekerjaya sepenuhnya. sebab, kehidupan sebagai GRA [bukan O, tolong beri perhatian di situ] indah juga. cukup. selesa pun iya. semuanya perlu thank you kepada ayah dan emak sebab tak bagi kereta hutang (wow) kepada saidamunira. ayah dan emak bagi kereta yang dah habis hutang pun. makanya, tanggung duit minyak je. see see. told you, kasih sayang melimpah ruah. nak sikit tak?

baru tadi pergi temuduga SPA, pegawai dietetik U41. sikit pun tak memberansangkan. Hasnan sarankan supaya quit cita-cita sebagai dietitian government. hmm. should think about it. interviewer pandai cederakan emosi saya. tak patutlah tanya saya kenapa datang interview kalau tengah buat master. apada. hatehatehate. triplethehates.

baiklah. kita bersurai sekarang sebab rasanya kalau tak berhenti sekarang, entri ini akan menjadi lebih beremosi.

trivia sikit. sudahkah anda mengganti puasa anda dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal yang indah ini?

akhir kata, beramallah dengan ikhlas. ikhlas ye ikhlas. kalau hari ni buat baik, hari ni promote diri buat baik itu ini, hari ni jugak dapat diskaun pahala.


yeah. bye bye.

wink wink ~.^

Sunday, September 19, 2010

colours of raya

assalamualaikum. entri terpaksa dimulakan dengan gambarajah di bawah.


hari raya adalah seronok atau marvelous. semua gara-gara dapat duit raya [jangan jeles ok] dan pergi beraya macam tak hengat nak balik rumah. raya dengan keluarga secara normal, masih indah. tapi raya dengan ex-smkApian macam menggembirakan sampai nak pengsan. super exhilarating. tiga hari pergi berjalan raya. pasni kalau masing-masing dah berumah tangga, ahli mungkin akan berkurangan. ni yang sedih ni. wuhu.

pergi rumah Balay, Lala, Wanib, KT, Khai-yang-cincin-dia-ada-XOXO [eheh :p], Saidamunirachomelphewwit, Sopi-yang-nak-kawen-dah, Afif [tokey mercun, polis, tolong tangkap dia],
pastu rumah Wanik, Caja, Lelaki kesayangan [awww], Alang
pastu lagi rumah Fik [waaaaa makanan sangat sedap!], Adik, Fana [aka rumah choc indulgence], dan Mirul-XOXO-khai [ops :p].



-gambar ihsan fb Napi & Wanik-

tapi sekarang dah mula emo sebab kerja sekolah banyak. gaji pun belum dapat. benci tau. lagipun encik Izzat sekarang sedang demam. sob sob sob.

bye bye.

wink wink wink wink ~.^

Monday, September 13, 2010

orang mengantuk disorong mesin jahit

hai hai.

seperti yang pernah diwar-warkan once upon a time, hobi saidamunira ialah mengumpul setem. tapi, kalau berhobikan mengumpul setem, setem tu boleh ditengok sajalah. maka, disebabkan bukan tiap-tiap hari pun kita perlu menengok setem terkumpul tersebut, saidamunira tukar hobi lah.

untuk hari ini, saya berhobikan menjahit. menjahit adalah hobi yang lebih berfaedah, bukankah? [kalau kita bandingkan dengan hobi membuat karangan mengutuk orang lain sana-sini semua tak betul, macam kau sorang bijak.] ops. emo di situ.

maka, hari ini saya menjahit sarung bantal besar gedabak ni serta tambah span sikit bantal pemberian Nadzirah Saffian, iaitu secret admirer masa main S.A. kelas 3 Sina. haha. sembilan tahun bantal ni tak pernah dapat baju raya. tahun ni dia ada luck kot. tahniah!


bantal kecik tu dah lama dah buat sarung dia. oh ya. bantal kecik ni pemberian Izzah Maisarah a.k.a. kekasih Afif Salami Marzuki atau SAM. taktaula beliau ingat ke tak, dah lama, masa form 2. :D comel trang tang tang.

ok. sekian.

bye bye.

wink wink ~.^

Friday, September 10, 2010

salam oranjes

selamat hari raya idulfitri semua

ha. yang kek NZ tuh tolong pakai baju oranjes jugak
maaf zahir dan batin.

sekian lah dulu. sibuk ni. hehe. more later.

byebye

wink wink ~.^

Tuesday, September 7, 2010

VampiresSuck

hai.

saya mahu tonton Vampires Suck soooo badly telah berminggu-minggu. ayo. sesesesangat mahu. I watched the trailer. kelakar takleh blah. sekarang baru tahu kenapa Alice in Wonderland masuk lubang ikut arnab putih tu. haha. pergilah tengok trailer tu, pergiiii. sekarang pun rasa nak ketawa hahaha lagi. only the rule is, you have to watch Twilight Saga first lah. kalau tak, takda feel. haha. see see. cannot stop laughing. siapakah nak teman tengok movie di kala orang nak mantai esok. hohh cabaran.


nah, tengok sini

I know what you are. Jonas Brother.

HAHAHA.

bye bye. so funny.

wink wink ~.^

Saturday, September 4, 2010

not well

considering last month, I only posted seven entries, maka sekarang nak buat entri membazir.

fever. headache. sore throat.

currently having all those.


bukan demam cinta lah. kalau demam cinta, saya happy. BYE.

oya. sikit annoyed dengan website tv3. nak tengok Goyang Shafiq pon tak senang.



p/s: izzatILUSM.

Spanish Villa.

assalamualaikum.

hari ni sakit tekak. perit yang thrill. sangat. macam
ada beruang duduk dekat tekak ni. punca kejadian tak berapa tahu. andaian sebab kurang minum air. minum air sejuk tak terlibat. makan beruang pun takda.

semalam berbuka puasa dengan Caja-yang-pakai-contact-lense, Khai,
Mirul, Izzat [bukan nama sebenar, nama sebenar dia Cessna] di Spanish Villa. namun, takda jumpa David Villa. em, David Villa tak kacak mana lah. muka dia macam penjahat. [?] sempena Spain menang World Cup hari tu, kami makanlah kat sini.

Khai n Mirul tak kelihatan

fine fine. jom kembali ke topik. Spanish Villa boleh didapati di Seremban ye. pemandangan situ so Spanish as the name goes. tapi, makanan dia so Malaysian, except for its lamb chop. telling about food, the food was good. namun, nak berbuka sana kena ada skill, which is, ambiklah makanan sebelum pergi solat maghrib. kalau jadi smkApian sejati atau soleh sangat, nescaya jadi macam kami, lepas solat, the food was GONE [macam iklan GCB] melainkan lamb chop yang sedap tu. considered lucky. em bukan, rezeki.
mungkin sakit tekak ni berpunca dari lamb chop. boleh jadi. tekak ada kambing, instead of beruang.

perbualan semalam berciri adulthood. tak sabar nak jadi parenthood pula. as Khai mentioned, Cessna and I macam nampak ciri-ciri mempunyai anak ramai. HAHA tapi AMeeeeen. well, baru sebulan couple ni memang macam tu lah. ehk. [baru sebulan ye kawan-kawan. :p]

-baru sebulan couple-
ops. :p

ok. sekarang cerita cuti sekolah. baru tadi dapat sms Prof. kata dia nak balik kampung Ahad petang. makanya, niat murni berhati luhur serta berta
qwa nak balik KL balik next week [berdedikasi kononnya] terpaksa dibatalkan [terpaksa ok]. so, hereby I declare I'm on holiday. hip hip hipo! seronok jadi budak sekolah. cuti panjang, takyah rebut sana sini mintak cuti lepas tu tak dapat. kehkeh.
ok. nak pergi minum air kejap sebab sakit tekak
. eh. kantoi tak puasa.

bye bye. kejap lagi boleh buat kuih tart. anda
mahu? anda buat, anda dapat.

oh ya btw, saya takda baju raya lagi.

kambing, tolong beredar dari tekak. plis.

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.