The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 26, 2013

January Post

Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita. Means, I am alive. At least for now. Alhamdulillah.

Esok adalah hari minggu, tapi Jumaat dah kira hari minggu sebab suamilovelove sekarang tak ada kelas hari Jumaat, maka tiga hari cuti sangat dinantikan oleh surirumah dan bayi yang belum lahir ni.

Our baby is called 'The Happy Baby' by the midwife. Bagus anakku, bagus. Last check-up on the 25th week, baby dapat 'GOOD!!' daripada midwife, midwife tulis dalam buku. Nanti dah sekolah teruskan aksi cemerlang, nanti dapat good lagi ye baby. WeWwwovvveeeWou. :-*

Hari ini saya memasak Sheperd's Pie. To be honest, tak sedap. Blame it on the instant mix. Lepas ni taubat taknak beli lagi. Kalau nak masak makanan pelik akan cuba google resipi rather than memakai cara main tipu. Shepherd's Pie adalah salah satu makanan kegemaran suami. Sejak dekat Malaysia lagi dia addicted to it, to be exact, the Secret Recipe's. Tapi sekarang rasanya dah tak jual lagi menu tu, kejap ada, kejap tak ada. Suami belum makan lagi pie tu, sebab dia dah tertidur, penat study kot. Esok berazam akan mengeluarkan isi pie tersebut dan akan transfer jadi rencah mihun goreng. Huh. Appearance OK, tapi rasa OUT. . . Hm. At least, I learnt a lesson.

And oh ya. Betapa bosan blog tak ada aksi visual, bukan? Baiklah. Here goes. Tapi gambar tak banyak sebab main depan rumah je masa snow last week. Itu pun sambil malu-malu sebab takda orang lain pun main snow. Heheh.

In front of our house, hubby was scrapping our car, before pergi kedai.

Ini ialah wanita hamil enam bulan. Heheh.

And close up,,, untuk sesiapa yang mendakwa telah rindukan melihat muka saya. Huahua. Photo with baby bump, tunggu episod lainlah. Harap bersabar. 

The cheek is growing. 
Adik-adik di rumah, tengoklah gua dah takda jerawat. Huahuahua eksyen nihhhhhh!!
Tumit merekah pun lenyap begitu saja. Takyah Ellgy Plus bagai. :p

Sekian. Bertemu lagi lain kali, insyaAllah. Going to sleep, pening makan Shepherd's Pie tak sedap.

p/s: selamat bertunang kepada Angah and Kak PowerPuffGirl.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.