The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 9, 2013

Hello April!

Assalamualaikum.

Welcome April, iaitu bulan di mana budak-budak chomel sangat dilahirkan. Hue hue.

Birthday saya yang ke-16 [?] tahun akan datang tak lama lagi. Ucapan saya kepada diri sendiri ialah semoga berjaya di dunia dan akhirat. Misi nak menjadi isteri, ibu, anak dan pelajar mithali. [Pelajar minthali sekarang tengah edit manuskrip, Prof suruh siapkan before deliver, weehu tak siap lagi >.< !!!] Insya Allah.

Hari ini entri bergenre makanan. Lihatlah makanan di bawah. Allah yang beri rezeki kepada hamba-Nya. Ustazah saidamunira sekarang banyak makan, kalau dulu makan macam monster, sekarang boleh andaikan monster itu telah menjadi giant monster.

And when I was 38-week pregnant last Saturday, perkara yang tak patut terjadi telah terjadi pula. Saya telah mempunyai dua dagu. Entah bila dia berdua di situ, saya tidak perasan. Tetapi suamilovelove cakap, dia dah bagitahu saya lama dahulu, tapi saya tak percaya. Maka, terimalah kehadiran dagu tersebut.

Our dinner last night: Baked rainbow trout with potato and salad + blue cheese dressing.
Uncle Ismail ajar saya masak semalam. It was tooooooo gooooooodelicious.
  Btw, this is hubby's plate. 

This is mine. Itu bukan rambutan tetapi kentang.

    
And the dessert.

Toffee cream cheesecake, dibelanja oleh Uncle Ismail. 
1 pound je, takyah susah-susah buat cheesecake. Hee.

Ini pula ialah nasi ayam yang saya masak tempoh hari. Menurut suami saya, rasanya sedap. 
Memasak menjadi mudah kerana tiada gerai menjual nasi ayam di sini.  

Oh ini tersalah genre. Bukan makanan tetapi adalah buku.
Jiran bernama Terry [atau atok Terry] dan isterinya telah memberi saya buku-buku ini, katanya that's all for you, my love. 
Baru baca satu, yang lain buat hiasan di living room.

Saya berhenti mengarang blog untuk hari ini. Kalau tidak, saya akan sakit pinggang duduk di kerusi ini. Baby comel ni dah berat sangat takleh duduk lama-lama. Lagipun suamilovelove saya tak berapa sihat. Maka saya akan pergi memberi perhatian kepada beliau. 

Sekian. 

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.