The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

mybaby

Apalah sangat blog kalau banding dengan anak, bukan? kan? kan?

Hehe.

Welcome to parenthood to us.

Too happy to own a son. Macam tak percaya dah mempunyai anak. Tapi I became zombie, sleepless nightsss. Kadang-kadang dapatlah tidur kalau bertuah, tapi broken sleep juga. Baby cranky malam-malam. Kena banyak bersabar. Bukan senang jadi ibu. T______T

Cerita sikit.

Papa Mama and Makngah arrived on the 16th, night. Keesokan harinya bangun pagi berasa pelik sebab sakit pinggang. Suami terchenta pula masih tak sihat............................ This can make me cry [even sampai sekarang pun masih tak sembuh] T____T maka setiap pagi I tried to serve him well [o O ini boleh mengakibatkan tangisan]. Selain itu mencuba jadi menantu yang baik [ehem], lepas serve breakfast telah berasa sakit lagi, sambil sms along tanya this labour thingy, sambil berbual ceria dengan mertua [heee sambil menahan sakit :p].

Eh panjang lak cerita. Ni yang malas ni. Lepas tu sakit sampai malam, pastu darah pun keluar. Water tak break-break pulak. Pastu call delivery suite, midwife cakap rest kat rumah dulu, kalau darah keluar lagi atau water break, baru call balik. Then, 12 midnight darah keluar semacam pastu call delivery suite baru midwife cakap boleh datang hospital. Sebelum pergi hospital, saya sikat rambut, pastu balutkan tangan suami. Ha. Beliau sakit di tangan ye, agak teruk and need dressing. Bila dah dressing tu, nak bukak satu hal sebab melekat.

Er saya berasa karangan saya tak bagus buat masa sekarang sebab emosi macam tak stabil sebab sakit perut nak pergi toilet. Huehue.

Lagipun, sebenarnya risaukan suami lagi. Sebab beliau macam stress. Tangan tak baik lagi.

Oleh yang demikian, kalau rajin nanti saya sambung lagi karangan ini. Ok.



Byebye.

I miss my parents. T___________________________________T

wink ~.

Thursday, April 11, 2013

My 26th Birthday

Assalamualaikum

Told you before, hubby is not in good health. But he celebrated my birthday today after his class :'). Sekarang suami dah pengsan dah. Semoga cepat sembuh. 


Lagi sedap daripada Kenny Rogers. Er btw ni set belum lengkap, sebab tak sabar nak makan dah.

Thank you Sayang. I love you so much.

I wish to grow old with you, to take care of you and build our happy family together.
Ease us ya Allah. Amin.

wink wink ~.^

Wednesday, April 10, 2013

Warwick

Assalamualaikum.

Siaran tertunda, aktiviti bulan lepas, on the 16th March.

Went to Warwick, took around 1.5 hour from Bristol. Bristol bandar Batman. Gloomy selalu. Maka kalau keluar dari Bristol memang mengharap berjumpa senyum-seindah-suria. Malangnya pada hari tersebut, hujan rintik-rintik dalam winter. Freeeezing. Wonder how my hubby can resist the cold, with shortsss and jersey. I didn't watch the game but the first one. Pasukan beliau telah tewas dan saya turut tewas dengan kesejukan, oleh itu terus berguling dalam kereta. 

Selepas setiap game, suamilovelove akan melawat isteri di dalam kereta. Tengoklah rambut beliau tidak spiky lagi kerana ditimpa hujan. 
Seeeeeeee our thick cheeks. Comel, no?

 Freezing ni.

 Budak nakal. No. 23 tu tak nampak sangat sebab sedang berniat jahat.
Suami siapa tu tak behave?

Lepas dah kalah and draw beberapa game, terpaksa balik dan makan.
Manakan nak kurus kalau lepas setiap game membuat perlakuan begini.
At Abu Zayd Restaurant, Birmingham.

Sekian update tertunda. Gambar saya takleh letak banyak sebab muka saya telah gemuk. 

wink wink ~.^

Tuesday, April 9, 2013

Hello April!

Assalamualaikum.

Welcome April, iaitu bulan di mana budak-budak chomel sangat dilahirkan. Hue hue.

Birthday saya yang ke-16 [?] tahun akan datang tak lama lagi. Ucapan saya kepada diri sendiri ialah semoga berjaya di dunia dan akhirat. Misi nak menjadi isteri, ibu, anak dan pelajar mithali. [Pelajar minthali sekarang tengah edit manuskrip, Prof suruh siapkan before deliver, weehu tak siap lagi >.< !!!] Insya Allah.

Hari ini entri bergenre makanan. Lihatlah makanan di bawah. Allah yang beri rezeki kepada hamba-Nya. Ustazah saidamunira sekarang banyak makan, kalau dulu makan macam monster, sekarang boleh andaikan monster itu telah menjadi giant monster.

And when I was 38-week pregnant last Saturday, perkara yang tak patut terjadi telah terjadi pula. Saya telah mempunyai dua dagu. Entah bila dia berdua di situ, saya tidak perasan. Tetapi suamilovelove cakap, dia dah bagitahu saya lama dahulu, tapi saya tak percaya. Maka, terimalah kehadiran dagu tersebut.

Our dinner last night: Baked rainbow trout with potato and salad + blue cheese dressing.
Uncle Ismail ajar saya masak semalam. It was tooooooo gooooooodelicious.
  Btw, this is hubby's plate. 

This is mine. Itu bukan rambutan tetapi kentang.

    
And the dessert.

Toffee cream cheesecake, dibelanja oleh Uncle Ismail. 
1 pound je, takyah susah-susah buat cheesecake. Hee.

Ini pula ialah nasi ayam yang saya masak tempoh hari. Menurut suami saya, rasanya sedap. 
Memasak menjadi mudah kerana tiada gerai menjual nasi ayam di sini.  

Oh ini tersalah genre. Bukan makanan tetapi adalah buku.
Jiran bernama Terry [atau atok Terry] dan isterinya telah memberi saya buku-buku ini, katanya that's all for you, my love. 
Baru baca satu, yang lain buat hiasan di living room.

Saya berhenti mengarang blog untuk hari ini. Kalau tidak, saya akan sakit pinggang duduk di kerusi ini. Baby comel ni dah berat sangat takleh duduk lama-lama. Lagipun suamilovelove saya tak berapa sihat. Maka saya akan pergi memberi perhatian kepada beliau. 

Sekian. 

wink wink ~.^

Thursday, March 28, 2013

Welcoming Our Baby :D

Assalamualaikum

Today is quite sunny. Bila bangun pagi boleh nyanyi "senyum seindah suria, yang membawa cahaya...." . Soalan: Tahukah anda lagu tersebut? Kalau tahu, bagus. Kalau taktahu, loser. :p

Quite excited recently, the baby is coming in few weeks time. Papa, Mama and Makngah pun will be coming  soon. Can'twaitCan'twaitCan'twait. And my birthday is coming as well. I'll turn 26 tapi macam 16 tahun lagi rupanya [huh >.<  statement apakah??]. I feel young, so that's good, isn't it?

Bought some baby stuffs, muslin squares, diapers, toiletries, etc. Nak ambil gambar tapi dah malas sebab tempoh hari telah mensepahkan barang-barang yang dibeli, kemudian telah berkemas dengan cemerlang. Sekarang apakah perlu nak mensepahkan demi foto? Takmahu. Hoho. Lagipun, a few barang-s telah di-packed ke dalam hospital bag, and now we're ready to go to the Delivery Suite when the time comes.This coming Saturday will be th 37th week. Sila bantu untuk sedekahkan doa untuk saidamunira dan baby ini. :D Thank you.

Sedikit gambar untuk tontonan. 

 Bottle, main sebat membeli.

Our room, two will become three after this!!!!! Ameen!
Hasil menge-bid di ebay. 
John Lewis Cot in very good condition, comes with Mothercare mattress, the seller gave us the bed sheet + blanket sekali.

Sekian. Nanti kita jumpa lagi. Hubby is home, sebentar tadi beliau pergi bersenam di park. Oh ya, sekarang adalah musim cuti sempena Easter. Selamat bercuti sekolah juga buat rakyat Malaysia. I miss home. Tapi homesick pulih sikit sebab akan pulang ke Malaysia this coming August. Rindu dekat Emak dan Ayah saya. T_________T

Jumpa nanti, dengan baby sekali, Biiznillah.

Sekian.

wink wink ~.^

Sunday, March 17, 2013

First Anniversary

Assalamualaikum.

I am blessed,

to be a wife to Muhammad Izzat Hishamuddin,

Alhamdulillah.


Happy first anniversary, Sayang. Susah senang sama-sama.. This I Promise You.

Walaupun tadi dah dedicate lagu Nsync dalam kereta Fendi on 17th March Msian time [we went to Birmingham yesterday], drama pun, drama lah bukan. Yang penting memang I promise you. Hihi.

Syukur, jodoh yang baik ditemukan. Terima kasih, Tuhan.

LoveUMore

wink wink ~.^

Saturday, March 16, 2013

Bristol Tour

Assalamualaikum.

Siaran tertunda. A few photos on the 3rd March during Faizal's visit. 
Went out around Bristol City. 
Lihatlah Bristol. Ala-ala Terengganu Darul Iman, Bandaraya Warisan Pesisir Air. Ha ha haruslah hiperbola.

Bristol Dock ni odourless ye, tak macam sungai kat Terengganu mahupun tempat rivercruise kat Melaka itu.
Hehe. 

Sekian ucapan. Selamat menonton gambar. 




 

Hubby and baby. Dua-dua bulat!

wink wink ~.^

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.