assalamualaikum.
Thursday, December 30, 2010
hari hari terakhir 2010
Posted by idatazira at 4:16 PM 3 comments
Labels: precious
Tuesday, December 28, 2010
resolutions
Posted by idatazira at 5:31 PM 0 comments
Friday, December 24, 2010
at JJS2
first time ever online at JJ while waiting Cessna at toilet. I am not a BB user, instead I am using pegASUS right now. ha. gigih tak gigih bawak laptop pergi shopping.
nah. gedik bukan selalu. sekali sekala sahaja. harap maaf.
sekian dulu. Cessna sudah pulang dari tandas, sebab itu terus ambil gambar gedik di atas.
byeS.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 7:55 PM 0 comments
Labels: perfecto
Sunday, December 19, 2010
ini materialistik.
semalam adalah bahagia. :D tidur pun dapat mimpi membahagiakan. tapi sekarang tak dapat hubungi punca kebahagiaan kerana telefon bimbit beliau dilanda masalah peribadi. mungkin menunggu pengganti. tapi Cessna kata kena kumpul duit, sebab tu macam tak mampu nak keluar duit beli telefon canggih. itulah dilema pelajar yang ingin berkahwin. kan. tetiba.
ini bukan gambar semalam. ini dijumpai di Terengganu. lantas hantar MMS kepada Cessna dengan ucapan "nak satu camni, satu je".
oh ya. semalam beliau kata saya macam datin. aneh sebab jadi datin gara-gara pakai tudung macam rockers. saya ingatkan dapat gelaran datin sebab kuat membebel ke apa. tetapi tidak.
Cessna meluahkan perasaan, bagusnya wanita yang berasa rimas dengan barang kemas, pastu terus simpan taknak pakai. tapi saya kata, saya tak rimas pun. walaupun sekarang saya kata tak suka pakai. tapi kelak, saya akan suka. sebagai contoh, lihatlah, setelah mendapat cincin ini, saya terus suka pakai cincin walaupun sebelum ni tak suka pun. tak buka-buka dah. hehhe.
semalam kami pergi wedding Hanim, wedding Im. petang pergi kenduri aqiqah rumah jiran Cessna di Nilai Impian. rumah abang Bad. ternyata abang Bad tersebut kaya raya walaupun usia muda bergaya. saya terus suka. suka abang Bad. haha. suka tengok. rumah cantik, kereta lagi cantik [sebab pakai kereta mahal], dan anak-anak dia pun cantik. em, isteri dia pun cantiklah. rasa macam sempurna hidup. . . oh ya ada perkara cantik yang lain, semalam dekat rumah abang Bad tu ada makcik kata saya muda. dia tanya saya baru lepas SPM ke, sebab muka nampak muda sangat macam 17 tahun. serius tahu, makcik tu mentioned nampak muda sangat. kehkehkeh. tapi malu nak letak gambar sini sebab nanti didakwa obses terhadap diri sendiri.
sekian saja. duit punca kebahagiaan. haha. bukan duit kot, mungkin Cessna.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 8:16 AM 0 comments
Labels: perfecto
Saturday, December 18, 2010
aktiviti hari sabtu
.
.
.
will drive alone to Im's wedding. yeah.
tetapi akan singgah sebentar di rumah you-know-who menghantar keropok lekor. nice one.
cinta jangan sembunyi, mataku kabur mencari, hadirlah dalam hidupku ini. - ops. tetiba jiwang.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:45 AM 2 comments
Labels: perfecto
Thursday, December 16, 2010
seminggu cuti
assalamualaikum.
perasaan bercuti selama seminggu sangat mengkagumkan. pada hari Sabtu yang lalu, kami telah menghadiri bengkel penulisan manuskrip saintifik di Klana Resort Seremban. saya telah menganggap bengkel tersebut sebagai percutian kerana sungguh seronok dapat menginap di hotel sambil makan minum dengan banyak secara percuma. selain itu, pada petang Sabtu tersebut, encik Cessna turut hadir memeriahkan suasana di sana. kami mengadakan aktiviti berenang di swimming pool beramai-ramai [walaupun hanya empat orang]. pada petang Ahad tersebut pula, di kala semua orang telah pulang ke Kuala Lumpur, saya dan kekasih telah bertemu janji. kami bersiar-siar serta makan-makan. setelah agak lewat, iaitu pukul 9.45 malam, barulah saya tiba di rumah.
keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga beserta keluarga paklong dan pakchek telah bertolak ke Terengganu untuk melawat Tokngah yang sakit. baru-baru ini, Tokngah telah mengalami sakit jantung, [akibat makan sup tulang katanya]. di samping melawat Tokngah, kami pergi membeli-belah di Pasar Payang. antara barangan yang dibeli ialah songket hantaran [ehem], barangan tembaga yang terdiri daripada bunga sirih dan peralatan merenjis [ehem lagi] serta buah rambai. sungguh sedap buah rambai tersebut. selain itu, kami turut makan dengan banyak kerana masakan WanNgah sungguh sedap. kebanyakan menu yang dimasak adalah sihat iaitu masakan singgang, tomyam, nasi ayam, serta sup. ini adalah kerana Tokngah perlu mengambil makanan yang rendah lemak. sungguh pun begitu, menu wajib iaitu nasi dagang pada hari terakhir kami bersarapan bersama tidak dilupakan. tapi Tokngah tak makan pun nasi dagang.
oh ya. bercerita tentang makanan, Tokngah makan sangat sedikit. disebabkan Tokngah orang yang berpelajaran, beliau meminta preskripsi daripada saya untuk meningkatkan pengambilan tenaga beliau. oleh itu, saya telah menyarankan beliau untuk mengambil Nutren Diabetik pada waktu sarapan, minum petang serta minum malam.
saya telah pulang ke kampung halaman pada hari Rabu. perjalanan selama lapan jam tidaklah memenatkan kerana kebanyakan masa saya hanya diisi dengan tidur dan makan di dalam kereta. saya menaiki kereta paklong kerana kereta yang ayah pandu telah penuh diisi oleh Pakchek serta barangan yang dibeli oleh emak.
disebabkan hari ini hari Khamis dan esok Jumaat, saya telah mengisytiharkan cuti disambung lagi dua hari. hehe. jangan cemburu, ya!
baiklah. saya berharap anda terhibur.
banyak kali saya terdengar ayat ini di radio sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Terengganu sebab paklong membuka siaran radio Klasik Nasional:
"gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa pertuturan anda. bahasa jiwa bangsa"
p/s: penat juga mengarang guna bahasa skema camni. patutlah kemain payah nak tulis tesis.
sekian, terima kasih.
kenyit-kenyit ~.^
Posted by idatazira at 8:11 PM 2 comments
Labels: precious
Sunday, December 12, 2010
family matters
hai lagi sekali.
walaupun penat macam nak pengsan, tetapi belum boleh pengsan sebab nak update blog memandangkan kalau tak update, traffic yang lalu dari NZ akan kecewa. lihatlah. penuh dedikasi untuk memenuhi kehendak angah [poyo lak aih]. semua dah siap. kepulangan ke rumah hari ini selepas menghadiri manuscript writing workshop dekat Klana Resort Seremban disambut oleh Taj Mahal, lambang cinta. wah. eh btw, saya memang baru pulang dari bercinta juga. hehs.
selain itu, kepulangan turut disambut dengan bungkusan pos ekspres dalam bilik, iaitu kiriman baju tidur daripada along. tiga pasang ye. bukan satu. mekaseh. ini gambar hiasan sebab tengah flat macam nak pengsan ni.
Posted by idatazira at 11:33 PM 0 comments
Labels: precious
Thursday, December 9, 2010
morning blabs
whether or not to achieve the next level.
Posted by idatazira at 8:54 AM 0 comments
Labels: pragmatic
Sunday, December 5, 2010
busy weekend. ha.
hello dear. ops. assalamualaikum. saya sekolah agama dulu. [eh tetiba]
the weekend was just great. hari sabtu buat karipap. hari ahad buat lego. nice bukan?
tentang karipap, now we had a new fact of the family. please take note, especially angah. emak pandai membuat karipap pusing. selama 23 tahun nak masuk 24 tahun saya hidup, emak jadi first-timer buat karipap untuk keluarga beliau. and the next facts are, the karipap tasted and looked nice. emak kelim karipap dengan laju dan bergaya sekali. sungguh ku tak sangka lah emak. ingatkan emak pandai buat kuih koci dah pelbagai kuih lepat saja. pencapaian tersebut sungguh membanggakan. malangnya tiada gambar sebab digicam rosak. ya, itu fakta juga. please take note on that too. soooooooooooooo pissed off.
tentang lego. hari ini seperti mendapat satu peti harta karun berisi LEGO. we were in LEGOland. angah posted his lego collection via En. Azzam Hafifi yang errr. yang emak kata handsome. beliau adalah kawan angah yang baik hati tumpangkan luggage sebesar anak gajah untuk pulang ke Malaysia. tiada penerangan lanjut tentang beliau. cuma beliau agaknya nice juga sebab boleh selitkan dua bar coklat cadbury dalam beg tersebut sebagai kejutan. haha. anyways, thank you. :D
gambarajah di bawah menunjukkan peti harta karun yang diwar-warkan sebentar tadi.
ya, ini sebahagian, bukan kesemuanya okeh.
oh btw, gitar tak termasuk dalam pakej.
baru banyak ni pasang dah tergeliat pinggang.
maka terus putus asa untuk hari ini.
esok-esok mereka cuba lagi.
[sebab mereka cuti sekolah, mesti taknak tinggalkan untuk orang yang kena pergi sekolah esok. huh]
oh yes. another fact, lego yang banyak tu angah punya lah. apabila beliau berumah tangga kelak, mungkin beliau nak buat muzium dalam rumah beliau bersama lego tersebut. good luck diucapkan. saya pula akan membuat muzium buku nanti. tengoklah kelak. heheh.
baiklah semua. sebelum bersurai, ada lagi satu gambar lego.
Posted by idatazira at 8:57 PM 2 comments
Labels: precious
Friday, December 3, 2010
a little summary-marah
assalamualaikum.
Posted by idatazira at 10:42 PM 4 comments
Labels: orangeees