The Sweet 17

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 19, 2010

ini materialistik.

semalam adalah bahagia. :D tidur pun dapat mimpi membahagiakan. tapi sekarang tak dapat hubungi punca kebahagiaan kerana telefon bimbit beliau dilanda masalah peribadi. mungkin menunggu pengganti. tapi Cessna kata kena kumpul duit, sebab tu macam tak mampu nak keluar duit beli telefon canggih. itulah dilema pelajar yang ingin berkahwin. kan. tetiba.

ini bukan gambar semalam. ini dijumpai di Terengganu. lantas hantar MMS kepada Cessna dengan ucapan "nak satu camni, satu je".

oh ya. semalam beliau kata saya macam datin. aneh sebab jadi datin gara-gara pakai tudung macam rockers. saya ingatkan dapat gelaran datin sebab kuat membebel ke apa. tetapi tidak.

Cessna meluahkan perasaan, bagusnya wanita yang berasa rimas dengan barang kemas, pastu terus simpan taknak pakai. tapi saya kata, saya tak rimas pun. walaupun sekarang saya kata tak suka pakai. tapi kelak, saya akan suka. sebagai contoh, lihatlah, setelah mendapat cincin ini, saya terus suka pakai cincin walaupun sebelum ni tak suka pun. tak buka-buka dah. hehhe.

semalam kami pergi wedding Hanim, wedding Im. petang pergi kenduri aqiqah rumah jiran Cessna di Nilai Impian. rumah abang Bad. ternyata abang Bad tersebut kaya raya walaupun usia muda bergaya. saya terus suka. suka abang Bad. haha. suka tengok. rumah cantik, kereta lagi cantik [sebab pakai kereta mahal], dan anak-anak dia pun cantik. em, isteri dia pun cantiklah. rasa macam sempurna hidup. . . oh ya ada perkara cantik yang lain, semalam dekat rumah abang Bad tu ada makcik kata saya muda. dia tanya saya baru lepas SPM ke, sebab muka nampak muda sangat macam 17 tahun. serius tahu, makcik tu mentioned nampak muda sangat. kehkehkeh. tapi malu nak letak gambar sini sebab nanti didakwa obses terhadap diri sendiri.

sekian saja. duit punca kebahagiaan. haha. bukan duit kot, mungkin Cessna.

wink wink ~.^

0 comments:

idatazira.blogspot.com


I made this widget at MyFlashFetish.com.