Assalamualaikum all.

: FAMILY : FRIENDS : FUN : FOOD : FABULOUS :
Posted by idatazira at 10:11 AM 0 comments
Labels: precious
Assalamualaikum semua.
Posted by idatazira at 12:28 AM 1 comments
Labels: precious
Assalamualaikum.
Hari ini bernama HemoHemo sebab saidamunira EMO. Boleh juga panggil Elmo sebab pakai tudung kale Elmo. Saidamunira HemoHemoElmo.
Walaubagaimana pun, aktiviti sebenar pada hari ini adalah membeli belah dengan berjaya bersama the fiance. The fiance yang shopping bersungguh-sungguh. Begitu kagum dengan semangat beliau. Saya. Oh saya tak berapa semangat tadi, tetapi telah membeli dua pasang baju raya. Niat taknak beli baju raya memang angan-angan chicken poop saja.
Posted by idatazira at 12:30 AM 0 comments
Assalamualaikum people around the world. Fuh lamak. Sekarang blog menjadi semakin global sebab ada reader dari Detroit, Michigan. :p
Hari ini karangan bertajuk Flora Kafe. Flora Kafe terletak dua jengkal dari Plaza RAH, iaitu dekat AmpWalk, KL. Ramadhan buffet costs MYR43 per head. Berbaloi. Siapa nak pergi, boleh ajak saidamunira lepas tu bolehlah belanja dia. Boleh dapat pahala banyak sempena bulan Ramadhan. Promosi tidak tertakluk bulan Ramadhan saja. Bila-bila pun dialu-alukan. Hehe.
Saidamunira sakit perut, selain itu beliau belum solat Zuhur. Sila rujuk rajah untuk keterangan lanjut. Cekidout cekidout.
Posted by idatazira at 4:32 PM 3 comments
Labels: precious
Assalamualaikum semua.
Saya akan membuat karangan bertajuk 'Panggil Ia Suatu Hari'. :D
Here goes.
This morning, I went to Nilai 3 with emak, ayah dan Nabila. Setelah membeli barangan yang dicari, buat julung kalinya saya meminta khidmat penghantaran daripada ayah, di mana ayah menghantar anaknya ke rumah tunang untuk mengedet. Ya, suatu pencapaian yang membanggakan. [Ops, berlagak pula.]. Oh ya, sesiapa berniat nak beli baju raya di Nilai 3, bolehlah batalkan niat tersebut sebab baju raya kat sana ketinggalan beberapa tahun. Sungguh boleh blah pendek kata.
It was a date, tetapi secara berkeluarga dengan keluarga Muhammad Izzat ke Melaka.
Ok. Di rumah the fiance, semua ahli keluarga sudah bergerak ke Melaka. Tinggal the fiance seorang, menunggu separuh lagi hati beliau. [Eheh. I la tuh. Aw. :p] Cuba fikir, kalau bergerak separuh hati bukankah tidak seronok. Sebab itu kena menunggu hati penuh. :D Weeeeeee.
Posted by idatazira at 10:57 PM 1 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Memang hari ini mode ustazah.
I had a long pillow talk with the housemates last night. Family issues and challenges. Tiba-tiba mata terbuka luas sangat betapa saya bertuah dalam hidup. Terima kasih tuhan.
I am so grateful to have ayah and emak. I am too grateful to have future parents in law like Uncle Hisham and Aunty Aloma. Terlalu banyak kesenangan dalam hidup saidamunira. Bukan tak pernah fikir ada orang yang lebih susah. Tapi seumur hidup 24 tahun ini, belum pernah saidamunira hidup dalam kesusahan. What I have now is too precious. Bila mendengar cabaran hidup manusia lain, saya penat mencari apakah cabaran hidup saya. Puas fikir, tapi tak dapat fikir sebab tak ada.
Ayah dan emak. Mintalah apa pun. Semua dapat. Kalau tak minta pun tetiba boleh dapat. Dapat bukan ala kadar. Ayah dan emak usahakan yang terhebat. Omagad. Lepas tu boleh pula kadang-kadang gua kerek buat muka bitter kalau ayah dan emak suruh itu ini. Sampai hati kau ye.
Posted by idatazira at 11:16 AM 3 comments
Labels: precious
Assalamualaikum people.
"Kenal diri dulu sebelum kenal pasangan hidup". [Bolehlah pakai quote ini, cite as Saida 2011 ya. Sila, sila.]
Udeq, Azie dan saya telah mengenali diri kami. Ini semua sebab we have Clinical Psychologist in the house. Kau ada? Tak ada kan? Haha. Berciri bongkak pada bulan Ramadhan pula. Minta maaf semua, minta maaf.
Kak Wan the housemate yang juga bakal menjadi Clinical Psychologist menawarkan pakej hebat kepada kami dan pasangan. Ehem. Personality Trait Assessment. It is unique, macam thumb print. Tak boleh diubah, tapi boleh adjust.
We have these five personality traits: O-Openness, C-Conscientiousness, E-Extraversion, A-Agreeableness, N-Neuroticism.
I am high in Openness, di mana saya adalah manusia yang inventive serta curios. Wikipedia yang cakap, buku Kak Wan pun cakap I have appreciation for art, emotion, adventure, unusual ideas, curiosity, and variety of experience. Tetapi boleh jadi saidamunira seorang yang kecoh. Kahkahkah. Sebab itu haku tulis benda ini dekat sini. I am OPEN yo! :p
I am average in Conscientiousness. Bermakna, tahap efficient dan careless saya adalah balance. Orang yang cemerlang macam Udeq memang will have very high C. Tapi saya lega kerana tahap kerajinan dan kemalasan adalah lebih kurang.
I am average in Extraversion, so that I am outgoing and also reserved. Hoyeh hoyeh. Normal rupanya saidamunira ini.
Agreeableness. I am very low ye. I can be very cold and unkind to you. Takut tak? Muhammad Izzat takut tidak? Heheh. Selain itu, perangai ini membuatkan saya seorang yang sangat skeptical. Jaga-jagalah anda. Tapi tak adalah penjahat terkemuka mana. Hard-headed sikit tu adalah. Sikit??. Eh tapi bukankah VERY LOW? Heheee. You judge.
Neuroticism in me is low. Itu menjadikan saidamunira seorang yang secure dan confident. Ternyata, saidamunira memang bukan manusia gebon. Yibayiba!
Tetapi ini semua tidak dihuraikan secara spesifik lagi. Eheh. Memang saya tak ada niat pun nak membuat huraian spesifik tentang trait saya. Nanti boleh jadi ceramah psikologi pula, siapa nak bertanggungjawab, siapa?
Baiklah. Nanti saya akan menyiasat personality trait bakal pasangan hidup saya pula. Nanti senang nak bergaduh ke hapa dengan beliau. Kehkeh.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 12:20 PM 0 comments
Labels: SaidaMj
Assalamualaikum.
Bukankah dah bagitahu Sabtu lepas pergi berbuka puasa secara berkeluarga di rumah bakal mertua? Hehe. Seronok dan berkhasiat. Berkhasiat bermaksud sihat, ikut kamus saya. Pertemuan yang berkhasiat tersebut makin mengeratkan keluarga kami dengan bakal keluarga, insyaAllah.
Of the wedding. Tarikh takleh bagitahu lagi lah. Bukan takmahu memudahkan urusan percutian kawan-kawan ye. Bukan. Hehe. Nanti saidamunira bagitahu personally. Okeh babeh?
Sekarang memang kena buat gerak gempur persediaan perkahwinan. Sebab masa semakin suntuk. Emm. To date, invested here and there. Tapi lepas tu nak kena discuss sikit dengan ibu bapa. Terutamanya ibu bapa beliau sebab ibu bapa saidamunira jarang membabitkan diri dalam hal remeh temeh seperti persiapan untuk bakal pengantin. They mastered in kenduri preparation etc. Hantaran ke baju ke pelamin ke hape ke mak gua mana layan beb. Hee.
Yang penting ialah kerjasama. Betul kata Wonderpets.
Em. Tetiba rasa macam nak berhenti secara mengejut.
Ok. Nak sambung buat kerja sekolah. Tak baik lagha bulan Ramadhan tau.
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 1:07 PM 0 comments
Assalamualaikum.
Blog meminta perhatian sejak beberapa hari lepas, tapi tak dilayan. Semua gara-gara blog tak sepenting perasaan hati saidamunira ni yang macam hape pun taktau. Bajet sedih. Tapi sekarang nak nangis tak keluar air mata pula. [I bajet cool, takkan taktahu taktahu lagi. :p]
Bermula hari ini, Hasnan akan tidak kelihatan berkeliaran di fakulti lagi. Turut serta kelak ialah Udeq. Tapi Udeq belum pergi meninggalkan saya. Tapi bakal meninggalkan dengan lebih jauh. Hasnan pergi berkhidmat untuk negara di Sarawak. Udeq akan menimba ilmu di US. Saidamunira? Ya. Tak ke mana-mana, I heart UKM okeh.
Hmm. Tahukah yang Saidamunira mencuba membuat entri menusuk hati. Apakan daya tak menjadi. Ini apakah jenis loser. I think I am good at masking my feeling. Semoga menjadi lebih pandai dalam hal ini kelak.
Posted by idatazira at 11:17 PM 1 comments
Hai.
Vampire Diaries season 2. Tengok? Mesti tak. Macam saidamunira seorang yang sibuk menonton. Buat pengetahuan anda, it's now airing on 8TV, 9.30 pm every Tuesday. Tapi saya mempunyai kesungguhan yang melimpah, oleh itu saya download sendiri. Yeah, itu berdikari, patut ambil teladan tu. Sekarang saya telah pun menamatkan penontonan secara individu. Tak berapa tahu kalau ada individu lain yang berminat menonton siri tersebut. Episod akhir, Damon turned angelic. Cis. Stefan jadi monster. A true ripper. Overall, Spongebob Squarepants lagi terkesan di hati. Hemm.
Posted by idatazira at 12:26 AM 0 comments
Assalamualaikum semua. :D
Semalam saya mengait rambutan di kebun Uncle Hishamuddin.
Posted by idatazira at 3:55 PM 0 comments
Labels: perfecto
Assalamualaikum. Hai.
I am now 24 years old, engaged to budak busuk yang tinggal di Taman Panchor Jaya, Seremban. Sekarang dia pergi kelas. Maka takleh kacau dia, tengah menimba ilmu demi membina masa depan katanya. Walaupun mama dan papa dia selalu kata dia busuk, bagi saya, dia wangi. [Macam orang selalu kata, waktu bercinta semuanya indah. Memang indah pun takleh lawan. :p]. Next year, bulan Ramadhan mungkin ada kelainan. Kalau sekarang saya bertugas menjadi alarm telefon bimbit dia bangun sahur, tahun depan tengoklah jadi apa pula. Lion is a good idea. He.
Flashback to my childhood memory.
Saya berasa sengsara terpaksa bangun sahur. Rumah atuk sejuk di tahap mega, tahap freezing hiperbola. Kena gosok gigi dan basuh muka dekat toilet tingkat bawah pula. Pijak tangga tu terus rasa kaki membeku. KADANG-KADANG saya buat-buat dah gosok gigi. [NOTE THAT KADANG-KADANG. THIS IS IN CAPS LOCK. Thank you]. Tapi, kalaulah engkau tahu tahap kesejukan rumah atuk itu. Nescaya engkau pun malas nak menuruni anak tangga pergi bilik air. So struggle untuk budak darjah satu.
Sahur makan nasi, macam biasa. Tapi bila saya baru nak makan nasi, atuk mesti dah siap makan. Kadangkala atuk tengah makan roti paun, yang kena potong manually tu, cicah air teh. Lepas sahur tidur, bangun semula kena siap pergi sekolah. Makin berasa sengsara. Pernah satu hari saya sedu sedan ketika bersiap ke sekolah. Atuk terdengar, lalu berasa kasihan atau annoyed taktahulah, maka atuk meminta saya buka puasa, pergi minum air. Ajaib, sedu terus berhenti sebelum ambil cawan. Ishh.
Darjah satu saya tak puasa penuh, hep, satu hari je pun tak cukup. Masa tu sebab saya sakit perut like hell [agaknya lah masa tu]. Balik sekolah Makwan bagi minum air sirap, rasa macam nikmat berhari raya sekejap. Lepas tu, bila guru besar buat rumah terbuka hari raya, saya takleh join sebab puasa tak penuh satu hari. Betapa comel dan innocent budak comel itu waktu tu. Padahal budak yang puasa tapi tak cukup satu minggu pun turut menyertai jamuan tersebut.
Balik sekolah berasa sengsara lagi. Masa tu tak pandai pun nak fikir positif. Lantas masuk bilik air, ambil air satu gayung lepas tu rendam muka lama-lama. Rasa nak buka mulut. Tapi saya tahu boleh batal puasa. Tetapi. Ya. Kadang-kadang saya kumur-kumur banyak kali. Hee. Taksenon betul lah bukan?.
Waktu petang saya tidur. Membuta boleh conserve energy, boleh contohi kalau mahu. Bangun-bangun dah pukul enam, bonus kepala pening. That's how I survived. :p I remember, Angah survive puasa dengan main game Mario 3. Kalau cuti, beliau main dari lepas sahur sampai dah nak waktu berbuka. Takyah mandi, takyah apa pun. Main Mario dari World 1 sampai World 8. Ini pun anda boleh cuba.
Makanan kegemaran waktu buka puasa ialah mi soto, ayah beli dekat bazar Ramadhan. Angah tak habis-habis dengan Murtabak Along. Emak kata, sekarang Along yang jual murtabak tu mengalami tekanan jiwa, dah jadi gila sikit.
Sekarang my human memory is fading juga. [Eh macam baru transform jadi vampire]. Tapi saya akan sentiasa teringat atuk. Terawih atuk. Tempat makan atuk. Sekarang atuk tak ada. Semalam tempat atuk dekat meja dah diambil alih oleh Jijie. Comel Jijie fill in the blank. :D Al-fatihah untuk atuk saidamunira.
Dengan itu, saidamunira mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan. Bakal bapa mertua berpesan supaya meminta maaf kepada ibu bapa, suami isteri dan saudara mara serta rakan taulan. [Tunang takda dalam senarai. Aisemen.] Maka, maafkan saya jika telah melakukan kejahatan atau mengkecilkan hati anda.
p/s: I miss my friends. Diana bersama kuih cara. Udeq bersama roti jala. Jajan bersama kuih ulat dia, masak guna heater ya a aw. :p
wink wink ~.^
Posted by idatazira at 9:27 AM 0 comments
Labels: precious